Chapter 12 Kehilangan

Drama Completed 32729

Pandangan matanya menghantar pemergian doktor yang merawat Raihana. Kemudian pandangannya jatuh pula pada wajah pucat isterinya yang masih taksedarkan diri. "What kind of hell just happened? Aku suruh kau buat benda simple jer. Takkan itu pun kau takboleh nak buat?" soalnya tegas. Wajah tak beriak Irfan dipandang tajam. +

"Iam sorry, sir. Saya takboleh biarkan diorang rosakkan dia." balasnya. Adam tergelak sinis. Tangannya ditepuk berkali- kali. "Why? Kau nak jadi pelindung perempuan sial ni?" soalnya. Tubuhnya disandarkan pada dinding. "Dia bukan perempuan jahat, encik." jawabnya. Tawa Adam semakin besar apabila mendengar jawapan Irfan.

"Don't say that you have fallen inlove with her. Dengan perempuan jijik ni? Sekotor ni?" kata- kata sinis Adam membuatkan Irfan semakin hilang sabar. Kalau bukan sebab si Adam ni bos dia, memang dah lama dia tumbuk si Adam ni. Nafasnya ditarik sedalam mungkin, cuba mencari kekuatan untuk membalas kata- kata Adam. 116

"Tapi, perempuan jijik nilah yang mengandungkan zuriat encik kan? How could you asked us to rape her? Are you insane? Dia mengandung! Bayi tu anak encik!" luahnya panjang lebar. Dahinya berkerut seribu apabila senyuman sinis Adam semakin melebar. Bos dia ni takde perasaan ke? Tahulah dah banyak kali 'sentuh' perempuan, tapi Raihanakan perempuan pertama yang mengandungkan zuriat dia. Takkan takrasa sedih? 5

"Anak aku? Entah berapa ramai jantan dah sentuh dia. Takmungkin tu anak aku."

"Really? Then, tell me that you're not the first guy who touched her. Tak bolehkan? Sebab enciklah lelaki pertama yang rosakkan dia. Dan sebab enciklah satu- satunya lelaki yang pernah 'sentuh' dia. Kan?" 1

Baru sahaja Adam hendak membalas kata- kata Irfan, kedengaran suatu suara mengerang kesakitan. Pandangan mereka berdua jatuh pada Raihana yang baru sahaja sedarkan diri. Dahi gadis itu berkerut sambil tangannya menekan perutnya. "Sa.. sakit.." ujarnya perlahan. "Pergi balik. Kita sambung esok." arah Adam. Irfan mengeluh perlahan.

Dia hendak menemani Raihana di situ namun pandangan maut Adam membantutkan niatnya. Arahan Adam diikuti. Adam menutup pintu wad setelah Irfan beredar. Langkahnya diatur mendekati Raihana. "Macam mana kau boleh mengandung?" soalnya. "Sa.. saya mengandung? Adam.. anak kita ok tak? Dia selamat kan?" Raihana menggenggam erat tangan Adam, mengharapkan jawapan positif daripada Adam.

"Sial. Anak kita? Kau fikir kau layakke mengandungkan anak aku? Budak tu dah mampos." 3

"A.. apa? Adam.. saya nak anak saya.. pulangkan anak saya.."

"Kau patut bersyukur budak tu mati. Sebab kalau tak, aku sendiri yang akan bunuh dia." 1

"Kau tak guna! Kalau kau taksuruh jantan- jantan tu kacau aku.. anak aku takkan mati.. Aku.. Aku taksempat pun jaga dia.. aku taktahu pun dia ada.. Kau kejam!"

Adam menampar pipi Raihana kuat. "Kau sedar sikit dengan siapa kau bercakap!" marahnya. Baru sahaja Adam hendak melangkah pergi, Raihana memeluk erat pinggangnya. "Adam.. nak anak saya.. pulangkan dia.." rayunya. Air matanya mengalir deras. Adam cuba meleraikan pelukan Raihana namun isterinya itu semakin mengeratkan pelukannya. "Lepaslah bodoh!" jerkahnya. Tubuh kecil Raihana ditolak kuat menyebabkan gadis itu terjatuh dari katil. 1

"Allah!" Raihana menekan perutnya yang terasa bisa. Dia memeluk kaki Adam erat. "Adam.. tolong.. sakit.. baby.. nak baby kita.. arghh.. sakit.. perut saya.." perutnya terasa sakit yang teramat sangat namun pelukan pada kaki Adam masih tak dilepaskan. "Lepas! Rai.. Raihana? Woii., kenapa kau pengsan lagi ni?" tubuh Raihana dipeluk erat. Bila masa pula dia pengsan? "Rai.. bangunlah! Jangan takutkan akulah bodoh! Sial!"

Entah kenapa sejak dia melihat Raihana solat dan mengaji, jiwanya terasa seakan terusik. Hatinya seakan meronta untuk melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Fikirannya bercelaru dengan masalah antara Adam dan Raihana, kerjanya, dan hidupnya sendiri. Keretanya diberhentikan di tepi jalan. Dia keluar daripada perut kereta. Mungkinkah.., ini jawapan yang dia cari? +

Irfan merenung masjid yang tersergam didepannya. Tubuhnya disandarkan pada sisi keretanya. Satu keluhan berat dilepaskan. Bila kali terakhir dia solat? Bila kali terakhir dia mengaji? Rasanya, cara solat dan mengaji Al- Quran pun dia dah lupa. Puasa? Rasanya dah bertahun dia tak buat. "Ya Allah.. aku dah jauh sangat tersasar dari jalanMu.." rintihnya. Wajahnya diraup kasar. Jiwanya seakan bergetar apabila mendengar laungan azan berkumandang. Lututnya terasa lemah. 9

Kakinya ingin melangkah masuk kedalam masjid itu namun layakkah dia? Selama bertahun- tahun dia bergelumang dengan dosa. Masih sudikah Allah menerima taubatnya? Tubir matanya yang mula ditakungi air mata segera dikesat. Kotak mindanya mula membayangkan dosa- dosa yang selalu dia lakukan. Ya Allah.. berdosanya dia.. 1

"Dik., jom masuk. Kita solat berjemaah." sapa seseorang. Irfan mengangkat wajahnya. Seorang lelaki separuh abad dipandang lama. "Sa.. saya tak layak.." jujurnya. Pakcik itu tersenyum. "Tiada siapa yang tak layak masuk sini. Mari?" dia menghulurkan tangannya. Wajah Irfan dipandang lembut. 1

"Sa.. saya takboleh.. Sa.. Saya minta diri." tanpa menunggu jawapan pakcik itu, Irfan terus memboloskan diri kedalam keretanya. Pakcik tua itu tersenyum melihat kereta Irfan meluncur pergi. "Semoga kamu mendapat hidayahNya. In Shaa Allah, kita jumpa lagi." ujar pakcik itu sendirian sebelum masuk ke masjid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience