Bab 28

Humor Series 9625

"Cik Hayla,kejap lagi kita dah kena bertolak ke studio"Ujar Dhia,Pembantu peribadi aku.

Aku mengangguk2 tanda faham.Lalu fail yang mengandungi pelbagai design yang telah dilakar oleh aku di tutup dengan pelahan aku mengambil beg jenama Gucci yang diletakkan di atas meja dan mula menapak keluar dari pejabat.

Kelihatan ramai pekerja yang menyapa aku.Tidak kurang juga ada yang memberikan aku kata2 semangat.Aduh macam lah ni first time aku buat benda ni.

Aku tersenyum seraya menganggukkan kepala kepada mereka.

Terima kasih2.

Lalu aku dan Dhia berjalan ke destinasi yang dituju.

Dhia membuka sebuah pintu kaca buat ak.Kemudian,dengan perlahan aku menapak masuk ke dalam studio tersebut.

Terdapat banyak kamera di setiap penjuru dalam studio tersebut.

"Cik Hayla?"ujar seseorang yang datang menuju kearah aku.

Aku memnanti kehadiranya yang bergerak mendekati aku.

"Kejap lagi kita dah nak kat mula,penonton kat set pun mula nak datang..jadi Cik boleh ikut saya ke bilik persiapan sekarang"ujar seorang gadis sambil mengiring aku ke bilik tersebut.

Aku terangguk sambil mengikuti langkah gadis itu dari belakang.

Sampai di bilik itu,aku menukar pakaian yang telah dibawa oleh Dhia.Baju yang sendiri aku design.

"Dengar kata,ada tetamu khas yang lain jugak diundang"ujar Dhia sambil meletakkan sebuah kasut high heel di hadapan aku.

Aku meneliti pakaian aku di hadapan cermin make up.

Hmm perfect!
"Memanglah,habis tu takkan lah saya sorang je tetamu yang akan diundang?Kesian peminat bosan betul tengok muka saya sampai ke akhir program"ujar aku sambil memasukkan kaki ke dalam high heels.

Dhia tersengih.
"Tetamu tu handsome tau!Jangan terpikat pula!"sakat Dhia.

Aku tersenyum.
"Kalau hati ni dah berpunya,memang takkan pandang orang lain dah"ujar aku perlahan.

Dhia tersengih.Dia dapat tangkap lah tu apa yang aku cakap.

Kemudian pintu bilik itu diketuk dan dikuak seseorang.
"Okay,ready ..dah nak mula dah ni"ujar seorang crew yang sudah tercegat di hadapan pintu itu.

"Okay jom"ujar aku sambil menapak dengan berhati2 untuk keluar dari bilik itu.

Tengah2 kami menuju ke set rancangan tersebut,baru aku terperasan akan sesuatu.

"Ehh..."ujar aku memberhentikan diri daripada terus melangkah ke hadapan.

"Kenapa Cik Hayla?"soal Crew yang mengiring aku ke set.Dia menoleh kebelakang.

Aku meraba2 leher aku.Pulak dah.

"Rantai saya!"ujar aku cemas.
Dhia melilau ke sekeliling.Kot2 tercicir.

Aku berpatah balik ke belakang,Namun ditegah oleh Dhia.
"Takpe2,biar saya yang carikan..Cik Hayla kena pergi ke set dah.Kang nanti lambat, apa pulak orang cakap"ujar Dhia kemudian berlari ke bilik persiapan untuk mencari rantai aku.

Muka aku resah.
Rantai tu lah benda yang terpenting dalam hidup aku.Aduhh..

"Cik Hayla,saya rasa rantai tu akan jumpa jugak..Jangan risau ok?"ujar Crew production itu..cuba untuk menenangkan aku.

Aku mengeluh.
"Hm..okaylah jom pergi"ujar aku cuba mengumpulkan segala semangat yang ada.

***
"Hai,Anda bersama saya lagi di dalam rancangan yang paling hot dan sensasi,iaitu rancangan...Bom bom bom!"ujar seorang pengacara program tv tersebut dengan begitu semangat sekali.

Kesemua penonton di situ menepuk tangan seperti yang diarahkan oleh manager floor.

Macam kena pakse je ni.

"Okay,kita bersama tetamu kita kali ini iaitu Cik Hayla!"ujar pengacara itu lagi.

Lantas aku tersenyum sambil melambaikan tangan kepada kamera dan penonton di situ.

"Tanpa membuang masa,soalan pertama yang kita nak ajukan pada Cik Hayla ni..ialah,apakah inspirasi yang telah mendorong Cik Hayla untuk berjaya sampai sekarang?"soal pengacara itu sambil tersenyum kepada aku.

"Cita2 saya memang nak jadi Fashion Designer yang berjaya dari zaman bangku sekolah lagi.Berkat sokongan ayah serta rakan-rakan saya telah menjadikan hati saya semakin berkobar2 untuk merealisasikan impian saya ini"ujar aku seraya memandang kearah kamera.

"Owh bagus lah begitu,Jadi dengan kesibukkan dalam bekerja ni..tak kan lah tak ada seseorang di dalam hati?Lagi2 kat sana kan ramai yang handsome2 belaka"ujar pengacara itu.Sibuk je nak korek rahsia aku!

Aku tersenyum.Cuba nak rileks.

"Tak..tak ada,datanglah beribu lelaki handsome sekalipun,tetapi kalau hati kita sudah dimiliki..mesti tak akan terpaut pada yang lain"ujar aku tersengih.

Penonton di dalam studio sudah bertepuk tangan.
"Wooo..saya tertanya2 siapalah lelaki bertuah itu ya.."soalnya.Sengaja nak korek lagi la ni.

Aku hanya tersenyum.Malas nak layan pertanyaan tu.

"Tanpa membuang masa,saya menjemput tetamu khas saya yang keduaaaa!"ujar pengacara itu lagi setelah melihat aku tidak mahu menjawab pertanyaanya.

Seketika kemudian kedengaran sebuah musik masuk seiring dengan kemasukkan seorang lelaki ke dalam studio itu.

Lelaki itu kemudianya mengambil tempat duduk di atas sofa yang sama dengan Hayla.Tetapi jarak yang agak jauh memisahkan mereka.

"Yeaahh,kita ada seorang pelukis yang terkenal di dalam studio!Tepukk tangan untuk beliaaauu!"semangat pencara itu menepuk tangan sambil diiringi tepukan para penonton.

Aku menoleh kearah lelaki tersebut.Tiba2 mata aku terpanar melihatnya.Dada aku mula turun naik.

"Saya yakin ya,penonton di studio dan di rumah sendiri bersemangat apabila melihat encik di sini.Jadi mesti semua tertanya2 apakah kaedah yang encik gunakan untuk dapat idea2 untuk melakar lukisan"soal Pengacara.

"Kalau anda semua tengok kesemua hasil seni saya,ianya merupakan gabungan gambar yang akan membentuk sebuah potrait.Gadis di dalam potrait itulah yang banyak membantu saya menyumbangkan pelbagai idea.Senang cakap dialah sumber inspirasi untuk saya meneruskan pekerjaan ini"ujar lelaki tersebut.Kemudian dia menoleh kearah aku sambil tersenyum memaparkan deretan giginya yang tersusun cantik.

Aku cepat2 mengalihkan pandangan ketempat lain.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience