Irsyad meraup wajahnya setelah selesai menghadap illahi..dia kini hanya berserah padanya.. dia tidak mampu untuk berdepan dengan dugaan yang dia harus tempuhi.. panjang bacaan doanya..berserta tangisan..
"Ya Allah..sesungguhnya ini dugaan yang ditakdirkan untuk ku..aku terima..aku bersyukur dengan kebahagiaan sementara yang telah kau berikan kepada kami sebagai suami isteri..aku redha dan berserah pada mu"
Usai solat..dia pergi ke bilik Ellya..masih tidak sedar..sudah 5hari Ellya berkeadaan begitu.. perlahan lahan tangan Ellya dikucupnya..sungguh kuat wanita ini..dia tidak mampu kehilangan isterinya..
Doktor menerangkan bahawa Ellya masih di peringkat awal..masih boleh dicegah dan akan sihat..Ellya menghidapi barah otak... Dulu kerap juga Ellya mengadu sakit kepala kepadanya.. namun Panadol sahaja yang ditelan..apabila Irsyad mahu membawanya ke hospital dia enggan 'sakit biasa je ni' katanya..
Irsyad lap tangan, badan Ellya bersama kain basah.. isterinya semakin cengkung.. sedih hatinya melihat suis yang berada di segenap badan Ellya.. tangan Ellya juga bengkak oleh kerana ambil darah untuk rawatan lanjut..
"Assalamualaikum" Puan Hana & En Kamarul bersama Tok Ki..
"Waalaikumussalam pa, ma..atok.. duduk lah dulu..Irsyad buang air ni kejap" Irsyad lalu pergi ke bilik air untuk membuang air yang telah digunakan untuk lap tadi.
"Dia sahaja lah cucu atok yang tak pernah lekang buat atok gembira..jaga atok tak pernah penat.. berat sungguh dugaan yang diterima..Atok tahu kamu kuat El..tolong lawan penyakit kamu ni.."
Irsyad yang mendengar kata kata Atok sebentar tadi turut berasa sedih dan dia menepuk perlahan belakang Tok Ki tanda memberi semangat walaupun dia sendiri telah hilang semangatnya..
"Syad dah makan?" Soal Puan Hana
"Belum ma.."
"Pergi makan dulu..biar kami jaga El..kamu tu perlu alas perut..nanti kamu pulak yang sakit.."
"Betul tu Syad..kamu pergi lah..kami ada boleh jaga El" Sokong En Kamarul
"Takpa papa, mama Syad tak terasa nak makan.. nanti kalau Syad lapar..Syad turun cafe"
Jawab Irsyad..dia memang tidak mahu lekang dari Ellya..hendaknya dia berkepit dengan Ellya ..
Suasana kembali hening..Tok Ki masih meneruskan pembacaan alquran disisi Ellya..
Irsyad juga turut membaca..
"Kami balik dulu lah..esok lusa kami datang lagi.." Kata Puan Hana setelah mereka selesai sebentar tadi..
"Kamu jaga El ya Syad..apa apa kamu bagitahu perkembangan dia.." Sambung Tok Ki
"Syad..if nak apa apa call aje papa.. nanti kami bawakan apa benda yang patut dibawa..kelengkapan dah ada?"
"Dah ada pa.. cukup.."
"Okay baiklah..kami pergi dulu.." Irsyad masih tidak memaklumkan perkara ini kepada sahabat Ellya, Husna. Dia juga masih tidak bersedia untuk memaklumkan kepada sesiapa selain keluarganya sendiri..
Namun dia sedar..lambat laun..Ellya pasti mencari Husna apabila sedar nanti...
Irsyad menghabiskan malamnya dengan solat tahajjud.. ada juga dia cuba berborak dengan Ellya namun masih tiada respon..Doktor beritagu bahawa Ellya akan sedar bila bila masa sahaja..jadi dia cuba kuatkan dirinya untuk Ellya..dia tidak mahu Ellya melihatnya seperti suami yang lemah..
Genap seminggu Ellya tidak sedarkan diri..
Irsyad sudah tidur di sisi Ellya..
Ellya membuka matanya sedikit demi sedikit..ada sinaran cahaya yang menyilau matanya..membuatkan dia mengerdipkan matanya beberapa kali..
dia memandang Irsyad yang kelihatan penat disisinya..namun dia masih tidak mengetahui apa penyakit yang dihidapinya..mengapa terlalu banyak wayar di sekelilingnya.. kali terakhir dia sedar adalah dimana dia berasa semua gelap semasa ingin pergi ke tandas.. lalu dia langsung tidak ingat apa yang terjadi selepas itu..
Ellya menyambung tidurnya kembali..dia pasti akan mendapat jawapannya esok..dia perlu bertanya kepada Irsyad..
Keesokan harinya..
Seperti biasa selesai solat Subuh Irsyad akan membaca alquran disisi Ellya..
Ellya turut mendengarnya namun dia tidak mahu mengacau Irsyad..jadi dia hanya memejamkan matanya menghayati alunan suara Irsyad.. setelah selesai membaca..Ellya membuka matanya sedikit demi sedikit..dan terpancar lah wajah Irsyad..Irsyad tersentak kerana tangannya dipegang oleh Ellya..
"Awak dah sedar? Saya panggil doktor kejap eh"
Irsyad yang gembira akan Ellya telah sedar terus berlari anak mendapatkan Doktor pada ketika itu..
Dan Doktor juga telah memeriksa Ellya.. sedang Doktor menulis sesuatu di buku catatannya..Ellya bersuara..
"Doc..saya sakit apa? Saya mengandung ke?"
Doktor Qila yang berasa sebersalah untuk memberitahu..dia hanya melemparkan tanda soal kepada Irsyad..pasti Irsyad tidak memberitahu wanita itu lagi.. Irsyad hanya membalas pandangan Doktor Qila dan terbit senyuman pahit di wajahnya..
"Macam ni..Puan Ellya perlu banyak berehat..bila keadaan Puan dah okay sikit nanti saya bagitahu ye Puan..sekarang Puan perlu ada tenaga untuk stabilkan badan Puan.."
Ellya yang berasa tidak sedap hati..dia menyoal kembali Doktor..
"Saya sakit apa Doc.."
Doktor Qila takut akan Ellya mengalami kemurungan selepas mendapat tahu penyakitnya..dia cuba mengumpul semangat untuk memberitahunya..
"Puan..Puan menghidapi Barah otak..Sebab tu puan sentiasa rasa pening kepala dan berasa loya akibat dari kesan penyakit Puan..Puan perlu jaga makan..Puan tak perlu risau.. Penyakit Puan masih pada peringkat awal jadi harapan untuk Puan sihat semula agak cerah"
Panjang lebar penerangan Doktor Qila..namun balasan dari Ellya hanyalah tangisan..berjujuran air matanya..dia tidak mampu berkata apa apa..dia semakin buntu..dia tidak kuat untuk melawan penyakit ini..Bagaimana dia mahu berhadapan dengan situasi ini..
Irsyad yang sejak dari tadi tidak lekang memeluk Ellya memberi kekuatan kepada isterinya itu terhambur juga tangisannya..
Dia pasti isterinya kuat..melalui semua ini..
"Sayang sabar ye..kita lawan penyakit awak ni sama sama"
"Saya sakit awak..saya tak layak jadi isteri awak.."
"Apa awak cakap ni..kan Doktor cakap awak ada peluang untuk sihat..kalau awak sayang saya..awak kena lawan.."
"Betul tu Puan..Puan hanya perlu menjalani rawatan susulan selepas ini..dan kami akan cuba sedaya upaya kami untuk Puan sembuh..lepas ni..kalau keadaan Puan dah okay..Puan boleh discharge..dan banyakkan rehat di rumah"
"Terima kasih Doktor.." jawab Irsyad..Ellya masih berdiam diri di dalam pelukan Irsyad..
"Lepas ni dah takboleh dah nak buat kerja rumah berat berat tau..kita ambil orang gaji untuk buat semua kerja tu..saya akan jaga awak"
"Awak..maafkan saya..Saya menyusahkan awak..kan bagus kalau saya mati je..kenapa Allah nak uji saya sakit macam ni"
"Jangan cakap mcm tu..Allah uji kita sebab dia sayang..Allah nak ringankan dosa awak..Awak terpilih untuk menjalani dugaan ni"
"Baiklah saya akan cuba..saya mengantuk nak tidur kejap.."
"Okay..saya nak pergi beli makanan kejap tau..nanti awak dah bangun kita makan sama sama"
"Okay.."
Share this novel