Call Girl 34

Romance Series 1321556

"Arggh keluar! Aku kata keluar" Jeritan Jasmine bergema dalam bilik itu.

Nurse dan doktor bertungkus-lumus memenangnya. Luq sudah memeluk tubuh Puan Fatihah yang teresak-esak menangis.

Pelahan-lahan tubuh Jasmine rebah apabila diberikan suntikan menenang.

"Ja...ngan d..de...kat...." Rayu suara itu pelahan. Puan Fatihah merenung sayu gadis itu.Air matanya di kesat.

"Kenapa sampai jadi macam ni abang.." Soal Puan Fatihah dalam esakkannya.

Dia mendekati tubuh Jasmine yang sudah di baringkan di atas katil pesakit itu. Sayu hatinya bila melihat tangan kiri dan kanan gadis itu sudah di ikat di besi pemengang katil.

" YA Allah.. Ummi tak sanggup tengok min macam ni abang." Ujar Puan Fatihah. Wajah sembam milik Jasmine di tatap sayu.

Luq mendekati Puan Fatihah yang sudah di berdiri berdekatan katil Jasmine. Tangannya naik memeluk bahu Puan Fatihah.

"Bagi abang bincang dengan Carlos dulu ye ummi." Jawabnya. Bahu Puan Fatihah di usap lembut.

Ketika dia tiba di ruang ini, Kedengaran kuat rontaan Jasmine. Gadis itu seperti dalam keadaan tidak sedar. Habis bersepah di dalam ward itu segalanya dibaling Jasmine ingin melindungi dirinya.

Rasa bersalahnya semakin bertambah apabila melihat keadaan Jasmine begini.
Bagaimana hidup Jasmine selepas ini.
Mampukah dia melihat senyuman di bibir itu lagi.

....................

Zahra duduk diatas katil tubuhnya disandarkan pada bantal di hujung kepala katil itu. Perutnya yang sedikit membukit di usap pelahan.

Baju kemeja yang ada di tangannya di peluk dan sesekali wangian pada baju itu di cium.
Air matanya pelahan-lahan mengalir jatuh.

"I miss u hubby." Ujarnya pelahan.

Erat baju itu di genggamnya. Sejak kandungannya semakin membesar. Emosinya sering terganggu.

Farah yang baru masuk ke bilik itu memandang Zahra. Satu keluhan di lepaskan. Dulang yang di bawanya itu diletakkan di atas meja di tepi katil.

"Ara.. Jom makan..." Panggil Farah. Dia melabuhkan punggungnya. Dia masih memandang sahabatnya itu.

"Kenapa seksa jiwa kau Ara.. kesian kat anak dalam perut kau tu.." Pujuknya hampir seminggu dia melihat Gadis itu menangis memeluk kemeja biru tua itu.

"Kau tak kerja hari ni?" Soal Zahra pada Farah kemeja itu di letak kan di tepi bantal.

"Aku di berhentikan kerja....ishh Hang tanya ni dan-dan hati aku panas wei. hang tau daq, celaka punya bos. Tak ada hujan ribut tau-tau ja aku kena berhenti alasan tak kukuh harey sunggah la. Kalau ikut hati firaun aku ini memang aku bakaq ja company dia tu biaq padan muka dia." Bebel Farah dalam keadaan marah.

Zahra tersenyum, Air matanya yang masih tersisa di kesat pelahan.

"At least kau boleh teman aku kan.." Ujar Zahra sambil ketawa pelahan.

"Nanti aku tanya Gib kalau-kalau dekat ofice dia ada kerja kosong untuk kau...."

"Tak mau aku kerja satu ofice ngan mat salleh celup tu. Sheram.. sat gi ada ja tak kena, hang tau la dia tu bukan boleh tengok aku senang..tak pa la wey nanti aku try hantar resume kat company lain insyaAllah ada la rezeki nanti.."

"Dah la ni makan kaih. Sian anak dalam perut tu tergedik-gedik lapaq, mak dia dok buat drama hindustan pulak. Dok peling dilwale cehhh..hati tak kentai betul.." sambungnya lagi.

Pak!

Bantal kecil selamat mendarat di kepala Farah.

"Hoi! rosak auning tudung aku!" Bentak Farah geram.

"Merapu tak sudah kau ni yang kau pakai tudung dalam rumah apahal?"

"Aku ni menumpang ja, sat gi mai mat salleh celup tu salam tak apa tak daq tau-tau muncul depan pintu mana dan nak sarung." Jelas Farah sambil membetulkan tudungnya.

"Sorry babe.."

"Takpa wei aku faham.."

"Dah hang makan la, untung aku bawa nek atas kalau tak merangkak ang turun bawah..
aku nak turun sat nak kemas dapuq tu... " Farah bangun berdiri.

"bye-bye kajol.. Janam Janam Janam Saath Chalna Yunhi .... Kasam Tumhe Kasam Aake Milna Yahin.." Dia melangkah keluar dari bilik sambil bernyanyi.

Mengeleng kepala Zahra melihat perangai Farah pelahan-lahan bibirnya menarik senyuman. Sekurang-kurangnya hari-harinya tidak bosan selepas ini.

"Dah datang dah perangai tiga suku dia."

..............

Langkahnya diatur laju ke arah lif. Butang lif menuju ke ward VVIP itu segera ditekannya. Tidak menunggu lama pintu lif itu terbuka. Dia segera masuk dan angka 5 ditekan.

Setelah pintu lif buka dia melangkah laju. Derapan kakinya yang seakan berlari itu menarik perhatian semua orang yang di situ. Setiap mata yang memandang ke arahnya langsung tidak dihiraukan.

Sebaik sahaja dirinya berada di hadapan pintu bilik Jasmine. Carlos menarik nafasnya dalam untuk seketika sebelum dilepaskan perlahan.
Dia cuba untuk menenangkan dirinya berhadapan dengan Jasmine.

Buka Sahaja pintu, Pandangnya terus pada tubuh Jasmine yang terbaring di atas katil pesakit itu.

Wajah yang dulunya ceria kini kelihatan tidak bercahaya seperti dulu. Wajah putih itu kelihatan pucat. Terus sahaja dia mengatur langkah mendekati Jasmine. Tubuhnya di bongkokkan sedikit dan dahi gadis itu di kucup

Lama.

"I'm sorry.." Ujar Carlos pelahan.

Tubuhnya kembali di tegakkan anak mata Zamrudnya masih memandang wajah pucat itu.

"Carlos can we talk?" Soal Luq yang dari memerhatikan dua beradik itu.

Carlos mengangguk lalu dia mendekati luq yang berada di ruangan sofa di dalam ward VVIP itu.

"What do you want to talk about?" Soal Carlos seraya duduk di sofa itu dia memandang Luq yang berdiri di tepi jendela memandang Jauh ke depan.

"About Jasmine."

Carlos kembali menegakkan tubuhnya.
Dia mula bimbang apabila berkaitan adiknya itu. Selama Jasmine di hospital Luq yang menawarkan diri untuk menjaga adiknya itu.

"I want to married her." Mendengar ayat penuh Yakin lelaki itu. Carlos ketawa pelahan.

"Kalau kau nak kahwin dengan dia sebab kesian just forget it.. she strong enough, I know her."
"Aku nak bertanggungjawab atas apa yang jadi pada dia. She got mental breakdown Carlos! Extreme mental and emotional stress. The stress is so great that She's unable to perform normal day-to-day activities. Kau nak biarkan dia masuk wad gila ke macam bangsat tu ke ha!" Marah Luq. Walaupun suaranya pelahan tetapi kedengaran agak keras.

Carlos mendengus kasar lalu dia berdiri.
Teringat akan Farizal di 'Syurga' yang di tempatkan Khas buat lelaki itu bibirnya tersenyum sinis.

Dia melangkah mendekati Luq. Bahu lelaki itu di tepuk pelahan.

"Atas rasa tanggungjawab aku dekat adik kau aku menikahi dia but....You can see now she's not here., she gone..." Ujar Carlos sambil ketawa sinis. Mengejek dirinya.

"Kalau kau rasa nak bertanggungjawab dengan apa yang jadi just bring u beloved sister here..No need to married my sister." Nada Carlos kedengaran agak kecewa.

Mata mereka bertentangan. Entah la Luq seakan dapat melihat dalam anak mata carlos yang penuh kekecewaan.

Sudah putus asa ke Carlos dengan Zahra.
Secepat ini? Luq menghelakan nafasnya.

"Fikirankan apa yang aku cakap tadi. bukan sebab tanggungjawab saja. but i really love her." Ujar Luq seraya itu dia memusingkan tubuhnya dan melangkah keluar dari bilik itu.

..................

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang gelap, lampu di bahagian ruang tengah di hidupkan.

Hanya di ruangan itu sahaja yang bercahaya sedikit terang manakala tempat dia berdiri hanya diterangi dengan cahaya lampu yang agak malap.

Mata Carlos mula tertumpu pada susuk tubuh yang terikat ruang tengah itu. Tubuh yang terikat kiri dan kanan itu kelihatan susut kerana di kurung dan di seksa atas arahannya.

"So how? Still horny? Or nak batang yang besar lagi.." Soalnya seraya melangkah mendekati Farizal yang di ikat di tengah ruang itu.

Tangannya naik beri isyarat pada anak buahnya membuka ikatan pada tubuh lelaki itu.

"How do u feel having sex with extreme gay?" Soalan itu kedengaran sangat sinis di telingan Farizal.

Carlos mendekati tubuh farizal yang sudah terduduk melutut dan tidak bermaya itu.

Dia menunduk sikit tubuhnya lalu dagu Farizal di cengkam erat menarik wajah itu memandangnya.

Carlos tersenyum sinis.

Dia sendiri sebelum puas dengan apa yang terpapar di hadapan matanya sekarang.

"I cant wait to see my sister moan u name..How tight she is and u can feel it right?" Kata Carlos seperti seorang psiko.

Gib yang juga berada di situ hanya bersandar di tepi pintu. Keningnya terjongket. He is not Carlos. But he is Rayyan. You wake up the devil Farizal. Salah orang yang kau bangunkan.

Seorang Rayyan tak akan melepaskan 'Little shit'nya dengan mudah selagi dia belum puas.

"So do u still horny?" Soalannya lagi.

Dia tidak langsung tidak peduli dengan Tubuh itu yang sudah tidak bermaya.

Farizal tidak mampu membuka mulutnya. Malahan matanya dipejamkan. Harini sahaja dia sudah diliwat lebih dari Dua puluh kali.

Gila bagaimana Carlos boleh cari orang seramai itu atau semua yang meliwatnya adalah anak buah lelaki itu sendiri. Tubuhnya teruk di seksa.

Rayyan Carlos tidak akan pernah lepaskan orang yang telah menyakiti keluarganya malah cuba buat onar dengannya. Dan dia tidak berfikir untuk lepaskan lelaki ini kecuali mati.

Tetapi bukan di tangannya.

Dia akan memberikan peluang itu kepada Jasmine. Bagaimana Adiknya itu strangle untuk pulih. Dan di masa itu dia akan menyeksa lelaki ini sedikit demi sedikit.

Kata-kata Luq masih tergiang-giang di cuping telinganya.

"She got mental breakdown Carlos! Extreme mental and emotional stress. The stress is so great that She's unable to perform normal day-to-day activities. Kau nak biarkan dia masuk wad gila ke macam bangsat tu ke ha"

Tak semena-mena pisau lipat keluar lalu dia tekan pada kesan luka tembakan di peha Farizal itu.

"Argggghh."Jerit Farizal.

"Ke...na..pa ka..kau..t..ak bu..nuh sa..ja ak..aku!" Soal Farizal tegagap-gagap menahan sakit.

"Not now. Like i say before, i waiting for My sister.. i want to see how good she in the bed."

.....................

Bang!

Bang!

Bang!

"Arggggghhh."

Zahra segera bangun dari pembaringan matanya terbuka akibat terkejut dengan mimpi itu.

Dia menghelakan nafasnya pelahan.
dan matanya kembali di pejamkan sambil kedua belah tangannya menekup kuat telinganya sendiri.

Hampir seminggu mimpi ngeri itu selalu menganggu tidurnya. Kedua belah tangannya memeluk erat lututnya.

Wajah terus di sembahkan pada lutut lalu tangisan yang di tahannya setelah sekian lama akhirnya pecah jua.

"Hey, Ara! " Suara cemas Farah kedengaran jelas di telinganya. Pergerakan disebelahnya buat Zahra yakin Farah telah terjaga dari lenanya.

"Istifar Ara..." Tubuh Zahra ditarik pelahan dan sekaligus meleraikan pautan tangan Zahra yang memeluk lutut itu. Tangannya terus naik menyapu air mata pada wajah itu.

"Hang Okey daq ni?."Soal Farah

Dia menyandarkan tubuh Zahra pada katil.
Zahra hanya menundukkan kepalanya. Bibirnya di gigit kuat.

"Aku takut..."Pelahan Suara Zahra seperti berbisik. Esakkan halus masih kedengan.

"Hang mimpi tu lagi?" Soal Farah lembut.
Rambut Zahra yang menutupi wajah itu di kemaskan.

"Istifar ara.."Pujuknya lagi dapat dia merasakan tubuh gadis itu sedikit mengigil.

"Hang ikut aku baca doa ni ya.. Bismillahirrahmanirahim.
Huwallahu, Allahu rabbi, La syarika Lahu, A'udzu bikalimatillahit tammati min ghadhabihi wa min syarri ibadihi wamin hamazatis syayatini wa an yahdhuruni." Zahra juga pelahan mengikut bacaan itu.

"Satu lagi ye.." Melihat anggukan Zahra Farah terus mula.

"Bismillahirrahmanirahim Allohumma inni a’zubika min ‘amalis syaithoni wa sayyi-atil ahlam. Amin."

"Kadang-kadang mimpi ni mainan tidur ja. Hang stress pun boleh jadi jugak.. La ni hang bangun basuh muka pi ambik wudhuk dulu.. Aku turun sat pi ambil aiq untuk hang buat basah tekak." Ujar Farah seraya itu dia bangkit dan meninggalkan Zahra di bilik itu.

Hampir lima minit Farah turun ke dapur dia kembali naik ke bilik Zahra. Terbuka sahaja pintu itu kelibat Zahra di cari. Segelas air putih yang dibawanya di letak di meja solek berdekatan dengannya.

"Ara.." Panggilnya.

Pintu bilik air di dekati. Beberapa kali Farah mengetuk pintu itu tetapi tiada sahutan.

"Wei hang okey daq ni. Jangan dok diam ja."

Sunyi.

"Ara aku masuk ni." Timbul pintu itu di pulas.
Dan pelahan-lahan pintu itu di buka.

"Astaghfirullah al azim Ara!"

Share this novel

norsila
2021-12-15 14:36:51 

hiss dah jauh dri carlos pon masih stress ko? hiss ..kesian kat anaknya tu..dah cukup2 lah seksa hati tu..gi blk lah..hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience