Bab 2
Who cares? Who minds? Aku sendiri pun tak peduli aku makan atau tidak. Yang peduli cuma mama. Bilakah mama nak putus asa? Aku nak hidup di dunia aku sendiri. Aku lagi suka jadi invisible. Sekarang baru jadi half invisible. Eheh.
“Jiya… makan,” laung mama lagi.
Terus aku tendang kerusi kayu sehingga rebah di atas lantai tanda tidak mahu makan. Keluhan mama tampar gegendang telingaku. Aku goyang kaki kanan dan kedua-dua belah tangan dibawa ke belakang kepala. Air mata sudah kering dan aku rasa mengantuk. Tubuhku sudah tak bermaya. Kelopak mata terasa makin berat dan kepala berpinar.
Daun pintu diketuk tanpa henti. “Najya, makan.”
Dan aku tak nak makan. Aku tak lapar. Dahaga pun tak. Yang aku perlukan hanya ketenangan. Tak ada orang sebut aku. Tak ada orang peduli tentang aku. Yang dinamakan kehidupan ni tak mudah. Banyak liku. Aku dah mengalah walau baru hidup enam belas tahun. Dah tersungkur di tengah-tengah jalan yang berduri tu. Dah angkat bendera putih dah.
Mataku jatuh pada lengan yang penuh dengan bekas luka. Senyuman pahit kulempar. Semua ni kenangan. Setiap bekas luka ni ada kisah yang tersendiri dan semuanya kisah pahit. Memang bagus kalau aku boleh padam semua kisah pahit tu.
Tidakkah ujian yang DIA berikan untukku sangat berat? Aku cuma budak perempuan yang berumur enam belas tahun. Kenapa dugaan aku tak semudah dugaan orang lain?
Najya means victorious. Kemenangan apanya. Satu benda pun aku tak pernah menang.
Kenapa susah sangat nak tinggalkan dunia ni? Penat bunuh diri tapi tak pernah pun mati.
Lambat-lambat aku bangun dan duduk. Hujung jari telunjuk menekan pelipis. Aku ambil laptop dan letak di atas riba. Button on aku tekan sebelum mataku melekat pada siling bilik. Merenung kosong. Tengok dua ekor cicak sampai hilang dari pandangan. Kemudian aku tengok skrin laptop balik.Aku buka Microsoft Word 2010.
Sesaat kemudian, jari-jemariku laju menekan papan kekunci.
Life is boring
Life is suck
Wanna die, yet i’m here
I’m lonely
I’m nobody
I can see
I can hear
But I can’t talk
My name Najya
And this is my story.
******
Tanganku memegang hujung tali beg sekolah. Langkahku diatur lambat membuntuti langkah seorang cikgu yang kuagak cikgu kelasku. Wajahku masam. Langsung tak terdetik nak koyak segaris senyuman nipis pun. Setiap pelajar yang berpapasan denganku memandangku tapi aku buat endah tak endah. Setiap kata cikgu itu yang terjah gegendang telingaku hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Sedari tadi bercakap dan entah apa yang dia cakap.
…bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah kehidupan Jiya di sekolah?
Share this novel