6.Perjalanan penuh memori

Crime Series 1643

*************Kereta yang dipandu azam baru je melepasi tol sungai besi, kami ke pd sebenarnya nak berparti dan mengambil stok baru...

“ Weh lang, kau asal ni, termenung je. ada masalah ke"? tanya azam selepas beberapa lama kami terdiam, hanya lagu di radio yang ada memecahkan kesunyian dalam kereta.

“ Eh takda papepun, aku just tak sabar nak jumpa bos, ambil stok baru” jawabku sambil ketawa yang dibuat-buat..

“ Hahahaha, baguslah macam tu, tu yang aku seronok kerja dengan kau, kaya sama-sama, dosa sama-sama,ahahahah“ jawab azam sambil bergelak tawa dengan kuat..

Aku tersenyum, pada masa yang sama pertanyaan abang kamal tadi masih berlegar legar di fikiranku.. Patut ke aku cari? sedangkan selama ni diorang tak pernah terfikir tentang aku dan ika.. 10 tahun kot, kalau masih sayang, pasti (ayah) dan abang2ku mencari kami.. 10 tahun....

*************Pada waktu tu, umur aku baru mencecah 15 tahun dan ika baru 11tahun. Aku ada 2 abang, yang seorang umurnye 19 tahun, dan seorang lagi 17 tahun. Kehidupan kami waktu tu cukup susah, kadang sehari kami cuma makan 2 kali sahaja. Ibu selalu sakit, dan ayah hanya bekerja sebagai seorang security guard masa tu.. dan waktu tulah merupakan titik hitam dalam hidupku, ayah menceraikan ibu kerana tak sanggup lagi untuk bersama, ayah keluar rumah bersama dengan 2 abangku. Hanya tinggal kami 3 beranak. Waktu tu sedih memang sedih, tapi aku hanya mampu berdiam diri, yelah, 15 tahun waktu tu, fikiran masih belum matang orang kata..

*******Setahun berlalu, aku berhenti sekolah dan mencari kerja untuk menampung kehidupan seharian kami. Pagi aku tolong mak jah berniaga, petang aku keluar mencari tin kosong untuk dijualkan..

Aku cuba kuat untuk menempuh kehidupan sukar ni, ibu dah tak kuat untuk berkerja, dia sering sakit.. Aku nekad, sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melihat ibu sihat seperti sediakala...

Cukup umurku 18 tahun, aku cuba apply mana-mana kerja yang ada, tapi semuanya dengan jawapan yang sama, maaf dik, kami nak cari staff pun minimum kena ad SPM....

*****Di saat aku berjalan seorang diri, seorang remaja menegur ku dari belakang, ya azam, yang dulu sama-sama bermain denganku, sahabat dari kecil.. Dia offer aku 1 barang ni untuk dijual, aku tahu benda tu salah, tapi masa tu kehidupan sempit yang aku alami membuatkan mat hati ku tertutup dan terus bersetuju menjual barang tu...

***Hari demi hari, keuntungan kami berlipat kali ganda. Ibu semakin sihat dan ika dapat pergi ke sekolah semula.. Saat itu aku sedar duit adalah segalanya.Aku semakin hanyut dalam dunia dadah ni. Maunya tidak, dengan takda sijil spm, aku punye untung lebih dari cukup.... Apa saja yang ibu dengan ika impikan, tentu aku mampu beli kan..

**Tapi apa kan daya, ibu menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi isnin selepas subuh. Dunia yang indah kembali gelap, tinggal aku dan ika je untuk meneruskan kehidupan kami.. Aku sedih, ayah dan abang2 ku tidak ada masa pengebumian ibuku.. Selang beberapa minggu, sedih itu hilang dan aku menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang pengedar dadah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience