Bab 24

Romance Completed 53836

Betulkah apa yg aku buat ini? Adakah salah di sisi agama? Tapi..aku cuma nak lihat kebahagiaan orang lain. Aku tak layak nak rasa bahagia. Siapakah aku ingin menumpang kasih. Aku hanya orang luar. Maruah aku sendiri sudah terjual begitu saja. Apa lagi yg aku mahukan di dunia ini? Aku tak tahu...aku buntu. Kenapa susah sangat aku nak rasa sayang? Adakah jiwa aku sudah mati..Aku tak nak kecewakan suami aku sendiri. Ya Allah..tunjukkanlah aku jalan yg benar. Jika semua ini adalah ketentuanmu aku redha dan menerimanya dengan hati yg terbuka. Fikiran Munirah terus memikirkan tentang kejadian semalam di meja makan..

Sayang..abang masak gulai ayam kampung tau..favorite sayang. Makan banyak-banyak ehh. Kata Azhar sambil tangannya menyedokkan nasi ke dalam pinggan Munirah. Mira memerhatikan saja gelagat Azhar melayan baik diri Munirah. Sudah seperti tuan puteri Munirah dalam rumah ini. Apabila Azhar mahu duduk, Munirah menyuruhnya membuat perkara yg sama untuk Mira juga. Terkedua Azhar dengan sikap Munirah seperti itu. Mengeluh Azhar lalu menyedokkan nasi ke pinggan Mira juga. Sakit hatinya apabila melihat sedikit pun Munirah tidak kisah semua ini. Mira memberikan senyuman girang dilayan begitu juga oleh Azhar. Keadaan menjadi sunyi sahaja di meja makan itu. Hanya kedengaran suara Eisya masih bermain dengan permainannya.

Abang..sedaplah abang masak semua ni..Mira tak tahu pun abang pandai masak. Bersuara Mira setelah melihat keadaan kekok ini.

Ermm..biasa je lah. Nak tahu macam mana kita bukanlah duduk serumah. Jawab Azhar adu tidak adu sahaja ke arah Mira. Munirah memberikan pandangan tajam ke arah Azhar. Kasar sungguh bahasanya ini di depan rezeki sekarang. Muncung terus mulut Azhar mengalah juga dengan pandangan marah Munirah itu.

Irah..awak tidak masak ke? Tersedak Munirah mendengar soalan yg dituju kepadanya secara tiba-tiba. Cepat-cepat Azhar mengurut belakangnya dan memberikan air untuk minum sebentar.

Haishh..soalan apa awak tanya ni Mira?? Mestilah isteri saya tahu memasak. Kan saya cuti. Dia bekerja. Sayalah yg akan masak. Sama-sama bertolak ansur dalam perhubungan. Azhar yg tolong jawabkan soalan Mira itu. Munirah mencubit sedikit peha Azhar. Kasar sahaja bahasanya bila bercakap dengan Mira.

Sayang....bersuara Azhar geram sahaja Munirah begini dengannya. Azhar tidak mahu Mira terus menyoal Munirah lebih mendalam lagi. Biarlah urusan rumah tangga mereka tidak diketahui oleh sesiapa pun. Senyuman kelat Munirah berikan kepada Mira. Rasa bersalah saja apabila Azhar berterusan begini di depannya. Mira mengeleng kepalanya kerana faham situasi begini bukannya mudah untuk Azhar melayan Mira. Bukan hari yg lain akan ada lagi. Azhar benar mengambil berat tentang Munirah. Sedikit pun ia tidak mempedulikan tentang Mira di situ. Mengeluh Azhar banyak kali. Apalah nasiblah seorang saja lelaki yg berada di tengah jalan. Kedua-duanya ia hormat sekali pendirian mereka berdua. Macam mana ia mahu berlaku adil jika Munirah adalah isterinya yg sah. Semestinya ia akan memilih Munirah dahulu. Salahkah dirinya hanya mahu melayan Munirah sahaja. Bukakah mata Munirah tidak nampak semua ini.

Irah..Irah...panggil Kak Iman apabila melihat Munirah termenung jauh sahaja. Munirah terus tersadar dari lamunannya sambil mengusap mukanya beberapa kali.

Huh?? Ye..napa akak? Tanya Munirah lalu membetulkan kedudukannya semula di atas gazebo Pusat jagaan itu. Munirah datang sendiri ke sini kerana sudah lama ia tidak melawat Mek Som. Tempat ini membuatnya rasa tenang dan nyaman saja. Segala masalahnya boleh hilang sebentar. Azhar tiadak dapat bersamanya kerana ada urusan dengan walid di Pusat rawatan itu.

Munirah ok?? Akak tengok Irah selalu saja termenung sendiri. Apakah yg sedang berlegar di dalam fikiran tu..mahu berkongsi? Soal Iman lembutnya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Munirah. Di tatap wajah manis milik Munirah yg sedang ada masalah itu. Mungkin sudah lama ia memendamkan masalah ini. Tiada sesiapa yg ia boleh kongsikan.

Ermm..macam tahu je Irah sedang berfikir sesuatu. Akak sudi mendengar ke? Saja Munirah bertanya begitu. Pada masa yg sama dirinya tidak layak berkongsi masalah yg dihadapi ini dengan sesiapa pun. Dia sendiri yg melalui semua ini.

Akak sudi menjadi pendengar jika Munirah mahu berkongsi. Akak tak akan paksa Munirah. Akak beri Munirah masa. Akak faham bukan mudah kita mahu berkongsi masalah dengan orang lain. Kita rasa tidak layak berbuat begitu. Tetapi apa yg akak mahu sampaikan..Lebih baik luahkan daripada terus pendam. Sampai bila pun tak akan mendapat ketenangan yg Munirah cari. Percayalah..Allah swt sayangkan Munirah..Munirah adalah insan yg terpilih. Munirah anak yg baik. Kita tak pernah lari dari berbuat kesalahan dan kesilapan. Akak tahu, Munirah mampu menempuhi semua ini. Munirah kuat. Nasihat Iman lembut saja setiap bibir bicaranya terhadap Munirah. Iman mengusap lembut belakang Munirah apabila mendengar tangisan teresak Munirah itu. Dia faham mesti sudah banyak ujian berat yg telah Munirah lalui. Dirinya tiada tempat untuk mengadu lagi. Segala masalah itu terus menghantui dirinya. Bukan muda berumah tangga dalam usia yg masih muda. Terlalu banyak masa yg perlu kita korbankan demi menjadi seorang isteri yg baik dan bertanggungjawab. Munirah masih lagi mentah dengan semua ini. Tambahkan pula keluarga Azhar masih tidak menerimanya sepenuh hati lagi.

.................................................................

Mika..macam mana keadaan Mika sekarang?? Tanya Munirah sambil tangannya mengaul bubur yg dimasaknya tadi untuk Mikhail. Azhar berada di bawah sahaja mungkin sedang berbual dengan Umi. Kebetulan abahnya itu pergi kerja adakala baiknya dia datang ke sini untuk melihat keadaan Mikhail.

Ermm..Alhamdulilah. dah semakin sihat sikit. Ujar Mikhail masih menatap wajah Munirah yg seakan pucat itu. Penampilan kakaknya tidak ubah seperti dahulu. Sopan sahaja dirinya. Mikhail boleh nampak perubahan diri Munirah. Depan mereka dia selalu tersenyum sahaja tetapi siapa yg tahu apa yg hatinya rasa sekarang ini. Mikhail masih tidak boleh membaca perasaan Munirah. Tabah sahaja dia melalui semua ujian hidup ini.

Alhamdulilah..baguslah macam tu..Dah nak masuk tahun baru. Lepas ni janji dengan kakak yg kau tak akan buat lagi semua ini. Mulakan hidup baharu yee. Lupakan perkara yg lepas. Kata Munirah lalu menyuapkan bubur ke dalam mulut Mikhail. Nasib sahaja tangannya itu sakit. Kalau tak Munirah membiarkan saja ia makan sendiri. Manja sangat Mikhail bila bersamanya. Terukir senyuman di bibir Munirah apabila melihat keadaan bilik Mikhail tidak ubah seperti dahulu lagi. Mungkin dalam masa setahun tidaklah berlalu terlalu cepat baginya. Ini adalah kali pertama Munirah menjejak kaki ke sini semula. Hatinya semakin terbuka sedikit untuk datang ke sini selepas mendengar sedikit banyak nasihat daripada Kak Iman. Benar katanya sampai bila Munirah mahu menyimpan perasaan dendam dan amarah di dalam hatinya. Pertalian darah dalam keluarga tidak akan pernah terputus bila wujud satu sifat kemaafan antara satu sama lain. Munirah sudah memaafkan mereka semua. Tidak perlu lagi dia berdendam dengan keluarga yg tidak pernah berbuat salah dengannya.

Baiklah..Mika janji..tapi kakak pun kena janji dengan Mika yg kakak akan bahagia juga..Kakak bahagiakan sekarang?? Cikgu Azhar jaga kakak dengan baik kan?? Tanya Mikhail kepada Munirah dengan penuh kepastian. Sudah lama ia mahu bertanya tentang semua ini kepada Munirah. Riak wajah Munirah terus berubah tidak semenanya. Dia menghembuskan nafas perlahan sebelum berbicara semula.

Ermm..kau jangan risaulah pasal kakak. Pandai-pandailah kakak jaga diri. Sebelum ini pun kakak dah macam nikan? Tak ada apa yg berubah. Nak air?? Kata Munirah lalu memberikan air minuman itu kepada Mikhail. Senyuman di bibirnya tidak pernah pudar. Mikhail terus pandang ke arah lain. Tidak tahu kenapa hatinya sakit sangat melihat Munirah macam ini. Sampai bila ia harus hidup seperti ini. Sesungguhnya hati dia masih tidak bahagia.

Terima masih sebab Azhar sudi datang ke sini untuk melihat perkembangan Mikhail. Umi syukur sangat kali ini Munirah turut datang sekali. Dapat juga Mikhail melepaskan rasa rindunya kepada kakaknya. Kata Puan Ruziah sambil menuangkan air minuman ke dalam cawan. Semakin hari hubungan mereka sekeluarga kembali akrab seperti biasa. Kalau tidak bukan pujuk rayu Azhar mana mungkin Munirah akan ke sini. Azhar memang pembawa nasib yg baik untuk keluarga mereka. Puan Ruziah bersyukur mendapat menantu sebaik Azhar. Dia percaya Azhar sudah menjada Munirah dengan baik sekali selama ini. Kalau tidak kenapa Munirah terlihat bahagia sahaja di samping Azhar. Tidak ada yg lebih gembirakan hati ibu sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak dan menantunya ini.

Ermm..maaflah kalau kami tak datang selalu. Saya tidak mahu memaksa Munirah. Lagi pun dia juga bekerja. Ada masa cuti sahaja kami dapat ke sini. Saya harap umi faham. Bersuara Azhar lembut sahaja segala percakapannya itu. Azhar sudah menganggap Puan Ruziah seperti ibunya sendiri. Mana taknya ini adalah ibu mertuanya. Mesti diberi layanan yg sama adil dan rata.

Tak mengapa. Umi faham. Melihat perkembangan Munirah setiap hari umi dah tumpang bahagia. Terima kasih Azhar. Umi tak dapat nak balas jasa baik Azhar menjaga Munirah baik sekali selama ini. Umi harap..kamu boleh menerima baik buruk Munirah seadanya. Maafkan umi jika Munirah masih lagi belum bersedia menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kamu. Andai kata kamu sudah tidak boleh bertahan lagi dengan semua ini..tolong lepaskan anak umi semula kepada kami. Kamu berhak hidup bahagia Azhar dengan pilihan hati kamu. Disebabkan oleh maruah Munirah, kamu terpaksa berkahwin dengannya. Sekali lagi maafkan umi. Luah segala rasa hati Puan Ruziah kepada Azhar. Dengan rendah dirinya ia memohon maaf ke atas pihak keluarganya ini. Cukuplah selama ini suaminya telah membuang diri Munirah. Kembalinya Munirah ke sini Puan Ruziah berharap sangat anaknya ini sudah melupakan perkara yg lepas. Puan Ruziah mahu mulakan hidup baharu bersama Munirah kembali. Azhar mengangguk tanda faham apa yg Puan Ruziah cuba sampaikan kepadanya itu. Dia mengukirkan senyuman manis kepada Puan Ruziah. Disebalik anak tangga itu Munirah mendengar sahaja apa yg mereka berdua bualkan. Dia mengetap kuat bibirnya apabila mendengar Azhar berkata sesuatu selepas mendengar luahan daripada Umi tadi. Dikesat kasar air matanya daripada mengalir. Entah kenapa hatinya terasa sakit sangat mendengar semua itu. Perlukah ia bertahan lagi dengan semua ini..

.................................................................

Kaki Munirah masih tidak beranjak di tepi kereta Azhar. Tetiba sahaja badannya terasa mengigil sangat. Dihembus nafasnya banyak kali. Terasa seperti perkara buruk akan berlaku nanti. Azhar yg melihat Munirah menundukkan pandangan ke bawah segera pergi mendekatinya.

Sayang..napa ni?? Sayang takut lagi ehh..Sokaylah. Abang ada dekat sayang. Alahh..ni kan makan malam je dekat sini. Tiada apalah..Pujuk Azhar memeluk lembut bahu Munirah. Sejak dua tiga hari ini dia melihat Munirah sudah banyak berubah. Selalu saja mengelak untuk berduaannya dengannya. Miskipun ditanya soalan yg sama sahaja Munirah berikan. Apa yg difikirkan Munirah sekarang Azhar sendiri tidak dapat mengagaknya.

Abang..kalau saya tidak ada di sini..tak mengapakan?? Tanya Munirah serba salahnya terhadap Azhar. Bukan ia hendak berkurang ajar tetapi ia mungkin tak mampu nak bertahan untuk berjumpa dengan bonda nanti. Biarlah dirinya tidak ada di sini daripada terus menyakiti hati bonda sendiri. Pandangannya sayu sahaja menatap wajah Azhar yg sedang tersenyum itu.

Shu...jangan cakap macam tu. Kali ini Sayang kena ada dengan abang..Sayangkan isteri abang. Kena ada di samping suami selalu. Ok? Jum..pegang tangan abang..jangan lepaskan pegangan ini. Ujar Azhar lalu mencium lembut pipi Munirah. Munirah selalu saja berfikir perkara bukan-bukan. Munirah memejamkan matanya sahaja. Terasa syahdu Azhar menciumnya kali ini. Seperti ini adalah kali terakhir Azhar akan berbuat begini kepadanya. Mereka berdua pun berjalan ke hadapan pintu masuk rumah walid. Pada masa yg sama Azhar seperti kenal sahaja sebuah kereta di luar rumah walid. Ia tidak berfikir apa-apa lagi lalu membiarkan sahaja.

"Assalamualaikum"

Dalam beberpa minit datanglah Azman membuka pintu rumah itu.

Waalaikumsalam..Angah..Munirah..masuklah. Semua orang dah tunggu dekat meja makan. Lambat benor datangnye. Jemput Azman kepada mereka berdua. Senyuman kelat turut diberikan kepada Azhar. Mungkin dia masih belum mengetahui perkara ini. Wajah abangnya itu selalu terlihat senyuman kerang busuk saja. Munirah pula memberikan senyuman manis kepada Azman.

Alah..lex arr..Nak cepat-cepat gi mana an..Balas Azhar menolak sedikit bahu Azman. Mereka berdua terus ketawa di situ. Azman mengelengkan kepalanya sahaja. Pada masa yg sama juga dia mula melihat riak wajah Munirah berubah. Kasihan saja Azman melihat dirinya itu. Selalu saja ada masalah yg dilaluinya. Apalah nasib badan kalau Azman di tempatnya juga akan membuat perkara yg sama. Merela kebahagian sendiri demi kebahagian orang lain. Mereka berdua terus ke meja makan. Tiba-tiba langkah Azhar mati di situ sahaja apabila melihat susuk tubuh yg amat ia kenali. Tergamam Azhar apabila melihat Datuk Rizman dan juga Datin Zubaidah turut berada di sini untuk makan malam sekali. Munirah menghembuskan nafas perlahan sahaja yg masih berada di belakang Azhar. Sesungguh dirinya tidak layak berada di sini bersama mereka yg lain. Martabatnya terlalu rendah untuk menjadi ahli keluarga Azhar yg lain.

Jemput duduk Azhar..Munirah..Bersuara Walid apabila keadaan ini menjadi janggal tidak sewenanya. Mira memberikan senyuman riang ke arah Munirah apabila duduk secara berhadapan dengannya. Munirah turut membalas senyuman manis kepada Mira dan keluarganya. Kelihatan wajah Azhar tegang sekali untuk bersemuka dengan papa dan Mama Mira kembali. Munirah memegang erat tangan Azhar dari bawah meja. Cuba meredakan kemarahan Azhar ketika ini. Bonda tersenyum sinis ke arah Munirah. Munirah adalah orang yg mudah berbawa bincang. Senang saja memetik hati yg sudah tidak berjiwa ini. Azfar dan Azman menunjukkan reaksi tidak selesa dengan keadaan begini. Mereka berdua selalu berpandangan antara satu sama lain. Mereka yg lain sibuk saja berbual di meja makan ini. Munirah juga memberikan respon yg baik apabila Mira seronok berbual dengannya. Kecuali Azhar sahaja. Memikirkan perkara yg tidak di inginkan nanti akan berlaku. Dia berdoa sangat perkara itu tidak akan berlaku. Munirah menahan sakit apabila pergelangan tangan Azhar itu kuat sangat. Terasa kebas sahaja tangannya yg masih berada di dalam genggaman tangan Azhar. Memang benar kali ini Azhar sungguh marah. Belum terlepas lagi amarahnya di depan mereka semua.

Apa semua ini??!! Tengking Azhar secara melulu apabila mendengar setiap bibit bicara bonda mahu masuk meminang Mira minggu hadapan untuk dirinya. Telinganya masih tidak pekak dan boleh mendengar semua ini jelas sekali.
Tergamam semua orang di situ selepas mendengar suara garau milik Azhar memecah suasana bising ini. Walid terus bangun dan cuba untuk menenangkan diri Azhar dahulu sebelum bertindak lebih agresif. Mata Munirah tidak berkelip sedikit pun apabila melihat Azhar memandang tajam ke arah Mira tetapi bukan dirinya.

Kau!!! ini semua kerja kaukan??!! Marah Azhar kepada Mira. Mahu sahaja Azhar pergi menampar Mira tetapi Azfar menahan tahannya itu. Hatinya mula membara sudah seperti dirasuk syaitan. Mencari kesalahan keluarga Mira dan tujuan mereka datang ke sini. Mira terus menundukkan pandangannya ke bawah kerana takut bertatapan mata dengan Azhar seperti itu. Munirah memeluk tubuh Mira untuk menenangkannya. Azha terus mengusap kasar wajahnya apabila melihat Munirah bertindak begitu. Entah kenapa hatinya tidak mahu Munirah melihat semua ini dihadapannya.

Bawa bersabar Azhar..dengar dahulu semua ini..Pujuk Walid lagi sambil mengusap dada Azhar. Azhar menghela nafas panjang kembali duduk seperti biasa. Datuk Rizman dan juga Datin Zubaidah sendiri tidak percaya yg Azhar sangat baran seperti ini. Takut sahaja mereka mahu menyerahkan Mira kepada Azhar. Kalau bukan tidak disebabkan permintaan anaknya ini mereka berdua tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Mereka tidak mahu melihat hidup Mira terus tersiksa kerana masih belum terbalas cinta untuk Azhar lagi. Inilah pengorbanan yg perlu mereka lakukan untuk Mira. Bonda terus mati kata seketika selepas melihat keadaan Azhar sudah melebih seperti ini. Pandangannya terus beralih ke arah Munirah yg sedang memujuk Mira sudah pun menangis. Wirda dan Azman rasa terbeban sahaja melihat suasana riuh begini. Kalau bukan tidak disebabkan kerja gila Bonda pasti semua ini tidak akan berlaku. Dalam beberapa minit selepas meneruskan kembali semua ini. Azhar terus diam dan memikirkan sesuatu. Pandangannya terus beralih ke arah Munirah yg sedang mengentel lengan bajunya. Sakit sahaja dia melihat pandangan sayu dari wajah Munirah.

Jadi..awak dah tahu semua ini? Awak setuju kalau Mira berkahwin dengan saya?? Awak sanggup jadi madu?? Ataupun awak sanggup dilepaskan?? itukan yg awak mahukan selama ini?? Kata-kata Azhar itu terus membuatkan semua orang diam di situ. Pandangan mereka mula beralih ke arah Munirah. Tergamam Munirah tidak mampu menjawab segala pertanyaan Azhar itu. Ditatap wajah Azhar yg memberikan pandangan sedih ke arahnya. Sesungguh Azhar sudah reda dengan semua ini. Munirah buntu. Mulutnya terasa berat mahu menjawab semua ini. Dirinya mula mengigil ketakutan. Kenapa ia perlu lalui suasana seperti ini lagi. Semua mata masih memandang ke arahnya. Setia menunggu sebutir jawapan daripadanya. Tidak sewenangnya air mata mula menuruni wajahnya. Kejadian yg lepas mula bermain di difikiran Munirah. Perkara ini terus menghantui dirinya. Miskipun ia cuba lari. Kejadian itu terus berada dekat denganya. Situasi ini lain tetapi semua ini bergantung kepadanya juga. Kesakitan yg ia rasa sekarang tiada sesiapa yg tahu.. Ya Aku kini..manusia yg ada masalah mental dan tekanan emosi..aku tak layak dikasihi dan disayangi. Munirah terus berlalu pergi sebelum keadaan menjadi lebih rumit lagi. Sakit di kepalanya mula menjadi-jadi. Azhar yg dapat mengagak apa yg akan terjadi terus mengikuti langkah Munirah. Dikejar Munirah sehingga dapat. Hanya dirinya yg tahu dan rasa apa yg Munirah lalui sekarang. Sampai bila orang lain terus memaksa mereka berdua. Biarlah mereka berdua mahu hidup bahagia sebentar sebelum Azhar melepaskan Munirah pergi lagi. Yaa..kalau benar ini adalah jalan yg terbaik ai akan merelakan kepergian Munirah dari hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience