Rate

BAB 3

Humor Completed 635

“Saya dah tahu semuanya, Auni. Dah lama pun. Kak Emma yang cerita pada
saya. Sebab…sampai satu tahap saya dah give up sangat.” Hadif akhirnya
berterus-terang dengan mendahuluiku. Mungkin melihat daripada riak
wajahku, dia sudah dapat meneka soalan apa yang bakal aku hamburkan.

“Kalau awak dah tahu, baguslah. Saya rasa, awak pun tahu jawapannya.
So, dah tak ada apa yang nak dibincangkan lagi.” Jelasku tanpa
memandang ke wajah Hadif. Entah mengapa, hatiku menjadi sayu. Adakah
sebab Hadif telah mengungkap kembali tabir cinta silamku ataupun kerana
mengenangkan betapa tulusnya lelaki itu menyintaiku.

“Saya tak minta banyak, Auni. Saya cuma mahu awak beri satu peluang je
pada saya. Please…” Ada nada getaran berlagu di hujung suara Hadif.
Aku hanya mampu menahan air mata daripada gugur. Kami masing-masing
membisu. Yang kedengaran hanyalah bunyi deruman enjin kereta yang sedang
lalu-lalang di atas jalan raya.

Lewat sore, aku selamat tiba di kampung. Ibu menyambut kepulanganku
dengan hati yang girang. Manakan tidak. Sejak menetap di Kuala Lumpur,
aku jarang berpeluang pulang ke kampung jika tiada hal kecemasan. Faktor
jarak dan tuntutan tugasku sebagai seorang pereka fesyen di butik
pengantin memaksa aku untuk tinggal berjauhan dari ibu. Alhamdulillah,
ibu cukup memahami aku. Namun, aku tidak pernah lupa menunaikan
kewajipanku sebagai seorang anak dengan mengirimkan wang hasil titik
peluhku kepada ibu setiap bulan. Setiap kali tibanya Syawal, aku wajib
akan pulang ke kampung untuk menyambut lebaran bersama-sama keluarga dan
sanak saudara. Itu sudah menjadi satu kemestian bagi anak-anak perantau
seperti aku. Sesekali berjumpa, gamat dibuatnya. Meriah bila berkumpul
ramai-ramai.

“Jauh melamun. Ingat siapa?” Aku tersentak saat bahuku disentuh lembut.
Bayang-bayang wajah Hadif segera menghilang daripada kotak fikiranku. Ya
Allah, lamanya aku mengelamun.

“Eh, ibu? Maaf…Auni tak perasaan bila ibu masuk,” ujarku tersipu malu.

“Boleh ibu duduk?” pinta ibu.

Aku mengangguk laju. Ibu duduk dibirai katil bersebelahanku. Kemudian,
ibu menyuakan dua bekas cincin yang masing-masing berlainan bentuk dan
warnanya. Kedua-duanya tampak mewah dan elegan.

Aku mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Lambat-lambat aku menyambut
huluran kedua-dua bekas cincin itu daripada tangan ibu. Wajah ibu
kupandang dan ibu mengangguk sebagai tanda isyarat supaya aku mengambilnya.

Menitis air mataku setelah ibu menerangkan letak duduk perkara sebenar
di sebalik dua bekas cincin yang setiap satunya tergenggam kemas di
tangan kiri dan kananku. Dua lamaran yang datang dalam satu masa!

“Fahim larikan diri ke luar negara masa malam akad nikahnya. Dia hanya
akan balik ke Malaysia setelah keluarga dia merestui perkahwinan kamu
berdua. Jika tak, dia takkan balik buat selama-lamanya.”

“Dan ini daripada pihak Hadif. Auni, ibu tak paksa. Auni buatlah
keputusan yang Auni rasa betul. Ibu tahu, anak ibu takkan silap buat
pilihan.” Nasihat ibu penuh mendalam.

Usai mengerjakan solat sunat Istikharah dengan meminta petunjuk
daripada-Nya, aku semakin yakin dengan pilihanku. Hadif Naufal, akan ku
kembali untuk mempertanyakan semula cintamu padaku. Walaupun dikau bukan
cinta pertama, namun biarlah menjadi yang terakhir dalam hidupku.
Sesungguhnya, cinta ini milikmu, sayang. Semoga cinta kita akan kekal
sehingga ke Jannah, Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience