USAI bersalaman, seperti biasa Adlia akan menjalani rutin sehariannya dengan mengayuh basikal CHOPPER dengan membawa raga berisi kuih-muih hasil air tangan ibunya iaitu Mak Ziah. Memandangkan waktu masih lagi awal sesudah subuh namun keadaan kampung masih lagi gelap.
Dan Adlia pula terpaksa meredah laluan sempit yang di kelilingi ladang kelapa sawit setelah dia melalui batas sawah padi dan titian gantung. Kampung Adlia menetap itu luas kawasannya. Tetapi keluarga Adlia memilih untuk membina rumah papan kecil mereka itu di pinggir kampung.
Mungkin ada sebab yang Adlia sendiri tidak tahu. Peluh sudah membasahi baju kurung lusuhnya kerana kayuhan dia perlajukan kerana merasa gementar serta merinding melalui laluan yang panjang serta sunyi itu. Apatah lagi, penduduk kampung seringkali momok kanak-kanak dengan cerita hantu.
Hantu bunjutlah, kopeklah, kak pon lah ...
Menyebabkan mereka yang dewasa khasnya yang berhati kecil seperti Adlia turut sama terkesan.
Setelah beberapa minit serta kurang dari sejam lebih, Adlia sudah nampak warung yang akan dia letakkan kuih-kuihnya itu. Seperti biasa penuh dengan pakcik-pakcik serta pemuda yang baru balik dari surau untuk mengopi.
Setelah sampai di tepi pangkin berdekatan pokok mangga. Adlia menuruni basikal sebelum dia angkat raga untuk diletakkan atas pangkin sementara dia mahu menyandar serta mengunci tayar. Hujung lengan baju kurung dia buat sebagai pengelap peluh di dahi.
“Wei, Adlia tu. Adlia tu,” tegur salah-seorang daripada pemuda yang sedang berkumpul mengopi dan bermain papan kerom. Lantas pemuda yang berambut ketak itu panggung kepalanya. Betullah apa yang kawannya itu cakap. Adlia pengarang jantungnya sudah sampai untuk hantar kuih.
Lebar sengihannya, menyebabkan yang lain saling menyinggul lengan dan menjuih bibir.
“Aha, aku menang. Hahaha!” teriak salah-seorangnya. Kepala dia palingkan semula lalu membuat muka bengang.
“Tu lah, siapa suruh asyik benar tenung anak dara orang. Kan dah kalah!” sindir Osman pada Remy. Remy sekadar tersenyum sinis lalu dia angkat punggungnya dari atas kerusi papan sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya.
“Tu... tu tak lain tak bukan nak pi dekat pengarang jantung dia lah tu,” sindir Osman diiringi gelak-tawa menyebabkan ada mata-mata yang memandang dalam keadaan tidak puas hati terutamanya golongan pakcik. Mereka mahu membaca akhbar serta menyembang hal-hal agama serta isu terkini terutamanya yang berkait dengan kampung mereka itu.
Adlia baru sahaja mahu memegang pemegang raga ada satu tangan lain memautnya terlebih dahulu. Adlia dongak wajah. Remy tersenyum seraya angkat kening. Adlia menghelakan nafasnya sambi mata memerhati warung. Ramai perhati.
“Awak kenapa ambil raga saya tu?” soal Adlia berasa tidak selesa.
“Lah, kenapa? Tak boleh ke?” sanggah Remy. Dia baru mahu melangkah sudah di tegur. Ingatkan nak ucap terima kasih ke, apa ke? Nak panggil sayang ke? Rupa-rupanya itu pula...
“Berilah balik biar saya yang bawa,” pinta Adlia tetap berlembut. Remy terus menonong pergi meninggalkan Adlia yang terkulat-kulat.
‘Herm, degil sungguhlah mamat yang satu ni pun. Nasiblah muka macam Remy Ishak kalau tak... nak je aku lepuk’ gumam hati kecil Adlia juga membuka langkah sambil menunduk enggan memandang mata-mata khasnya kawan si Remy yang sudah tersengih-sengih saat Remy masuk dan menuju ke kaunter.
Baru sahaja Adlia mahu melangkah mendekati gerbang masuk warung, kocek baju kurung bergegar hebat. Vibrate barangkali.
Adlia menarik keluar telefon NOKIA 3310 hadiah dari Mak Ziah sempena kejayaan SPM dia bulan lepas. Itu pun sekadar telefon yang di beli dari kedai menjual barangan secondhand atau lebih tepat lagi kedai ala-ala pasar Loken.
Memandang pada era itu, telefon tersebut boleh dikatakan sebagai telefon paling terkini selain NOKIA sabun, butterfly atau Motorola.
Menggeletar tangannya kini tanpa mahu meneruskan ke arah warung walau dipanggil oleh Pak Uda tauke warung. Adlia terus ke arah basikal yang terparkir. Dia mahu cepat. Dia kena cepat!
MANAKALA Mak Ziah sudah terduduk atas tangga sambil memegang dada dan telefon NOKIA 3310 miliknya sudah terjatuh atas tanah. Tidak tahu apakah puncanya yang menyebabkan wanita tua yang sudah memakai selendang itu mengalami sakit dada.
Imbas kembali...
Beberapa minit ke belakang...
“Apa salahnya kalau anak haram kau tu berkahwin dengan Mamat, tua dia bukan sebarangan tahu tak. Dia ada harta. Mahu bertindan emas dekat badan anak haram kau tu,” ujar wanita yang sedang terkibas-kibas muka dengan selendangnya itu tanpa sedikit ada rasa bersalah langsung.
Mahu pun kasihan. Wajah Mak Ziah sudah memucat dari membahang.
“Ke anak haram kau tu dah bertebuk? Aku tengok bukan main lagi dia mengendeng dengan jantan-jantan kampung. Tak kira tua muda. Tu, si Remy anak Peah tu bukan main lagi dok tergila kan anak haram kau tu.”
“Loyah, mulut kau tu jaga sikit. Anak haram yang kau sebutkan tu! Anak aku, tahu tak. Anak aku!” sanggah Mak Ziah makin sakit dada. Berkedutan dahinya menahan rengsa yang hadir setelah menerima kecaman demi kecaman.
“Mana bapak dia?” sela Loyah lagi sambil tersenyum menyindir.
“Macamlah aku tak tahu laki kau mati pun punca dia. Sebab kau!” Kata-kata dari mulut berbisa itu tidak habis apabila Mak Ziah sudah memekik. Hilang sudah sabar dia kini.
“Yang kau nak memekik macam tu kenapa? Sebab betulkan apa aku katakan itu? Sebab tu kau marah sangat!” Loyah bukan main lagi menambah provokasi.
“Baik kau baliklah Loyah. Baik kau balik aku kata,” arah Mak Ziah makin sakit dadanya kini. Dari menegak kini tersendeng pada dinding pintu. Sungguh dia teramat sakit kini.
Loyah yang masih lagi terkibas-kibas sambil memandang jijik ke arah kawasan rumah papan itu, mencebirkan bibirnya tanda meluat.
“Aku boleh baliklah! Tak payahlah kau sibuk-sibuk nak halau aku Ziah! Kau fikir apa cadangan aku tu. Mamat tu memang dah lama berkenan dengan Adlia tu. Lagi pun anak kau tu bukannya pandai tera mana pun kalau kau bagi alasan nak sambung belajar. Ya tak?” sindir Loyah sebelum angkat bakul berisi kain-kain jualannya sambil tersenyum sinis dia melangkah pergi.
“Allah!” keluh Mak Ziah tersandar pada permukaan pintu.
Kini semula...
“YA ALLAH! Bu!!!” jerit Adlia hampir terjatuh kerana kelam-kabut menuruni basikalnya. Basikal yang terhumban dia tak hiraukan dahulu kerana ibunya lagi penting. Berlari dia ke arah rumah dari tepi pokok rambutan bila dia lihat keadaan Mak Ziah tercungap-cungap menekan dada.
“Bu? Ya Allah, kenapa dengan ibu?” teriak serta soal Adlia yang sekali lagi hampir tersembam muka ke tiang tangga kerana tidak melihat takah dia naiki itu dek muka mendongak atas merenung wajah sang ibu.
“Lia, tolong bu nak... Bu sakit dada...” lirih Mak Ziah pabila Adlia sudah memeluk tubuhnya itu.
“Baik, baik bu. Tolong bertahan bu... Biar Lia telefon Pak Deris kejap minta bantuan dia,” terang Adlia yang terketar-ketar tangan dalam menatal mencari nombor telefon Pak Deris. Adlia sanggup meminta bantuan orang dari saudara sendiri!
Menambahkan lagi kesakitan orang tua tu sahaja!
utk bab yg sudah bca sama ada unlock atau tak .. tak perlu ulang baca ya ... UN PUB SBB ADA MSLAH BBANGKIT.. JUST BACA BAB N UNLOCK BAB BARU TQ
Share this novel
hi