“Kalau dia nama dayang, dia puteri, so kau nama apa? RAJA?...dia senyum manis dan dengan wajah yang selamba dia balas “tak la,, nama aku permaisuri,, PERMAISURI DIHATI AWAK.” Sejurus selepas itu, dia lemparkanaku senyuman paling manis yang pernah aku lihat yang buatkan hidup aku kembali berwarna.
Daim seorang jejaka yang manis rupanya, ramah dan senang bergaul. Sekali lihat dia tak ubah seperti pencinta wanita yang selalu tabur kata manis, namun disebaliknya dia sangat takut yang namanya wanita. Dia bukan lah seorang lelaki yang mempunyai sejarah baik bersama wanita. Jadi tak terkejutlah kalau hati tak mahu kenal wanita lagi.
Daim seorang mahasiswa tahun 3 pengajian seni. Mahir dalam bidang lakonan dan sangat aktif dengan teater. Berperwatakan ramah tapi kasar. Gemar main game dan tak terlalu hiraukan dunia. Fizikalnya yang berisi tapi mahir kelihatan segak dek kerana posture badan dia yang gagah. Wajah yang manis dibalik bengis dia. Tapi di dalam dirinya terdapat sesuatu yang menarik minat wanita.
Hidup sebagai mahasiswa selama 3 tahun dipenuni cabaran dan dugaan. Bagi lelaki seperti dia, dia boleh dikatakan mempunyai hati yang lembut. Cepat sangat sentap and give up ?? tapi masih juga teruskan melangkah.
Sehinggalah satu hari semuanya berubah
Share this novel