BAB 5

Humor Completed 78146

MAJLIS akad nikah diadakan di rumah pihak pengantin perempuan.Hanya Dato Rais sekeluarga saja yang hadir.Sanak saudara yang lain tidak di beritahu.Malah majlis ini hanya lah majlis tertutup keluarga.Semua ini atas permintaan Adam.

Dato Rais tidak cakap banyak.Terus dia bersetuju asalkan Adam mahu bernikah dengan Aisyah.
Selagi tak ditunaikan janji pada arwah Haji Hamid hatinya tidak senang.

Datin Mazni yang duduk di sudut tepi lebih banyak mencebik dari tersenyum.Dalam hati memang geram sesungguhnya.Apa yang dia tahu bukan ini yang Adam mahu kan.Dia rasa sesak bila pihak keluarga perempuan semuanya bertudung malah ada yang berpudrah.Memang tak sesuai langsung dengan Adam.Dia tahu pilihan Adam bukan macam ini.

"Mummy rimas lah.Apa lah papa kau ni.Pilih perempuan tak ada standard!"katanya geram sambil berbisik pada Adella di sebelah.Suara di perlahan kan.Tidak mahu orang keliling terdengar.

"Dah la tu mummy.Adam tu okay saja."tokok Adella bila dilihat Adam masih mampu tersenyum walaupun senyuman tu nampak langsung tak ikhlas.

"Mummy tak tahan lah macam ni.Rimas tau tak.."bisiknya lagi sambil senyum paksa pada keluarga perempuan.

Nampaknya dia terpaksa berlakon.Demi Adam dia sanggup berkorban.Salah tu.Demi harta untuk Adam dia sanggup berkorban.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai.Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin dekat pengantin perempuan."kata tok kadi.

Hanya sekali lafaz Adam dan Aisyah bergelar suami isteri.Adam sedikit lega sebab tidak tergagap.Nama penuh bakal isteri pun tadi masa dalam perjalanan baru Adam hafal.Sebelum tu dia tak ambil peduli pun.Nasib ingat juga,dah la dari rumah sampai lah ke sini asyik dengar mummy membebel tak henti-henti.

Semua hadirin mengaminkan doa.Mengucap syukur dan tahniah buat kedua mempelai.Adam bangun menuju ke arah pengantin perempuan yang sedang duduk bersimpuh.Mata pengantin perempuan masih menunduk ke bawah.Wajah pengantin perempuan di lindungi dengan niqab.Jadi Adam tak dapat melihat wajah penuh isterinya.Itu semua Adam tak kisah.Janji nama nya sudah tersenarai dalam harta baba.

"Assalamualaikum.."Adam ingin segera menyarungkan cincin dan mahu segera pergi dari situ.

Pengantin perempuan menjawab salam.Kedengaran lemah lembut suaranya.Mata mereka saling bertatapan saat pengantin perempuan mengangkat kepalanya.

Jantung Adam berdegup kencang.Tak pernah dia alami seperti itu.Tetapi cepat di usir perasaan yang mula menjerat tangkai hati nya.Dia dah tekad tidak akan menyimpan walau secoet pun perasaan pada perempuan yang baru dinikahinya.Tujuan dia kahwin hanyalah sebab harta.Kedua dia nak sakitkan hati Julia.Ketiga dia sendiri masih keliru.Tanpa sedar dia dah siap lafaz akad nikah.

Segera Adam capai tangan isterinya dan mahu segera menyarungkan cincin.Sedikit menggeletar dan sejuk beku macam ais tangan isterinya.Adam hulurkan tangan dan si isteri mengucup tangan Adam.Sungguh lembut.Sekali lagi dada Adam berirama tak menentu.Adam pegang sedikit hujung dagu dan mencium dahi.Ehh..bukan dahi tapi tudung.Tu pun kena sipi-sipi.

Mummy dan Adella hanya dia membisu.Senyum pun memang tak ikhlas.Nak sambut salaman tangan menantu pun macam nak tak nak saja.Datin Mazni betul-betul tak suka.Dah la rimas tengok semua bertudung dan berpurdah.Dia dan Adella hanya mengenakan selendang.Tu pun kerap melurut jatuh.Dia tak peduli lantak lah apa pihak sana nak fikir.

"Datin,jemput makan.Ada jamuan sedikit.Maaf kalau ada kekurangan dari pihak kami."pelawa mak ngah Sahida,ibu saudara pengantin perempuan.

Dari tadi dia nampak dua beranak itu seperti tidak selesa.Siap berkipas dengan selendang.Panas sangat ker.Kipas dah terpasang banyak.Kipas siling kipas berdiri lagi..Rasanya dah cukup selesa.

Mujur majlis diadakan di rumahnya.Memandangkan Aisyah sudah tidak punya ahli keluarga lain.Mereka seleluarga pun dah menganggap Aisyah seperti anak mereka sendiri.Suaminya yang mewalikan Aisyah sebentar tadi.

"Umi,kenapa cepat sangat keluarga pengantin lelaki bawa balik kak Aisyah?Jiha tengok macam semacam saja diaorang tu."rungut Najiha sepupu Aisyah.

"Jiha ni suka fikir bukan-bukan.Umi tengok elok saja.Diaorang tergesa nak balik sebab ada urusan katanya."dalih Sahida.Pada hal dia pun rasa pelik.Tambah dengan mak mertua Aisyah.Senyum pun macam terpaksa.

"Ada ker macam tu.Pengantin lelaki pun boleh diam saja ikut apa mak dia cakap.Kesian kak Aisyah.Tak sempat nak kemas barang tadi.Kelam kabut sungguh.Apa salahnya biar saja pengantin lelaki tu kenal keluarga kak Aisyah dulu.Ini kalut nak balik"Najiha tidak puas hati.

"Jiha boleh tolong tak.Tolong diam sat.Nanti abi dengar tak pasal.Umi harap Aisyah bahagia dengan suaminya."

Sebenarnya dia pun berasa tak sedap hati.Cuma tak mahu luahkan.Hanya doa dititip buat anak saudara suaminya itu.Dia tak mahu Najiha berfikir yang bukan-bukan nanti Habib dengar lain pulak jadinya.Bukan dia tak tahu anak teruna nya masih menyimpan perasaan pada Aisyah.Cuma Aisyah tak mahu.Dia dah anggap Habib seperti abangnya sendiri.Lagi pun arwah abang iparnya dah amanat kan suaminya untuk menyatukan Aisyah dengan anak Dato Rais.Itu permintaan Dato Rais.Dah banyak kali arwah menolak tapi tetap juga dia mahu mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience