Chapter 10

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 10

Pandangan mata masih putih. Seakan ruangan kosong. Segalanya putih dan terang. Matanya silau bagai disuluh cahaya cukup terang. Surya menggapai dan memanggil-manggil jika ada sesiapa di situ. Kosong. Surya terduduk. Teresak dia kerana takut. Tiba-tiba satu jasad besar dan gelap muncul, merangkak menuju ke arahnya. Tangannya yang panjang didepa dan mahu memeluknya. Tidak jauh di belakang Surya kelihatan satu jasad lagi, tinggi dan terapung-apung menuju ke arahnya. Tangannya juga didepa.

"Eh... Lepaskan aku! Tolong! Tolong!"

"Aku mahu kau, Surya." Makhluk besar itu bersuara. Pelukannya makin erat.

"Aku juga mahu kau, Surya." Makhluk tinggi itu juga mengeratkan pelukannya.

"Lepaskan! Aku panas! Panas! Lepaskan aku! Aku tak mahu, ku tak mahu! Arghhhh!!"

Mata dibuka. Kelihatan wajah Mak Salima dan Haron berwajah gelisah. Mak Salima membelai rambut Surya perlahan. Seakan tertunjuk seksa yang ditanggung Surya. Terutama apabila ia melibatkan perkara yang manusia biasa tidak nampak.

**

Rizal cuma berteleku di atas katil. Meraup wajahnya yang masih bingung. Merasakan seakan realiti apabila melihat Surya meminta tolong dengannya tadi. Sudah dua kali. Cuma kali ini lebih terperinci.

Mimpi di mana, Surya di dalam satu ruangan putih dan diganggu dua makhluk aneh. Satu bertubuh besar dan merangkak. Manakala satu lagi bertubuh tinggi dan terapung-apung. Keduanya begitu tamak mahukan Surya. Surya menggapai tangan ke arahnya. Tapi Rizal tidak mampu bergerak. Seperti terpaku. Kemudian terlihat satu kawasan perkampungan di dalam hutan. Dan begitu mimpinya berakhir. Tergantung sebegitu.

"Hutan tu macam biasa aku masuk. Ada kampung? Tak tahu pulak aku..." Mengomel dia sendirian.

Tanpa sedar azan subuh berkumandang. Bermakna sejam lebih Rizal termenung di katilnya. Bersegera dia bersiap untuk ke surau. Fikirannya masih merewang memikirkan perihal mimpi sebentar tadi. Nyaris juga dia terlanggar tiang semasa berjalan ke surau. Mujur juga tiada orang yang nampak. Kalau tak mahu dibahan dalam diam.

"Kau okey tak, Zal?" Syahfiq menegur dari belakang selepas imam menamatkan doa.

"Eh.. Oh.. Okey je."

"Ye ke ni? Macam tengah termenung aje? Fikirkan Surya ke?" Seakan boleh menangkap pemikiran Rizal. Rizal cuma menangangguk kecil. Dia tidak mahu menceritakan hal mimpi itu. Kerana masih samar-samar. "Rilekslah. Aku juga yakin Surya hidup lagi. Aku tahu kau risaukan dia. Aku pun risau." Syahfiq cuba memberi semangat.

*

Selesai kelas hari itu, Rizal segera ke pejabat Encik Basri. Untuk menceritakan perihal mimpinya. Sudah dua kali dia bermimpikan Surya. Dan kali ini dia yakin Surya perlukan pertolongan.

Mengucap panjang Encik Basri bila berselisih dengan Rizal ditangga. Selepas diajak lepak di pantri pensyarah, Rizal menceritakan mimpinya secara terperinci. Satu persatu sehinggakan Encik Basri termenung seketika.

"Jadi, kita tunggu dulu. In shaa Allah. Allah sedang tolong kita. Kalau ada apa apa, atau saya ada apa apa, kita bincang lagi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience