BAB 12

Humor Completed 26855

“Khalish”

“Ma…” Khalish mendongak memandang pada Puan Katrina, matanya kuyup melemparkan pandangan pada ibunya dan bibirnya mengulas senyuman lemah.

Puan Katrina menahan sebak di dada, dia menekap kedua-dua pipi Khalish dan dahi anak lelakinya itu dikucup. Khalish masih lagi tersenyum lebar, dia mengambil tangan ibunya dan mencium tangan ibunya itu.

“Qisha mana?” tanya Puan Katrina.

“Khalish suruh dia beli kopi dibawah”

“Khalish tak minum kopi”

Khalish diam, mata birunya merenung wajah ibunya. Tersembunyi seribu satu emosi dalam kedua-dua kolam mata itu.

“Khalish tak mahu dia berada disini. Khalish tahu dia tak kuat semangat, Khalish tak sanggup tengok dia menangis lagi” beritahu Khalish, dadanya berombak.

“Kalau macam tu Khalish kena kuat semangat untuk Qisha”

“Khalish cintakan Qisha ma, Qisha beri semangat untuk Khalish tapi siapalah Khalish untuk melawan ketentuan Tuhan. Ma, Khalish minta maaf kalau ada buat salah pada mama”

“Khalish…” Puan Katrina sudah tidak dapat menahan air matanya. Hening itu mengalir jatuh ke pipi Khalish ketika Puan Katrina mencium pipinya. Khalish memandang redup pada pemandangan di luar tingkap, mata birunya bergenang dengan air mata jernih.

“I love you Qisha and I never stop” Khalish memejamkan matanya, menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia mendengar derapan tapak kasut bergegas masuk ke dalam wadnya. Mesin EKG mengeluarkan bunyi yang nyaring, ibunya pula tidak henti-henti mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience