BAB 10

Thriller Completed 3138

DIA kembali semula ke alam realiti. Potretnya bersama Mujahid ditekapnya ke dada bersama linangan air mata. Dadanya tiba-tiba berombak kencang. Dikepalkan tangannya lalu diramas-ramas cadar yang menutupi tilamnya.

Diari peribadi miliknya dicapai kembali. Gambarnya bersama Ain, Hana dan Suhada direntapnya dari situ. Sedikit demi sedikit gambar itu dikoyaknya menjadi cebisan-cebisan kecil. Dalam pada itu, peristiwa di hutan belantara pada malam itu menjelma semula…

Masih terbayang di ruang matanya keadaan Suhada yang terkial-kial menahan kesakitan akibat terlalu bisa dengan tikaman di perutnya. Di saat itu, dia membuka kain hitam yang menutupi wajahnya. “Ya, Sue… Kau cari aku?” Alya bersuara perlahan.

“Lyyaa!” menggigil Suhada menyebut namanya. Gadis itu benar-benar kelihatan terseksa. Nafasnya turun-naik. Alya ketawa berdekah-dekah. Lalu dia mencangkung melawan panahan mata Suhada. Diusapnya ubun-ubun Suhada yang kian mendingin itu.

“Kesian kau, Sue… Itulah, lain kali jangan suka menganiaya orang. Inilah akibatnya... So lepas ni, harap kau insaf, ya! Jangan buat lagi! Janji dengan aku, di neraka nanti jangan kau buli orang lain macam mana kau orang buat pada Ameera dulu!” ucapnya diiringi tawa mengilai

“Ameera?” Semakin kuat hilai tawa Alya apabila Suhada menyebut nama itu.

“Ameera dah mati, Sue. Dan sekarang ni Alya yang bangkit untuk membalas perbuatan kau orang terhadap dia!” Pisau yang tertusuk di perut Suhada direntapnya kuat membuatkan gadis itu meraung kesakitan.

arah pekat keluar membuak-buak. Akhirnya gadis itu terus kaku tak bernyawa. Alya tersenyum puas.

Kemudian Hana pula. Wajah Hana yang pucat lesi akibat dijerut lehernya pada batang pokok. Ketika itulah dia keluar, menunjukkan dirinya di sebalik selubung hitam.

“Hai, Hana…” sapanya. Dia mencangkung, menghadap wajah Hana yang kian nyawa-nyawa ikan itu. Rambut gadis itu ditarik lalu dihalakan wajah Hana bertentangan dengan wajahnya.

“Kau tengok betul-betul muka aku ni, Hana. Kau masih ingat lagi dengan wajah ni? Kau masih ingat lagi tubuh badan ni? Muka hodoh yang pernah menjadi bahan jenaka kau, Ain dan Suhada dulu? Badan yang pernah kau kata macam nangka busuk! Ingat lagi tak?” Terbeliak mata Hana memandang Alya.

“Masih ingat lagi apa ku orang dah buat pada seorang gadis bernama Ameera suatu ketika dulu? Masih ingat lagi apa yang dah terjadi kepada Mujahid? Ingat lagi tak?” Hana tidak mampu untuk memberi respon mahupun berkata-kata.

Hanya matanya sahaja yang terkebil-kebil akibat terlalu seksa dengan jerutan di lehernya ketika itu. Namun yang pasti dia masih mampu mengingati akan kenakalannya dan rakan-rakannya sehingga menyebabkan mereka bertiga dibuang sekolah suatu ketika dulu.

Nafasnya kian sendat dek kerana jerutan yang amat ketat di lehernya. Akhirnya dia terkulai bersama mata dan mulut yang terbuka.

“Padan muka kau!”

Selesai ‘urusan’nya dengan Hana, kini giliran mangsa yang dinanti-nantikan sejak mula lagi. Siapa lagi kalau bukan Ain! Kerana dialah kepala dalam kumpulannya dulu!

Tiba di keretanya, Alya menundukkan tubuhnya di sebalik kereta agar Ain tidak menyedari akan kehadirannya. Dan dia sedikit terkejut apabila pintu di bahagian belakang terbuka. Ain meloloskan diri keluar. Alya tersenyum.

‘Terima kasih, Ain… kerana memudahkan kerja aku!’ hatinya berbisik. Ain tampak ketakutan sambil memanggil-manggil namanya, Suhada dan Hana.

Di situ dia memasang strategi. Dalam Ain leka menjerit-jerit memanggil nama mereka bertiga, dengan perlahan dia mendekati Ain. Mungkin gadis itu sedar akan kehadirannya dan mahu menoleh ke belakang.

Namun belum sempat Ain bertindak apa-apa, dia terlebih dahulu menumbuk wajah gadis itu membuatkan Ain terjatuh ke atas tanah.

“Kau siapa?” Tanpa menjawab pertanyaan Ain, dia lalu menghayun sebatang kayu lalu menghentak kuat kepala gadis itu. Darah pekat mengalir di wajah Ain.

“Ini akulah…” jawabnya perlahan diiringi tawa kecil.

“Kau, Alya?” soal Ain lagi. Kali ini makin kuat Alya ketawa.

“Ya, aku Alya. Kenapa?”

“Oi! Kau tu yang kenapa! Syaitan mana yang dah masuk kat dalam badan kau tu hah!”

“Syaitan? Bukan kau ke syaitan tu? Kau, Hana dan Suhada… tiga ekor syaitan yang pernah menghancurkan kehidupan seorang gadis bernama Ameera suatu ketika dulu, kan?” Ain tersentak.

Dia cuba mengingati nama itu. Ya, mana mungkin dia lupa. Gadis malang itu sering menjadi mangsa bulinya serta rakan-rakannya dulu. Tetapi, apa kena-mengena Ameera dengan Alya? Adakah?

“Kau Ameera?”

“Bukan, aku bukan Ameera. Ameera dah mati bersama-sama dengan kekasihnya Mujahid. Kau masih ingat Mujahid? Jejaka tampan yang kau dambakan, tapi sayang dia telah memilih Ameera yang hodoh dan gemuk itu. Maka sebab itu, kau cuba hancurkan hidup mereka berdua. Kau, Hana dan Suhada telah membunuh dua jiwa yang tak berdosa!”

“Aku tak bunuh mereka! Aku hanya nak hancurkan hidup Ameera kerana merampas Mujahid dari aku!”

“Ameera yang rampas Mujahid dari kau atau kau yang nak rampas Mujahid dari dia? Sebab itu kau bubuh bahan mudah meletup dalam mangkuk kajian Ameera sehingga bahan itu meletup mengenai wajah Ameera. Akibatnya wajah Ameera menjadi cacat dan hodoh! Kemudian kau bunuh Mujahid! Tetapi kau harus ingat, jelmaan Ameera masih bebas mencari kau orang bertiga untuk dia tuntut bela!” Ain ingin membalas, namun keadaan kepalanya yang berpinar-pinar membuatkan dia tak berdaya.

“Apa kau cakap ni? Aku tak bunuh Mujahid. Dia mati akibat kemalangan!”

“Kalau tak kerana kau, Hana dan Suhada yang pancitkan tayar dan longgarkan rantai motorsikal dia, Muja takkan susah payah tolak motorsikalnya ke bengkel waktu tu dan dia takkan dilanggar van kalau dia tak melintas jalan besar di hadapan bengkel tu! Aku tahu, kau orang nak balas dendam kerana dia telah melaporkan perbuatan kau orang kepada pengetua sehingga kau orang dibuang sekolah! Aku tahu, Ain! Apa yang telah terjadi ke atas Meera dan Muja sebenarnya adalah hasil agenda jahat kau orang bertiga! Dan sekarang ni, nah! Kau rasakan!” sekali lagi kepala Ain dihentak dengan kayu tersebut membuatkan gadis itu menjerit kesakitan.

“Ya, akulah Ameera! Dan kini aku bangkit semula sebagai Alya untuk membalas dendam!” Dihentaknya lagi kepala Ain berkali-kali sehingga darah keluar membuak-buak.

“Dan yang ini, untuk kekasihku Mujahid!” buat pengabisan batang kayu itu hinggap lagi di kepala Ain.

“Sorry, Ain! Aku terpaksa tamatkan riwayat hidup kau. Sebab kaki buli macam kau, Hana dan Suhada ni tak patut hidup di muka bumi ni. Orang-orang macam kau orang bertiga ni hanya menyusahkan orang lain untuk hidup bahagia aja. So lepas ni, pastikan kau takkan buat perkara yang sama di neraka nanti, ya!” Alya ketawa berdeka-dekah.

Puas kerana dendam yang dipendam selama ini akhirnya terbalas.

Alya tersenyum puas. Kalau nak tunggu pembalasan di Padang Mahsyar, memang lambat. Lebih baik dia sendiri menjalankan hukuman segera ke atas gadis-gadis durjana itu. Kalau dulu dia bodoh membiarkan dirinya menjadi ‘bahan mainan’ mereka bertiga.

Dan sekarang ini, dia jauh lebih bijak dari mereka bertiga. Tak sia-sia usahanya sehingga dia berjaya diterima untuk meneruskan pengjiannya di kolej yang sama dengan ketiga-tiga gadis itu.

Dan nasib terus menyebelahi dirinya kerana telah ditempatkan di kelas yang sama dengan mereka!

Ain, Hana, Suhada… berbahagialah kau di alam barzakh sana dengan ditemani malaikat Munkar dan Nakir. Ma rabbuka! Alya ketawa berdekah-dekah. Semoga kita bertemu lagi di Padang Mahsyar. Friendship forever! Hatinya berbisik lagi. Semakin kuat ketawanya.

Mujahid, aku telahpun menunaikan permintaanmu agar aku bangkit dari terus dibelenggu rasa rendah diri. Kalaulah kau masih ada, tentu kau bangga melihat kekasihmu ini yang bukan sahaja berhati suci, tetapi juga cantik, bijak dan berani macam aku sekarang ini.

Semoga kau damai di sana, sayangku. Dan jangan lupa, tunggu aku di pintu syurga nanti. Alya ketawa, ketawa dan terus ketawa memecah kesunyian kamar itu. Sementara sang ibu yang mendengar tawa si anak dari luar, hanya mampu mengalirkan airmata…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience