Bab 15

Romance Series 12450

Turun sahaja Ku Syaf Ariana dari kereta terus sahaja dia mengambil barang didalam bonet. Pak Mat yang ingin menolong ditegah olehnya.

Baginya barang dia biar dia angkat sendiri lagipun dia tak nak menyusahkan Pak Mat ataupun sesiapa. Lagipun Pak Mat sudah berusia.

"Asslammualaikum! Ummi oh ummi! " jerit Ku Syaf Ariana lantang. Dibahu dia menyandang beg yang terisi kerja sekolah yang diberi oleh cikgu dan disisinya beg besar yang berisi dengan barang-barang peribadi.

Dari dapur terkocoh Tengku Rohani pergi kearah ruang tamu. Dia menggeleng kepala dengan perangai anaknya yang satu ni. Dia membuka pintu dan terpampang susuk tubuh anak perempuannya, Ku Syaf Ariana.

"Walaikummusalam. Haih anak dara sorang ni suara macam mak lampir" sindir Tengku Rohani. Ku Syaf Ariana tersengih seperti kerang busuk.

"Alah ummi ni, suara mak lampir ni lah yang ummi sayang. Nak hug ummi" rengek manja Ku Syaf Ariana. Dia mendepakan tangan menunggu umminya membalas.

Tengku Rohani tergelak dengan perangai manja anaknya. Dia mendepakan tangan dan terus sahaja Ku Syaf Ariana memeluk erat Tengku Rohani. Melepaskan rindu yang terpendam.

"Alahai ada jejak kasih ke dekat sini? Kenapa papa tak tahu " tegur seseorang dari belakang.

Terhenti jejak kasih dua beranak itu mereka memandang ke belakang. Membulat mata Ku Syaf Ariana terus sahaja dia berlari kearah Ku Umar dan memeluk papaya.

Tersenyum Ku Umar dengan telatah anak daranya. Dia mengusap lembut kepala Ku Syaf Ariana yang dibaluti dengan tudung shawl berwarna ungu.

Lama mereka berkeadaan begitu Ku Syaf Ariana melepaskan pelukan. Ku Umar menghulurkan tangan dan Ku Syaf Ariana mencium tangan tua itu.

"Papa dari mana? " soalnya polos.

"Papa baru balik dari Johor. Oustation seminggu dekat sana " jawab Ku Umar lembut. Ku Syaf Ariana mengangguk perlahan.

Tengku Rohani mendatangi mereka. Dia bersalam dengan suaminya dan Ku Umar mencium lembut dahi isterinya.

"Rindunya dengan buah hati abang ni. Seminggu tak dapat peluk dengan sayang boleh gila saya" usik Ku Umar. Memerah wajah Tengku Rohani kerana usikan suaminya.

"Ehem! Ehem! Maaf dekat sini ada orang single " deheman Ku Syaf Ariana menarik perhatian kedua orang tuanya.

"Angah rasakan twins takkan jadi anak bongsu dalam keluarga tapi adik baru yang akan jadi terakhir. So ummi bila nak bagi angah adik baru " bersahaja Ku Syaf Ariana menyoal Tengku Rohani.

Dia memeluk tubuh dan menaikan alis kanannya. Lagak seperti mak datin. Wajah merah umminya ingin sahaja dia bantai gelak namun ditahan.

"Ada-Ada kamu ni. Patutnya angah yang beri kami cucu takkan ummi yang dah berusia ni nak bagi adik lagi dekat kamu empat beradik " jawab Tengku Rohani. Tersengih Ku Syaf Ariana dengar.

"Alah ummi angah muda lagi lainlah along. Umur dia sekarang patutnya dah kahwin. Dah bagi cucu dekat Puan Tengku Rohani dan Tuan Ku Umar kita. Tak ke gituw " kata Ku Syaf Ariana mengundang ketawa dari suami isteri itu.

"Macam kamu tak kenal along kamu tu angah oi. Perangai dingin macam tu ada ke nak " soal Ku Umar bersahaja. Tiba-tiba lengannya dipaut. Dia menoleh kearah si isteri.

"Ada je yang nak dingin, sayang lah tu " jawab Tengku Rohani tenang. Tersenyum Ku Umar melihat gelagat isterinya.

"Eh jomlah masuk dari tadi kita buat drama dekat depan pintu  ni " ajak Ku Syaf Ariana tiba-tiba.

Tengku Rohani menepuk dahi. Terlupa tujuan asal tadi ingin mengajak dua beranak tu masuk dalam.

"Jomlah masuk, ah angah larat ke nak angkat beg tu? " soal Tengku Umar. Ku Syaf Ariana mengangguk Dia mengakat beg yang diletak ditepi dinding dari tadi dan diangkat masuk kedalam diikuti suami isteri itu dari belakang.

"Ummi, papa angah masuk bilik dulu nak rehatkan badan " pinta Ku Syaf Ariana. Ku Umar dan Tengku Rohani mengganguk terus sahaja dia masuk kedalam lif. Hari ni dia malas nak guna tangga.

Suami isteri itu memandang sepi pemergian anak mereka. Ku Umar menoleh kearah si isteri. Terjongket kening Tengku Rohani.

"Kenapa pandang saya macam tu? " soal Tengku Rohani pelik. 

"Saja, jom abang nak luangkan masa dengan sayang " terus sahaja tangan Tengku Rohani ditarik menuju ke laman belakang.

             Dia membuka suis lampu serta kipas dan mencampakkan beg disofa. Terus sahaja dia menghumban diri ke katil. Dia membuka tudung dan mencampak kedalam bakul yang berada ditepi sofa.

Dia meletak pin serta jarum dimeja kecil ditepi katil. Secara tidak sengaja tangannya tersentuh bracelet.

Dia bangun dari pembaringan dan mengambil bracelet itu. Ditilik bracelet itu dengan penuh teliti. Takut ada habuk atau calar. Kemudian matanya tertacap pada sebuah gambar.

Dia meletak bracelet itu kembali ditempat asal dan mengambil gambar yang terletak elok dimeja kecil itu.

Dia baring kembali dengan tangan masih menggenggam kemas gambar tersebut. Dia mengakat gambar itu kemudian terlakar senyuman tawar dibibir.

Dia merenung wajah lelaki itu dengan perasaan rindu yang menggunung. Tangannya menyentuh wajah lelaki itu yang sedang tersenyum. Fikirannya mula teringat kembali detik perkenalan mereka berdua.

Flashback

" Mana Ika ni? Kata nak keluar sama-sama" omel Ku Syaf Ariana geram. Mana tak geramnya dari pukul 12 tengah hari dia tunggu tapi langsung tidak nampak kelibat gadis itu.

"Baik aku cari dulu aiskrim nak hilangkan rasa bengan dalam hati" bisik hati kecilnya. Dia terus berjalan mencari kedai menjual aiskrim yang halal.

Sedang dia berjalan tiba-tiba telefonnya berdering. Dia keluarkan telefon pintar dari poket seluar. Nama Ika terpampang diskrin telefon itu.

Dia mengakat call Tengku Syafiqah. "Hello, we kau dekat mana? " soal Ku Syaf Ariana. Matanya ligat mencari kedai aiskrim.

"Ha tak jad- " terhenti kata Ku Syaf Ariana apabila dia terlanggar seorang lelaki. Terjengil mata dia apabila melihat baju berwarna putih milik lelaki itu sudah bertukar warna coklat.

"Ww-we kejap lagi kita call " terus sahaja dia tutup call dan meluru kearah lelaki itu.

"Ergh sir, i am sorry to my mistake " ucap Ku Syaf Ariana takut. Menunduk sahaja kepalanya kerana tidak berani menatap lelaki itu.

Lelaki itu hanya tenang sahaja. "Its okay, saya tak marah lagipun salah saya juga tak tengok depan" kata lelaki itu. Melopong mulut Ku Syaf Ariana mendengar lelaki itu berkata.

"Ee-encik boleh cakap melayu? " soal Ku Syaf Ariana. Lelaki itu menganggukkan kepala beberapa kali.

"Saya orang Malaysia tapi mak ayah saya hantar saya belajar di London " jawab lelaki itu. Terangguk Ku Syaf Ariana. Kornea matanya tertacap pada baju lelaki itu.

"Maaf encik. Jom kita pergi kedai baju saya nak ganti baju encik yang dah kena air kopi tu " Ku Syaf Ariana mengajak lelaki itu untuk membalas maafnya.

Lelaki itu mengeleng. "Tak pe. Saya boleh beli sendiri " lelaki itu menolak pelawaan gadis dihadapannya.

Melekung bibir Ku Syaf Ariana. "Jom lah encik, saya masih bersalah dengan encik " kata Ku Syaf Ariana.

Lelaki itu memandang wajah muram Ku Syaf Ariana. Dia berfikiran sejenak sebelum mengganguk kepala. Menerima pelawaan Ku Syaf Ariana.

"Jom! "

Mereka pergi ke kedai H&M. Keadaan kedai itu agak sesak dengan mat salleh yang tidak berhenti berpusu masuk kedalam. Mereka berdua melangkah kearah bahagian lelaki.

"Pilih mana encik nak. Saya belanja encik " ucap Ku Syaf Ariana. Dia memeluk tubuh menunggu lelaki itu memilih baju.

Lelaki itu mengambil hoodie berwarna kelabu. Mereka berdua menuju kearah kaunter untuk membayar.

Selesai membayar mereka melangkah keluar dari kedai dan menuju ke tandas. Ku Syaf Ariana hanya menunggu sahaja diluar memandangkan lelaki itu ingin menukar baju.

10 minit berlalu, lelaki itu keluar dari tandas. Mata Ku Syaf Ariana tidak lepas memandang lelaki itu. Wajah tampan itu semakin handsome apabila memakai hoodie. Dia berdehem untuk menghilangkan rasa gugup.

Lelaki itu berdiri dihadapan Ku Syaf Ariana. "Thanks belanja saya. By the way, ini nombor telefon saya. Kalau awak nak tuntut apa apa pasal kejadian tadi awak boleh call saya " lelaki itu menyerahkan kertas kecil yang mengandungi nombor telefonnya.

"You're welcome, tak pe saya ikhlas belanja. Baik saya ambil nombor encik " Ku Syaf Ariana mengambil kertas kecil itu ditangan lelaki dihadapannya.

"Ouh lupa saya nak perkenalkan diri. Nama saya Tengku Fahmi. Awak boleh panggil saya Fahmi sebab kalau awak panggil saya encik terasa tua diri ni " kata Tengku Fahmi dengan loyar buruknya. Tergelak Ku Syaf Ariana.

"Nama saya Ku Syaf Ariana. Awak boleh panggil saya Syaf " dia perkenalan dirinya tanpa dipinta. Tengku Fahmi terangguk kemudian mengerutkan dahi.

"Kalau saya nak panggil awak Ana boleh tak? " soal Tengku Fahmi. Berkerut dahi Ku Syaf Ariana dengan permintaan Tengku Fahmi.

"Kenapa awak nak panggil saya Ana? " soalan Ku Syaf Ariana pula. Soalan dibalas soalan.

"Entahlah mungkin nama Ana tu sedap dan senang nak diingat " jawab Tengku Fahmi tenang. Dia memasukkan kedua belah tangan di poket hoodie.

Ku Syaf Ariana mengganguk kepala. "Ikut awaklah saya tak kisah " jawabnya. Tengku Fahmi tersenyum.

"Ok memandangkan kita dah berkenalan, kita jadi kawan
nak? " soal Tengku Fahmi lembut. Ku Syaf Ariana berfikiran sejenak. Dia mengganguk kepala.

"Ok mulai sekarang kita berkawan " jawab Tengku Fahmi. Mereka berdua saling berpandangan dan membalas senyuman.

End flashback 

"Ana rindukan Fahmi. Kenapa Fahmi awal sangat tinggalkan Ana " teresak esak Ku Syaf Ariana mengingat kembali kekasihnya yang telah kembali di rahmatullah. Dia memeluk erat gambar itu.

Perlahan-lahan matanya memberat sebelum semuanya gelap. Dia tertidur dalam keadaan tangisan. Air mata yang jatuh ditepi mata hanya dibiar sepi.

               Tengku Amirul Fareez menuruni tangga satu persatu dan menuju kearah dapur. Dapat dia melihat ibunya tengah menyediakan masakan itu makan malam.

Tiba-tiba muncul mentol diatas kepala. Terjengkek-jengkek dia meluru kearah ibunya, Tengku Suraya. Dia berdiri dibelakang Tengku Suraya.

"Mommy! "

"Ouh sudip ku terbang " melatah Tengku Suraya. Dibelakang Tengku Amirul Fareez sudah bantai gelak. Dia memegang perut yang senak kerana ketawa.

Tengku Suraya mengurut dadanya dan menoleh kebelakang. Matanya tajam melihat anaknya yang tidak berhenti gelak. Dia bergerak kearah anaknya dan menghadiahkan sebuah cubitan dilengan.

"Ah sakit mommy! "

"Padam muka Fareez! Kacau lagi mommy masak " jawab Tengku Suraya selamba. Dia kembali memasak tanpa menghiraukan Tengku Amirul Fareez dibelakang.

"Alah mommy jangan merajuk. Erm mommy Fareez tak nampak pun daddy dari tadi? " soal Tengku Amirul Fareez. Dia memeluk bahu Tengku Suraya.

"Daddy kamu pergi masjid. Kejap lagi baliklah " jawab Tengku Suraya. Tengku Amirul Fareez mengganguk kepala. Dia meminta izin mommynya untuk naik keatas.

Sampai sahaja dibiliknya, Tengku Amirul Fareez membaringkan diri. Dia meletakkan tangannya pada dahi dan menatap kipas yang sedang berpusing.

Dia mengambil telefon pintarnya ditepi bantalnya kemudian membukanya. Bercahaya skrin telefon pintar itu.

Dia membuka whatsapp dan mencari nama Ku Syaf Ariana. Jumpa sahaja chat Ku Syaf Ariana dia menekan.

Minah gila??

Asslammualaikum 
7:50 pm

Aq nak minta maaf pasal petang tadi. Aq saja nk usik kau tapi x tahu pulak kau mengamuk
7:50 pm

Good night
7:51 pm

Dia tak tahu apa lagi yang ingin dicakap oleh gadis itu jadi dia membuat keputusan ringkaskan sahaja mesejnya. Namun apa yang dia dapat hanyalah one tick dari gadis itu.

Dia berdecit kasar. Dia keluar dari aplikasi whatsapp dan menutup telefonnya. Dia mencampakkan Iphone itu ketepi.

Dia meletakkan tangannya diatas perut dan dahi kemudian memandang kipas yang terpusing dengan laju. Lama kelamaan matanya menjadi berat dan masuk kealam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience