BAB 3

Romance Completed 9366

Masa memang cepat sangat bergeraknya. Sedar tak sedar sudah sebulan lebih aku ada pembantu baru itu. Senang kerja dengan dia. Suruh buat apa pun, dia akan ikut saja. Hah, jangan salah sangka, okey! Aku tak pernah suruh dia buat yang bukan-bukan. Bagilah kredit pada diriku ini. Takkanlah selamanya aku nak jadi budak nakal, kan? Lagipun, sekarang ni, menurut kata mak aku, aku dah boleh jadi bapak orang. Dalam kata lain, aku dah boleh kahwin cuma masalahnya, aku belum berjodoh! Liat sangat jodoh aku ni. Jangan nanti mak bapak suruh aku mandi bunga, sudah!

Sesekali aku tengok si Farah Harissa ni macam nak menggoda aku pun, ada jugak. Perasan ke? Mestilah! Kalau dah selalu curi-curi pandang, apa kes? Bila aku tengok ke lain, dia intai wajah aku. Bila aku toleh ke dia, dia tunduk malu. Kadang-kadang, dia senyum meleret bila aku usik dia. Kadang-kadang dia merajuk bila aku marah. Eh, tu bukan tanda perempuan angau ke?

Kalau aku mahu, aku boleh aje menggoda dia. Tapi, masalahnya, dia ni anak cikgu Haris! Dia, anak musuh aku! Musuh tu! Sampai bila-bila, aku tak boleh lupa perbuatan cikgu tu menghina aku! Jadi, kira-kiranya, anak dia jugak patut jadi musuh akulah, kan?

Eleh, musuh konon! Kalau musuh, kenapa aku terima dia bekerja di sini dulu? Poyo!

Tapi, kan…semalam aku dah fikir panjang-panjang dah. Dah habis fikir dah ni! Aku dah nekad buat satu keputusan. Ya, aku akan mengurat si Farah Harissa ni. Aku akan goda dia. Akan buat dia jatuh cinta padaku. Sebaik dia mengaku dia cinta, sayang, kasih segala, aku akan cakap pada dia begini…

“Farah, abang tak cinta kau. Tak boleh nak cinta pun. Sebab kau tu anak cikgu Haris.”

Rasa-rasa, dia menangis tak? Hmm, mestilah! Terkoyak hati dia! Luka berdarah yang tak mungkin akan sembuh. Lepas tu, dia akan mengadu pada bapak dia, musuh aku tu. Maka si bapak akan marah aku.

“Dulu, kamu kata yang kamu suka dia? Kenapa sekarang kamu mainkan perasaan dia?”

Tapi aku dah siap sedia untuk menembak dia balik.

“Sebab nama bapak dia ialah Haris bin Nasir. Kalau Farah Harissa tu anak lelaki lain, tak apalah juga. Ni, Haris ni, cikgu yang aku paling benci dalam dunia. Mana boleh layan cintun dengan anak dia! Cikgu Haris, kau belalah anak kau yang dah frust menonggeng ni. Semoga nanti ada yang sudi ambil dia jadi bini….”

“Apa maksud kamu, Faridzul Asyraf?”

Hisy, dia ni tak pernah nak panggil aku dengan nama mudah. Joe tak pernah keluar dari bibir dia. Dia mesti nak laung..Faridzul Asyraf jugak-jugak! Hmm….

Dendam tentu akan jadi tersangatlah manis, bila aku dapat membalasnya, kan? Tentu seronok kalau aku dapat sakitkan hati lelaki tu! Tentu seronok kalau aku dapat mengecewakan dia seumur hidup. Padan muka dia!

Nasib kaulah, Farah Harissa! Kenapa kau datang dalam hidup aku? Kenapa kau mendekati aku! Kau tak tahu ke yang aku ni musuh bapak kau?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience