Bab 46

Romance Completed 78329

“Gia! Macam mana boleh jadi macam ni?” Sebaik saja dapat panggilan dari Gia tadi, terus dia drive ke hospital.
Dalam masa yang sama terkejut jugaklah sebab masa Luqman dekat kondo Gia tadi, still sihat dah tu tiba-tiba dapat panggilan dari Gia yang Luqman sekarang ada dekat hospital.

“Ini semua angkara Danial.”

“Danial?” Maya mengerutkan dahinya. Jangan cakap yang Danial tahu Luqman ada dekat kondo Gia?

“Dia tahu yang Luqman datang kondo aku tadi. Sebab tulah dia buat semua ni!”

Seperti yang aku agak tadi. “Tapi, macam mana pulak dia
boleh tahu yang Luqman ada dekat sini?”

“Dia pasang spylah tu. Eiii!!! Aku tak fahamlah apa yang Danial nak sebenarnya?! Luqman tak kacau pun hidup dia tapi kenapa dia yang mula dulu?! Psiko!” Kalau aku ugut dia macam-macam, dia ugut aku balik!

“Benda ni makin jadi rumitlah Gia. Kalau kau nasihatkan Luqman sekalipun tak ada gunanya sebab kalau Luqman stop, Danial takkan stop. Percayalah cakap aku.”

“Aku tahu. Dah lama aku kena dengan perangai dia tu! Dari dulu sampai sekarang memang menyemakkan kepala otak aku!”

Dulu aku kena keluar dari rumah pun sebab dia. Apa yang jadi dekat hidup aku pun semua sebab dia! Tak ada sebab orang lain! Aku ingatkan dah masuk 30-an perangai tu dah berubah tapi sama macam dulu. Psiko! Gila!

Seorang doktor lelaki yang merawat Luqman melangkah keluar dari wad menghampiri Gia dan Maya yang masih lagi ralit bersembang.

“Family patient?” Tanya doktor tersebut.

Gia dan Maya pantas berdiri berhadapan dengan doktor lelaki itu. “Saya kawan dia. Luqman macam mana? Is he okay?”

“Thanks to God he is okay. Nothing serious happened to him. Imbasan scan tadi pun tak ada menunjukkan darah beku di kepalanya. Keadaan dia stabil. Tapi, dia perlu stay dekat hospital dua hari lagi untuk pemantauan selanjutnya.”

Gia dan Maya masing-masing mengucapkan syukur sebaik saja mendengar khabar dari Luqman.

“Boleh kitaorang lawat dia sekarang?”

“Boleh.”

“Thank you doctor.”

“You’re welcome. Kalau ada apa-apa, boleh panggil nurse ya?”

“Baiklah doktor.”

“Kalau tak ada apa-apa, saya mintak diri dulu.” Doktor tersebut melangkah pergi.

“Syukurlah tak jadi apa-apa dekat Luqman. Aku masuk tengok dia dulu.”

“Yelah…aku nak pergi bank kejap. Apa-apa call aku,” Gia cuma mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam wad menempatkan Luqman dirawat.

Dia memerhatikan Luqman yang terbaring lemah di atas katil dengan kepalanya yang berbalut. Balutan di kepala Luqman diusapnya lembut. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi. Matanya tak lepas dari memandang wajah Luqman.

Saya mintak maaf Luqman. Disebabkan sayalah awak jadi macam ni. Awak jangan risau. Habis je photoshoot nanti saya akan terus balik Cebu dan clear benda ni dengan Danial sendiri. Awak jangan risau…saya akan selalu ada untuk awak. Dulu benda ni terjadi dekat Dariya disebabkan saya dan sekarang awak jadi macam ni pun sebab saya jugak. Saya dah tak boleh nak berdiam diri lagi tengok Danial buat macam-macam dekat awak.

Tapi…aku rasa tak sedap hati nak biarkan Luqman sorang-sorang dekat hospital macam ni. Aku tahu apa-apa pun Danial tetap akan buat sesuatu jugak dekat Luqman. Apatah lagi dengan keadaan lemah Luqman sekarang ni. Gia mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Maya.

“Hello Maya. Boleh tolong aku tak?”

“Apa dia?”

“Tolong upah beberapa orang bodyguard untuk jaga Luqman dekat hospital ni.”

“For what?”

“Aku tahu dia takkan berhenti sampai sini je. Tolong aku Maya. As soon as possible!”

“Orait! Aku akan handle. Jangan risau.”

“Thanks Maya…” Selepas memutuskan talian, Gia kembali menyimpan telefonnya di dalam kocek seluar. Darah yang masih lekat pada baju dan seluarnya langsung tak diendahkan. Apa yang penting Luqman dah selamat sekarang.

Dia teringatkan sesuatu. Telefon dibawa keluar kembali dari kocek seluarnya lalu menaip chat untuk Vitalika.

Gia: Vi…akak ada benda nak mintak tolong Vi.

Vi: Apa benda? Kalau Vi boleh tolong, Vi tolong.

Gia: Selama akak tak ada dekat KL, tolong tengokkan ibu boleh tak?

Vi: Boleh tu boleh tapi apa kata Luqman pulak nanti?

Gia: Itulah sebabnya akak mintak tolong Vi jaga ibu dekat KL. Sekarang Luqman kena warded.

Vi: Hah? Macam mana pulak dia boleh warded? Kejap! Dekat KL ke Filipina? Tapi cara akak cakap ni macam dekat Filipina je?

Gia: Memang dekat Filipina pun. Dia ada dekat Filipina sekarang ni.

Vi: Oh God! So, macam mana dia sekarang ni?

Gia: Dia ok je cuma kepala dia berbalut kena pukul dengan kayu.

Vi: Dengan kayu?! Hmmm…ni mesti kerja Danial kan?

Gia: Tak ada orang lain dah. Ingat tau apa yang akak pesan. Tapi, kalau Vi free jelah. Kalau Vi tak free tak apa. Akak faham.

Vi: It’s okay. Akak jangan risau pasal tu. Kalau Vi ada masa, Vi akan pergi jenguk ibu. Yang penting akak jaga diri dekat sana.

Gia: Orait thanks Vi…lagi satu kalau ibu tanya pasal Luqman jangan bagitahu ok? Takut nanti ibu risau pulak.

Vi: No problem!

Cuma apa yang aku harapkan sekarang ni ibu tak tanya pasal Luqman lah. Aku tak tahu sama ada ibu tahu ke tak yang Luqman datang ke Filipina. Tapi, aku rasa ibu tak tahu sebab aku tahu kalau ibu tahu Luqman nak ke Filipina buat kerja gila macam ni, mesti ibu tak bagi apatah lagi mama Luqman. Lagilah tak setuju.

LUQMAN cuba mencelikkan matanya. Pedih penghawa dingin yang menusuk matanya cuba dilawan. Matanya digosok sedikit lalu dia cuba celikkan matanya sekali lagi. Pandangan yang agak kabur mula terang sikit-sikit.

Dah kenapa badan aku rasa lemah semacam je ni? Matanya melilau melihat sekeliling bilik. Dia memandang pula ke arah kiri. Dapat dia lihat dengan jelas Gia yang tertidur di kerusi hanya berbantalkan tangannya. Ini kalau aku tolak sikit mahu jatuh kerusi dia dibuatnya. Kejap! Minah ni jaga aku dekat sini ke?

Dah tu Luqman? Kau ingat dia saja-saja datang tidur dekat hospital ni? Dari dia tidur dekat hospital baik dia tidur dekat rumah dia yang selesa tu.

Luqman menggerakkan kepalanya sedikit. Dia meringis sakit. Tangannya naik memegang belakang kepalanya. Sakitnya memang mintak ampun! Semalam kena libas dengan kayu memang rasa macam dah sampai bulan sakitnya.

Gia terjaga bila terdengar suara meringis sakit. Dia memandang Luqman yang bersandar di kepala katil.

“Luq…awak dah sedar?”

“Dah tu? Kau nampak aku macam tidur lagi ke?” Hah alamak kau ni Luq! Kang Gia tu bagi penumbuk sedas dekat kau, sampai bulan betul-betul kau nanti! Sakit-sakit pun masih kerek.

Mamat ni. Aku tanya baik-baik tak pernah dia nak jawab elok-elok dengan aku. Dia jawab serupa nak cari gaduh. Kang aku layang kayu lagi dekat kepala dia baru dia tahu!

“Ada sakit dekat mana-mana ke? Kalau ada bagitahu saya. Saya pergi panggil doktor.”

“Kau tak payah nak baik-baik sangat dengan aku. Macamlah aku tak tahu kau yang plan semua ni kan? Dah tu buat-buat baik dengan aku pulak,” dalam keadaan sakit macam ni pun kau masih nak fikir negative pasal Gia?

“Awak jangan tuduh sembarangan boleh tak? Kalau betul saya yang buat, saya takkan bawak awak datang hospitallah. Saya biar je awak mati kering dekat jalan tu.”

“Huh! Yelah tu!”

“Saya peliklah dengan awak ni Luq. Takkan dalam kepala awak langsung tak ada fikiran yang positif pasal saya?”

“Memang tak ada pun. Untuk perempuan macam kau ni, susah aku nak fikiran positif.”

“Ok…” aku pun dah malas nak bertekak dengan dia. Buat habis air liur aku je sebab aku cakap macam mana sekalipun, dia tetap akan fikir negative pasal aku.

“Lapar?”

“Yang kau sibuk tanya ni dah kenapa?”

“Luq!” Matanya dijegilkan kepada Luqman. Geramnya aku sekarang ni! Tak mengenangkan dia tengah sakit sekarang ni, nak je aku terajang dia jatuh katil!

Seram jugak minah ni kalau jegil macam tu. “Sikit.”

“Awak rehatlah dulu. Saya balik masakkan makanan untuk awak.”

“Huh? Kau yang masak?”

“Hmmm…kenapa? Awak takut saya masak makanan tak halal untuk awak?” Macam tahu-tahu je apa yang Luqman tengah fikir sekarang ni. “Jangan risaulah. Tahulah saya nak buat macam mana nanti. Kalau ada apa-apa, call saya.” Gia bangun dari kerusi lalu keluar dari wad.

Minah ni aku dah kurang ajar dengan dia pun, dia layan aku baik-baik lagi. Dia ni ada hati dan perasaan ke tak? Aku rasa sekali je kot dia betul-betul marahkan aku lepas tu tak dah. Kalau marah pun, marah biasa-biasa je.

“Make sure jangan bagi sapa-sapa masuk dalam wad ni kecuali I dengan Maya je. Faham?” Ujar Gia kepada beberapa orang bodyguard yang diupah khas untuk menjaga keselamatan Luqman di hospital.

“Yes Miss Gia…”

“Good.” Gia segera berlalu pergi dari situ.

Sekarang baru pukul 8.30 minit pagi. Photoshoot pulak start pukul 10 pagi. Sempat ke tak eh? Tak apalah…aku inform dekat Maya aku lambat masuk photoshoot. Nanti pandai-pandailah Maya coverkan untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience