bab 2

Romance Completed 119597

Suatu petang .....

" gila kau ?" satu pertanyaan keluar dari mulut Faiz yang juga sahabat Rania dan Faiq .

Tiga sahabat karib yang terjalin sejak mereka belajar lagi.

Faiz dan Faiq masing masing berumur dua puluh lima dan Rania muda dua tahun daripada mereka.
Kisah persahabatan antara senior dan junior.
Mereka bertemu hanya kebetulan saat belajar kerana berada di fakulti yang sama.
Namun tidak menyangka bahawa ikatan persahabatan antara orang tua mereka juga sudah lama terjalin tanpa mereka tahu sebelumnya.

Flashback on....

Meskipun Rania ketika itu baharu sahaja pertama kali menjejaki kaki ke kampus bersama temannya yang lain tetapi ternyata Rania yang pertama kali ditegur ketika itu.
Menjadi perhatian setiap para jejaka yang memandangnya.
Rupa paras yang cukup cantik dan rupawan pasti banyak mata akan berpaling menatapnya berkali-kali.

Begitu jugalah dengan dua jejaka senior yang terkenal sebagai jejaka tampan di sana.
Faiq Haikal dan juga Faiz Zulhilmi.

Terlebih lagi Faiz yang cukup nakal ketika itu,jika ada sahaja bunga kampus yang baharu datang dia dialah yang terlebih dahulu akan merasmikannya.

Pelbagai idea dia akan cari untuk kenakan seseorang itu.

" hai" sapa satu suara saat Rania dan Azlia menapak masuk ke dewan besar fakulti yang mereka ikuti pada tika itu dan tidak lupa dia akan heret bersama sahabat baiknya Faiq Haikal.

Pada awalnya menolak tetapi akhirnya akan terima juga sebarang ideanya kerana kedua mereka itu memang terkenal dengan sikap sebegitu.

Kedua perempuan cantik itu menoleh dan kelihatan dua jejaka tampan berdiri di pintu masuk dewan tersebut.

"oh hai" jawab Rania sedikit gugup namun tetap memberikan senyuman manisnya.
Pertama kali datang sudah ditegur sebegitu pastinya akan menjadi tumpuan kepada yang lain.

", lupa something dik?" tegur salah seorang yang masih berdiri di ambang pintu.
Rania Dan Azlia memandang hairan,saling berpandangan antara mereka.
Mula melihat ke arah sendiri,meneliti apa yang tidak ada,adakah mungkin tersalah pakai kasut ataupun pakai baju terbalik namun tidak juga kunjung mendapat jawapan.

"ni mesti kes bangun lambat atau tak baca apa peraturan?" lelaki di sebelah juga mula bersuara.

"maaf ...apa salah kami?" tanya Rania untuk kepastian kerana tidak jua menemui jawapan atas sindiran atau sekadar teguran itu.

Jam di tangannya di lirik ,baru sahaja hampir pukul lapan dan masih lagi awal,dia juga tidak terlewat untuk masuk ke dewan.

Tadi juga dia bangun seawal subuh persiapkan semuanya ,semalam juga dia sudah dipesan untuk masuk awal ke dalam dewan apatah ini merupakan hari pertama sesi orientasi bagi pelajar baharu selepas membuat pendaftaran sebelum ini.

"awak boleh pergi!!"tunjuk lelaki.yang sedikit rendah daripada yang berdiri di sebelahnya.
Azlia kelihatan takut dan gugup segera mengangguk dan langsung meninggalkan Rania yang masih kebingungan itu.

"tapi awak tinggal sini,sehingga awak temui apa kesilapan awak" tegas lelaki yang ketinggian lebih kurang seratus lapan puluh dua sintimeter itu,oleh sebab ketinggian Rania cuma seratus enam puluh lima sahaja membuatkan dia terpaksa mendongak melihat tuan empunya suara itu.

"hah? tapi apa salah saya?Azlia...tunggu!!"panggil Rania tetapi perempuan itu sudah pun mula menjauh kerana sudah ramai yang mula masuk dan duduk di kerusi.

Rania mendengus geram.

"salah saya apa?" sekali lagi Rania bertanya namun salah seorang daripadanya mula ketawa.

", kasihan bro..."bisik mereka.

" tak tahu apa salah awak?" kembali lelaki itu bersuara tetapi sembunyi senyum .

Rania mula cuak dan geram,jika tidak ada orang lain di situ pastinya saat ini beg dan buku di tangannya melayang mengena muka dua lelaki tampan di hadapannya itu.

", sabar,sabar Rania...ini mungkin salah satu ujian pada hari pertama kau" ucapnya dalam hati.

" saya rasa tak ada pun yang salah...pakaian,kasut....dan...." dia mula meraba sesuatu di bahagian lehernya.

" oh OMG" gumamnya sendiri dan mula tersenyum kekok.

", dah tahu apa yang salah?"

",ermmm...lupa bawa nametag aja pun...bukan kesalahan besar..." rungutnya selamba.

" tetap salah..."ketus lelaki yang tinggi semampai,namun sedikit rendah berbanding yang berada di sebelahnya itu, wajah tampan beralis tebal berbibir kemerahan dengan kulit cerah itu,wajah sedikit kelihatan arabian.

Rania mengerutkan dahinya hairan,hanya kerana tidak bawa tanda nama sahaja ditahan melebihi tidak membawa kad pengenalan.

" ok...kalau macam gitu,saya balik dorm...ambil ..."

" kan aku dah kata dia ni tak baca buku peraturan kut...." celah salah seorang yang bernama Faiq Haikal kerana sempat Rania membaca tanda nama yang terpasang di bajunya.

" relaks bro...game masih on kut" bisik Faiz mula tergelak kecil.

"ic mana?" Faiq menadah tangannya meminta kad pengenalan milik Rania.

"dia ingat dia polis?" Rania merungut namun tetap membuka beg tangannya dan mengeluarkan kad pengenalan,tetapi dia tersenyum apabila tidak menyangka bahawa tanda namanya juga turut berada di dalam begnya.

Baru teringat sejak malam tadi lagi dia sudah memasukkan benda itu ke dalam beg tangannya.

Dia tersenyum senang.

"maaf ada dalam beg terlupa nak pakai" ucapnya dan mula menggantungkan tali yang tertera namanya di situ.

"Rania Humaira binti Razlan" keduanya membaca serentak.

"so mr Faiq Haikal dan Faiz Zulhilmi.....boleh kan saya ke sana" ucapnya sambil menunjukkan ke arah kerusi di arah kirinya.

"err....kantoi..." gumam Faiz dan terpaksa mengangguk dan membuatkan perempuan cantik berambut perang itu berlalu pergi.

Sebenarnya sudah dua hari mereka memerhatikan Rania dari jauh sejak perempuan itu datang ke fakulti mereka dan baharu hari ini berpeluang mendekati Rania.

Faiz yang punyai idea itu untuk kenakan Rania dan kebetulan pula Rania memang buat kesalahan kerana tidak memakai tanda nama pada minggu orientasi.

" kau punya idea..dah lah malas aku ...lain kali kau nak.buat apa buat sorang-sorang" marah Faiq yang tadi terpaksa menerima idea daripada Faiz sahabatnya itu.

"alah biasalah kan minggu orientasi kut...dah biasa kenakan junior"

"iyalah tu...tapi aku tengok dia tak takut pun...rileks aja muka dia"

"itu aku lihat istimewanya dia berbanding orang lain" senyum Faiz mula terbayangkan wajah cantik Rania Humaira.

Rasa terjatuh cinta pandang pertama tetapi takut pula terkecewa.

"punggah kau ni...kau berkenan kat dia?"

'ermmm...lebih baik dia kut berbanding girlfriend kau tu...siapa...Intan...Intan...apa?"

"Intan Suraya"jawab Faiq menyebut nama teman wanitanya yang sudah setahun berhubung sebagai kekasih hatinya itu.

Mereka belajar berlainan fakulti .

"Rania!" Rania.yang baharu sahaja melangkah menuju ke kantin menoleh ke arah sumber suara itu.

" macam familiar" ucapnya dan menoleh .

" ermmm...mr Faiz Zulhilmi dan Faiq Haikal..
nak apa lagi? nak kenakan saya?" spontan Rania bertanya membuatkan keduanya salah tingkah.

"_err..kitaorang datang nak minta maaf pasal tadi" ucap Faiq terlebih dahulu.
Perkara yang tidak selalu mereka lakukan setelah membuli pelajar baharu.

"tak ada apa...biasalah kan minggu orientasi..." balas Rania.

", tapi..."

" apa?"dia mengangkat kedua keningnya.
Sebenarnya dia juga malas melayan kedua lelaki yang yang dia sudah terdengar ura-ura suka membuli orang terutamanya Faiz Zulhilmi.

Dan satu hal lagi gosip angin berlalu di telinganya sebaik sahaja dia jadi perhatian ialah Faiq Haikal juga sudah pun mempunyai seorang kekasih.
Kalau boleh semua itu dia ingin hindarkan kerana tidak ingin terjebak dengan hal yang tidak diingini.

" tanda minta maaf kami..apa kata saya belanja awak makan"ucap Faiz sambil matanya menatap ke arah Faiq yang hanya terdiam di sisi.

"belanja makan? tak apalah...lagipun saya dengan yang lain...tapi ok aja kalau nak belanja kami semua ni...."tunjuk Rania ke arah temannya yang lain, mendapat jawapan dari Rania itu membuatkan Faiz menoleh ke arah Faiq.

"ok...no problem....saya belanja satu meja...berapa orang ? awak...dan..." Faiq berjeda seolah sedang membilang jumlah rakan Rania yang kebetulan ada di situ.

" Azlia...ada berapa kita?" Rania pula menoleh ke arah Azlia memberi isyarat untuk mengira mereka.

" lapan...eh...sepuluh...termasuk makanan untuk menambah" sengih Azlia.

" kopak poket aku bro" bisik Faiq kepada Faiz .

"kita kongsi duit..." cadang Faiz seolah dia punyai banyak duit.

"macam mana? kalau tak kita orang pergi" tanya Rania sambil tersenyum sebab berjaya kenakan dua lelaki tampan itu.

",ok..ok..kami belanja...InsyaAllah duit kami ada untuk belanja korang" jawab Faiz ,jika menolak akan buat jatidiri mereka sebagai lelaki pasti tercalar.

" jom...let's go beb...hari ini makan besar kita" ucap Rania girang membuatkan nyali kedua mereka itu terciut takut juga nanti duit tunai tak cukup di tangan kerana tidak mungkin dia akan membayar guna kad di dalam sana.

Ingin mengajak makan diluar pula pasti tidak punya banyak waktu saat ini.

Akhirnya mereka ke kantin menikmati makanan percuma daripada Faiq dan Faiz dan memang tepat dugaan Faiq wang disakunya tidak cukup uutuk membawa semua makanan yang geng perempuan itu makan.

" saya tambah aja" ucap Rania sambil menghulurkan baki duit yang tidak cukup itu.

" tapi...",

" it's ok...benda boleh bincangkan...lagipun kami yang makan...kata orang...awak yang belanja tapi kami yang bayar..." ucap Rania sambil tergelak kecil dan melengos pergi dari situ meninggalkan Faiq yang terasa malu sendiri.

" aduh..sakitnya di sini bro" ucap Faiz sambil menepuk dadanya terasa malu sendiri niat belanja makan tapi dibayar sendiri oleh orang yang makan.

"ini semua gara-gara idea bodoh kaulah" marah Faiq.

"eh apa aku pulak ..."

"kau yang cakap dulu tadi kata nak belanja kan?"

" mana tahu duit tak cukup..kau tahu kan aku mana banyak duit macam kau"

" duit ada tapi dalam kad yang banyak bukan cash...lain kali kalau nak kenakan orang kena tengok siapa dia...aku tengok Rania tu bukan sembarangan kut"
Jika di restoran besar pasti boleh ,sebagai anak pemilik syarikat besar tidak menjadi satu keanehan untuk menghabiskan duit beratus satu hari tetapi kalau wang tunai dia jarang memegangnya

" iyalah...tapi...dia tu..."

" sudahlah...dah habis masa rehat...nanti balik sendiri aku ada date dengan Intan"

" Intan..Intan...tu aja yang kau ingat"

" jealous?"

"tak ada maknanya wei...daripada aku cemburu kat kau baik aku cari cara dekati Rania Humaira" Faiz mengangkat kedua keningnya dan tergelak .

"beranganlah kau,dia nak kat kau ker nanti?"

" kalau dia tak nak pun aku tak kisah ,cukuplah aku jadi sahabat terbaiknya...yang sentiasa ada buat dirinya...kau berani?"

" whatever lah kau...good luck" ucap Faiq langsung berlalu dari situ meninggalkan Faiz dengan angan-angannya itu.

Dan ternyata bermula daripada situlah mereka mulai dekat antara satu sama lain sehingga kini.

Dua kumbang satu bunga itulah jolokan kepada mereka sejak dulu lagi.
Ke mana pun pasti bertiga,jika ada Rania makan di situ juga akan ada Faiq dan Faiz.

Sehinggakan menimbulkan rasa cemburu oleh kalangan perempuan yang lain termasuklah Intan Suraya kekasih pujaan hati Faiq.

flashback off...

" kami terpaksa Faiz" balas Rania memberitahu kisah pertunangan mereka.

", tapi kau sendiri tahukan Faiq tu sudah ada girlfriend" ucap Faiz kesal.

Dia memang protes jika ini berlaku tetapi sudah pun terjadi tanpa pengetahuannya sendiri kerana kebetulan ketika itu dia berada di luar daerah .

Dia tidak diberitahu sama sekali oleh Rania ataupun Faiq.

"aku tahu...malah kami pun menolak hubungan ini tapi kau sendiri tahu macam mana hubungan orang tua kita kan,sama juga dengan ibu dan ayah kau,akrab dan sampainya nak jodohkan aku dan Faiq" ucap Rania datar.

Selama ini bukan sahaja mereka bersahabat baik tetapi ternyata ibu bapa mereka juga adalah bersahabat sejak belajar dahulu juga seperti mereka.
Itulah dinamakan takdir yang tidak dapat mereka elak.

"aku yang solo ni tak pula mama kau nak jodohkan", lirih Faiz.

"hurm...kau pun nak kan aku?" tanya Rania sambil gelak.

" siapa yang tak nak kan kau,dah la cantik... pandai lagi tu"

" dah lah jangan nak merapu aku banyak kerja,nanti bos marah tengok kita borak"mereka kerja satu atap.

Selepas pemergian Faiz ,Rania kembali meneruskan kerjanya.

Faiz hanya mampu memandang tubuh itu berlalu pergi dia geram dengan dua sahabatnya itu tetapi itulah jua takdir mereka.

......

......

" woi bro" sapa Faiz apabila melangkah masuk ke bilik Faiq.

" kau ni kan kalau masuk boleh tak ketuk dan bagi salam dulu?"

" haha sejak bila aku kena formal kat kau hah?" Faiz duduk di depan Faiq.
Merenung muka tampan di depannya.

" kau pandang aku kenapa?" tanya Faiq hairan dengan pandangan itu.

" kau ni sahabat macam apa hah?" tanya Faiz membuatkan Faiq mengenyitkan dahinya hairan dengan pertanyaan itu.

" apa maksud kau?"

" kenapa mesti Rania jadi mangsa?"Faiz melotot tajam memandang Faiq yang dari tadi fokus pada pekerjaan di depannya.

Faiz merasa muak melihat kelakuan Faiq yang seolah tidak peduli perasaan seorang sahabat.

Faiz bangun dan menghampiri jendela dan melihat keluar hiruk pikuk kota yang dipenuhi oleh kereta yang lalu lalang itu.

'kau tahu kan Faiq kita bertiga sahabat sejak belajar lagikan?" soalan dilontar datar.

" so apa yang aku harus lakukan Faiz cuba kau cakap kat aku? kalau kau di tempat aku apa kau akan lakukan?" soalan berjumpa soalan.

" aku terima sebab aku tak ada girlfriend tapi kau,kau dah ada orang lain yang kau isi dalam hati kau Faiq" jawab Faiz dan kembali beralih ke arah kerusi.
Membuka dan duduk berhadapan Faiq yang sudah pun berhenti menaip.

Faiq mengeluh kasar dan meraup mukanya beberapa kali.

" kenapa tak kau katakan pada orang tua kau pasal Intan?"

",aku dah pernah cuba bawa Intan Faiz tapi kau tahu kan macam mana mama aku tu cerewet dalam pemilihan nya,Intan juga cantik tapi tetap dia tak berkenan" lirih Faiq nada kesal dari percakapannya.

" tapi macam mana dengan perasaan Rania nanti,kau tahu apa seorang perempuan rasakan setelah tahu suaminya nanti ada scandal di luar" Faiz tetap ingin menjaga hati Rania kerana dia tahu Rania juga menaruh hati pada sahabatnya itu.

" kita kan kawan dan dia sudah jelas tahu hubungan aku dan Intan" setenang air di kali jawapan Faiq dan Faiz cukup faham dengan sikap dingin Faiq selama ini selalu begitu.

Sesuatu tidak dianggap serius baginya.

Tidak tahukah dia akan ada nanti hati yang bakal terluka.

" terpulanglah pada kau Faiq kalau itu pilihan kau untuk teruskan semua ini aku cuma nanti tidak mahu ada antara kita yang terluka,Rania tu dia terlalu baik dan tidak akan sekalipun akan mengeluh biar pun dia kecewa dan ingat setiap titisan airmata wanita kita harus tahu siapa dan apa penyebabnya" Faiz bangun dan melangkah pergi,dia kecewa dengan sikap Faiq yang terlalu memandang mudah semua perkara.

Mungkin sebab kekayaan yang dia miliki membuatkan lelaki itu terasa bangga diri.

Andai dia tahu kebahagiaan itu tidak mampu dibeli dengan wang semata-mata.

Faiq hanya memandang pemergian Faiz .
Mendesah panjang,menarik nafas seketika ,fikirannya terasa sesak seketika.

Dia tahu pasti Rania akan terluka tetapi harus apa lagi yang mampu dia lakukan saat ini andai keputusan bulat orang tua mereka.

Kini mereka sudah pun bergelar tunangan.
Tunggu hitungan hari lagi untuk disatukan.

Sejurus selepas itu Rania masuk membawa beberapa dokumen yang perlu dia tandatangani.

Wajah Rania tetap senyum manis di depannya.

" bos ini fail ada beberapa dokumen yang perlu tandangani" mereka harus bersikap profesional dalam pejabat,di pejabat mereka adalah antara majikan dan pekerja dan luar pejabat mereka adalah sahabat.

" letak di situ nanti saya tandatangan" Rania mengikut arahan dan meminta diri.

" Rania Humaira" panggil Faiq dan Rania kembali menoleh.

Rania Humaira itulah nama penuh wanita cantik berambut perang itu,seorang yang baik dan lembut ada padanya tetapi dalam kelembutan ada sikap tegasnya.

"ya bos" jawabnya lembut dan kembali menghampiri Faiq.

"ada masalah tentang dokumen itu,kalau ada nanti saya perbetulkan" ucapnya .

"duduk dulu" Faiq mempersilakan Rania duduk.

"maaf" Rania memandang Faiq hairan.

"untuk?"

"sebab libatkan kamu dalam hal ini"

"hal apa? tunang? kahwin?" Rania ketawa kecil.
Itulah sikap Rania yang susah diduga mana ketika dia bersedih mahupun gembira,terus ketawa dan positif.
Senyuman sentiasa mekar di bibirnya.

Hal itu sudah tidak penting lagi,segalanya sudah pun berjalan selayaknya dan mereka kini sudah pun bergelar tunangan dan sebulan dari sekarang mereka akan menjadi suami isteri,duduk sebumbung dan mungkin tidak sebilik..full stop.

"semua itu sudah terjadi bos" ucap Rania memandang wajah kesal Faiq.

Faiq terdiam dan seolah termenung .

"ok lah bos saya ada kerja yang belum selesai lagi kat luar " Rania bangun dan Faiq mengangguk dia tidak mampu untuk berbicara lagi.

.....
......

"wei macam mana majlis tunang kelmarin?" tanya Amirah ketika keluar makan tengahari.

Amirah ,Anis dan Ana tiga A merupakan rakan kerja Rania.

Rania sedikit kehairanan atas pertanyaan itu padahal majlis hanya dibuat tertutup malah tidak seorang pun rakan sepejabat dijemput.

"so far so good" ucap Rania sambil tersenyum.

"sorry tak jemput korang,majlis simple aja ,"

Kisah pertunangan mereka sudah pun tersebar di seluruh pejabat.

Pasti gara-gara Faiz,meskipun lelaki itu juga tidak dijemput oleh mereka.

Faiz memang marah tadi kerana dia tidak diberitahu khabar itu tetapi apa nak buat kerana segalanya terjadi mendadak atas permintaan orang tua mereka.

"tak apa,janji kalau nikah nanti jemput kitaorang" jawab Anis.

"pastilah,tak kan bos nikah tak jemput staff dia kut.." lirih Ana.

"so tunang berapa lama?"

"sebulan aja " jawab Rania sambil meneguk air di depannya.

"what!!" hampir tersembur air di mulut Amirah mendengar jawapan Rania.

"ishhh,ko ni Mirah" marah Anis dan mengambil tisu mengelap mukanya yang terkena sedikit air semburran Amirah tadi.

"hihi..sorry beb,terkejut" dia mengangkat kedua tangannya.

"cepatnya" ucap Amirah.

"ok lah tu percepatkan,benda elok,lagi pun kata orang tua-tua bertunang ni banyak dugaannya nanti banyak masalahnya ,baik percepatkan" balas Ana.

"aku setuju" sokong Anis dan Rania hanya mengangguk setuju.

Lambat atau cepat bukan isunya tetapi yang menjadi masalah nya pernikahan mereka hanya sekadar mengikut kemahuan orang tua mereka.

Selesai makan tengahari mereka kembali ke pejabat.

Jam kerja sudah pun tamat dan masing-masing kembali ke rumah begitu juga dengan Rania.

"Rania" panggil Faiq apabila melihat Rania sudah pun keluar dari biliknya.

"ya bos"

"dah nak balik?"

"ya,kan dah waktu balik tak kan nak tidur sini" Rania tergelak soalan apa agaknya yang ditujukan kepadanya.

Faiq menggaru kepalanya malu atas pertanyaan sendiri.

"ok...hati-hati"perkara biasa yang Rania dapat dari Faiq sebelumnya namun entah kenapa kali ini ucapan itu seolah rasa berbeza,ucapan sama namun nada yang berbeza.

"terima kasih and to you too my fiance" ucap Rania sambil tergelak dan berlalu pergi meninggalkan Faiq kebingungan.

"oh...my fiance" gumam Faiq seolah baru tersedar yang sahabatnya kini adalah tunangnya .

Masa menentukan segala,persahabatan menjadi ikatan pertunangan dan nantinya sebuah pernikahan.

Faiq melangkah sambil tersenyum baru sedar dia kini menjadi tunang sahabat sendiri tapi tidak lama senyum itu apabila telefonnya berdering nyaring,panggilan dari kekasih hati .

"hello sayang"

"Faiq jumpa saya sekarang"

"ok ,I pergi"

"ya" telefon dimatikan dan dia segera melangkah pergi ke arah keretanya dan terus masuk meluncur ke arah tujuannya berjumpa kekasih hati.

alhamdulillah bab 2 sudah siap,baru bahagian pemanasan sblm ada konflik yang lain...ingat nak publish 1 jun tetapi rasanya tak sabar nak tengok reaksi pembaca setia NP,... harap enjoy membaca....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience