Seorang lelaki yang memakai T-shirt putih kosong disarungkan jeket bomber kelabu dan seluar denim hitam sambil tangan menarik luggage bag berwarna hitam sedang mengatur langkahnya keluar dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Pintu utama KLIA terbuka luas.
Bibir tersenyum behagia melihat insan yang paling dicintai sedang menunggu kedatangannya, Lantas kaki laju mendekati mereka.
Setelah mendekat dia memeluk mesra tubuh dua insan itu melepaskan rindu yang tebal.
"Tok Yah dan Nek Mi apa kabar? Faizul rindu sangat dengan Tok Yah dan Nek Mi" Ujar Faizul, Tangan Puan Sri Farah lee digenggam eret.
"Alhamdullilah, Kami sihat. Kamu tu apa kabar? Kami ni lagi rindukan kamu" Tan Sri Kamal membalas. Senyuman mekar dibibir, gembira melihat cucu satu² sudah pulang ke malaysia.
Selama 5 tahun berada di United kingdom, Faizul sangat jarang pulang ke malaysia walau pada hari lebaran sekalipun. Sibuk sungguh dengan pembelajarannya di sana.
"Faizul sihat Tok Yah" Jawab Faizul.
"Makin handsome Cucu Nek Mi ni" Puji Puan Sri Farah Lee, melihat Faizul hari ini dia dapat merasa kelainan. Kelihatan cucu mereka sudah nampak lebih dewasa. Badan pun sedikit lebih sasa dari 2 tahun yang lalu, kali terakhir Faizul pulang ke Malaysia.
"Nek Mi ni ada² je lah" Faizul ketawa lepas bahu Puan Sri Farah Lee dipeluk.
"Dah, Kita sambung sembang kat rumah je, Tok Yah pun ada benda nak bincang sikit dengan kamu Faizul" Tan Sri Kamal mencelah.
Faizul Angguk luggage bag ditangan diserahkan kepada pemandu peribadi mereka sebelum mereka bertiga beriring menuju ke Vellfire hitam yang terpaking elok tidak jauh dari mereka.
Sampai sahaja di Rumah Agam Tan Sri kamal, Faizul terus meminta diri untuk bersihkan diri terlebih dahulu. Puan Sri Farah Lee sudah berpesan untuk turun makan malam nanti, Katanya dia sudah menyiapkan makanan kegemaran Faizul.
kebetulan Faizul memang sangat rindukan masakan Nek Mi nya. Walaupun mempunyai pembantu rumah tapi Puan Sri Farah Lee lebih suka memasak sendiri untuk Suami dan Cucunya.
Faizul melabuhkan tubuhnya diatas katil empuk. Terasa lelah setelah seharian berada di atas kapal terbang.
Dia memerhatikan sekeliling ruang di bilik tidurnya rindu dia dengan suasana bilik ini, tiada apa yang berubah masih sama seperti dulu hanya ada beberapa bingkai gambar yang sudah digantikan serta langsir dan cadar tilam juga sudah diganti.
Namun susun atur segala perhiasan yang berada di bilik itu masih sama, matanya jatuh ke arah sebuah bunga rose merah yang berada dikaca balang.
"Faizul Cepat mandi, lepastu turun makan!"
Jeritan Puan Sri Farah Lee dari tingkat bawah mengejutkan dia. Lantas tuala yang tersidai elok dicapai sebelum kaki melangkah ke bilik mandi.
"Wow Banyaknya nekmi masak , sedap² Pula semua ni, Faizul jadi Lapar sangatlah" Faizul menarik kerusi meja makan dan melabuhkan punggungnya.
Perutnya sudah memainkan lagu rock. Apa tidaknya ketika di kapal terbang tadi dia hanya menjamah 2 keping sandwich sahaja. Dia lebih banyak menghabiskan masanya untuk bermain game dan tidur.
"Nah ambil nasi ni Makan banyak² Nek mi masak ni semua untuk kamu" Ujar Puan Sri Farah Lee pinggan Kaca yang berisi nasi putih diserahkan kepada Faizul.
Terasa Bahagia dia melihat Faizul sudah sentiasa berada di Malaysia, selepas kematian anak dan menantunya dia dan suamilah yang menjaga Faizul. Simpati dengan nasib malang yang menimpah cucunya ini, baru berusia 8 tahu sudah hilang 2 insan paling diperlukan dalam hidup.
"Eloklah kamu di sini, Tokyah nak kamu uruskan HR Group, Tokyah dah tak larat sangat dah" Tan Sri Kamal bersuara.
Suapan Faizul terhenti tat kala mendengar apa yang dikatakan oleh Tan Sri Kamal.
Menguruskan Syarikat? Ah! Ini yang dia tidak suka jika pulang ke Malaysia, dari bulan lalu lagi Tan Sri Kamal sudah menelefonnya memaklumkan hal ini tapi dia memang tidak berminat untuk menguruskan Syarikat mereka.
"bolehkah Faizul terus masuk HR Gruop Tokyah? Faizul belum belajar apa² lagi untuk uruskan syarikat kita tu" Balasnya tidak senang dengan arahan Tan sri kamal.
Dia masih belum bersedia untuk mengurus HR Group lagipula dia risau nanti jika dia menjadi seorang Ceo syarikat, jadualnya akan padat dengan urusan Syarikat sahaja tiada masa untuk dia membuat aktiviti sosial bersama kawan²nya.
"Kamu dah belajar 5 tahun kat UK, tak cukup lagi ke? Lagipun Tok Yak dah sediakan P.A untuk bantu kamu" Tegas tan sri Kamal, bukan dia tidak tahu Faizul sengaja reka alasan untuk mengelak dari arahannya.
Mendengar sahaja P.A disebut Tan Sri.Kamal Faizul terus tersenyum penuh makna.
"P.A? lelaki kah perempuan? Soalnya teruja kepada Tan Sri Kamal.
"perempuanlah, sebaya kamu" Tan Sri Kamal membalas sengaja menarik minat Faizul untuk menerima tawarannya.
Semakin lebar senyuman Faizul.
"Dah kahwin kah Tok yah?" Soalnya lagi, entah kenapa dia seoerti tertarik ingin tahu tentang calon pembantu peribadinya itu.
"belum lagi, kamu tanya berkenankah? Habis Liana kamu nak letak kat mana ?"
Kata² Tan Sri Kamal membuat senyuman di bibir Faizul tadi perlahan-lahan menghilang.
"Faizul tanya jelah TokYah" Jawabnya. Tan Sri kamal sudah merosakkan perasaan gembiranya tadi.
"Dah lah tu, Kamu berdua boleh berhenti bincang tentang kerja, Ini rumah bukan Wisma Hr Group. Jadi dekat sini saya ketua jangan bincang tentang kerja waktu makan malam macam ni, Saya tak suka" Puan Sri Yang dari tadi menjadi pemerhati sahaja kini sudah mencelah.
Sakit telinganya mendengar perbincangan tentang kerja di waktu makan malam begini. dia sungguh tidak suka.
Kata² Puan Sri Farah Lee disambut dengan gelak tawa Tan Sri Kamal dan Faizul.
"Ok Nek Mi, Sorry" Ujar Faizul mengambil hati Puan Sri Farah Lee.
Tan Sri kamal Hanya bergeleng dengan sisa ketawanya.
Maisara duduk di sofa kulit ruang tamu rumah teres mereka. matanya fokus diarah ke TV, dia sedang menonton drama kegemarannya.
Untung sahaja drama ni ditayang setiap hari sabtu jam 9 malam jika tidak sudah pasti dia tidak dapat menontonnya.
Semenjak menjadi pembantu peribadi Tan Sri Kamal, Maisara lebih banyak menghabiskan masa di pejabat sahaja balik pun hanya untuk makan malam dan tidur. Jika ada pun masa lapangnya hanya hari minggu sahaja.
Sengaja dia menyibukkan diri dengan hal² di pejabat agar dapat melupakan peristiwa yang pernah berlaku, peristiwa yang sangat memberi kesan terhadap hidupnya mungkin juga peristiwa yang membuat dia putus asa untuk hidup.
Kejadian dimana lelaki yang paling berharga dalam hidup seorang anak iaitu Seorang Ayah meninggalkan dia dan Puan Rina untuk selamanya.
Encik haikal ayah Maisara yang bekerja sebagai Polis, Sentiasa menjadi kebanggaan untuknya. Namun suatu hari malang tidak berbau bila Encik Haikal disahkan meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa bertugas.
Hari yang sama dimana dia mendapat tahu yang Faizul kekasihnya telah pun bertunang bersama seorang gadis pilihan keluarga.
Faizul memutuskan hubungan mereka dengan memberi alasan dia ingin menyambung pembelajarannya di luar negara, siapa sangka 2 hari sebelum lelaki itu berangkat ke luar negara, Balqis memaklumkan yang Faizul telah pun bertunang.
Bermula dari peristiwa itu maisara jadi banyak berubah dari seorang yang sangat periang dan sentiasa menjadi orang yang sangat disenangi untuk bergaul menjadi seorang yang sangat mendiam membuat semua orang yang dekat dengannya menjauh. kawan yang ada pun kawan yang memang sudah lama bersama dengannya itupun hanya Nadia dan Balqis sahaja.
Dia juga menjadi Seorang yang sangat tidak mempercayakan lelaki serta menjauh dari bercinta.
Walaupun begitu paras rupa Maisara yang sangat menawan membuat banyak lelaki sukakan dirinya banyak yang meluah ada yang sampai masuk meminang tapi semuanya ditolak.
Balqis dan Nadia lah banyak membantunya untuk keluar dari dunia kesedihannya. Dua sahabatnya itu selalu berada disisinya walau apa pun berlaku.
"Mai esok kau cutikan" Tanya Nadia sambil melabuhkan puggung disebelah Maisara yang sedari tadi fokus menonton TV sahaja
"hmmm, esok kan Ahad? Yalah cuti. Knp?"
"Kalau esok kita Keluar, nak tak?" Ajak Nadia, sedikit nada teruja ditujukan ke arah Maisara.
"Nak pergi mana? Aku banyak kerja nak buat lah" Jawabnya Maisara, Dia malas menghabiskan masa dengan berjalan sakan sedangkan fikirannya kusut dek kerja yang bertimbun.
"Ala~ Please bolehlah kita dah lama tak keluar sama" Rayu Nadia.
"Kau nak pergi mana?"
"Shoping, jalan² apa-apa jelah yang penting kita jalan"
Maisara melepaskan keluhan. Ah sudah ini yang dia malas bila Nadia ingin mengajaknya berjalan tapi tiada arah tuju.
"Aku setuju dengan kau Nad, yelah kita ni kan dah lama tak keluar sama.. Masing² sibuk jadi cuti esok kita keluarlah bukan selalu" Kini Balqis yang baru datang dari dapur pula memujuknya. Kesibukan mereka dengan kerja masing² membuatkan mereka jarang luangkan masa bersama.
Maisara memandang dua sahabatnya itu, kesian pula melihat nadia yang sudah merayu mengajaknya.
"Yelah² Tapi kita gerak petang boleh sebab aku nak habiskan kerja aku sikit. Bos baru aku nak masuk Isnin nanti Jadi aku kena prepare apa yang patut" Jelas Maisara mendatangkan senyuman lebar di bibir dua sahabatnya.
Nadia memberi pelukan untuk Maisara
"macam tulah baru kawan aku" ucap Nadia.
"Ouh kalau aku tak nak tadi aku bukan kawan kau lah" Tempelak Maisara.
"Kawan tapi kawan olok² je" Balqis menjawab bagi pihak Nadia.
Maisara menjeling mereka sebelum menolak Nadia ke tepi yang sudah menutup TV dihadapannya.
"Dah kau tepi sikit aku nak tengo TV ni" cebiknya lalu menolak Nadia ketepi.
Faizul tak keluarkah Hari minggu ni?" Puan Sri Farah menyapa Faizul yang sedari tadi hanya bermain playstation 5 Sahaja. Punggungnya dilabuhkan di Sofa fabrik yang berwarna coklat.
"Tak Nek Mi. Kenapa Nek Mi ada barang nak beli kah?" Tanya Faizul. Mata masih menghala ke TV. Fokus dengan permainannya.
"Taklah Nek Mi tanya kamu. Pelik lah tengok kamu kat rumah sekarang ni, kamu ni susah nak lekat kat rumah kalau balik Malaysia. Liana tak ajak keluar kah?" Sindir Puan Sri Farah Lee. Bukan dia tidak tahu yang Faizul ini suka sangat nak berseronok dengan Liana entah ke mana sahaja mereka tengah malam baru pulang.
Puan Sri Farah Lee melepaskan keluhan berat tidak sedap hati dengan sikap Faizul sekarang namun dia percayakan Faizul tidak akan melakukan perkara yang tidak baik atau lebih tetap perkara yang dilarang disisi agama.
"Tak. malam nanti Faizul nak jumpa Hazmi" Balas Faizul jemarinya sibuk menekan tombol² yang berada di pemukaan alat kawalan jauh PS5 ditangannya
"Ouh patutlah tak keluar pagi ni, nak keluar malam rupanya. Hmm"
Melihat Faizul kusyuk dengan aktiviti nya Puan Sri Farah Lee memilih untuk ke belakang
"Dah lah kamu mainlah game ni Nek Mi nak ke belakang, nak tengok mak nah kejap." Ujar Puan Sri Farah Lee Sebelum dia melangkah ke taman mini Rumah Agam itu.
"Ok Nekmi" Balas Faizul sambil membuat isyarat tangan tanda OK ke arah Puan Sri Farah Lee.
Share this novel