Episode 29

Adventure Series 25852

episode 29

Di hospital Vika, selepas senja.

Arsh bergerak keluar dari koridor lalu pergi ke kaunter untuk bertanya.

"Maaf. Tumpang tanya boleh tak saya berjumpa dengan doktor yang bertanggungjawab uruskan saya?" Tanya Arsh pada jururawat lelaki di kaunter.

“Nama encik?”

“Arsh.”

"Sebentar ya." Dia menekan sesuatu pada hologram komputer.

Seorang gadis berkot keluar dari bilik lalu bergerak ke arah Arsh. Gadis tersebut menggunakan tanda nama Piko.

"Dr. Piko..." Bisik Arsh dalam hati.

Wajah piko yang sememangnya anggun dan penuh aura keperempuanan disekelilingnya.

"Ya? Boleh saya bantu?"

"Boleh tak saya keluar dari hospital? Saya nak sambut perayaan dengan kawan-kawan." Tanya Arsh berterus-terang.

Piko memandang Arsh sebelum mengambil sesuatu dokumen.

"Boleh, selepas awak melakukan pemeriksaan. Sila kembali ke bilik. Saya akan ambil darah untuk dijadikan sampel ujian serta suhu badan awak." Jelas Piko.

Arsh bergerak ke dalam wadnya semula sementara menanti Dr.Piko memeriksanya.

"Arsh? Kau dah sedar?" Tanya Las. Dia baru sahaja menghantar Sabrina yang tidak sedar dari tidur dengan mendukungnya seperti tuan puteri sebelum datang untuk menjaga Arsh malam ni.

"Aku dah sedar. Aku nak balik malam ni. Aku nak hias rumah." Rengek Arsh.

Las terpegun seketika dengan raut wajah Arsh semasa dia merengek. Lidahnya kelu. Nasib baik Arsh bukan perempuan.

"Sejak bila kau belajar jadi perempuan ni?"

"Huh?"

"Kau tau tak muka kau tadi kiut habis." Jawab Las sambil menuang air suam-suam hangat kepada Arsh untuk diminum.

"Lah. Ada bakat aku berlakonlah ni?" Arsh membalas usikan Las sambil mengambil gelas daripada Las lalu meneguknya.

"Terima kasih." Ujar Arsh. Las hanya menganguk sahaja.

Pintu bilik mereka diketuk. Muncul raut wajah Piko dengan jururawat wanita di sisi Piko.

"Baiklah, encik Arsh..."

Arsh memotong kata Piko.

"Panggil saya Arsh. Tua sangat rasa bila panggil saya encik."

".....baiklah." Piko terdiam sejenak sebelum menjawab.

"Saya akan buat pemeriksaan ke atas encik."

"Maaf...errr... Encik...." Piko mengerut dahi ke arah Las.

"Panggil saya Las." Jawab Las.

"Ok. Encik Las boleh tunggu di luar. Kami akan menjalankan pemeriksaan terhadap Arsh untuk seketika."

Las mengangguk lalu bergerak keluar dari wad Arsh. Dia hanya duduk berdiri di sebelah pintu bilik dengan menyandar dan menyilangkan kakinya manakala tangannya diletakkan ke dalam poket.

Selepas menunggu 30 minit, Piko dan jururawat wanita keluar dari bilik Arsh.

"Macam mana keadaan dia?"

"Dia sihat malah dalam keadaan stabil. Dia boleh keluar tetapi dia perlu datang ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pastikan dia datang seperti tarikh di berikan. Jika dia ada misi sila lapor ke pihak hospital memudahkan urusan kami." Jelas Piko.

"Baik. Hantarkan saya jadual budak tu. Senang nak heret nanti." Las cuba berlawak.

Piko ketawa kecil lalu mengeluarkan komputer gravitinya dan menekan-nekan papan kekunci hologram yang terpancar dari komputernya.

"Ok, terima." Jawab Las selepas bebunyi 'beep' sebanyak tiga kali.

Piko mengangguk sambil menutup komputernya dan bergerak meninggalkan Las.

Las memasuki bilik Arsh. Arsh sudah bertukar baju.

"Laju betul. Aku sembang dengan doktor tak sampai 5 minit kau dah tukar baju."

"Hehehe.. Doktor kata tak perlu mandi jadi aku tukar jelah pakaian." Jawab Arsh menyikat rambutnya.

“Busuk, der!”

“Busuk ye?” Arsh bertindak mengejar Las.

“Woi-woi!” Las terkejut apabila Arsh mendekatinya lalu memeluknya.

Arsh meletak tangan kirinya sebelah bahu kanan Las dan manakala tangan kirinya memeluk dari bawah lengan Las.

“Kau pahal?!”

“Aku nak bau busuk tu melekat dekat kau!”

“Kepala kau! Jauh dari aku!”

Berlaku aksi tolak menolak satu sama lain. Keriuhan ketawa mereka berdua boleh didengari sehingga luar wad sehingga riuh mereka ditegur oleh jururawat bertugas.

Arsh terpaksa melepaskan pelukkan apabila raut wajah jururawat perempuan itu berubah apabila melihat mereka berdua berpelukkan.

“Kaulah! Tak pasal-pasal lain jururawat tu fikirkan!” Perli Las menahan ketawa.

“Yelah-yelah.” Arsh mengalah sambil senyuman dibibir masih lebar.

Tiada apa yang perlu dikemaskan kerana dia datang ke hospital secara mengejut. Dia mengambil kain lalu mengangkat bunga raya yang dihadiahkan oleh Las padanya.

Las hanya memerhati perbuatan Arsh tanpa bicara.

"Dah, siap!" Arsh mengangkat bunga tersebut.

Mereka bergerak ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran. Sebaik sahaja mereka sampai. Las menyuruh Arsh mengeluarkan kad pelajarnya. Arsh hanya turuti. Ternyata Arsh hanya perlu membayar murah daripada harga asal.

########################

Di sekolah Aqua Kristal, di dituasi Cikgu Bess.

Cikgu Bess memerhatikan langit yang tiba-tiba merekah sedikit dan rekahan tersebut dilindungi oleh awan sekeliling. Cikgu Bess sememangnya ada kebolehan untuk menebusi sesuatu objek tanpa mengunakan pentagram.

"Masuk." Cikgu Bess memberi arahan.

Muncul pentagram warna ungu di depan mejanya dan muncul lelaki rubah memegang laporan.

"Tekaan tuan adalah tepat. Kilauan dekat langit adalah debu pari-pari. Debu tu telah meretakkan demensi kita dengan sesuatu." Jelas lelaki tersebut.

"Sesuatu? Adakah manusia atau sebaliknya?”

"Dia dari planet lain serta masa mereka bergerak agak cepat dari pergerakkan masa planet kita akan tetapi tahun mereka jauh lebih jauh kebelakang."

"Planet itu tuan pernah mengkaji di mana ada sesuatu makhluk menyerupai manusia iaitu puntianak atau Vrykolakas. Mereka duduk dengan manusia. Jika kita bernasib baik atau buruk kita boleh jumpa mereka selepas mereka disedut dengan taufan demensi."

"...." Cikgu Bess hanya mendiam diri dengan keterangan lelaki rubah tersebut.

“Taufan demensi mungkin akan menghuru-harakan kawasan kejiranan dan mungkin akan membabitkan agensi khas termasuk badan pertahanan serta pahlawan diraja.” Tambahnya lagi.

"Aku akan aktifkan sihir pendinding dan hilusinasi serta pemantul untuk langkah berjaga-jaga dan pastikan kehadiran mereka tidak menganggu jiran tertangga. Kita perlu menggurangkan sebanyak boleh masalah yang timbul." Jawab Cikgu Bess.

“Apa maksud tuan dengan masalah?”

“Kekuatan bidasan angin demensi, berapa lama angin bidasan akan berlaku, berapa dalam keluasan demensi yang akan merekah, sejauh mana kita mampu menutup kes ini dari pihak media, apa masalah yang akan mereka timbul, dan kertas-kertas kerja yang bakal kita hadapi selepas kedatangan mereka.” Terang cikgu Bess sambil merenung wajah lelaki rubah jadian dihadapan mereka.

Cikgu Bess mengaktifkan Pentagram hitam di tapak Sekolah Kesaterian Aqua Kristal, muncul pendinding sihir atasan.

Pentagram hitam adalah pentagram kegelapan kelas diraja. Pentagram ini mampu dihasilkan oleh darah pemerintah serta anak-anak pemerintah sahaja. Namun begitu, pentagram hitam adalah pentagram larangan yang tidak boleh digunakan sesuka hati kerana kuasanya yang mampu membunuh seseorang tanpa diketahui orang itu.

Pentagram hitam tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia walaupun seseorang itu mempunyai ilmu atau kebolehan melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Pentagram hitam hanya boleh dilihat oleh darah diraja sahaja. Oleh kerana itu, mungkin akan menyebabkan berlaku peperangan, mereka keturunan diraja sudah diberi sumpahan bagi tidak menggunakan pentagram tersebut. Mereka yang menggunakan pentagram tersebut akan memendekkan usia mereka.

"Kau boleh balik ke kampung sekarang. Aku tak boleh izinkan kau berada disini sebab kau akan bergaduh dengan makhluk sebegitu." Arahan Cikgu Bess.

"Baik." Lelaki tersebut tidak menolak arahan cikgu Bess kerana dia terikat dengan lelaki pelik dihadapannya. Hanya dia sahaja tahu identiti sebenar Tuannya.

Lelaki rubah tersebut hilang dari pandangan.

"Oh. Mereka dah turun. Cepat betul!" Kata cikgu Bess lalu mengaktifkan pentagram untuk sampai ke distinasi.

######################

Di air pancut di tengah-tengah sekolah,

Ada sesuatu yang besar jatuh ke atas air pancut. Air terangkat sebaik sahaja menerima hempapkan yang tinggi dari sesuatu yang jatuh dari langit.

Cikgu Bess berdiri tidak jauh dari situ hanya memerhati hempapkan tersebut tanpa membantunya.

"Nampaknya... Dia manusia..." Cikgu Bess sengaja tidak menolong untuk pastikan dia manusia atau Vrykolakas.

Lelaki tersebut menandang sekeliling dengan tanda tanya. Barangkali dia terkejut dengan keadaan sekeliling atau mencari kawannya yang terpisah. Tubuh lelaki tersebut ada sedikit serbuk debu di badannya sebelum hilang perlahan-lahan.

Cikgu Bess bergerak kearah lelaki tersebut dengan muka tidak bersalah.

"Perlukan bantuan?"

Lelaki tersebut memandang Cikgu Bess dengan wajah pelik serta sedikit keliru.

Cikgu Bess hanya tersenyum. Dia tahu lelaki tersebut terkejut debgan cermin mata yang dipakainya.

Selepas berkenalan, lelaki tersebut namanya Glen Nikolai datang dari planet Ghais Lavanark, bahasa digunakan agak klasik berbanding mereka. Bajunya juga baju yang selalu planet Aqua pakai semasa majlis tari menari.

Apa yang diucapkan pada Glen adalah ucapan selamat datang ke sekolah ini.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience