BAB 18

Mystery Series 6391

Majlis perkahwinan diadakan begitu mewah. Ternganga mulut Irene dibuatnya. "Mewah betul. Macam mana dia sempat buat semua ni? Seminggu je kot." Gumam Irene sendirian. Dia melangkah masuk ke dalam dewan tempat dia akan bersanding dengan Khairi nanti. Majlis bermula pada tengah hari nanti. Dia datang untuk melihat-lihat tetapi tidak menyangka akan menjadi sebesar ini.

"Awak buat apa dekat sini?"

Irene tersentak mendengar suara seorang lelaki yang berada di belakangnya itu. Wajah lelaki itu dipandangnya kemudian dia tersenyum. "Saja. Nak tengok dulu sebelum majlis mula. Awak pula buat apa dekat sini, Zuhair?" Zuhair mengangkat kedua bahunya. Wajah wanita itu ditatapnya lama.

"Entahlah. Saya sedar-sedar dah ada dekat sini. Mungkin sebab Khairi tu kawan saya kan." Irene mengangguk faham. Dia berjalan keluar dari dewan itu bersama dengan Zuhair.

"Tahniah Irene. Dah nak jadi isteri orang ye awak ni." Irene ketawa kecil. "Awak bila pula? Dah lama saya kenal awak. Tak pernah pula nampak awak keluar dengan perempuan." Zuhair tersenyum pahit. "Cinta saya bertepuk sebelah tangan." Ujar Zuhair perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Irene. Wanita itu memasang wajah sedih.

"Kesiannya awak. Saya harap perempuan tu dapat dengan awak." Zuhair tersenyum kecil. Dia mengangguk sahaja tanpa menjawab.

--

'Uu! Aku nak kahwin dah. Dengan perempuan cantik pula tu.'

'Kenapa kau happy sangat? Khairi yang nak kahwin bukan kau.'

Khairi mendengus kasar. Bising pula dua ekor setan ni. "Boleh senyap tak? Kau punya pasal lah aku kahwin awal sangat, Mika." Mika ketawa kecil. Dia memeluk tubuhnya. "Why? Tak suka? Kau dah lama dengan dia. Dia pun berharap dapat cepat bersuamikan kau." Ada sedikit tawaan di akhir katanya.

Khairi menjeling dirinya sendiri di dalam cermin. Bayang Mika samar-samar berada di dalam cermin itu. Begitu juga dengan Qristine yang sedang tersenyum ke arahnya.

'Selamat pengantin baru, bro. Kita enjoy sama-sama. Jangan sorang-sorang.' Mika berkata perlahan sebelum dirinya menghilang di balik cermin.

Qristine melambai sebelum turut sama menghilang bersama dengan Mika.

--

Majlis tamat tepat sebelum pukul 6. Irene mengurut-ngurut bahunya yang muka terasa sakit. Tetamu-tetamu sudah mula beransur pulang. Dia hanya tinggal memberi senyuman dan salam sahaja sebelum dapat berehat dengan aman.

"Haikal dah balik ke?" Tiba-tiba Khairi menegur. Irene hanya mengangguk dan tidak pula menjawab. Jujur kalau boleh dia nak tidur je sekarang ni. "Kalau awak letih, kita boleh balik sekarang. Malam ni tidur rumah keluarga saya dulu ye. Esok kita pindah masuk rumah kita." Irene tersenyum kemudian mengangguk perlahan. "Boleh juga. Saya pun memang dah letih sangat ni."

"Kalau macam tu. Jom kita balik." Khairi menarik Irene dekat ke arahnya kemudian membawa wanita itu masuk ke dalam kereta.

--

"Kat sini kan?"

Tania melihat bangunan tinggi yang berada di hadapannya itu. Dia melangkah masuk setelah memastikan itulah bangunan milik Zuhair.

"Akak! Zuhair ada tak dekat sini?" Tania dengan wajah cerianya bertanya. Dia tersenyum ke arah wanita yang mungkin berusia dalam 30-an itu. "Encik Zuhair? Dia ada. Cik ada apa ye nak jumpa dengan dia?" Tania tersenyum.

"Saya kawan dia." Itu saja jawapan yang diberi oleh Tania.

"Oh kawan encik Zuhair. Dia ada dekat atas. Cik boleh naik ikut lift tu." Tania melihat ke arah tempat yang ditunjuk oleh wanita itu. Dia kemudiannya mengangguk perlahan. "Terima kasih!"

Tanpa dia sedari ada yang memerhati dari jauh keberadaanya itu. Ikmal tersenyum jahat. "Cun." Ikmal melangkah pergi ke arah Tania. "Hai cik adik. Dah lama tak jumpa." Dia mengukirkan senyuman buat Tania. Wanita muda itu agak terperanjat melihat Ikmal.

--
Zuhair menguap perlahan. Dia keluar dari biliknya kemudian menuju ke arah lift yang berada tidak jauh dari biliknya.

"Encik Zuhair!"

Tiba-tiba ada yang menegur dari arah belakang. Zuhair menoleh kemudian mengukirkan senyuman buat wanita yang menegurnya tadi. "ye kak Lina. Ada apa?" Wanita yang dipanggil kak Lina itu tersenyum kemudian menjawab, "Tadi ada seorang perempuan comel yang cari encik. Dia kata dia kawan encik. Encik dah jumpa dia?" Berkerut dahi Zuhair dibuatnya.

Perempuan comel mana pula ni? Rasanya dia dah berhenti buat kerja macam tu. "Siapa ye kak?" Dia bertanya untuk kepastian. Mana tahu dia kenal. Dah pelupa nak buat macam mana kan. "Ada. Comel-comel je dia. Ceria pula budak tu. Suka akak tengok." Zuhair tersenyum. Sudah dapat meneka siapa yang sedang kak Lina bicarakan.

"Tania ye? Dia tak ada datang pula nak jumpa saya. Tak apa lah. Saya turun cari dia dulu ye kak." Kak Lina mengangguk perlahan. Dia kemudiannya menyambung kembali pekerjaannya yang tertunda tadi.

--

Pintu lift terbuka. Kaki Zuhairi sudahpun melangkah keluar dari lift. Sosok Tania dicarinya merata tempat. Satu kening terangkat sebelah. "Mana pula budak tu? Cakap cari aku." Gumam Zuhair sendirian. Dia masih lagi mencari-cari kelibat Tania.

"Hai cik adik. Dah lama tak jumpa."

Tiba-tiba suara yang agak familiar tertangkap oleh pendengarannya. Zuhair mengalihkan pandangannya ke arah suara itu. Jelas melihat yang Ikmal sedang mencuba untuk mengangguk Tania.

Zuhair mendengus kasar. "Bertuah punya budak." Dia menyinsing lengan bajunya kemudian melangkah pergi ke arah Ikmal. "Kau buat apa dekat sini? Tak ada kerja ke apa ha?" Zuhair menarik Ikmal supaya menjauh dari Tania.

Wanita itu cepat-cepat berlari menyorok di belakangnya. "Awak." Tania memanggil. Zuhair melepaskan kerah baju Ikmal kemudian menepuk-nepuk bajunya. "Lagi sekali aku nampak kau kacau dia. Siap kau. Mati aku kerjakan kau." Ikmal tersenyum kemudian menunduk perlahan.

Dia terus berlari meninggalkan Tania dan juga Zubair di situ. Zuhair yang merasa Tania sudah aman terus memandang ke arah wanita itu. "Lain kali, call aku dulu. Kalau dia bawa kau macam mana?" Tania menunduk perlahan. Air mata terasa macam ingin mengalir sekarang ni.

Zuhair mengeluh perlahan. "Jangan menangis. Aku tak marah. Nak pergi mana? Aku bawa kau." Lembut sahaja Zuhair bertanya. Dia menunduk menyamakan tingginya dengan Tania.

Hi semua huhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience