8

Drama Series 4104

3 jam sudah berlalu. Jam hampir menunjukkan pukul 12.30 malam. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Barulah fun buat reunion penuh dengan aktiviti. Tak adalah semua asyik makan je. Buat tambah lemak tepu je dalam badan.

Tas tangan dibuka apabila merasa ada getaran yang dipercayai datang dari telefon bimbitnya. Mummy.

Lengan Dyan yang sedang bersembang dengan kawan-kawan sekelas Adeline dicuit. Adeline membisikkan kepada Dyan bahawa dia ingin keluar untuk menjawab panggilan Tengku Averine. Dyan hanya mengangguk sebelum kembali meneruskan bicaranya.

Setelah keluar dari pintu, butang hijau di skrin diseretkan.

"Assalamualaikum mummy. Kenapa mummy call Lin?" Lembut suara Adeline menyapa gegendang telinga Tengku Aveline.

"Lin tak balik lagi ke sayang? Lama lagi ke?" Soal Tengku Aveline penuh risau. Mananya tak risau, dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga itu. Anak bongsu pula itu.

"Dah nak habis dah mummy. You don't worry, I got Dyan with me, okay?" Adeline menenangkan hati ibu yang sedang resah memikirkan anak gadisnya. Hatinya tidak enak memikirkan anaknya. Pasti akan berlaku sesuatu. Firasat hati ibunya sangat kuat mengatakan begitu.

"If you say so. Jaga diri remember. Mummy loves you and mummy believe you no matter what, okay baby? Assalamualaikum." Tengku Aveline mematikan panggilan. Adeline pelik. Dah kenapa mummy ni? Believe no matter what bagai. Buat seram je mummy ni.

Telefonnya di padamkan sebelum dia berpusing untuk melangkah masuk semula ke dalam dewan. Sebaik sahaja badan dipusingkan, satu figura berada betul-betul di belakangnya menyebabkan Adeline terjerit kecil.

"Oh my mummy!" Latah Adeline sambil mata dipejamkan seketika. Satu suara ketawa ditangkap dari figura di hadapannya. Seketika kemudian, matanya dibuka kembali sebelum homo sapien di hadapannya di pandang dingin.

"You attitude are still you. Never change. Dari 5 tahun yang lepas." Bicara si gerangan dengan sisa tawa di bibir kacaknya. Tangan bergerak menyelak sedikit untaian rambut yang terjuntai di dahi Adeline ke belakang telinga gadis itu.

Tiada secebis senyuman di wajah Adeline. Kepalanya dikalihkan ketika rambut diselit ke belakang telinganya. Langkah mula dibuka untuk masuk ke dalam dewan. Dia tak boleh berlama-lama dengan Faiq di luar ini. Dadanya menjadi sesak.

Langkahnya terhenti apabila tangannya ditahan oleh Faiq. Faiq bertindak menarik tangan Adeline menyebabkan gadis yang jauh lebih rendah darinya itu terjatuh ke dalam pelukannya.

"Let me go, Faiqal Arrayan!" Suaranya sedikit meninggi namun masih dikawal. Tak mahu orang di dalam dewan untuk menyedari kehadiran mereka di luar dewan itu.

"You still remember my name. I miss you saying my name." Mata Faiq masih tepat menikam mata Adeline. Jujur dia sangat mencintai gadis ini. 5 tahun dia hidul dalam penyesalan kerana membuatkan gadis ini bertindak lari dari negara ini.

"Stop it, Faiq." Adeline meronta kuat sebelum pelukan itu akhirnya terlerai.

"Unfortunately I am not missing you. Just go. I don't wanna see your face." Tanpa disedari airmata menitik saat ayat pertama dilafaskan. Cukup menyatakan bahawa hatinya sangat bertentangan dengan apa yang dikatakan bibirnya.

"Are you sure? Kalau tak rindu, kenapa awak menangis?" Kenyataan yang keluar dari mulut Faiq menyentakkan Adeline. Sekarang baru dia sedar yang dia menangis.

"Saya minta satu peluang lagi. Perhaps the last. Let me fix this. Be my wife. Please." Mata Faiq bertukar mendung. Dia maksudkan apa yang dia katakan.

"Nonsense!" Kuat suara Adeline bergema sebelum langkahnya kembali menghala ke pintu utama. Tangannya sekali lagi ditahan apabila tangannya yang sebelah lagi sudah menyentuh tombok pintu.

"Apa lagi!?" Bentak Adeline kasar.

"I'm sorry. I have to do this." Adeline bingung sebentar sebelum mulut dan hidungnya ditekup dengan sehelai kain sebelum pandangannya menjadi gelap.

Faiq mendakap tubuh Adeline yang lemah itu sebelum telefonnya menghubungi seseorang.

"Hilman! Bring the car." Panggilan dimatikan tanpa mendengar jawapan Hilman

Tak lama kemudian sebuah kereta BMW M5 kuning tiba di hadapan pintu utama bangunan ballroom itu. Tubuh Adeline yang tidak sedarkan diri dicempung sebelum dimasukkan ke dalam kereta.

Tubuh tegap Faiq yang ingin melangkah ke tempat pemandu ditahan Hilman.

"Kau betul ke nak buat macam ni, Iq? Cara ni salah weh. Banyak lagi cara yang kau boleh guna. Still not too late bro." Kata Hilman kepada Faiq yang kelihatan sangat nekad. Dia mahu melihat Faiq bahagia begitu juga dengan Adeline. Gadis itu hadapi banyak perkara buruk kerana rakannya itu. Namun, dia tak mahu melihat Faiq gembira dengan cara ini.

"Ini je cara aku boleh dapatkan dia. I promise, I won't do anything to her. I love her." Faiq terus masuk ke dalam kereta sebelum kereta itu laju meluncur keluar dari kawasan sekolah. Hilman mengeluh. Ya tuhan, apa kau buat ni Faiq.

Hampir sejam Hilman termenung melihat langit. Ya tuhan, bagilah kesedaran kepada kawanku itu. Janganlah bagi dia buat benda bukan-bukan. Hilman bangun sebelum susuk tubuh Dyan menjengah keluar dari pintu utama dewan.

"Oh my god. Where is this girl." Dyan menguak rambutnya ke belakang. Sesalan datang menghimpit dadanya. Tak seharusnya dia biarkan Adeline keluar berseorangan. Sudah diminta Evanda untuk mencari Adeline di tandas perempuan, namun bayang gadis itu tiada di situ. Nombor Adeline didail. Tiada jawapan. Hanya suara perempuan robot itu saja yang menjawab panggilan.

Hilman yang melihat kekalutan Dyan hanya berlalu masuk sambil keluhan dilepaskan perlahan-lahan.

Dyan kembali membuka telefonnya. Nombor Tengku Aveline dihubungi.

"Assalamualaikum Dyan." Lembut sapaan Tengku Aveline kepada anak kepada abangnya itu.

Salam dari Tengku Aveline tidak disahut Dyan. Dia terlalu cemas. Inikah apa yang Tengku Aveline risaukan dari petang tadi? Naluri seorang ibu terhadap anaknya.

"Aunty. Lin hilang. I've searched for her. I've called her phone. I couldn't manage to find her. Macam mana ni aunty." Laju Dyan berbicara sama laju dengan jantungnya yang sedang mengepam darah ke badan.

"WHAT!?" Tengku Aveline rebah sebelum sempat disambut oleh Tengku Irwan yang kebetulan berhampiran dengan isterinya.

Telefon si isteri dicapai sebelum dia mula membuka bicara dengan Dyan.

"What is it Dyan? Apa yang berlaku ni?" Tengku Irwan mula risau selepas melihat keadaan isterinya yang tiba-tiba pucat.

"Adeline hilang uncle. Dyan dah cari dekat semua tempat, tak ada. Dyan call tak angkat." Dyan mula menerangkan kepada bapa saudaranya pula.

"Astaghafirullah." Tengku Irwan memapah isterinya duduk di sofa sebelum dia mula mundar mandir di hadapan pintu rumah. Memikirkan apa yang perlu dibuat.

Tengku Irwan meminta agar Dyan terus mencari di sekitar kawasan persekolahan elit itu. Dyan meminta bantuan kawa-kawan Adeline serta Arief dan Hakim, kawan kepada Faiq. Namun, tidak Hilman, dia juga menghilangkan diri selepas semua orang mula mencari Adeline.

Setelah hampir tiga jam mencari, Dyan menghubungi Tengku Irwan semula.

Ting tong.

"Dyan. A second. Ada orang datang. Stay on the line." Tengku Irwan bergerak ke arah pintu utama banglo mewahnya sebelum pintu dibuka dari dalam.

"Assalamualaikum." Kelihatan beberapa orang berkopiah di hadapan pintu rumah.

"Waalaikumsalam. Encik semua ni siapa ya?" Lembut pertanyaan Tengku Irwan dengan sedikit senyuman di bibir menutup kerisauan yang menggunung di hati.

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Anak encik ditangkap bersama seorang lelaki di sebuah hotel. Sekarang dia berada di pejabat agama. Minta encik untuk ikut kami." Ujar salah seorang daripada empat lelaki itu.

"Allah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience