Anis Raihanna sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Semangkuk buah mempelam diletakkan atas ribanya.
Sesekali dia memasukkan buah tersebut ke dalam mulut. Terpejam matanya apabila rasa masam manis buah mempelam dirasai oleh lidahnya.
"Ya Allah sedapnya! Tak sia sia aku beli." ucap Anis Raihanna. Matanya masih ralit menonton televisyen.
Afiq Raihan pula tak tahu la dia buat apa. Lepas saja mereka solat berjemaah,lelaki itu masih tak keluar lagi dalam bilik. Tidur kot penat sangat belajar memasak. Hahaha
Anis Raihanna menghamburkan tawanya apabila rancangan televisyen itu menghiburkan dirinya. Lebih-lebih lagi, rancangan tersebut merupakan rancangan kegemarannya. Memang gelak terbahak bahak la jawabnya.
"Woi! Melalak malam malam buta apahal kau! Kena sampuk jin mana." tegur Afiq Raihan yang baru keluar dari bilik. Macam anak dara!
Anis Raihanna sudah menarik muka. Dijeling tajam suaminya tanda tidak puas hati.
"Eii pergi la duduk dalam bilik tu. Kacau ah kau! Lantak aku lah nak melalak ke apa!" bidas Anis Raihanna. Sebuah bantal yang berada diruang tamu dibaling ke arah Afiq Raihan.
Malangnya,bantal tersebut berjaya disambut oleh suaminya. Afiq Raihan menjelir lidah. Lalu mengambil tempat disebelah isterinya.
"Eh satu meter kau mana? Nak kena denda?" ucap Anis Raihanna apabila menyedari suaminya duduk disebelahnya.
"Ish yelah!"
Afiq Raihan menjarakkan diri dari Anis Raihanna. Bibir dah muncung sedepa. Kalau kena denda memasak kang habislah dia!
Anis Raihanna tersenyum kemenangan. Bangga kerana syaratnya dipatuhi oleh Afiq Raihan. Dia kembali menonton semula televisyen.
"Kau makan apa tu? Dari tadi aku tengok sibuk sangat mulut kau mengunyah. Bak sikit!" soal Afiq Raihan. Dia mula curi lihat mangkuk yang dipegang Anis Raihanna.
"Oh mempelam tadi. Nak sikit ke?" balas Anis Raihanna. Dia tersengih. Dia tahu suaminya akan menolak. Yelah mamat tu bukan sukakan buah ni. Tu aku baik hati pelawa. Kalau tak memang tak lah jawabnya. Heh.
"Ewww terima kasih jelah. Masam." kata Afiq Raihan. Dia membuat riak muka loya. Mengigil terus badannya apabila teringatkan rasa masam buah tersebut.
Anis Raihanna tergelak kecil. Baru cakap mempelam belum suruh makan lagi. Dia tersenyum nakal. Anis mula membayangkan riak wajah cemberut suaminya kerana menahan masam buah tersebut.
"Wei rasalah sikit. Sedap tau! Rugi wei kalau tak rasa."
"Eii aku tak nak lah."
"Ala aku suruh rasa jer. Meh la aku suapkan. Nak?"
"Eiii lagilah aku tak nak. Hilang terus selera aku."
"Oh tak apa tak nak sudah. Lagi bagus kalau kau tak nak. Boleh aku habiskan sorang sorang" balas Anis Raihanna. Dia mencebik. Rancangannya untuk mengenakan suaminya tak berjaya pulak.
"Wei buatkan la aku air. Hauslah." pinta Afiq Raihan. Entah kenapa kering pulak tekak ni.
"Eh ada tangan ada kaki buatlah sendiri" perli Anis Raihanna. Petang tadi aku mintak tolong kau,kau buat derk je kan. Ha rasakan!
"Tak baik tau kalau isteri melawan cakap suami." balas Afiq Raihan senada. Takkan lah pasal benda kecik pun nak berdendam.
"Oh kalau suami tak tolong isteri tak dosa pulak." bidas Anis Raihanna ingin menang. Dia tak boleh mengalah. Lagi lagi dengan orang macam Afiq Raihan.
"Tak silap aku lah kan syurga seorang isteri tu bawah telapak kaki suami. Nak masuk neraka ke? " kata Afiq Raihan. Dia tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.
"Eiiii yer aku buat. Kalau syurga aku ni bawah telapak kaki kau. Kau nampak telapak kaki aku ni. Ha ini pulak neraka kau! Huh." balas Anis Raihanna tak puas hati. Nak guna kuasa veto pulak mamat ni. Siap guna syurga neraka bagai. Ha ambik kau setepek aku bagi!
Anis Raihanna menghentakkan kakinya dilantai tanda protes. Dia mengeluh kuat. Pandangan maut diberikan kepada suaminya. Lantas langkah diatur menuju ke dapur.
Afiq Raihan menghamburkan tawa. Tak sangka isterinya betul betul marah. Niat nak bergurau je sebenarnya.
"Buat air tu biar ikhlas! Baru dapat pahala!" laung Afiq Raihan dari ruang tamu. Sengaja nak menempah maut.
"Diamlah!"
Afiq Raihan mengukir senyuman. Tingkah laku Anis Raihanna selalu menghiburkan dirinya. Kini matanya tertancap pada mangkuk yang berisi buah mempelam milik Anis Raihanna.
"Nak rasa ke tak nak?"omelnya sendiri. Dia mula berbelah bahagi. Dia mula mencapai buah tersebut.
Pasal buah pun kau nak berbelah bahagi bagai . Makan jelah. Huh.
Akhirnya, Afiq Raihan berjaya makan sepotong buah mempelam. Jarinya menutup hidung. Matanya pula dipejam rapat kerana takut dengan rasa masam yang akan dirasai sebentar lagi.
Dasar drama king!
"Eh tak adalah masam mana. Manis je aku rasa" omelnya sendiri apabila berjaya menelan buah mempelam tersebut. Kemudian beberapa potong lagi buah mempelam milik Anis Raihanna dimakan oleh Afiq Raihan.
"Nah air kau." ucap Anis Raihanna yang tiba tiba muncul. Segelas hot chocolate dihulurkan kepada Afiq Raihan.
Gelas tersebut bertukar tangan. Anis Raihanna mengambil tempat jauh daripada Afiq Raihan.
"Kau ada letak apa apa ke dalam ni?" soal Afiq Raihan. Mana tahu kalau dia terkena macam kopi masin hari tu.
"Ada. Aku letak kasih sayang dengan ikhlas. Yelah aku nak pahala bukan dosa" sindir Anis Raihanna. Dijeling Afiq Raihan sekilas. Dia sibuk mencari buah mempelamnya sebentar tadi.
" Ha macam tu lah bagus!" puji Afiq Raihan tak ikhlas. Saja nak sindir balik isterinya.
"Wei kau nampak tak mana mangkuk mempelam aku tadi?" soal Anis Raihanna cemas.
"Oh ada kat aku. Nah ambillah" balas Afiq Raihan bersahaja. Dihulur mangkuk itu kepada isterinya.
"Ish macam mana boleh ada kat kau. Bak sini! Aku nak makan pun tak senang." rungut Anis Raihanna. Dia segera menyambut mangkuk itu daripada suaminya.
Anis Raihanna membuat riak muka tak percaya. Darahnya mula menyirap.
"Apa ni! Kau kata tak suka makan buah ni. Tapi kau makan jugak." marah Anis Raihanna. Dia mengetap gigi menahan marah.
"Aku makan sikit je tu. Alah kedekut ah kau ni." selamba Afiq Raihan menjawab.
"Sikit hotak kau! Hampir separuh kau makan buah ni." balas Anis Raihanna. Dia paling pantang kalau orang makan makanan kegemarannya. Biasalah anak tunggal kan?
Afiq Raihan tayang muka tak bersalah. Dia mengangkat bahu tanda tak tahu. Afiq kembali menonton rancangan televisyen.
"Ish sudah lah. Habiskan jelah buah tu. Tak ada selera dah aku nak makan. Baik aku tidur dari layan kau." balas Anis Raihanna. Dia mengatur langkah ke bilik tidur dengan perasaan sebal.
Afiq Raihan menghantar pemergian isterinya dari ekor mata. Dia tersenyum herot. Buah mempelam tadi diambil lalu dimakan.
Memang dah jadi perangai dia suka sakitkan hati orang agaknya. Kalau tak percaya,tanyalah Fiqa, adik perempuan Afiq. Yang Anis kena tu baru sikit. Hehe
???
Tok! Tok! Tok!
"Mak cik cepatlah! Aku nak gerak dah ni. Aku tinggal kau nanti baru tahu." laung Afiq Raihan dari luar bilik Anis Raihanna.
Takkan tidur lagi minah ni. Aku ketuk macam nak roboh dah pintu ni kot. Monolognya sendirian.
Tidak lama kemudian,tombol pintu dibuka dari dalam. Terjengul Anis Raihanna disebalik pintu. Dia sudah lengkap berpakaian kerja.
"Yang kau ketuk pintu bilik aku macam nak roboh dah kenapa?" soal Anis Raihanna. Dia mencekak pinggang. Tali leher suaminya direnung sekilas.
"Yang kau renung badan aku dah kenapa? Nak cakap." usik Afiq Raihan. Dia tersenyum nakal.
"Tak ingin aku. Aku tengok sebab nak check tie kau tu lah. Takutlah senget macam semalam. Maklumlah tuan punya badan pun senget." perli Anis Raihanna. Dia tersenyum mengejek.
"Dah cepat. Nanti lambat pergi kerja pulak layan kau ni. Kita naik satu kereta." balas Afiq Raihan. Perlu ke nak ungkit kejadian tu. Sekurangnya sekarang tali leher aku dah tak senget. Huh.
"Eh hari ni aku nak naik kereta aku lah. Tak nak aku jadi macam semalam. Ada orang tu tak tahu malu peluk orang sesuka hati depan pekerja dia" perli Anis Raihanna lagi. Saja nak panaskan hati Encik Suami Tercinta tu. Hahaha
"Ha sukalah tu perli aku. Suka hati kau lah nak pergi macam mana. Jalan kaki ke jalan itik ke. Janji jangan menyusahkan aku sudah" jelas Afiq Raihan. Ni mesti tak puas hati dengan aku pasal semalam. Lantak kaulah Hana. Omelnya perlahan.
Anis Raihanna serba salah. Salah dia juga melampau sangat perli suaminya. Tapi memang patut kan. Siapa suruh cari pasal lagi. Heh.
Alah sekurangnya buatlah perkara yang dapat lembutkan hati dia Anis! Supaya dia tak marahkan kau. Dia tu suami kau! bisik hatinya.
"Afiq! Tengok tu ada kucing belakang kau!" kata Anis Raihanna tiba tiba. Afiq Raihan segera menoleh ke belakang.
Dengan pantas Anis mencapai tangan kanan Afiq Raihan. Afiq Raihan terkejut dengan tindakan Anis Raihanna menoleh ke hadapan semula.
Cup!
Anis Raihanna mencium dan menyalami tangan suaminya. Seraya itu dia segera melarikan diri kerana takut ditangkap. Malu woi!
Afiq Raihan masih tersentak dengan tindakan yang tidak terjangka daripada isterinya kaku. Dia bagai tidak percaya.
Setelah beberapa ketika,dia mengatur langkah ke keretanya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Dari tadi tak habis tersengih sengih. Macam orang gila.
"Hana,Hana. You're full of surprise."
Omelnya perlahan sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.
???
Sepanjang hari Anis Raihanna mengelak daripada berjumpa dengan Afiq Raihan. Susah jugak kalau satu tempat kerja dengan suami ni. Haih.
Afiq Raihan sekadar tidak mengendahkan saja. Beberapa kali jugak la Sofea menggantikan Anis Raihanna hari ni. Kalau Afiq tanya mana Anis?
"Maaf Tuan. Puan Anis kata dia terlalu sibuk dengan projek Putrajaya. Jadi dia minta tolong saya gantikan dia hari ni"
Ha itulah jawapan yang akan dijawab oleh pekerja Afiq Raihan. Mentang mentanglah suami dia CEO sesuka hati je nak minta tolong itu ini. Afiq Raihan mengeleng kepala lalu ketawa.
Alasan yang digunakan Anis Raihanna tak munasabah langsung. Ini semua sebab projek tu Afiq Raihan sendiri yang handle. Macam macam lah isteri dia sorang ni. Padahal dekat rumah nanti boleh je Afiq kenakan dia habis habisan.
Kalau Afiq Raihan mintak Sofea gantikan tempat Anis Raihanna sebagai isteri boleh tak? Jawapannya memang tak lah. Mampus Afiq dikerjakan Anis Raihanna nanti. Hahaha.
Setelah tamat waktu bekerja,Afiq Raihan segera pulang ke rumah. Tak sabar nak kenakan isterinya balik. Pagi tadi sedap je kan Anis perli Afiq. Ha sekarang giliran dia pulak.
???
"Aduh, macam mana pulak boleh rosak kereta ni! Rasanya dah servis." rungut Anis Raihanna. Dia cuba melihat enjin kereta.
Padahal satu benda pun dia tak tahu pasal kereta ni. Jadi terpaksa dia meminta bantuan daripada orang yang lalu di bahu jalan tersebut. Dia nak baiki kang lain pulak yang jadinya. Bagai tikus membaiki labu. Ha macam tu lah.
Malangnya tiada siapa yang berhenti menolong dirinya.
"Aduhai takkan satu kereta pun tak nak berhenti." adu Anis Raihanna.
Nak tak nak dia terpaksa meminta bantuan daripada Afiq Raihan. Dah la malu pagi tadi tak habis lagi. Hmm.
Sebuah mesej ringkas bersama location dihantar kepada suaminya. Nak call nanti confirm kena perli. Macam tak kenal perangai suami dia tu.
Ting!
Satu notifikasi masuk ke dalam telefon Anis Raihanna.
"Uishh takkan dia dah balas. Cepat betul" ucap Anis Raihanna. Seraya itu,dia membuka peti mesej. Dan tepat sekali memang suaminya yang balas.
"Dalam lima belas minit aku sampai"
Anis Raihanna tersenyum sendiri. Nasib baik lah keretanya rosak dibahu jalan yang sehala dengan laluan pulang ke rumahnya.
"Ok,sekarang ni kau kena relaks Anis. Lagi lima belas minit Afiq datang. Kau kena tunggu sikit je lagi" kata Anis Raihanna kepada dirinya sendiri.
Tiba tiba gerimis mula membasahi bumi. Anis Raihanna segera menghampiri keretanya untuk mengelakkan diri daripada terkena hujan.
Pintu kereta ditarik oleh Anis Raihanna. Tetapi tidak boleh dibuka. Haa sudah. Dia mula tak keruan kerana hujan mulai lebat.
"Aduh,pintu ni pun problem ke? Janganlah macam ni. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini" doa Anis Raihanna.
Dia tak boleh kalau kena hujan nanti demam. Anis Raihanna mula bersangka buruk.
"Ini balasan sebab aku perli Afiq ke? Ke balasan sebab aku elakkan diri dari dia?" soal Anis Raihanna sendiri. Tubuhnya mula dibasahi air hujan.
Mengigil dia menahan kesejukan. Bibirnya sudah kebiruan. Wajahnya pula pucat lesi. Makin lama makin lebat air hujan membasahi bumi.
Pin! Pin! Pin!
Kedengaran bunyi hon dari sebuah kereta ke arah Anis Raihanna. Anis segera menoleh ke arah kereta tersebut. Dia menghela nafas lega.
Kerana kereta tersebut merupakan kereta Afiq Raihan.
Anis Raihanna berlari lari anak ke arah kereta suaminya. Lalu memboloskan diri ke dalam kereta tersebut.
"Hana kau ok tak ni? Kenapa kau tak duduk dalam kereta habis basah lencun dah baju kau. Nah pakai jaket aku ni" arah Afiq Raihan. Terkejut dengan keadaan isterinya.
Anis Raihanna segera mengambil jaket suaminya lalu dipakai.
"Kereta aku rosak. Masa aku nak masuk dalam kereta,pintu dia rosak pulak. Tu aku terpaksa tunggu dalam hujan" terang Anis Raihanna. Dia bersandar seketika. Sesekali dia bersin.
Afiq Raihan berasa risau dengan keadaan Anis Raihanna. Dia menaikkan suhu penghawa dingin keretanya. Lalu tangannya ditekapkan pada dahi isterinya.
"Ya Allah,Hana. Sejuknya badan kau. Jom aku bawak pergi klinik." kata Afiq Raihan dengan nada risau.
Namun tiada apa apa balasan daripada Anis Raihanna. Gadis itu memejamkan mata.
"Hana kau dengar tak ni?" tanya Afiq Raihan lagi . Makin risau dia dibuatnya.
"Hana!"
Share this novel