15

Drama Series 14425

Silap hari bulan, esok boleh dapat selsema.

"Sini I tolong hangatkan." Ada suara berbisik di telinga bersama pelukan mesra. Bibir pantas menguntum senyum. Menikmati kehangatan pelukan seorang suami.

"Tak nak tidur lagi ke?" Bisik Azril setelah sepuluh minit berlalu, dan cik isteri masih nak tayang badan dekat koridor.

"Abang dah nak tidur ke? Pergilah dulu."

"Terus senyuman di bibir Azril mati mendadak. Muka mencuka. Pelukan terlerai. Dia jauhkan jarak.

"Hmmmm..k." Pendek je jawapan dia. Berkerut dahi Farra.

"Esok kerja kan? Pergilah tidur." Suruh dia lagi.

"K"

Sepatah lagi jawapan Azril. Saat yang sama, dia mengerling Farra. Bertaut pandang. Farra simpan senyum. Dia faham apa yang Azril mahukan, tapi dia sengaja buat-buat tak tahu. Ala... saja nak uji dulu.

Seminit berlalu, keadaan okay je. Lima mini, Azril dah mula memberontak. Muka mencuka. Tak berani nak tanggung risiko esok hari, cepat-cepat Farra peluk tubuh suami. Lalu melabuhkan ciuman pada bibir sensual itu.

Sebagai hint bahawa dia pun 'free' malam ni. Mereka berbalas senyuman. Berpelukan. Masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup. Lampu turut terpadam. Perlahan-lahan tubuhnya ditolak ke tilam.

Salam diberi. Mata terpejam rapat. Tangan meramas cadar. Bibir tersimpul malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience