empat puluh tiga

Romance Series 207093

Zairi sesekali mencuri pandang wajah tak berperasaan Khalish di kepala meja. Kusyuk memerhati slaid dan pembentangan di hadapan mengenai dana kewangan syarikat bagi perlancaran projek terbaharu mereka.

Sesekali lelaki itu akan menyampuk dingin, meminta penjelasan lebih mahupun menegur kekurangan.

Hanya satu perkara di benak kepalanya saat melihat seraut wajah itu.

'Aku tak suka dia..'

"En. Zairi Adha.." tiba-tiba namanya dipetik Khalish tanpa memandangnya.

Kepala yang tunduk membaca sesuatu pada macbook di tangan diangjat seraya membuang pandangan kosong pada Zairi.

"What can I help you?" soalnya beku.

"No.. nothing Sir. Please.. go ahead." Kabut Zairi menggeleng sebelum kalih pandangan menyuruh si pembentang menyambung.

Dalam hati sudah memaki-hamun dirinya kerana tertangkap memerhati lelaki itu. Sudahlah ditegur di dalam mesyuarat begitu.. arghh.. sangat menjatuhkan imejnya.

Zairi turut perasankan pandangan Dato Zarif padanya. Lelaki itu jelas tampak tak berpuas hati padanya.

'Shit. This is all your fault.' desisnya.

Dikerling Khalish sekilas sebelum kembali berpura-pura fokus pada topik perbincangan mereka.

~~~~~~~~~~~~~~

"Apa masalah kamu sekarang ni? Kan papa dah kate.. fokus Zai! Fokus! Apa yang kamu buat tadi? Mengelamun? Berangan? I can't believe this.. You embarrassed me."

Seperti yang dijangkakan Zairi, sudah pasti dirinya akan disembur si bapa kerana situasi tadi.

Minuman di hadapannya ditatap kosong. Wajah si bapa di tatap bengang.

"So what? Your the one who told me to be like him, don't you? Jadi Zai buat apa yang papa suruh.. that's all." Wajahnya mula tertekan.

Minuman latte panasnya dihabiskan dalam sekali minum saja.

"Yes.. I told you that. Tapi bukannya sampai buat kerja tak konsisten dan produktif macam ni. Your my son Zairi, we should be the faces of our company. So please.. behave yourself."

Buat sekian kalinya, kebencian Zairi pada Khalish semakin bertambah. Hanya kerana lelaki itu lebih segalanya daripada dia, mengapa perlu dibanding-bandingkan?

Sejak di zaman sekolah lagi sudah begini. Papa dan mamanya adalah rakan kepada kedua ibu bapa lelaki beku itu.

Dan apabila Dato Zarif dan Dtn Maya mula mengenali Khalish dan makin rapat, dialah yang menjadi mangsanya.

Mengapa tak boleh dapat keputusan yang cemerlang seperti Khalish? Mengapa tak boleh berkelakuan baik seperti Khalish?

Khalish Khalish Khalish... what the fuck is that guy more than me?

"Khalish! Marilah duduk nak.." out of the blue, riak ketat papanya tadi terus berubah ceria menyambut insan di belakangnya.

Zairi mengeluh berat sebelum cuba memainkan wataknya kembali, menatap Khalish dengan senyuman.

"Maaf uncle, Lish tak tegur uncle tadi. Tak sangka pulak uncle dan Zai akan represent Edels." Tutur Khalish formal walaupun panggilan nama sudah bertukar.

"Eh tak apa.. uncle faham. Kamu apa khabar sekarang? Sihat?" Dato Zarif bertanya sekadar beramah.

"Hmm. sihat. Aunty macam mana?" balasnya pula.

Jika orang luar yang melihat cara percakapan Khalish, sudah semestinya akan melabel lelaki itu sebagai 'berlagak dan sombong'.

Zairi hanya memandang kedua lelaki itu berbual dan sesekali dia menyampuk ringkas sebelum teringatkan wajah si gadis yang diiringi Khalish tadi.

"Pa.. Khalish, dah nak lunch hours ni, why don't you join us? Lagipun bukannya selalu kan?" Zairi memulakan langkah. Senyuman ditayangkan.

Khalish terdiam untuk beberapa saat, berfikir mungkin sebelum mengangguk.

"Okay.. sure, why not. But.. I need to make a call first. Excuse me." Khalish meminta diri dan berlalu tak jauh dari situ sambil membuat panggilan.

Dato Zarif berkalih pandang pada si anak teruna.

"See? You should be polite like him, son." suara si bapa membuatkan Zairi mencebik menyampah.

"Macamlah bagus sangat." gumamnya perlahan.

Khalish kembali ke meja mereka,

"Isteri saya sedang turun uncle. Could you please wait for a while?" Khalish bertutur sopan.

"Ohh.. Isteri kamu ada sekali ye? Boleh la uncle kenal-kenal juga nanti." mereka mula berbual ramah lagi.

Sesekali Dato Zarif akan ketawa manakala Khalish hanya seperti tugu tak berperasaan saja melayan bapanya.

Zairi mendengus menyampah tapi tak terlalu kelihatan. Tiba-tiba pandangan matanya tertancap pada seoarang gadis tak jauh dari tempat duduk mereka.

Gadis itu sesekali leka memandang Khalish walaupun rakan-rakan di sekelilingnya sibuk berbual.

'Ada secret admirer rupanya..' Zairi cuba sembunyi senyum sebelum membuang pandangan ke luar kaca tingkap cafe.

Dan kini pandangannya tertancap pula pada sekujur tubuh berkurung moden yang berjalan di main lobby menuju ke arah mereka.

Sesekali para pekerja lelaki yang duduk berehat di ruangan luar itu juga memandang padanya.

'What a beauty girl.. no wonder aku pun tertarik.' senyumannya mati tatkala dia mengalih pandang semula pada Khalish.

Lelaki itu menatapnya tajam.

"For your goodness sake.. stop looking at her like that." suara Khalish perlahan saja menegurnya, tak mahu Dato Zarif mendengar barangkali.

Zairi tayang senyum paksa saja. Kekok kerana perbuatannya ditangkap lagi.

'Sumpah aku benci dia ni.'

~~~~~~~~~~~~

"Bang.. kenapa ni? Ada masalah ke? Cuba bagitahu Shira.. janganlah diam je macam ni." dari tadi lagi Shira dapat rasakan aura lain macam dari si suami.

Lengan Khalish diusapnya lembut sambil memandang penuh harapan, menanti jawapan.

Khalish di bahagian pemandu hanya tayang wajah kosong dan menggeleng tanpa menjawab.

Shira mengeluh apabila menerima layanan dingin dari Khalish buat sekian kalinya. Pegangan tangan di lepaskan sebelum dia membuang pandang ke luar.

Titisan hujan lebat petang itu ditiliknya di cermin kereta sambil memikirkan perihal Khalish.

Sepanjang waktu kerja tadi, Khalish tak langsung pedulikannya. Shira hanya menyedapkan fikiran dengan berfikir bahwa suaminya sibuk saja.

Tapi.. selepas waktu balik pun begitu juga. Khalish sepertinya tak mengendahkannya sehingga Shira terpaksa berlari anak mengejar langkah panjang si suami yang sudah berlalu jauh ke kereta.

Dari awal masuk ke dalam perut kereta hinggalah kini, tiada langsung suara suaminya. Shira buntu.

Apabila ditanya, hanya gelengan yang diberi mahupun balasan dingin. Perubahannya mendadak, tiba-tiba saja.

'Must be something happened before.'

Deringan phone nya menyedarkan Shira dari lamunan, nama pemanggil membuatkan bibirnya mengukir secalit senyuman. Rancangan jahatnya pantas menerjah fikiran.

"Hello baby!" tuturnya riang. Sengaja mahu memprovok si suami di sebelah.

Tersentak Khalish mendengarnya tapi pandangan hanya difokuskan pada jalan.

"Am miss you.. so much!" manja saja suara Shira membalas kata-kata si pemanggil mula membuatkan Khalish makin panasaran.

Khalish menjeling tajam sekilas dan Shira perasankannya. Takut juga dia mahu berbual begitu tapi untuk menagih perhatian Khalish, dia sanggup.

"Owhhh.. mesti best kan? I nak join jugak.. dekat mana tu baby?" Shira hanya melayan orang di sana berbicara.

Khalish di sebelah sudah menepuk perlahan pehanya di sebelah beberapa kali, tapi Shira abaikan.

"But I tak boleh datang la.. lain kali je la ye?" Shira masih dengan suara manjanya.

Khalish sudah sumpah menyumpah si pamanggil dalam hati. Terseksa dirinya mendengar Shira melayan orang lain begitu.

She only can treat me like that.. just me!

"Bye baby. See ya! Muah!" Shira siap kiss lagi pada screen dengan senyuman manisnya.

"Haihh.. terubat juga rindu." gumamnya agak kuat. Phone nya ditekap pada dada sambil tersenyum seorang diri.

Tanpa dia sedar, Khalish sudah menghampiri bahu jalan dan berhenti tak lama selepas itu, di kawasan lapang yang agak luas.

"La.. kenapa berhenti ni? Bila nak samimpai rumah kalau berhenti.. cepatlah jalan bang." Shira mula berbual biasa.

Phone di tangan ditatap penuh minat, dia menaip sesuatu sambil tersengih seorang diri.

"Shira.. why do you ignore me? I'm just next to you." lengan baju Shira ditarik-tarik bagaikan mengadu tak puas hati.

Shira memandang Khalish kembali dengan wajah tak peduli.

"Kenapa pulak? Abang yang tak nak layan Shira dulu kan? Shira pun malas la nak layan abang.."

Shira membalas sombong. Padan muka!

Kedengaran rengusan kasar Khalish di sebelah. Lelaki itu tiba-tiba merampas phone di tangan Shira dan membalingnya di keruai belakang.

"Hey! Phone Shira-"

"Shut up Shira. Don't you dare say a word." Khalish memberi amaran tegas. Shira tahu suaminya itu sudah di limitnya.

Tapi dia masih berdegil.

Mata mereka bertentangan tajam sesama sendiri sebelum Shira dengan beraninya membalas,

"If I don't?"

Rahang Khalish mula bergerak-gerak menandakan bahwa dia sedang menahan geram.

Belt di tubuh di buka pantas sebelum mula menolak Shira rapat ke kerusi. Kedudukannya mula beralih ke sebelah Shira dan menindih wanita itu.

Kerusi turut diturunkan sebelum mula merapatkan wajah mereka.

"Who's the hell calling you just now?" tanyanya dingin.

Wajah Khalish di atasnya ditatap dengan wajah merajuk.

"Kawan je." jawab Shira perlahan. Memuncung bibir itu mencebik.

"Habis tu.. kenapa panggil baby?" tanyanya lagi.

Shira perlahan-lahan mula menguntum senyuman,

"Jealous ek? Hahaha.. tahu pon jealous. Tu la, tak nak layan Shira lagi.. Shira layan orang lain nanti." provoknya lagi.

Khalish tayang wajah tak suka sebelum mula mencumbu wajah Shira manja.

Meledak tawa perempuan itu mentertawakannya dan geli di tubuh. Sesekali dada Khalish ditolak lembut menghalang lelaki itu mencuit tubuhnya.

"Nak buat lagi?"

"Okay.. Shira tak buat dah. Tapi, abang kene layan Shira la. Kalau tak.. Shira cari pengganti abang jela nanti."

Nakal saja wajahnya mengusik Khalish sambil menjungkitkan keningnya.

"Fine.. you won Shirahani. Always." dahi Shira dikucupnya sekali.

~~~~~~~~~~~~~

"Who's that?" tanyanya biasa.

"Aaaah..Kawan. Kenapa?" Amy menjawab ala kadar sambil mata masih terarah pada phone nya.

"Ooh. Kenapa dia panggil kau baby?" tanyanya lagi. Wajah selamba cuba ditayangkan agar tak kelihatan terlalu ingin tahu.

"Dia tu memang manja sikit. Tu yang aku tak kisah sangat.." balasnya lagi.

Si dia mengangguk mengiakan. Dalam hati tak henti memuja suara manja itu..

Alangkah bagusnya kalau suara gadis itu akan menemani sepanjang malamnya.. Setiap hari.. Sentiasa..

'Ahh.. aku harap sangat dia akan panggil aku macam tu juga. Mungkin suatu hari nanti..'

Tersenyum si dia seorang diri sambil memandang ke luar, pemandangan dari kaca office itu.

Terbayangkan jika suara Shira tadi ditujukan padanya. Dia mengeluh angau.

'You're mine, heaven.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience