1 : Internship

Short Story Series 1175

[2 tahun lepas]

"Weh zetty kau dah dapat dah offer letter dari XYZ company? Aku dah dapat dah. Kau tahu tak Niki pun dapat kat sana jugak". Kata aku. Zetty terus menyemak emailnya untuk kepastian. "Weh aku dapat jugak wehhhhh! Jom la lepas ni kita duduk satu rumah sewa nak? Aku, kau, dan Niki sekali". Kata Zetty dengan teruja sekali.
Kami bertiga iaitu merupakan pelajar tahun akhir diploma politeknik yang bakal praktikal pada semester akhir.

*Rumah sewa*
"Wehh dah ready dah barang² untuk bawak esok? Excitednya esok dah nak start first praktikal". Kata Zetty kepada kami berdua. "Aku dah get ready semua dah barang² nak bawa esok, aku dengar budak kelas lain pun ada praktikal sekali dengan kita. Kelas kita cuma kita berempat termasuk acap. Yang budak lain aku tak sure sapa lagi". Kata aku sambil tertanya². Lepas tu Niki mencelah, "Aku tahu Wan, Zack, Bad je budak kelas 3. Tak pa la esok kita tengok sapa lagi yang ada, hahahah. Btw, malam ni dorang ajak ronda2 Penang jom". Kami berdua menganguk setuju dengan cadangan Niki.

*Keesokan harinya*
"Woww, ramainya budak poli. Aku ingat poli kita ja yang join praktikal company nih" kata Zetty. "Aah la weh, penuh jugak la 2 bilik meeting untuk budak poli saja" kata aku dengan teruja.

Aku menegur budak sebelah aku yang merupakan pelajar PSP yang bernama Nadia dan kawan sebelahnya pula bernama Yana merupakan pelajar PSA. Aku merupakan seorang peramah juga, habis semua pelajar disitu aku tegur.

Setelah itu kita orang telah diagihkan kepada berapa department, Aku, Niki dan Zetty telah berpecah. Aku diletakkan di department A sebagai QA. Manakala Niki dapat department C dan Zetty pulak di department E.

Aku terserempak dengan Nadia merupakan QA juga dihadapan department aku tapi sayangnya dia diletakkan disebelah department aku iaitu department M. Aku mengikuti Kak Nurul yang merupakan Supervisor aku ketika itu.
Aku perasan ada muka familiar yang aku kenali di bilik meeting tadi iaitu Cindy dan Devi merupakan QA juga. Aku tertanya tanya tak kan la kami bertiga ja perempuan disini. Memang dugaan itu benar dan lebih teruk lagi kita dipecahkan mengikut shift berbeza mengikut jadual yang diberikan.

Hari tu aku mengenali semua pelajar politeknik yang ada disitu. Budak poli aku bernama Bad turut diletakkan di department yang sama. Pelajar aku kenali disitu mostly dari pelajar PSP iaitu Ram, Ajid, Aman, Kevin. Mereka telah dibahagikan shift masing² sebab kami berbeza supervisor dan mereka merupakan supervisor under abang Lan. Di dalam department tersebut kami dihendaki memakai Jumpsuit dan mask muka. Dan first day tu aku tak nampak muka masing² apabila bercakap. Kami semua telah mengikut supervisor masing² melawat kawasan² yang berada dalam department itu.

Selepas rehat sebelum memasuki department A, Ajid menegur aku kat luar. Aku pada mulanya tak perasan sapa yang bercakap dengan aku ni, "Weh kita rehat sampai pukul berapa, kau kerja bahagian apa?". Eh jap sapa yang tegur aku nih? Masa tu ada kawannya yang bernama Aman dan Zul duduk disebelah memandang aku terpinga pinga. Zul memegang suit biru merupakan pelajar praktikal di department sebelah sama dengan Nadia. Aku pun layan la sampai aku tahu diorang I juga pelajar praktikal seperti aku sebab mempunyai tag praktikal dibaju. "Hahahaha, sorry tak perasan muka. Maklum la kat dalam aku mana nampak muka korang. Hahahha, kita rehat sampai pukul 2 ja. Aku dapat bahagian QA. Korang?". Ajid balas, "Aku bahagian technician dan Aman dapat bahagian Testing". Lepas kitorang borak l dan masuk ke department.

Masa nak pulang, masing² telah diberi shift. Ajid (Shift A), Aman dan Kevin (Shift C) dan aku, cindy, Ram dan Devin belum diberikan shift lagi Buat masa sekarang kami kerja di normal shift lagi iaitu 8-6 petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience