AKASYAH menghentikan langkahnya apabila sudah jauh daripada perempuan tadi. Entah kenapa perasaannya berasa aneh bila terpandang wajah perempuan itu. Sedangkan dia rasa tak pernah berjumpa pun sebelum ini dengan perempuan itu. Tapi kenapa hatinya berasa lain. Rasa yang tak pernah dia alami selama dua tahun ini. Akasyah menoleh semula untuk melihat walau dia pasti sudah jauh jarak antara dia dengan perempuan tadi.
Sudahlah hari ini tiba-tiba saja dia mahu datang berjumpa dengan Sofea. Tapi perasaan aneh pula yang muncul ketika ini. Dengan kekurangan dirinya sekarang ini buatkan Akasyah tak mampu untuk berfikir lebih dalam lagi tentang perempuan tadi jika mereka memang pernah ketemu sebelum ini. Akasyah terus berjalan pergi ke bilik Sofea.
Sofea yang memang sudah menunggu kedatangan Akasyah, terseyum apabila melihat Akasyah sudah berada di depan pintu biliknya.
“I guess you nak jumpa as a friend, right. Not doctor.” Sofea tersenyum manis.
Sudah dua tahun Sofea berkdimat sebagai pakar kaunseling pada Akasyah.
Akasyah duduk di kerusi hadapan meja kerja Sofea.
“Sorry kalau I datang jumpa you kat hospital.” Balas Akasyah.
Sofea masih tersenyum.
“So how about you? Any progress?”
Akasyah geleng kepala. “Like always.”
Sofea angguk faham sebelum bersuara tentang perkara yang memang dia mahu bincangkan dengan Akasyah.
“Kasyah… Apa kata kita mulakan sekali lagi? Masih ada lagi rawatan dan terapi lain yang kita boleh cuba.” Sofea suarakan pendapatnya.
“Berapa lama lagi? Two years again? Or more?” Balas Akasyah yang tak berminat.
“But we must try.” Pujuk Sofea.
“I dah pilih untuk move on. Jadi I rasa tak perlu kut kita cuba lagi. You tengok I sekarang. Normal macam orang lainkan”
“Ya. I tahu. You adalah pesakit yang terima perkara ini dengan positif. Semua orang sekeliling you gembira bila you pilih untuk terus jalani kehidupan macam biasa. Tanpa perlu bergelut seperti orang lain yang risau apabila keadaan sekeliling tiba-tiba menjadi asing bagi mereka. Tapi pernah tak you terfikir yang kehidupan normal you rasa sekarang ini sebenarnya tak buat you bahagia pun.”
Akasyah pandang Sofea.
“I kesian kat Fathia.” Akhirnya terkeluar juga isi hati Sofea.
“Dia ada jumpa you ke?”
Sofea angguk.
Sebagai doktor dan kawan, Sofea mahu bantu Akasyah walau dengan apa cara sekali pun. Walau hubungan mereka bermula sebagai doktor dan pesakit tapi ikatan persahabatan juga turut terjalin.
“Fathia tak pernah tak risaukan you. Semua perkembangan you, dia ambil tahu.”
“Dan you pun tahulah perkembangan hubungan I dengan dia sekarang macam mana?” Tanya Akasyah dengan mendatar.
“Sakit yang you alami tak libatkan soal hati dan perasaan. You boleh je hidup bergembira bersama orang yang you pernah sayang tapi kalau you pilih untuk teruskan kehidupan dengan cara sibukkan diri dengan kerja sebab hanya itu saja perkara yang tak asing bagi you, lama-lama perasaan tu sama kosong macam memori you.”
Akasyah hanya mendiamkan diri.
“Sebab itu I nak cadangkan untuk you kembali buat terapi dan sambung rawatan semula. Sebenarnya keluarga you yang minta I pujuk you. Mereka pun risau kalau macam ni you pilih untuk teruskan kehidupan seperti biasa. Mereka lagi sanggup berada di sisi you untuk berikan sokongan selama you mencuba dari you terus makin jauh daripada mereka.”
Akasyah sedar apa yang Sofea cakap tapi…
Tiba-tiba dia teringat hal tadi. Tentang perempuan itu. Dan yang penting tentang perasaan dia yang berubah rasa lain.
“Sofea…” Panggil Akasyah.
Sofea tunggu apa yang Akasyah mahu cakapkan.
“Macam mana kalau perasaan yang kosong tu cuma hanya pada Fathia dan bukan pada orang lain?”
Tersentak Sofea.
“Apa maksud you, Kasyah? You masih jadi tunangan Fathia kan? Takkanlah…”
Sofea tak jadi sambung kata-katanya. Walaupun ada rasa sikit perasaan gembira kerana Akasyah masih ada peluang untuk hidup seperti biasa yang mereka harapkan tapi ada rasa risau juga kalau Fathia bukan orangnya yang boleh buat sifat dingin Akasyah hilang setelah Akasyah pilih hidup sebegitu setelah kehilangan ingatannya.
“Entahlah. I pun tak tahu? Cuma I rasa pelik sebab I tak pernah rasa macam ini selama dua tahun ni.” Jawab Akasyah resah.
Sofea tuang air minuman untuk Akasyah. Mungkin hari ini Sofea sendiri akan dengar dari mulut Akasyah untuk bercerita. Selalunya Akasyah hanya lebih menjawab soalan dari bercerita sendiri.
“You rasa macam mana? Ada you rasa macam bayangan sesuatu dari ingatan lama you.”
Akasyah geleng kepala.
“Dia pernah I kenal atau tak sebelum ni memang I tak tahu sebab sikit pun ingatan I tak pernah berubah baik tapi yang pasti dalam dua tahun ini memang I tak pernah jumpa dia. Dan perasaan I tak rasa kosong bila lihat dia. I mampu pandang wajahnya lebih dari 3 saat tak seperti orang lain.”
Itu memang Sofea tahu yang Akasyah memang ada perangai yang tidak akan memandang orang lebih dari tiga saat kerana bagi Akasyah tiada guna dia memandang orang lebih lama kerana bukan dia pernah ingat sesiapa pada masa silamnya. Susah untuk dia tentukan sama ada seseorang yang dia berjumpa adalah kenalan baru atau lama.
“Maybe attraction?” Sofea bagi andaian.
“Attraction? Maksud you?” Akasyah tak faham.
“Selama ni you cuma fokus pasal kerja je kerana itu yang buat you rasa selesa sebabkan kerja you tu pun satu tarikan yang boleh buat you stay focus tanpa you perlu fikir tentang ingatan lama you. Dan sebabkan you dah letakkan jarak dirinya you dengan orang sekeliling termasuk keluarga you dan Fathia kerana mereka adalah sebahagian dari ingatan silam yang buat diri you rasa tak selesa kerana you tetap nak ingat memori bersama mereka."
Akasyah dengar dengan penuh minat.
"Sekarang you hanya tahu mereka itu siapa tapi tiada memori itu yang buat you letakkan jarak dan akhirnya menyebabkan perasaan you kosong sebab jarak yang you cipta tu buatkan tiada rasa tarikan dalam kalangan mereka.”
Itu yang Sofea dah simpulkan.
“Itu satu perkembangan.” Tambah Sofea.
“Tapi kenapa tiba-tiba saja.” Tanya Akasyah.
“Macam I cakap yang sakit you ini tiada tempoh had masa yang tepat perlu kita tahu untuk selanjutnya. Kita cuma perlu bersedia untuk perkembangan baru yang lain. Semoga perkembangan yang positif saja kita terima.”
“Jadi apa yang I patut buat?” Akhirnya Akasyah tunjuk minat.
Sofea tersenyum.
“Kalau you berpeluang untuk mengenali dia lebih dekat mungkin boleh membantu diri you untuk ubah corak kehidupan you.”
“Macam mana pula…Kalau dia…” Tiba-tiba Akasyah teragak-agak. Akasyah fikir banyak kali untuk luahkan.
“I tahu benda ni mungkin tak logik. Tapi macam mana kalau perempuan tu memang seseorang yang I pernah kenal?”
Sofea senyum kecil.
“Apa yang tak logiknya. Benda boleh berlaku sebab mesti you dulu ramai kawan. Dan mungkin dialah insan terpilih yang memberikan tarikan pada you.”
Raut muka Akasyah berubah.
“Kenapa? You takut akan kecewakan Fathia kalau dia tahu? Hal hati dan perasaan tak boleh juga bergantung hanya pada satu tarikan. I yakin Fathia akan faham.”
“Tak…Bukan itu I fikirkan.”
“Habis itu?”
“You rasa ingatan I boleh kembali semula.”
Rasanya jarang Akasyah bertanya sebegini.
“Diri you sendiri? You mahu?”
Kenapa Sofea tanya sebegitu? Sebab kadang-kadang Sofea terfikir Akasyah sekarang dengan Akasyah yang sebelum hilang ingatan sama satu perkara. Sama mahu padamkan sesuatu dari memori yang lepas.
Akasyah hanya diam. Tiada jawapan.
Share this novel