“Alright. Everything packed. You ready?” Emir memandang ke arah Hana Aishah yang sedang duduk di birai katil hospital. Semenjak tadi matanya merenung ke arah luar jendela. Mulut dia diam membisu. Salju yang semakin menebal pabila langit makin menggelap. Nikmat Tuhan yang dia tidak sangka akan dapat nikmati itu dihayatinya penuh syukur.
Emir melangkah perlahan menuju ke arah Hana Aishah sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas katil itu. Mereka sama – sama senyap menikmati bunyi kereta yang sedang bergerak laju petang itu. Seperti burung yang pulang ke sarang selepas seharian mencari makanan, begitulah manusia di kota London petang itu.
“Thanks for everything” Hana Aishah memecah kesunyian mereka. Wajahnya masih merenung ke arah salji yang sudah mulai turun.
Teringat dia saat dia ke Kashmir bersama geng Bubbles nya. Bukan main bersemangat mereka melalui perjalanan yang mengambil masa hampir dua hari dengan menaiki kereta api di bumi India tetapi hanya kekecewaan yang mereka terima waktu itu. Lima hari di Tanah Kashmir, sebutir salji pun tidak turun.
Mereka pulang dengan kekecewaan tetapi penuh kegembiraan dalam erti lain. Menyelami budaya rakyat di situ yang kebanyakannya adalah golongan Tibet yang masih berkerja meneroka gunung ganang yang terbentang luas. Pengalaman yang tidak akan dia lupakan. Yang mengajarnya erti syukur. Bibirnya melukis segaris senyuman tanpa dia sedari.
“Tired hearing you say that to be honest” suasa Emir mengusik membawa Hana Aishah kembali pada alam realiti.
“I won’t get tired though” Hana Aishah membalas. Satu nafas kelegaan dia lepaskan sebelum tangannya mencapai sampul surat di dalam poketnya.
“This is all I have now. InsyaAllah nanti gaji Hana masuk I`ll pay the remaining amount. Sorry” Hana Aishah tersenyum pahit.
Sampul surat yang berisi duit baki yang dia ada dihulurkan kepada Emir. Dia merenung wajah Emir yang sudah bertukar masam. Hilang terus senyuman mengusik di wajah lelaki itu. Hana Aishah dapat melihat kedua – dua cuping telinga Emir bertukar marah.
“Did I ask for you to pay anything to me?” tona Emir bertukar tegang. Hana Aishah tersenyum pendek.
“Emir tak payah mintak. Hana tahu tanggungjawab Hana” Hana Aishah membalas tenang.
“Thank you for everything you guys have done for me for this past week. I might be able to repay the money you`ve lent to me but budi korang Hana tak mampu nak balas” getaran jelas kedengaran di sebalik suara Hana Aishah. Emir memalingkan wajahnya ke arah jendela.
“We are not that cheap Hana?” Hana Aishah terdiam saat mendengar suara Emir yang kedengaran seperti berjauh hati.
“Allahu Abkbar. Hana tak ada niat pun nak implies macam itu. Hana tahu korang ikhlas tapi I cannot accept this. I have to pay you guys back. It’s not your responsibilities to help me out Emir” Hana Aishah cepat – cepat membalas.
“Of course, I need to help you. You are my friend Hana” air mata Hana Aishah mengalir saat dia mendengar bicara Emir. Rindunya dia pada Sakinah saat itu. Kalau Sakinah ada bersamanya, mereka akan lalui segalanya bersama seperti selalu. Tetapi dia tidak sanggup merosakkan bahagia Sakinah hanya kerana dirinya yang tidak habis – habis di timpa masalah. Sakinah sudah jumpa bahagia dia dengan Zarik dan dia tidak mahu masalah hidupnya menjadi gangguan buat Sakinah.
“And friends don’t trouble each other. Please Emir, take this. If you really think of me as a friend, don’t burden me with more guilt” Hana Aishah meletakkan semula sampul surat yang sudah dilemparkan di atas tilam hospital yang menjadi tempat tidurnya selama hampir seminggu itu ke atas riba Emir.
“Get up” Emir yang tiba – tiba bangun itu menarik lengan Hana Aishah.
“Emir. Don’t make it difficult. It’s already hard enough for me” Hana Aishah menarik lengannya daripada pegangan Emir sambil meminta.
“No. I`m not listening to you. You are keeping the money and you are coming with me now” Hana Aishah menggelengkan kepalanya dengan air mata yang sudah berjujuran.
“I need to be on my own foot. I … I cant… cant ….” tersekat – sekat kata – kata Hana Aishah saat itu. Air matanya dikesat dengan menggunakan tangan kirinya sebelum dia memandang Emir dengan senyuman pahit.
“You guys have done enough. I`ll be ok” Hana Aishah mengambil bagasi yang diletakkan di atas sofa oleh Emir.
“Nanti kalau terserempak dengan Hana say hi ok. Don’t be a stranger” bagasi yang baru dibelikan lelaki – lelaki itu di letakkan di atas lantai. Barang – barangnya yang dimasukkan ke dalam sebuah kotak oleh teman serumahnya telah disusun kemas di dalam beg berwarna hitam yang bersaiz besar oleh lelaki – lelaki itu.
Hana Aishah hanya sedar diri apabila dia sudah dimasukkan ke wad di hospitalnya. Apabila dia betul – betul sedarkan diri kepalanya terasa sebegitu berat seperti ada sesuatu yang menghempap kepalanya saat matanya dibuka. Melihat dirinya di satu bilik yang asing dengan baju hospital yang dipakainya dia menjadi bingung dan saat matanya menangkap ketiga – tiga lelaki itu yang masing – masing sedang melelapkan mata di sofa dan kerusi di bilik itu menyebabkan dia semakin keliru.
Mikhail yang tersedar apabila mendengar erangan Hana Aishah terus mendapatkan Hana Aishah sebelum menerangkan tentang kejadian di rumah sewanya, barulah realiti sebenar menghempap dirinya. Air matanya mengalir laju mengenangkan perbuatan gadis – gadis yang telah mengambil ksempatan ke atas dirinya yang sememangnya sedang sudah di tanah asing itu.
Sebelum dia sempat panik memikirkan kandungannya, Mikhail terlebih dahulu memaklumkan tentang maklumat yang mereka terima daripada doktor yang merawat Hana Aishah.
“You had a panic attack which cause you to faint. Both of you is ok” kata – kata Mikhail melegakan hati Hana Aishah yang sudah mulai panik itu.
Lima hari dia bermalam di hospital tempat dia berkhidmat itu tetapi bukan sebagai doktor tetapi sebagai pesakit. Mereka mahu memastikan Hana Aishah dan kandungan stabil kerana pada hari kedua dia dimasukkan ke wad, dia telah mengalami pendarahan semula. Nasib baik Emir ada menemani Hana Aishah tengah hari itu. Dalam keadannya yang ketakutan bimbang kehilangan anaknya untuk kali ketiga, Emir dengan tenang membantunya.
Tiga lelaki asing yang baru sahaja mengenalinya hanya seminggu lepas itu tidak pernah meninggalkan Hana Aishah sendiri. Daripada memastikan dia makan sehinggalah menemaninya di dalam bilik itu. Hana Aishah tidak mampu untuk membalas budi mereka apatah lagi apabila dia mendapat tahu Mikhail telah menyelesaikan bil hospitalnya. Kemasukannya tidak ditanggung pihak insuran hospital kerana masih belum matang.
“Where do you want to go Hana? You got no home? You want to sleep at the sidewalk and freeze to death is it?” suara kasar Emir menyentak Hana Aishah. Air matanya yang sudah terhenti kembali mengalir.
“I`ll figure something out. Don’t worry yourself. I owe you guys enough” Hana Aishah membalas perlahan. Sejujurnya dia tidak tahu mahu ke mana. Segala baki duit yang dibawa daripada Malaysia sudah diberi kepada Emir. Hari sudah semakin gelap bermaksud pejabat pentadbiran sudah tutup untuk dia memohon tempat untuk tinggal buat sementara waktu.
“If you don’t care about yourself then at least think about your baby” mata Hana Aishah terpejam rapat mendengar kata – kata Emir.
Dia masih ingat pandangan yang dia terima daripada teman serumahnya sewaktu dia mengalami alahan teruk semasa beberapa minggu awal dia berada di kota London. Pandangan yang dia terima dan bisikan yang di dengar apabila dia mengatakan dia ibu tunggal. Kerana terdesak dia pekakkan telinga dan tebalkan muka.
Tetapi ketiga – tiga lelaki ini lansung tidak bertanya apa tentang asal usul anak yang dikandungnya. Ketiadaan suaminya dengan dirinya yang bersendiri mengandung tidak membuatkan mereka memandang dia hina. Mereka hanya menjaga dia dan anaknya tanpa sebarang soalan sepanjang dia dimasukkan ke hospital.
“Hana. Don’t be stubborn. Come with us. At least until you can find a place to live” Emir menarik lengan Hana Aishah sambil memujuk.
“Hana tak boleh” Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Cukup – cukuplah dia bergantung dengan orang selama ini. Itulah punca dia kehilangan Adam. Dia tidak sanggup untuk hilang satu lagi nyawa. Tangannya secara automatik naik ke tempat anaknya sedang membesar.
“Hana nak kena macam mana lagi baru nak masuk dalam otak tu. If you didn’t left your work pass I wouldn’t have been up there. I don’t even want to think about the possibility of what will happen if you were left out there” suara Emir disaluti kebimbangan saat dia menutur kata. Hana Aishah terus ditarik ke dalam pelukannya.
“Why are you guys are being so nice? Hana rasa bersalah gila sekarang?” Hana Aishah menangis di dalam pelukan Emir.
Selama masa setahun setengah dia mahukan pelukan ini. Pelukan yang membuatkan dia merasa selamat. Pelukan yang memberitahunya dia tidak bersendiri, tetapi kenapa kali pertama dia dirangkul sebegini ianya bukan daripada mereka yang sepatutnya melindunginya daripada terus menderita?
Kenapa perlu lelaki asing tanpa pertalian darah dengannya yang bertegas mahu berkongsi bebannya? Kenapa bukan suami? Kenapa bukan kedua ibu bapanya?
Kenapa sewaktu dia dikelilingi keluarga, kesunyian yang dia rasai teramat hebat sehinggakan dia mahu menamatkan segalanya? Kenapa berada di sini , di dalam jagaan ketiga – tiga lelaki asing yang baru mengenalinya tidak sampai seminggu mengenalinya dia akhirnya dapat merasai kesunyian itu beransur pergi?
“I mean it ok. If you get a proper place for both you and that little peanut only, I`ll let you move out from our house. Not that dumb you call home. Euewww” Hana Aishah tertawa di dalam tangisannya mendengar bebelan Emir.
“Enough crying ok” Emir merenggangkan pelukannya sebelum dia mengesat air mata Hana Aishah kering. Selendang Hana Aishah yang sudah senget itu dia betulkan.
“What does little peanut want to eat today? FYI I`m allergic to peanut so that`s off the menu” Hana Aishah menahan sebaknya mendengar bicara Emir.
“Thank you for sending these angels for me. I know I can always count on You” Hana Aishah berbisik berterima kasih kepada Yang Satu saat dia melangkah bersama Emir menuju ke lobi hospital di mana Scott sedang menanti mereka.
****************************
Pagi itu Hana Aishah mengambil kesempatan apabila matahari yang mulai tegak di atas kepala memanaskan sedikit cuaca di Kota London. Dia sedang berbaring mengiring di atas tikar Adam yang dibentangkan di laman belakang rumah milik Mikhail sambil mengenang saat pertama dia ke rumah dua tingkat di satu kawasan perumahan elit di Kota London.
Sewaktu Hana Aishah dibawa ke situ selepas keluar daripada hospital, hatinya tidak seperti selalu. Hana Aishah yang dahulu akan gusar sekiranya pergi menginap di rumah orang asing inikan pula rumah yang didiami hanya tiga orang lelaki tetapi entah mengapa, ketiga – tiga lelaki ini membuatkan dia merasa selamat dan dilindungi. Rasa yang sudah lama hilang daripada dirinya.
Tawa Adam mematikan lamunan Hana Aishah. Adam sedang merangkak di atas rumput yang menghijau pagi itu. Baju sejuk yang dipakai Adam itu, sudah dipenuhi rumput dan kesan tanah tetapi tawa Adam saat dalam bergerak bebas menikmati kehijauan pagi itu cukup untuk menggembirakan hatinya Hana Aishah biarkan sahaja anaknya bermain dengan alam semula jadi.
Bimbang dia kerana sepanjang musim sejuk, mereka jarang membawa Adam keluar kerana risau dengan kesihatan Adam, jadinya anaknya hanya bermain permainan di dalam rumah dan menonton kartun di televisyen.
Dia bimbang dengan Adam akan jatuh sakit sekiranya di bawa keluar dalam cuaca sejuk sebegitu tetapi dalam masa yang sama dia turut bimbang dengan perkembangan Adam yang masih perlahan hendak dibandingkan dengan kanak – kanak sebaya Adam.
Apabila mengingatkan saat – saat Adam dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman di paru – paru hatinya dipangguk rasa takut. Dua kali anaknya terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana paru – paru anaknya dipenuhi dengan kuman sekaligus menyebabkan Adam sukar bernafas dan memerlukan bantuan pernafasan.
Dua kali cukup untuk dia bersikap paranoia. Gerun dia mengimbau saat – saat itu. Melihat Adam bertarung untuk bernafas membuatkan dia separuh gila. Hari – harinya di PICU hanya ditemani dengan air mata. Tetapi dengan izin Tuhan, anaknya sudah kembali sembuh dan semenjak usia Adam mencecah dua tahun ini Adam tidak pernah jatuh sakit.
Scott akan pulang sebentar lagi selepas habis oncall manakala Emir pula telah pergi berkerja selepas mereka bersarapan pagi tadi. Hari dan esok adalah hari cuti Hana Aishah sebelum dia akan memulakan oncallnya pada hari berikutnya.
“We are going to spend so much time together because you wont see Umi for more than 24 hours. You will behave right sayang?” Hana Aishah merangkul anaknya yang sudah merangkak menghampirinya.
“Mi. Pa. No. Mamam” semua perkataan itu disambungkan menjadi satu ayat sekaligus membalas persoalan ibunya. Pecah tawa Hana Aishah melihat gelagat Adam saat.
“I love you so much nyawa” Hana Aishah menarik Adam ke dalam pelukan eratnya. Kata – kata itu diluahkan penuh perasaan. Haruman Adam dihirup sepuas – puasnya. Harumah yang akan dia rindui sewaktu oncallnya.
“It`s going to get better after this ok?” Hana Aishah tersenyum penuh keyakinan kepada Adam.
“K..” Adam membalas penuh yakin dengan wajahnya yang tekun itu. Hana Aishah tersenyum lebar.
“Umi kena buat istikharah. Umi kena doa. Umi wants the best for Adam” Hana Aishah merenung anaknya sambil meluahkan perasaannya.
“Its never about me. It has always been about you since the moment I knew you are inside my belly” Hana Aishah menyambung sebak.
“I`m sorry I couldn’t give you a perfect family tapi kalau Umi kena pilih antara nyawa Adam dan kebahagiaan Adam. Umi nak dua – dua. But in life you wont get everything that you want right” Hana Aishah mengelus rambut ikal anaknya. Satu lagi perkara yang Adam dapat daripada bapanya.
“So maybe its time Umi create a happiness for you. A family. A complete one” Hana Aishah tersenyum pahit.
Semenjak permergian Mikhail ke Switzerland, hatinya sentiasa tidak tenang. Memikirkan harapan lelaki itu yang dibalas dalam keterpaksaan. Mikhail akan jadi bapa yang sempurna untuk Adam. Dengan keadaan dirinya yang tidak stabil dari segi emosi, Adam perlukan seorang yang normal.
Fakhrul hidup dalam kegelapan silamnya, dendam yang dibawa anak kecil yang membentuk lelaki itu. Hampir dua tahun dia hidup bersama Fakhrul, dua tahun yang mengubah hidupnya. Mindanya menjadi kucar kacir sehinggakan dia memerlukan bantuan pakar sakit jiwa. Dengan keluarga sebegitukah dia mahu Adam membesar?
“A child was broken that created a monster of a husband and dad. I cant broke you like how your Babah has been broken into” Hana Aishah dapat merasakan perit dihatinya semakin berganda saat kata – kata itu meluncur di bibirnya.
“Babah” anak mata hitam milik Adam merenung ke dalam anak mata coklatnya saat bibir yang sebijik bapanya itu dengan lancar menutur satu gelaran yang Fakhrul tersangat mahu sandang. Hana Aishah terdiam membisu tanpa bicara.
**************************************
Mikhail tersenyum sendiri saat dia melihat koleksi gambar - gambar di telefonnya. Majoriti semuanya adalah gambar Adam. Daripada momen Hana Aishah mengandung sehingga kelahiran Adam dan sepanjang anak kecil itu membesar. Sayangnya pada Adam tidak dapat dia gambarkan.
Rindu dia pada Hana Aishah dan Adam tidak dapat dia gambar. Selama Hana Aishah dan Adam muncul ke dalam hidupnya, mereka tidak pernah berjauhan lebih daripada seminggu. Ini baru seminggu berlalu. Dia perlu melalui lagi tiga minggu. Mikhail mengeluh berat.
“I`m missing you both” setiap kali mereka Facetime itulah kata – kata yang dia luahkan. Awalnya dia cuba untuk menelefon setiap hari tetapi kerana tidak sampai hati melihat amukan Adam setiap kali dia hendak menamatkan panggilan video, Mikhail menjarakkan panggilan telefonnya.
Awalnya dia sangkakan yang ada di dalam hatinya hanyalah simpati melihat Hana Aishah bersendirian mengandungkan anaknya di negara orang. Hana Aishah dan masalah tidak pernah berpisah kerana itu dia bertegas tidak mahu Hana Aishah berpindah keluar. Dia tertawa sendiri mendengar alasan yang di cuba wajarkan ke dalam mindanya.
Lama kelamaan rasa itu berubah. Bukan lagi simpati tetapi menjadi satu rasa indah yang dia tidak pernah rasai. Hana Aishah dengan segala kelemahan yang selalu wanita itu nyatakan kepadanya hanya membuatkan sayangnya bertambah. Pengorbanan Hana Aishah untuk Adam tidak dapat di ceritakan dalam kata – kata.
Dalam usia enam belas tahun Mikhail telah memeluk agama Islam mengikuti jejak langkah bapanya. Dibesarkan dalam komuniti Islam dan budaya Islam, hatinya mendapat ketenangan yang tidak dapat dia ungkapi. Tiga tahun dia menetap di Jordan bersama bapanya, menyelami agama ini. Dia arif tentang hukum menyimpan perasaan kepada isteri orang. Walaupun dia tahu perasaan yang dia simpan buat Hana Aishah adalah salah, dia tidak dapat buang.
Sejujurnya Mikhail tidak tahu status Hana Aishah. Dia tidak pernah bertanya kerana tidak mahu mendesak Hana Aishah. Kedatangan Tan Sri Fadhil pula membuka sedikit misteri hidup yang membentuk Hana Aishah yang dia ketemu tiga tahun lepas.
“Thank you for taking care of my daughter in law” kata – kata Tan Sri Fadhil kali terakhir mereka bertemu membuatkan dia tersedar sebentar kekhilafannya tetapi salahkah dia mahu membahagiakan Hana Aishah yang sentiasa dibelenggu masa silam yang menyakitkan.
Semenjak pertama kali mereka bertemu, Tan Sri Fadhil akan menggelar Hana Aishah sebagai anaknya tetapi bulan lepas sewaktu Tan Sri Fadhil datang melawat, lelaki itu menepuk bahunya mesra sebelum menutur kata – kata tersebut sewaktu dia menghantar Tan Sri Fadhil ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan pulang dia cuba menafsir maksud yang cuba disampaikan Tan Sri Fadhil.
“Mika. You know what you are doing right? “ perbualan ibunya dan dia sewaktu mereka pergi bercuti di rumah ibunya bermain di mindanya. Kerisauan yang diluahkan ibunya sewaktu mereka memerhatikan Hana Aishah ligat menunggang kuda di lapangan sementara Mikhail meribakan Adam yang sudah terlelap.
“I want to ride. I want to feel like I can control something. I`ve lost that ability long time ago” permintaan Hana Aishah sewaktu mereka melawat ibunya. Mikhail bersetuju tetapi memandangkan Hana Aishah sedang sarat mengandung saat itu, dia berjanji akan mengajar selepas Hana Aishah pulih daripada melahirkan Adam. Semenjak itu, setiap kali Hana Aishah terlalu tertekan mereka akan ke ladang ibunya.
“Just like how you can’t erase papa from your life neither can I despite knowing that she’s someone else’s” Mikhail membalas kata – kata ibunya tenang. Matanya asyik melihat wajah Hana Aishah yang tersenyum bahagia menunggang kuda. Senyuman yang amat sukar untuk wanita itu ukirkan.
Rose terdiam sejenak mengenangkan arwah bekas suaminya Sir Isle Walker. Salah satu saintis ternama dalam bidang perubatan dan Mikhail tahu ibunya gembira melihat dia mengikuti jejak langkah bapanya dalam bidang perubatan. Ibu bapanya bertemu sewaktu di sekolah rendah dan berakhir dengan perkahwinan di usia seawal enam belas tahun. Bibirnya mengukir senyuman lebar mengingatkan satu – satunya lelaki yang bertakhta di hati ibunya , sepertimana dia mencintai Hana Aishah.
Takdir memisahkan mereka malangnya. Setelah menetap selama dua belas tahun di Malaysia dan menyelami budaya islam dan timur di sana , hatinya bapanya dijentik hidayah. Tetapi ibunya yang masih berpegang kuat pada agama Kristian tidak dapat menerima keputusan bapanya. Mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing - masing apabila bapanya membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.
Walaupun begitu, cinta ibunya tidak pernah padam. Sehingga saat - saat akhir bapanya apabila diserang penyakit genetik yang melumpuhkan diri bapanya sedikit demi sedikit, ibunya menjaga bekas suaminya. Cinta dia pada lelaki itu tidak berkurang walaupun sedikit dan Mikhail masih berdoa di setiap solatnya supaya ibunya dijentikkan hidayah.
“That’s why I’m worried son. Because you’re going to get hurt. Hana is beautiful in all she is. With that gorgeous little boy. But...” Rose memecahkan lamunan Mikhail dengan luahannya tetapi dia tahu ibunya tidak sampai meneruskan bicaranya.
“But her heart is not mine” Mikhail tersenyum lebar memandang ibunya. Kedutan di wajah tua itu bertambah jelas saat itu. Kerisauan hati seorang ibu.
“But I’ll pray. I’ll pray that one day, she will open her heart to me. And Allah will decree her to be my soulmate” Mikhail teringat lagi harapan yang dia luahkan kepada ibunya.
Mengingatkan kata - kata yang meniti di bibir Hana Aishah sebelum dia berangkat ke Switzerland bibirnya tersenyum bahagia. Pernantiannya mungkin akan berakhir. Mereka akan menjadi sebuah keluarga yang sempurna demi Adam. Anak kecil yang dia pasti bukan sahaja mengubah hidupnya, tetapi hidup Scott dan Emir.
Gambar sewaktu Adam sebulan dan berada di dalam pelukannya itu ditatapnya penuh cinta. Anak kecil yang telah mencuri hatinya dan menimbulkan rasa kasih sayang yang tidak pernah dia sangka boleh wujud untuk satu bayi yang bukan daripada benihnya.
Benarlah mereka katakan, tidak perlu untuk memberi sumbangan genetic untuk menjadi seorang ibu mahupun bapa. Hanya perlukan hati yang tulus untuk menyayangi anak kecil itu. Scott dan Emir merupakan rakan sewaktu mereka menuntut di Universiti dan mereka melekat sehingga ke saat ini. Walaupun Mikhail adalah senior mereka, tetapi mereka tidak pernah ada hierarki itu di dalam kehidupan mereka.
Hidup mereka yang bebas tanpa tanggungjawab itu berubah 360 darjah semenjak bertemu dengan Hana Aishah. Mikhail yakin hikmah yang ada disebalik pertemuan mereka. Bukan semata – mata kerana Hana Aishah memerlukan mereka, tetapi kerana mereka memerlukan Hana Aishah dan Adam. Scott yang dahulu hampir setiap malam keluar ke kelab malam, sekarang untuk keluar sebulan sekali pun sudah.
Kalau dari luaran mereka melihat Emir dan Mikhail pasti mereka akan dengan mudah meneka agama yang dianuti Emir tetapi hakikatnya daripada segi jalan hidup, Emir sudah jauh tersasar. Tetapi semenjak kehadiran Hana Aishah entah mengapa, lelaki itu dengan sendirinya mula menunaikan solat semula. Lagi – lagi sekarang semenjak Adam sudah mahu mengikuti mereka bersolat.
Mikhail pula. Hidupnya yang seperti tiada hala tuju itu berubah. Matlamat hidup yang dia cari sudah dia ketemu. Adam dan Hana Aishah.
“Papa pray every day you’ll be my son officially insyaAllah” Mikhail memejam matanya rapat. Tubuhnya disandarkan ke sofa di bilik hotel yang dia diami sepanjang kursusnya di switzerland itu. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya semenjak dapat mendengar kata - kata yang dia harapkan selama ini daripada Hana Aishah.
***********************************
“Basirah. Awak tak boleh minum air lagi. Diorang kan baru cabut tiub dari mulut tu. Kena puasa dulu ye” Kapten Azam mengusap rambut isterinya yang sudah dipenuhi uban itu. Wajah isterinya yang masih lagi pucat itu ditenung penuh kasih sayang.
“Haus” suara isterinya meminta lagi. Suara serak yang perlahan itu daripada tadi meminta air tetapi keadaan Teacher Basirah yang baru sahaja membuat angiogram dan dicabut tiub pernafasan memerlukan isterinya berpuasa dahulu.
“Ye saya tahu. Tapi awak sabar sikit. Kejap je lagi. Saya basahkan mulut awak nak?” terus dia pergi ke singki di dalam bilik ICU itu sebelum dibasah tangannya.
“Haa. Tak kering dah bibir itu kan?” Kapten Azam tersenyum gembira melihat bibir yang sudah merekah dan ada kesan luka itu sudah lembap.
Penuh tekun dia membasahkan bibir isterinya. Tadi dia sudah mengelap kepala dan belakang tengkuk Teacher Basirah. Isterinya setiap hari kena mandi rambut. Teacher Basirah paling tidak suka sekiranya rambutnya yang tebal itu tidak dicuci kerap. Berpeluh katanya. Oleh itu Kapten Azam dapat bayangkan betapa rimasnya isterinya saat itu jadi dia cuba menyelesakan Teacher Basirah seupaya mungkin.
“Ehh pak cik. Ni apasal pandai – pandai bagi minum” tengkingan jururawat perempuan itu menyentak pasangan tua itu.
“Tak la Nurse. Saya basahkan bibir isteri saya sahaja. Tadi…” sebelum sempat dia menghabiskan bicara sekali lagi Kapten Azam diherdik.
“Hei. Pandai – pandai je. Pak cik ni tak faham ke sign yang saya letak. Puasa. Nampak tak” Kapten Azam terkebil – kebil memandang kea rah jururawat yang badan sahaja kecil tetapi suara bagaikan halilintar.
“Tak dik. Awak salah faham. Pak cik tak bagi mak cik minum. Bibir dia kering sampai luka – luka. Saya basahkan bibir. Itupun doktor pakar jantung tadi kata boleh” air mata Teacher Basirah sudah mengalir lebat melihat suaminya dimarahi sebegitu. Jururawat tadi terus – terusan memarahi suaminya.
“Dah. Keluar sekarang. Mana boleh duduk lama – lama” Kapten Azam beristighfar menyabarkan hatinya mengenangkan jururawat itu yang akan menjaga isterinya. Barangkali wanita itu bimbang akan keadaan isterinya kerana itu dia dimarahi sebegitu.
“Awak jangan nangis. Nanti saya datang lagi. Fakhrul boleh masuk selalu. Saya tak boleh. Apa – apa nanti awak pesan dekat Fakhrul ye” Kapten Azam memujuk isterinya. Dia mengelap air mata isterinya yang mengalir sebelum ubun – ubun itu dikucup lama. Dibacakan beberapa kerat kalimat suci sebelum dihembus lembut.
“Saya tunggu awak. Awak kena sihat balik” kata – kata itu dititipkan sebelum kakinya melangkah meninggalkan Teacher Basirah. Tetapi baru beberapa tapak dia melangkah Teacher Basirah mengulangi lagi perkataan itu. Hasrat yang dia masih tidak dapat tunaikan.
“Adik” suara serak itu meminta dan Kapten Azam terpaksa mengukir senyuman palsu.
“Saya dah jumpa Adik. Adik tengah balik naik flight. Awak tunggu Adik ye” Kapten Azam dapat melihat sinar yang sudah lama hilang daripada mata coklat itu kembali.
Dalam keterpaksaan dia melangkah pergi apabila suara jururawat tadi kembali membebel. Kakinya melangkah lemah menuju ke lobi hospital. Dia tidak mahu meninggalkan Teacher Basirah tetapi kerana keadaan Teacher Basirah masih kritikal isterinya perlu ditempatkan di unit rawatan rapi. Setiap kali dia perlu pulang, hatinya akan takut. Takut sekiranya itu kali terakhir dia berjumpa isterinya. Bimbang isterinya akan bertarung dengan maut bersendiri tanpa dirinya di sisi.
“The reason I`m gathering all of you is to explain regarding Puan Basirah condition. I`ve explained to Fakhrul and I hope that everyone be patient and listen to my explanation carefully. Jangan panik and if you don’t understand please ask” kata – kata Dr Kamal konsultan kardiologi yang merawat Teacher Basirah bermain di mindanya berulang kali.
“What happened to her was Major Heart Attack. Almost half of the heart was affected from the ECG that is why her heart stopped. Alhamdulillah umur Puan Basirah masih panjang kita dah berjaya cabut tiub pernafasan Puan Basirah” permulaan yang amat berat untuk dia dengar.
“Upon further history she actually had minor heart attack 3 years back if I`m not mistaken. She refuse for angiogram then but this time, we proceed with it with the consent of you as the husband sir” maklumat yang dia terima daripada Dr Kamal benar – benar meruntun jiwanya. Kenapa isterinya merahsiakan sakit yang ditanggung bersendiri?
“The result of the angio is the worrying part for now. All 3 vessels are blocked and 2 of it is completely blocked. Another one is already 75% blocked” dia masih ingat kebimbangan yang melumpuhkan saat mendengar kata – kata Dr Kamal.
“Stent is not an option anymore” kata – kata yang menelan segala kekuatan yang ada di dalam dirinya. Memikirkan mereka yang perlu membuat keputusan yang paling menakutkan di dalam hidupnya.
*******************************************
Petang itu rumah Kapten Azam riuh dengan suara cucu – cucunya bermain. Bergabung pula dengan Mary Irina, macam nak terbalik dibuatnya rumah itu. Secara kasarnya nampak seperti mereka sedang bergembira tetapi hakikatnya yang dewasa sedang duduk di meja makan berkumpul memikirkan jalan terbaik untuk Teacher Basirah.
“She`s going for bypass” Alif Haziq memecahkan kesunyian yang semakin menyesakkan itu.
“And she will say yes just like that isn’t it” Hana Aqilah memerli.
“Kak Chik memang tak sayang mak pun. Kak Chik kisah apa kan” Alif Haziq membalas tajam tetapi sebelum sempat mereka berbalah dua – dua kepala disekeh kepala oleh Hana Azuwa.
“Kalau korang bergaduh, I`ll do more than that” Hana Azuwa memberi amaran tenang.
Kapten Azam yang sedang duduk di sebelah Fakhrul itu hanya diam membisu. Fakhrul semakin bimbang melihat Kapten Azam semenjak Teacher Basirah masuk ke hospital kerana serangan jantung. Tak fasal pulak, Kapten Azam turut masuk ke hospital.
“Bah” Fakhrul menepuk paha bapa mertuanya. Kapten Azam yang kelihatan seperti mengelamun itu tersedar sekaligus memandang wajah Fakhrul yang merenungnya kerisauan.
“She wont agree” tenang Kapten Azam membalas.
“Then kitorang sign or abah sign” Kapten Azam menggelengkan kepalanya saat mendengar kata – kata Hana Aqilah.
“Eeee mak ni degillah” Hana Aqilah merungut.
“Achik ni dah lama tak makan cili ke apa?” Hana Azuwa sudah mencubit mulut adiknya yang celupar itu.
“Uncle try pujuk aunty” Fakhih yang turut hadir dengan ibunya menyampuk.
“If its that simple Fakhih , we wouldn’t be sitting here” Kapten Azam menggelengkan kepalanya lemah. Kupiah dikepalanya ditanggal.
“Tak pa lah Haji. Biar saya pujuk Kak Basirah” Puan Sri Maria tersenyum meyakinkan.
“Maria nak pegi saya tak halang tapi saya kenal Basirah. Degil dia sama macam Adik. Tapi at least Adik tu dengar jugak cakap saya ni” Kapten Azam meluahkan kerisauannya.
“Abah cakap abah mintak tolong you ex team. Whats the update?” Kapten Azam hanya menggelengkan kepalanya lemah menjawab pertanyaan Hana Azuwa.
“I told her Adik is on the way back” masing – masing terdiam saat mendengar kata – kata yang baru ditutur Kapten Azam itu.
“Seriously. You are going to make her more sick. Why did you tell her that?” Alif Haziq yang semenjak tadi diam memarahi bapanya.
“Alif nak abah buat apa? Mulut mak tak habis – habis panggil nama adik. Alif nak abah cakap Adik wont come back. Hana Aishah dah pergi selamanya. You remember what Dr Kamal said right?” Kapten Azam membalas tegas dan Hana Azuwa yang sudah dapat merasai bibit pertengkaran yang bakal berlaku terus mencelah.
“Enough baby” Hana Azuwa menjeling tajam adik bongsunya yang kelihatan serabut dengan rambut yang tidak disikat itu. Lingkaran mata gelap jelas menunjukkan adiknya yang kurang tidur itu. Setiap hari Alif Haziq akan duduk di hospital sehinggalah Maghrib kemudian barulah nampak batang hidung adiknya itu.
“Arguing wont settle anything? We need to figure out ways to make mak agree to the surgery” Wazir menyampuk dan masing – masing menganggukkan kepala mereka.
“Tapi dekat mana abah nak cari. Sempat ke?” suara sebak Kapten Azam bertanya sambil merenung ke arah Wazir. Wazir dapat melihat air mata bapa mertuanya yang sudah bertakung itu.
“Dr Kamal bagi tau, if she has another attack her chance to survive is very low. Abah …. Abah…” tersekat – sekat Kapten Azam menyambung bicara.
Disebalik dinding rumah yang memisahkan ruang tamu dan ruangan makan itu, Tan Sri Fadhil yang baru tiba terus tersentak. Secara automatic tangannya terus mengambil telefon bimbitnya apabila nombor yang dia cari ditemuinya, dia teragak – agak mahu menekan.
Dia terasa seperti ditelan mati emak , diluah mati bapa saat itu. Sudah tibakah masanya untuk dua insan yang dia cuba lindungi di negara orang itu kembali? Sudah bersediakah Hana Aishah? Bagaimana dengan Adam? Dan yang paling penting, Fakhrul benar – benar sudah berubahkah?
“Tokpa. Are playing hide and seek?” suara Mary Irina menyedarkan dia daripada terus bergelut dengan mindanya dan suara itu seperti memberi satu jawapan untuk mengasak mindanya secara bertubi – tubi itu.
Share this novel
dear.. oo dear..i want more chapter
salam zohor, dear. tqvm. miss u alway's.