Untitled

Humor Series 496

Amir Farhan.  Nama pelajar yang baru semalam masuk kelas 4A. Tempat duduk sebelah Raid, memandangkan Faiz ditukarkan tempat duduknya di sebelah Rifqi, barisan belakang tempat duduk Raid. Dia ni bisu ke apa? Serentak tiga sahabat baik itu terfikir apabila soalan yang ditanya Raid hanya dibiarkan tak berjawab begitu sahaja. 

Amir hanya mendiamkan diri sambil menyalin semua nota yang ditulis di papan putih. Raid membuat keputusan untuk melupakan sahaja soalannya yang tak dijawab Amir. Pensel di tangan mula bergerak pantas menyalin semula nota. Tiba-tiba kerusinya ditendang dari belakang membuatnya menoleh ke arah Rifqi. 

“Apasal?” soalnya dalam nada berbisik, memandangkan guru dihadapan sedang memberi penerangan.   

“Budak sebelah kau tu pekak ke bisu?” Soalan Raid dibalas dengan soalan. Namun soalan Rifqi hanya dijawab dengan kedua-dua belah bahu Raid diangkat tinggi dan menoleh semula ke hadapan.

“Kau ni lain kali kalau nak cakap cuba lah cakap kuat lagi. Kalau guna microphone pun bagus juga.” Sengaja ayat itu sengaja disiniskan oleh Faiz memandangkan suara Rifqi ketika berbisik terlalu kuat. 

“Kalau ya pun nak mengutuk orang tu, janganlah kutuk depan-depan.” Sambungnya semula. 

“Tak adalah. Aku cuma fed up je dengan dia. Red tanya dia soalan, boleh je dia buat pekak.” Balas Rifqi dengan nada tak puas hati.

Usai waktu persekolahan, kebanyakan pelajar mula pulang ke rumah masing-masing. Namun ada juga pelajar yang ‘staying back’. Langkah Raid menuju ke pagar utama sekolah terhenti apabila dia teringat botol airnya di bawah meja di kelas. 

Astaghfirullah, dah lah kelas tingkat 4. Kena naik tangga pulak tu. Hari dah nak hujan. Nak tak nak kena ambil balik lah botol air tu. Nanti esok tak ada bekas nak bawa air. Fikirnya dan mula melangkah semula masuk ke kawasan sekolah.

Semasa dia sedang menaiki tangga ke kelas, hari sudah pun hujan. Tiba di kelas, kelihatan sekujur tubuh sedang duduk termenung ke luar tingkap, memerhatikan hujan turun dengan riak wajah yang kosong. 

“Dah sampai mana?” soal Raid kepada pelajar itu. Masakan dia tak kenal pelajar tu, padahal dialah seatmate pelajar tersebut. Soalan Raid membuatkan lamunan Amir terhenti. Dia memandang Raid.

“Pluto.” Jawabnya selamba.

“Jauh tu. Naik apa?”

“Basikal.”

“Hebat gila. Hahaha…” Jawab Raid sambil tersengih. “Apasal tak balik lagi?” tangan Raid mula meraba bawah meja untuk mencari botol airnya.

“Tunggu hujan berhenti.”

“Kau balik naik apa?”

“Naik kaki.”

“Oh…” Botol air dibawah meja dicapainya. Penutup dibuka dan mulut botol itu dirapatkan ke mulutnya. Air diteguk.

“Kau tak takut ke duduk dalam kelas sesorang? Aku dengar kalau duduk kat kelas sesorang nanti kena kacau.” Botol air ditangan di simpan.

“Apasal pula? Aku tak kacau dia, buat apa dia nak kacau aku.” Balas Amir dengan selamba seraya memalingkan semula wajahnya ke tingkap.

“Oklah, aku blah dulu. Salam.” Raid melangkah keluar kelas tetapi berhenti apabila Amir memanggilnya. 

“Wei, Raid, sorry masa dalam kelas tadi.”

“No problem. By the way, panggil Red je.” Jawabnya ringkas.

Keesokan harinya, hujan turun lebat semasa waktu mata pelajaran sejarah menyukarkan para pelajar untuk mendengar apa yang dijelaskan guru. Cuaca yang sejuk membuatkan hampir semua pelajar mengantuk ditambah pula dengan subjek sejarah yang memang membuatkan pelajar senang mengantuk.

Amir memutuskan untuk memandang sahaja ke luar tingkap dan menikmati pemandangan yang indah baginya. Dia sangat menyukai  waktu ketika hujan. Sangat damai dan menenangkan. Sekali lagi lamunannya terhenti apabila terdengar suara Raid menyebut namanya berulang-ulang kali.

“Amir. Ame. Amir. Ame. Amir. Ame. Ame. Am-”

“Diamlah.” Raid hanya tersengih apabila Amir memarahinya. 

“Suka betul kau tengok hujan, eh? Dari semalam kau dengan hujan kau tu.”

“Hmm…” Jawabnya sepatah.

“Aku bukannya apa, tapi sebutan nama kau tu ada kaitan dengan hujan. Ejaan A. M. E dalam bahasa jepun maksud dia hujan. Padanlah dengan kau.” Sengihan Raid melebar hingga ke telinga. 

“Kalau ejaan kat sini lain, tapi sebutan lebih kurang je.” Kini barulah Amir faham kenapa Raid menyebut namanya berkali-kali  tadi. Tapi mana dia dia tahu benda tu semua? Soalan dalam hatinya tiba-tiba terjawab apabila kedengaran suara dari belakangnya.

“Kalau kau nak tahu Red ni half Japanese. Sebab tulah dia tahu pasal benda tu.” Jawab Rifqi.

“Dia tak nak tahu pun. Yang kau sibuk sangat dengar apa dia orang cakap apasal? Lebih baik kau siapkan homework kau tu. Benda tu dahlah kena hantar hari ni.” Faiz menutup buku latihannya untuk di hantar ke hadapan kelas. Bajunya yang ditarik membuatkan langkahnya terhenti.

“Sabarlah bro, apa guna kawan kalau tak bagi aku pinjam buku kau kejap.” Rifqi tersengih.

“Kawan tak kawan, lantak kaulah. Siapa suruh tak siapkan kerja tu.” Faiz menepis tangan Rifqi yang menggenggam bajunya. Pandangan Rifqi beralih pula ke arah Raid di hadapan.

“Red….” Dengar namanya disebut, Raid terus menghulurkan buku latihannya ke belakang.

“Hahaha, baguslah kau ni. Aku tak cakap apa-apa, kau dah tahu apa nak buat.” Sengihan tak tahu malu Rifqi masih terlekat di mukanya. Raid, memandang dengan muka toya. Raid mula menapak ke kantin apabila loceng sekolah berbunyi, diikuti dengan Amir yang berada di belakangnya.

“Kau belikan aku bihun goreng. Nanti aku bayar balik!” jerit Rifqi dari dalam kelas. Tangan Raid hanya diangkat tanda setuju.

 “Kau tahu tak, Red. Aku dengar ada sebab kenapa Amir tu tak bercakap.” Rifqi berseloroh sambil menyuapkan bihun goreng ke mulutnya.

“Sebab apa?” Tanya Raid dengan nada yang perlahan, macam tak ambil peduli apa yang dikatakan Rifqi.

“Orang ramai kata mulut dia tu busuk. Sebab tulah dia tak banyak cakap.” Jelas Rifqi sambil tergelak. Tiba-tiba satu hentakkan kuat kena tepat di kepala Rifqi.

“Kau tak payahlah dengar sangat apa orang lain cakap. Lantaklah dia nak bercakap ke tak nak. Yang kau sibuk apasal?” Balas Faiz dengan nada yang geram.

“Adoi, sakitlah badigol!” Raid hanya melihat kedua-dua sahabat baiknya dengan wajah yang kosong. Tiba-tiba…

“Assalamualaikum!!! Woi korang!”. Suara halus yang sengaja dibuat kasar membuatkan kepala mereka bertiga serentak memandang ke arah tuan punya suara. Masakan mereka tak kenal gadis itu, sedang mereka sendiri tahu bahawa gadis itu ada hati terhadap Raid.

“Walaikumussalam,” jawab Fa’izin endah tak endah. “Kau nak apa?” Soalan Fa’izin hanya dijawab dengan sengihan daripada Umairah.

“Tarapapa. Saja je nak tegur, nak kuatkan hubungan silaturahim antara umat Islam. Salah ke?”  Lagi sekali sengihan manis Umairah terlekat di wajahnya. Wajah Raid ditenung Umairah dengan tajam. Peluh mula membasahi belakang Raid. Apasal pulak minah ni tenung aku macam ni? Gerun aku dibuatnya.

Tenungan tajam berubah kepada senyuman manis. “Kau sihat Red?” Soal Umairah selamba. “Sihat.” Jawab sepatah dan menyambung semula makan memandangkan waktu rehat sudah hampir tamat.

“Wei, meja perempuan sebelah sana. Sini meja lelaki. Kau blah sekarang. Kau tak tau malu ke?” Fa’izin mula menghalau Umairah. Umairah hanya tersengih dan menuju ke meja perempuan.

“Kalau ye pun janganlah cakap macam tu Faiz. Dia cuma nak tegur je.” Kata Rifqi sambil menghabiskan bihun gorengnya. 

Tamat waktu rehat, semua pelajar mula mengatur langkah ke kelas masing-masing. Ada yang berlari, ada yang berjalan dan ada juga yang merangkak. Yang last tu tipu je. Belum sempat Raid masuk ke kelas, bahunya disentap dengan kuat dari belakang.

“Bapak ahh, sakitlah sial.” Dengan selamba mulutnya mencarut tanpa menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang menarik bahunya. Kebetulan pula semasa carutan itu terkeluar dari mulutnya, Puan Aminah sedang melangkah masuk ke kelas 4A.

“Amboi, sedapnya mulut kamu mencarut Raid.” Puan Aminah memandangnya dengan sinis.

“Hehehe, sorry cikgu.” Balasnya sambil tersengih. Siapa yang bangang sangat tarik bahu aku ni? dia menoleh.

“Laa...kau rupanya. Apasal?” Amir yang berada di belakangnya hanya memandangnya dengan selamba.

“Kau...kau free tak lepas sekolah ni?” Soalnya dengan perlahan.

“Free. Kenapa?” Raid dan Amir menuju ke tempat duduk mereka.

“Aku nak minta kau teman aku jap. Pergi somewhere.” 

“Boleh gak. Aku ajak Faiz dengan Rifqi sekali kalau kau tak kisah. Dorang memang suka lepak lepas habis waktu sekolah.” Matanya dikerlingkan ke arah tempat duduk dibelakang mereka. Kelihatan mereka berdua sedang bergelut untuk mendapatkan buku latihan Faiz.

“Tak kisah.” Jawabnya sepatah. 

Bisingnya dorang ni. Fikir Amir. Kini mereka berempat berada di rumah sewa Amir. 

“Apasal kau duduk sorang sorang Amir?” Soal Rifqi sambil baring di sofa. 

“Ak-” belum sempat menjawab, Raid pula mencelah.

“Kau suka fotografi ke?”

“Suk-”

“Tak takut ke kalau ada benda yang kacau?” giliran Faiz pula menyelit. Amir hanya mengeluh panjang.

“Aku tinggal sorang sebab aku ada masalah dengan family aku. Ye, aku suka fotografi and yes, aku tak takut sebab aku mengaji hari-hari kat rumah ni.” Panjang lebar dia menjawab. Itu mungkin ayat yang paling panjang pernah dituturnya. Raid, Faiz dan Rifqi memandangnya pelik. Suasana menjadi sunyi sekejap.

“Fuyooo, ni ayat yang paling panjang pernah kau cakap.” Suara Rifqi memecahkan suasana yang sunyi. Amir mengeluh sekali lagi. Mukanya menunjukkan riak yang tidak puas hati. Faiz yang perasan riak wajah muka Amir bingkas bersuara.

“Kita orang minta maaf kalau kita orang susahkan kau.” Faiz mula bangun dari sofa. “Kita orang datang sebab Raid ajak sekali. Aku tak tahulah pula yang kita nak pergi rumah kau. Sorry..”   

Faiz menggalas beg sekolahnya dan mencuit kaki Rifqi supaya dia mengikutnya. “Ada apa-apa hal, call aku, Raid atau Rifqi. Kita orang tolong. Kau ada nombor kita orang kan?” 

Alamak, dorang terasa ke? Aku bukannya nak buat muka tak puas hati ke apa. Aku cuma penat je.

“Janganlah balik dulu. Korang tak susahkan aku pun. Lepaklah.” Air teh yang dibuatnya dituang ke dalam cawan.

“Aku bukan marah. Aku penat je.” Katanya dengan perlahan. “Aku seronok korang sudi teman aku, jadi kawan aku. Jadi lepaklah lama sikit.” Senyuman terukir diwajah Amir yang sunyi itu.

Faiz tersenyum tanpa perasaan. Beg yang digalasnya diletakkan semula di sebelah sofa. Raid dan Rifqi tersenyum sumbing.

“Haaa, kan bagus macam ni. Kan lebih baik dari jadi lone ranger. Janganlah jadi introvert sangat.” Rifqi menggenggam bahu Amir dengan kuat. “Kita kan kawan.” Katanya sambil tersenyum riang. Raid dan Faiz mengangguk tanda setuju.

Sejak itu, persahabatan mereka menjadi lebih rapat. Amir pula lebih terbuka. Manakala, Rifqi, Faiz dan Raid pula langsung tidak kisah untuk menjadi kawan Amir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience