Iskandar membuka kamera keselamatannya di luar rumah.Dia melihat segala klip yang berlaku pada waktu kejadian."Natasha?!Apa yang dia buat?!"
"Sabar Is..Sabar,"kata Loqman,salah satu rakan setugasnya yang cuba menahannya untuk pergi.
"APA YANG DIA BUAT TIME TU LOQMAN?!TENGOK?!DUA ORANG LELAKI PUN MASUK DEKAT RUMAH TIME TU WEYH!!ASTAGHFIRULLAH.."katanya,beristighfar sambil mengurut-urut dadanya.
"Sabar Is..Kita sama-sama siasat.."
"Isteri aku kena rogol Loqman.Dengan dua orang lelaki pulak tu.Perasaan bersalah tu besar sangat Man.Aku sebagai suami takdek waktu tu untuk jaga dia,Loqman.Untuk jaga isteri aku,"kata Iskandar sambil menggosok kepalanya.Loqman yang mendengar hanya menahan sebak.Sebagai seorang suami dan ayah kepada tiga orang anak,dia dapat memahami apa yang dialami oleh Iskandar.Jika perkara tersebut berlaku ke atas keluarganya,dia sendiri tidak mampu menahannya.
"Kejap Is.Kita sama-sama tengok,"kata Loqman.
(malamnya)
Iskandar memandang telefon bimbitnya.Dia membiarkan Nabilla mengikuti mamanya ke Pining.Perasaan bersalah untuk melihat isterinya terlalu banyak.Tetapi perasaan rindu kepada Nabilla tidak dapat dia bendung.Akhirnya,telefon itu mendail.
"Assalammualaikum mama?"panggil Iskandar di talian."Waalaikummussalam,"
"Nabilla okay?"
"Alhamdulillah.Nak cakap dengan dia?"
"Taknak ma,"
"Kenapa?Cakaplah dengan dia.Dia rindu kamu,"Iskandar meneguk liurnya.Matanya menahan tangis.Argh!Gagalnya aku!
"Sayang?"suara yang dia rindu itu memanggilnya di talian.Hati yang layu segar apabila mendengar suara itu menerjah ke telinganya.
"Sayang,"
"Baby,"
"Sayang dah makan?"tersenyum bibirnya apabila mendengar suara itu.Hilang masalahnya buat seketika.
"Sudah,"tipu.Selama dua hari tidak dia menjamu selera.Dasar lelaki..
"Makan apa tu sayang?"
"Nasi lauk ayam pedas,baby,"tipu!Dahlah tipu dah makan,lepastu bagitahu makan sedap pulak tu?Dasar..
"Uish sedap tu,"
"Tak sesedap masakan baby,"
"Sayang baliklah.Nanti baby masakkan untuk sayang.Special untuk sayang je,"Iskandar tersenyum.Wajahnya ditongkat di atas meja.Hatinya sungguh gembira apabila suara Nabilla memasuki telinganya.Biarpun wajahnya tidak kelihatan,dapat dia membayangkan wajah gadis itu berada di hadapannya.
"Sayang balik ye.Baby rindu,"
"Nanti sayang balik,"katanya,menahan tangis.
"Baby kena mandikan Ikbal ni.Sayang jaga diri elok-elok ye,"
"Okay baby,"
"Assalammualaikum,"
"Waalaikummussalam,"talian pun dimatikan.Iskandar meletakkan kepalanya di atas meja.Dia memejamkan matanya.Bayangan Nabilla menghantui mindanya dan dia cinta akan perkara tersebut.
(beberapa minit kemudian)
Iskandar melihat Natasha yang duduk bersebelahan dengan suaminya.Dia memandang mereka tajam.Natasha pula sudah menelan liurnya.Iskandar tersenyum sinis.
"Waktu buat salah takdek pulak fikir pasal suami.Sekarang siap pegang tangan lagi?"kata Iskandar.
"Apa kau cakap ni ha?!"tempik suaminya."Kuatnya suara kau..Aku harap suara kau sekuat ini untuk selamatkan isteri kau,"kata Iskandar apabila menunjukkan video yang diambil di cctv keselamatan itu.Natasha membulatkan matanya.
"Kau ni bodoh lah Natasha.Kau tak tahu ke rumah kaya yang macam aku ni boleh beli berjuta-juta cctv awasi rumah?Maklumlah,nak elakkan babi hutan masuk kan.."
"Jaga sikit mulut kau!"pekik suaminya lagi.
"KAU DIAM BOLEH TAK ANJING!INI HAL AKU DENGAN BABI YANG KAU BELA NI!"pekik Iskandar pula.Natasha sudah cuak.
"5 haribulan 7,pukul 1.45 petang hingga 3.21 petang,dua orang lelaki memperkosa isteri kepada Tuan Inspektor Iskandar bin Ismail pada waktu beliau sedang bertugas.Dua orang lelaki tersebut dipercayai merupakan tikus-tikus kepada Natasha Wani binti Mat Kopi.Jadi,sebelum kita bertindak kasar,lebih baiklah Natasha Wani binti Mat Kopi memberikan nama,umur dan alamat kepada Tuan Inspektor Iskandar bin Ismail sebelum dia sendiri tidak dapat menahan dirinya daripada bersikap tidak bertoleransi terhadap wanita,"kata Loqman.
"Kau ni memang nak kena,"sebelum suami Natasha datang ingin memukul Iskandar,satu penumbuk buku lima telah hinggap di perutnya terlebihnya dahulu.Perasaan marah bercampur kecewanya membuak-buak.Satu tumbukan itu belum meredakannya lagi.
"Natasha Wani binti Mat Kopi,ada apa-apa maklumat terkini?"tanya Iskandar,tersenyum manis menatap wajah Natasha namun Natasha masih mendiamkan diri.Melihat suaminya yang sedang terbaring memegang perut membuatkan dia tersentak seketika.
"Waktu tu dia sorang je tau.Takdek siapa nak tolong dia.Takdek siapa yang dengar suara dia.Takdek siapa yang selamatkan dia.Suami dia pulak,bodoh pergi bertugas tak telefon dia.Kau?Datang dengan suami lagi.Bolehlah kalau suami tu nak tolong kan,tapi nampak macam tak berguna je,"kata Iskandar,menyindir.Hatinya cuba menahan sebak.Tetapi kini,marah pula mengambil alih.
"Sebelum kau taknak apa-apa pendarahan atau aksi tikam-menikam berlaku,lebih baik kau bagitahu aku sekarang,apa motif kau buat semua ni?"Natasha masih mendiamkan dirinya dan itu membuatkan perasaan marahnya bertambah kali ganda.
"EH BABI NI!KAU NI MEMANG PEKAK KE APA?!!"jerit Iskandar,menghentak meja kayu itu sehingga patah dan mengambil sekayu meja itu lalu memukul-mukul lantai sebelum dia mengarahkan kayu tersebut ke arah Natasha.
"IYE IYEE AKU BAGITAHU!!"Iskandar menahan amarahnya untuk tidak memukul perempuan itu.
"AKU NAK IKBAL,ANAK AKU BALIK.TAPI AKU TAK TAHU MACAM MANA!KALAU AKU NAK GUNA LAWYER,AKU KENA BAYAR.TAPI AKU TAKDEK DUIT.SO AKU GUNA DUA ORANG LELAKI TU UNTUK DAPATKAN DUIT BAYAR UNTUK LAWYER!"kata Natasha,jelas dan dapat direkodkan di dalam satu pita.Iskandar memandang Natasha dengan pandangan tajamnya.
"Kau ni memang takdek otak ke?Kau ni babi spesis apa ek?Kau tak fikir ke apa yang kau buat tu salah dari sisi undang-undang dan agama?"
"Kau tak faham apa yang aku lalui,"
"Kau tak faham apa yang Nabilla lalui bodoh!KAU DENGAN PERANGAI BABI KAU TU MEMANG TAK BOLEH DIPISAHKAN!APA YANG KAU CAKAP MEMANG TAKDEK COMMON SENSE LANGSUNG!DIA YANG KENA ROGOL DENGAN DUA ORANG LELAKI YANG KAU UPAH TU,KAU FAHAM APA PERASAANNYA?!KE KAU NAK RASA DULU BARU KAU FAHAM?!KAU NAK AKU UPAHKAN UNTUK KAU JUGAK KE?!BIAR KAU SENDIRI RASA APA YANG DIA RASA!"Iskandar pergi mengambil telefonnya dan membuat seperti ingin menelefon seseorang.
"Iskandar...Jangan.."rayu Natasha.
"Iskandar..Jangan..BABI KAU!DIAM!"kata Iskandar dengan menolak Natasha kuat ke arah dinding.
"Iskandar!Cukup!"Nasib ada Loqman,kalau tak memang habis Natasha dikerjakan.
Share this novel