BAB 2

Romance Completed 72605

Malam ini,bertemankan bulan,aku dan Arshad duduk di gazebo sambil melihat langit yang kelam.Tiada sebutir bintang pun kelihatan malam ini.Seolah-olah langit turut sama merasai hati ku yang berteman walang.

''Baby meragam tak..''Lantas tapak tangannya singgah mengusap lembut perut ku yang sudah mulai menampakkan bentuknya.Walaupun baru mencecah lima bulan,aktifnya bukan main.Kadang-kadang kalau Arshad ada disamping ku,adakalanya aku tersentak dengan pergerakkannya.Seolah-olah 'dia' cuba untuk berinteraksi dengan babanya.Aku tersenyum kecil.

Sepanjang tempoh kehamilan ini,Arshad tidak pernah meninggalkan ku.Malah Arshad sentiasa cuba untuk memenuhi segala kehendak ku.Betapa gembiranya hati ini kerana aku tahu,walaupun Arshad bakal meninggalkan ku zuriat ini bakal menjadi penganti dirinya.

''Nakal macam abang juga.Bila tahu baba dia ada,mulalah dia tak duduk diam.Tak boleh bagi Nia rehat sikit..''Arshad tertawa kecil mendengar omelan ku.Tahu anaknya ni memang sebijih perangai dengannya.Ligat bukan main.

''Anak baba mestilah kuat.Bila besar nanti,boleh lindungi Ibu..Kan Aiman.''Aku terlopong.

''Aiman?''Arshad menganggukkan kepalanya.

''Abang nak namakan dia Aiman Hafiz..Ok tak..?''Aku menganggukkan kepala.Iyakan saja.

''Kalau perempuan macam mana?Abang nak namakan apa pula?''Pelukan dieratkan.Cuba mengumpul segala kehangatan buat bekalan nanti.Ah..Aku bakal merindui bau ini..Kehangatan ini.Cepat-cepat ku seka airmata yang hampir menitis.Tidak ingin merosakkan saat indah ini..

''Abang boleh rasa..Anak abah mesti lelaki kan?''Arshad seolah-olah bercakap dengan kandungan ku.Lalu dielusnya perut ku perlahan dengan penuh kasih sayang.Aku sedar,Arshad terlalu bahagia dengan anugerah ini.Namun aku juga sedikit terkilan.Kenapa di saat dia bakal dijemput pergi,barulah zuriat ini hadir.

Sesungguhnya takdir itu banyak rahsianya.Aku tahu berdosanya diri ini kerana sering menyalahkan takdir.Seringkali Arshad menegur sikap ku yang sering mempersoalkan takdir.Mempersoalkan penyakitnya.Mempersoalkan cahaya mata yang lewat hadir hanya pada saat Arshad bertarung dengan nyawa.

''Sebab dia yang akan mengantikan tempat abang nanti..''Sayu saja kata-kata itu menusuk jantung ku.Tapi kenyataan itu memang sudah tersurat.Bila-bila masa saja,dia bakal meninggalkan diri ini.Dan malam ini,bertemankan langit yang gelap dan kelam,kami mengeratkan lagi pelukan.Terasa detik itu semakin dekat.Dan tiada apa yang mampu mengubahnya..

''Maaf sayang..''Aku terkedu.

''Kenapa abang nak minta maaf pula?Abang tak salah apa-apa pun dengan Nia..''Tangan naik mengusap wajah yang semakin cengkung dan agak pucat.Sayu hati ini melihat derita yang terpaksa ditanggung Arshad.Tuhan..Tabahnya dia.

Aku tahu,Arshad sedaya upaya menceriahkan wajahnya walaupun di dalamnya penuh dengan keperitan dan segala kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.

''Abang minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji abang nak jaga Nia.Nak besarkan permata hati kita ni sama-sama.Ab..''Lantas ku letakkan jari di bibir.Mematikan kata-kata kesal yang terbit ,meruntun hati ku.Airmata Arshad mulai bergenang.Bertambah-tambah sakit hati ini bagai dicarik-carik melihat kesedihan diwajahnya.

''Tak..Abang salah.Selama ini pun abang dah cukup bahagiakan Nia.Janji-janji abang untuk bahagiakan Nia pun abang dah tunaikan.Mungkin masa tu tak cukup panjang bagi kita tapi percayalah.Nia betul-betul bahagia dengan abang.Dan Nia betul-betul bersyukur kerana dijodohkan dengan abang.

Andai takdir sudah tersurat begini,Nia tetap rasa bersyukur juga kerana diberi peluang untuk menjadi suri di hati abang walaupun sekejap saja.''Airmata Arshad gugur jua.Sekalipun masa itu singkat bagi kami untuk bersama.Sekurang-kurangnya kami tetap bahagia.Dan saat ini,aku harus belajar untuk menerima semua ini dengan hati yang terbuka.

''Ya Allah..Kuatkan hati ini untuk merelakan dia pergi.Redhakan hati ini untuk menerima perpisahan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience