Bab 22

Romance Series 59136

Aku kekadang akan terfikir semula semua tindakan aku, sama ada betul mahupun tidak. Aku tak pasti dengan keputusan aku kali ini. Betul ke apa yang aku buat ni?

Dan bukan aku seorng yang mempersoalkan keputusan aku ni. Sekarang, bila aku bagitahu Lia, dia sendiri terkedu. Aku senyap menunggu Lia berbicara. Beberapa minit berlalu dan Lia masih mendiamkan dirinya. Aku hanya mampu mengerling dia sedikit dari skrin telefonku. Fokusku lebih kepada pemanduan.

Memandangkan keputusan yang aku ambil bukan hal kecil, jadi aku kena balik kampung, nak maklumkan kepada nenek. Esoknya mesti Adam dengan keluarganya datang. Aku sendiri dah rasa gemuruh teruk membayangkan hari esok.

“Kenapa kau tak bincang dengan aku dulu?” akhirnya Lia bersuara. Aku menghembus nafas lega. “Aku tak faham, kenapa kau suka sangat buat keputusan tergesa macam ni. Kau ada keluarga tau. Kalau tak fikirkan aku pun, kau kenalah fikirkan nenek kau kat kampung tu. Dengan kau buat keputusan tiba – tiba macam ni. Tak ke terkejut nenek kau tu nanti?”

Aku mengeluh. Salah aku lagi ke?

“Maaf, tapi dah buat dah. Mana boleh tarik balik kan?” aku tersengih. Harapnya Lia boleh kurangkan tahap marahnya.

“Aku tak tahu nak cakap apa dah dengan kau ni. Sekali kau dah buat keputusan macam nil ah, degil, susah nak ubah balik. Malas aku layan kau.”

Sekarang aku tahu dia memang marah sangat dengan aku.

“Okey, salah aku sebab tak bagitahu kau awal – awal…”

“Masalahnya bukan tu!” Lia memotong. “Permasalahannya kat sini, kau kenal ke lelaki nama Adam tu? Kau tahu dah ke latar belakang dia? Kisah hidup dia? Tolak tepi perasaan kau tu, aku tak mau ambil tahu kau suka dia ke tak. Pentingnya, dia boleh ke jaga kau? Dia tahu tak diri kau tu macam mana? Keluarga dia pula? Kau tak fikir semua ni kan sebelum kau terus suggest nak kahwin dengan dia.”

Aku terdiam mendengar. Salah aku banyak, tapi aku yakin dengan perasaan aku. Kalau aku cakap macam tu, mungkin ke Lia akan berhenti marahkan aku?

“Kau belajar tinggi tapi kalau benda ni pun kau tak boleh fikir, aku tak tahu nak cakap apa. Benda ni bukan soal main tau. Kau dah kahwin dengan dia nanti, aku tak mahu kau datang menangis kat aku bila suami kau perangai entah macam mana.” Lia mengeluh.

Tanganku menyalakan signal ke kiri saat terlihat RNR. Aku takut tak boleh fokus memandu kalau dah tahap macam ni.

Setelah meletakkan kereta, aku kembali fokus kepada Lia yang masih membebel di hujung talian.

“Lia, aku tahu semua ni nampak terburu – buru bagi kau. tapi bukan aku tak hargai kau, cuma aku yakin ni benda betul dan tepat aku buat. Adam, bukan aku sorang jer rasa benda ni, nenek aku pun sokong kalau aku kahwin dengan dia. aku yakin, ni yang terbaik. Tolong percayakan aku.”

Lia mengeluh entah kali keberapa untuk hari ni. Aku tahu satu per satu permasalahan aku membuatkan dia pening kepala memikirkannya. Memang Lia tak perlu pun susahkan diri dia nak fikirkan masa depan aku atau benda buruk yang akan jadi disebabkan keputusan aku ni, tapi Lia ialah Lia. Dia takkan boleh berhenti dari risaukan orang yang dia sayang. Aku hanya mampu katakana aku bersyukur ada kawan macam dia.

“Bila kau rancang nak kahwin ni?”

“Kalau boleh secepatnya, mungkin hujung bulan ni?”aku menjawab perlahan.

“Kau gila ke? Banyak benda kot nak kena siapkan!” suara Lia meninggi. Habis aku kali ni.

“Lia… Lia dengar sini. Benda baik tak baik ditangguhkan, betul tak?” aku tersengih. Masak aku kena marah dengan Lia. “Lagipun buat benda wajib jer, aku pun tak mahu besar – besaran macam anak Dato, Tan Sri buat majlis. Kawan tak ramai, keluarga bukan besar pun. Cukuplah yang rapat macam kau jer datang.”

Lia menggaru kepalanya mendengar rancangan aku. Salah juga ke kalau nak buat biasa – biasa jer? Aduh, aku malas nak buat majlis sangat. Kalau ikutkan tak mahu buat, tapi sebab masa bincang dengan nenek, dia tetap juga nak tengok aku sanding. Jadi terpaksalah.

“Kau ni terdesak sangat ke nak kahwin huh?”

Giliran aku pula yang menggaru kepala. Kenapa aku beria nak kahwin eh? Entahlah.

“Ikut suka kau lah Mia. Aku malas nak membebel dengan kau ni. Pointless, faham tak? Oh useless juga. Kau buat apa yang kau nak. Aku malas nak kisah.”

“Mana boleh,” aku membantah laju.

“Kenapa?”

“Sebabkan, kau kena jadi…” macam mana nak cakap erk? Segan pula aku jadinya. “Bridesmade aku?”

Lia tertawa mendengar. “Oh pandai eh, okey aku maafkan semua kesalahan kau sebab kau pilih aku jadi pengapit kau. Tapi pengapit lelakinya tolong cari handsome dan bekerjaya tau. Aku banyak baca orang jumpa jodoh cara ni. Manalah tahu aku dapat juga merasa nasi minyak sendiri.”

“Pandai eh kau! Mana aku tahu siapa si Adam tu cari nanti. Eh dah lah, penat aku melayan kau tau. Aku nak sambung drive ni. Opah dengan Syafik dah tunggu kat kampung tu. Dahlah banyak barang aku nak beli.”

“Tulah kau, nak sangat kahwin cepat, orang tunang lah dulu setahun ke, baru kahwin.” Lia membebel lagi. Ah mula balik.

“Malas, dugaan bertunang nanti payah. Baik kahwin jer terus. Bukan aku dengan dia tak mampu.”

“Ni bukan soal mampu mak cik. At least, kalau tak serasi, putus tunang tu tak sesakit bercerai. Tak buat dua keluarga jadi hancur teruk tau.”

“Lia aku nak sambung drive ni, esok lusa kau sambung bebel lagi tau? Bye!” laju aku mematikan panggilan sebelum sempat Lia menyambung ayatnya. Fuh, dia ni lagi menyeramkan dari mak mertua dalam cerita drama Korea Selatan tu rasanya.
Entahlah, aku malas nak fikir. Sekejap lagi sampai kampung banyak benda lain nak kena fikir. Baik aku fokus satu per satu tugas aku untuk esok.

Plannya, keluarga Adam datang lepas zohor dalam pukul 2 atau 3 macam tu. Aku nak masak apa esok? Pak cik aku sorang tu nasib baik ada nak tolong jadi pengantara. Dia pun setuju jadi wali aku sebab ahli keluarga terdekat aku ada. Lepas tu apa lagi? Ya, nak masak lauk apa? Sampai jer nanti aku nak bawa si Syafik tu teman aku beli barang nak masak. Senang betul dia dah boleh harap sekarang ni. Jadi kena tolong aku bab tu. Aku kena masak sorang untuk esok ni dah satu hal. Pepagi aku dah kena bangun ni nak siapkan semua benda. Peningnya kepala aku.

Kereta aku laju memasuki rumah nenek. Aku laju mengangkat keluar beg pakaian ku dan masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam setelah melihat pintu tidak berkunci.

Sampai sahaja aku terperasan barang yang ada di hadapan rumah.

“Awal sampai,” Syafik menegurku. Dia mengangkat barang tersebut memasuki dapur rumah nenek.

“Apa semua ni?” aku bertanya, sambil mengikuti Syafik dari belakang.

“Barang untuk masak esok.” Syafik menjawab.
Mataku tajam memerhati satu per satu bahan – bahan yang mereka belikan. Banyak betul. Siapa yang pergi belikan ni?

“Nenek mana?” aku bertanya pantas apabila menyedari kelibat nenek dengan anak buahku, Irfan tiada.

“Nenek ada kat sebelah, tak perasan lah tu. Aku malas nak bawa nenek sekali sebab panas kat pasar nanti dengan Irfan sekarang kuat merengek. Tadi balik aku nampak rancang berborak. Jap lagi balik kot? Dah nak asar.

“Berapa semua ni? Mia bayar balik nanti tau.”
Tanganku laju mengeluarkan barang dari dalam plastik dan memikirkan lauk yang dimasak esok. Boleh buat dalam tiga empat jenis lauk macma ni. Aku nak masak apa eh esok?

“Nenek guna duit dia. Aku tak masuk campur bab duit ni. Nenek cakap jangan minta duit kat kau sesen pun. Untung kau eh, kerja kau tinggal masak jer.”

“Haha! Kau jangan nak mengelat. Kau tolong aku siapkan bahan, potong semua ni awal – awal malam ni. Siap kau kalau lari.” Tanganku mengacukan sayur kacang di tangan. “Aku sumbat sayur ni kat tekak kau nanti.”

“Aku juga,” bebel Syafik sambil tersengih.
Tanganku mencapai beberapa ikan bilis dan membaling kea rah Syafik. Aku tahu dia sekadar nak bergurau. Kalau betul dia lari malam nanti, memang aku kunci dia tidur kat luar rumah.

“Apa bising – bising kat dapur ni?” tegur nenek.
“Irfan,” laju aku meluru mencium pipi Irfan. Budak ni makin lama makin comel pula. Geram pula aku tengok dia ni. “Nek,” aku laju menyalam tangan nenek.

“Baru sampai?”

“Haah, maaf susahkan nenek. Rancang pun mengejut.”

“Tak susahkan pun. Ada Syafik ni senang kerja nenek. Dia tolong urus semua.” Nenek memandang aku sayu. “Dah nak kahwin dah cucu nenek ni yer.”

Melihatnya aku jadi serba salah. Betul ke keputusan aku ni? Tak terburu – buru ke?

“Nenek tak suka ke?” persoalanku membuatkan Syafik berhenti melakukan kerjanya. Dia memandang aku dan nenek. “Kalau nenek tak suka, kita boleh batalkan jer. Lagipun belum ada perancangan pun lagi, Mia tak kisah pun.”

Tangan nenek menepuk lenganku. “Cakap apa ni?”

“Nek,” Syafik mengambil Irfan dari nenek dan berlalu. Mungkin mahu memberi ruang untuk aku dan nenek berbincang.

Aku tahu, semua ni macam terburu – buru. Lepas aku ajak Adam untuk berkahwin, aku tak sangka dia dengan lajunya bersetuju. Ingatkan dia nak fikirkan dahulu ke kan. Tapi dia tak berfikir banyak pun. Dan aku pun hanya mampu terkedu mendengar jawapan laju dia tu. Malam tu aku terus video call nenek maklumkan keputusan aku ni. Memanglah nenek seronok jer dari gayanya bercakap, tapi hati dia siapa yang tahu kan?

Sebulan lepas tu pula, aku bagitahu nenek minggu ni keluarga Adam nak datang bincang. Lagi kelam kabut. Aku sendiri pun tak sangka Adam pun nak majlis buat dengan segera. Tau – tau dia call ajak bincang lepas aku habis kerja. Hasil perbincangannya macam ni jadinya. Semuanya tanpa rancangan rapi.

“Nenek suka Mia nak kahwin. Kahwinlah Mia. Tu harapan nenek sebelum nenek tutup mata. Nenek nak tengok cucu nenek ni ada yang jaga.”

“Tapi nanti Mia..”

“Mia, tapi Mia tu banyak sangat fikir benda buruk kan? Bila Mia nak fikirkan bahagia Mia?”

“Sebab bahagia Mia bila nenek bahagia. Nak buat nenek bahagia.”

“Benda yang buat nenek bahagia ialah kamu tu berkahwin. Nenek nak tengok cucu nenek ni bahagia juga. Dan kamu pilih Adam sebagai calon suami kamu. Nenek suka budak tu. Tapi Mia, alam berkahwin tak sama macam yang kamu rasa dulu. Bercinta dan berkahwin satu perkara yang jauh berbeza.”

Aku hanya mampu mengangguk mendengarnya. Sama seperti yang Lia bebelkan tadi.

“Nenek takut mental kamu tak kuat nak terima perbezaan tu. Kita berkahwin bukan sekadar suka – suka. Tanggungjawab tu tinggi. Nenek nampak Adam boleh jaga kamu. Cuma nenek risau kamu. Boleh ke terima kekurangan Adam nanti?”

Kekurangan? Adam ada kekurangan ke? Selama ni dia tunjuk kat aku hidup dia yang nampak sempurna jer. Dia ada anak buah yang bijak. Kakak yang penyayang. Sama seperti aku, tiada ibu bapa dan dia juga ada kerja yang stabil. Betul juga kata nenek. Aku sanggup ke nak terima kekurngan Adam nanti?

“Mia cuba nek. Mia sendiri ada kekurangan yang Adam tak tahu. Mia percaya, perkahwinan ni yang buat Mia belajar semua tu nanti. Nenek doakan Mia selalu tau.”

Nenek sekadar menganggukkan kepalanya. Aku merangkul erat tubuh nenek. Aku yakin aku boleh hadapinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience