Bab 4

Romance Completed 213943

Zya menoleh ketika tangan sedang membuka pintu pagar sebaik keluar dari perut teksi. Keningnya bercantum hairan melihat seorang lelaki berpenampilan segak sedang memegang sejambak bunga di tangannya mendekati Zya.

"Encik ni siapa?" cuak juga Zya. Sudahlah area perumahan ini sunyi.

Ulas bibir itu mengukir senyum, menghulur bunga di tangannya pada Zya.

Zya semakin pelik dengan tingkah lelaki di depannya. Nak kata pengirim bunga, penampilannya jauh beza. Mata Zya terarah pada kereta lelaki itu.

Tangannya terangkat hendak menyentuh pipi Zya tapi pantas Zya tepis. Takut dan cemas Zya ketika itu. Risau jika lelaki itu berbuat benda yang bukan-bukan. Zya fikirkan tadi mungkin lelaki ini salah rumah tapi nampaknya tidak bila lelaki itu bertindak hendak menyentuhnya.

Tangan Zya di tarik memaksa Zya memegang jambakan bunga yang dah berpindah tangan.

"For you." kenyit mata, senyum terlakar di bibir lalu bergerak menuju ke keretanya meninggalkan Zya yang masih statik kakinya di hadapan pagar di serbu tanda tanya yang menggunung.

Zya pandang bunga yang di pegangnya lalu di buang ke dalam tong sampah di tepi pagar. Zya tak tahu siapa lelaki itu dan apa niat sebenarnya.

____

Dua buah kereta berhenti bersebelahan. Kila keluar dari kereta mengetuk cermin kereta di sebelah keretanya.

Cermin kereta di turunkan, pandang Kila seraya menjongketkan sebelah keningnya.

"Good job." sampul kecoklatan di sua Kila.

Dia meledakkan tawa melihat jumlah isi di dalamnya agak lumayan sedangkan kerja yang di minta dia lakukan semudah memetik jari.

Kila masuk semula ke dalam kereta, membelek gambar yang di tangkapnya tadi. Dia yakin, jika dia tunjukkan pada Hayla, perempuan itu semakin akan tak menyukai Zya. Sekarang, bukan hanya mulut yang perlu bergerak tapi usaha juga perlu ada untuk membuktikan Zya perempuan seperti apa.

Button send di tekan. Mengirimkan gambar-gambar yang di ambilnya.

'Hayla, kau tengok ni aku kebetulan nak singgah jumpa Zya nampak ada lelaki datang jumpa Zya depan rumah. Aku rasa Zafran takda dekat rumah masa lelaki ni datang tadi sebab aku tak nampak pun kereta Zafran.'

Bibirnya meleret senyuman lebar. Hatinya berasa puas bila Hayla mudahnya termakan dengan kata-katanya.

____

"Zya!"

Zya segera keluar dari dapur tersentak apabila namanya di laung lantang oleh Zafran yang baru balik. Muka lelaki itu nampak tegang merenungnya.

"Ni apa? Jelaskan semua ni pada abang sekarang Zya." telefon di tangannya di baling ke atas meja.

Mata Zya terpaku pada gambarnya bersama lelaki yang memberikan bunga padanya tadi.

"Abang dapat dari mana gambar ni?"

"Abang bukan nak dengar Zya tanya abang balik. Jawab pertanyaan abang tadi. Siapa dia ni?" jarinya menuding lurus pada telefon atas meja.

"Zya tak kenal pun abang. Masa Zya sampai tadi dia tiba-tiba datang dekat Zya." bersungguh-sungguh Zya menerangkan hal sebenar.

"Tak kenal? Tapi biar je tangan tu sentuh Zya. Tu ke yang Zya maksudkan tak kenal?" bibirnya terjongket sinis.

Panas hatinya bila balik saja ke rumah setelah menghantar Ayaan dan Fara pulang kakaknya Hayla mengirimkan gambar Zya bersama lelaki lain di depan rumah mereka. Kata Hayla, ada teman Hayla yang kebetulan melewati depan rumah mereka dan ternampak Zya bersama dengan lelaki lain.

"Ya Allah abang, Zya cakap benda betul memang Zya tak kenal pun siapa dia ni. Zya tak biarkan dia sentuh Zya pun tadi. Abang percaya bulat-bulat apa yang abang tengok dari gambar ni."

Zafran mendekati Zya. Di tenung lebih dekat wajah isterinya.

"Sebab tu abang call tadi abang mesej, Zya abaikan. Zya off phone. Zya main pulang tak bagitau abang sebab nak jumpa lelaki ni." tajam renungannya menikam wajah Zya.

Zya meraup wajahnya. Sakit hati semakin menjadi bila Zafran balik menuduhnya meluru.

"Zya nak jelaskan macam mana lagi untuk buat abang percaya apa Zya cakap."

Pandangan mereka saling bertaut.

"Then explain dekat abang kenapa Zya tiba-tiba balik tadi. Zya buat abang tertunggu-tunggu buat abang risau Zya tau tak."

Zya memalingkan wajah ke lain.

"Zya, tengok abang. Jawab abang Zya." bawah dagu Zya di paut memandangnya.

"Sebab ada Fara. Abang tak bagitau dekat Zya kalau Fara ada sekali. Zya masih okay lagi kalau dengan Ayaan."

Zafran melepaskan pautan tangannya.

"Sebab Fara?" kepalanya di tundukkan mengintai wajah Zya.

"Zya nak abang buat apa? Halau Fara dan Ayaan demi Zya. Abang takkan buat Zya. Susah sangat ke Zya datang je tadi duduk semeja dengan mereka."

"Ya, susah abang. Memang susah sangat bagi Zya. Abang pernah fikir apa perasaan Zya selama ni?" genangan air mata sudah menumpuk di kolam matanya.

"Alasan. Zya gunakan Fara dan Ayaan nak balik cepat jumpa lelaki ni kan. Buat macam Fara dan Ayaan nampak jahat. Cukuplah Zya. Stop being childish. Jangan nak salahkan orang lain untuk selamatkan diri Zya. Abang tak suka."

Menohok tepat ke dasar hati kata-kata dari bibir itu sehingga sakitnya tak terperi. Nyilu!

Dia di persalahkan. Bahkan ketika ini pun Zafran tak mahu memihaknya malah terus menerus menuduhnya.

"Cukup abang... cukup. Zya penat, Zya nak naik bilik." berlari Zya naik ke bilik bersama rembesan air mata sudah jatuh luruh ke pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience