Bab 2

Horror & Thriller Series 8852

BAB 2

"Kau tak kerja Qai?" Tanya Bad yang berbaju kemeja biru pekat dan berseluar slack.

"Tak . Aku cuti seminggu. Kau gunala kereta aku tu. Takyah naik motor. Sekarang musim hujan.bahaya." aku mencampak kunci kereta myvi ke arah Bad dia menyambut dengan cekap.

"Terharunya aku .. thanks Qai. Nanti malam aku belanja kau makan ok..bye.. " Bad keluar dan menutup pintu rumah.

Mataku masih tertancap pada kaca tv Melihat cerita hantu waris.

"Arghhh . Diam lah sial." Aku mengerang sambil mengetuk kepala berkali-kali. Ingin mengusir bayangan lepas yang bermain didalam kepala.

Tv aku tutup. Aku baring di atas sofa. Mata aku pejam rapat . Tangan aku letakkan atas dahi.

"Keluar lah dari kepala otak aku ni!! Aku taknak ingat!" Aku menepuk dahi kuat. Bayangan tadi hilang. Aku tertidur.

"Assalamualaikum." Bad membuka pintu rumahnya. Kelihatan Qai sedang tidur di atas sofa. Bad meletakkan nasi bungkus yang dibelinya di atas meja.

"Qai oii bangun! Dah maghrib pun tak bangun lagi! Woi bangun!" Kejut Bad

Aku terjaga kerana mendengar suara Bad yang berulang kali mengejut aku bangun.

"Haaa bangun pun. Ni aku beli nasi. Bangun cuci muka." Arah Bad.

Aku bangun terhoyong-hayang menuju ke dapur untuk membasuh muka.

"Kau beli kat mana Bad nasi ni? Sedap doh." Tanya aku pada Bad sambil melahap nasi yang dibelinya.

"Kat tempat kerja aku." Jawabnya.

"Erghh bodoh!" Aku mengerang sambil meramas kasar rambut aku yang panjang. Bayangan tu kembali!

"Weh! Kau ni pasal? Tiba-tiba je ni?" Tanya Bad risau dan terkejut melihat aku yang menarik rambut kasar.

"Diam Bad!" Jerkah aku .
Bad terkejut.

"Kau pergi!! Jangan datang lagi sial! Hahahah!" Jerit aku kuat! Bayangan ini menganggu otak aku. Aku tak nak ingat pada dia lagi!! Dia yang bersalah bukan aku!

"Qai tenang Qai... kau kenapa ni?! Apa masalah kau sebenarnya?!" Bad menenangkan aku.

"Arghhh!! Jangan kacau aku! Pergi!" Aku terus memukul kepala supaya bayangan itu hilang.

"Qai sudahh...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience