Bab 4

Mystery & Detective Series 2014

Semakin hari semakin bertambah pesanan ringkas yang aku dapat daripada nombor yang sampai sekarang aku tidak mengetahui siapa. jenuh aku memikirkan mesej yang menghantuiku. Geram rasa hati, mengapa tidak berterus terang saja!.

Selesai sarapan bersama, kami bertiga berjalan seiringan pergi ke sekolah.Terasa dingin pula pada pagi ini. Setelah sampai disekolah adik-adikku, Hanna dan Amira masing-masing menyalam tanganku dan aku mencium kedua pipi mereka. Aku memerhati mereka masuk ke sekolah sehingga bayang mereka tidak lagi kelihatan.

"Assalamualaikum" satu suara menyapaku dari belakang. Aku menoleh ingin melihat siapa. "Waalaikumsalam." jawabku apabila mendapati Sofeah yang menegurku. "Awal juga kau pergi sekolah kan ?" soal Sofeah bersahaja. "Haah, saya tak sukalah kelam kabut nanti kalau lewat." jawabku sambil memandang ke arah sofeah. "Kau pun awal juga?" soalku. "Hehehe! taklah, saya nampak kau tadi cepat-cepatlah saya gerak. Rumah saya tu sana berdepan dengan sekolah rendah." Kata Sofeah sambil menunjuk ke arah rumahnya.

Dalam asyik aku dan Sofeah berbual, aku melihat sebuah rumah usang yang dikeliling semak samun. Aku melihatnya sebelum ni tapi taktau nak tanya pada siapa.Dah alang-alang ada Sofeah ni hatiku pun tergerak untuk bertanya. "Sof rumah tu memang tak ada orang tinggal kah?" tanyaku sambil menunjuk rumah yang aku maksudkan. "Oh rumah tu. ada dulu tapi sekarang sudah tak ada yang tinggal, tu la semak semacam. kadang-kadang saya pun seram nak tengok." kata Sofeah. "Oh. begitu" balasku pendek.

Sesampai kami disekolah yang memakan masa hampir 30minit. Aku dan sofeah masing-masing masuk ke kelas. Aku melihat pelajar-pelajar lain ada yang belum sampai lagi, hanya ada beberapa beg sahaja tetapi cuma kelihatan Dahlia sahaja yang duduk menyendiri. "Selamat pagi." ucapku cuba ingin beramah dengannya. Dahlia hanya memandangku sepi dan senyum sekali. Aku hanya mendengar suaranya sewaktu aku baru sahaja masuk ke kelas ini. Itu pun hanya memperkenalkan dirinya sahaja. Pelajar-pelajar dalam kelas ni pun tak pernah nak berkawan dengannya. "hey! Awalnya sampai." satu suara yang mengejutkanku dan aku mengenali suara itu. Aku segera menoleh "Johan!" bisikku. Dia meletakkan beg dan terus menghampiriku. "Tik, awal juga kau sampai." ulangnya lagi apabila pertanyaannya tadi aku tidak terjawab. "Taklah, saya pun baru juga sampai ni." jawabku. "Sorang-sorang ni tak takut ka?" kata johan lagi. "sorang? kan ada dahl..." terputus kata-kataku apabila melihat memang benar aku hanya sendiri. Johan dapat menangkap kelakuanku. "Oklah tik, saya pergi toilet jap. sekali tunggu sufian. bye!" kata Johan dan terus berlalu. Aku masih terpinga-pinga. Ada apa sebenarnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience