BAB 17

Drama Completed 44039

Malamnya,mereka sekeluarga menghabiskan masa bersama-sama keluarga.Iskandar bergelak ketawa bersama anak-anak buahnya,melihat jenaka di televisyen.Sesekali dia menjeling ke arah Nabilla yang sedang bersembang di telefonnya.Agak muram wajahnya.

"Nabilla tak boleh mengandung.Jadi,mama ingatkan nak memperkenalkan Thaqif dengan Wasila,"kata Puan Maria,menunjukkan gambar seorang gadis kepada mereka.

"Apa yang mama cakap ni?"tanya Thaqif,menggenggam tangan isterinya.Nabilla pula sudah agak hajat mama mertuanya ke sini.

"Cantik orangnya.Umur?"tanya Nabilla,tersenyum.

"25 tahun,"jawab Puan Maria.

"Ouh,muda dua tahun.Okaylah ni.Sepadan,"

"Nabilla,"sesak nafas Thaqif mendengar apa yang dikatakan oleh Nabilla."Apa yang Nabilla cakap ni?"

"Iye Thaqif.Nabilla izinkan.Asalkan zuriat tu ada,"kata Nabilla lagi.

"Alhamdulillah.Baguslah kalau begitu.Nabilla dah setuju,"kata Puan Maria.Nabilla tersenyum manis.Thaqif yang dalam keadaan tak percaya menarik tangan isterinya hingga ke dapur secara tiba-tiba.

"Thaqif?

"Apa yang Nabilla cakap ni?"

"Nabilla tak boleh lahirkan anak.Tapi mama dengan papa nak cucu,"

"Nabilla,tolonglah jangan macam ni.Aiman merayu,"

"Bukan apa yang kita nak boleh datang Thaqif.Kita dah buat segala-galanya untuk dapat anak.Ujian IVF dah buat tapi Nabilla tetap tak boleh bagi apa yang Thaqif nak,"

"Apa yang Thaqif nak Nabilla je!That's all!"

"Tapi diorang nak cucu,bukan Nabilla!"

"Nak kopi?"tersentak lamunannya mendengar suara Iskandar menyapa.Nabilla tersenyum manis dan hanya mengangguk."Terima kasih,"

"Sama-sama,"Nabilla pun mengambil cawan yang berisi kopi itu.Dia melihat anak-anak buahnya di ruang tamu.Semuanya sedang khusyuk melihat drama di televisyen.

"Sibuk ka?"

"Takdeklah.Banyak betul kes tahun ni.Baru-baru ni,kak bell dapat kes cerai pulak,"kata Nabilla,menghembus nafas berat.

"Diorang anggap kahwin ni macam permainan je kan.Nak,kahwin,dah taknak, cerai,"

"Hermm,"hanya itu yang mampu dia balas.Iskandar melihat Nabilla yang sedang termenung lagi.

"Tapi hang belum..."

"Belum.Kak bell belum cerai lagi"Iskandar mengangguk faham.

"Banyak betul kekurangan kak bell.Silap hari bulan boleh kena lepas macam tu je,"

"Hang?Kekurangan?Lawyer,baik hati,cantik pulak tu!Apa lagi yang kurang?"

"Kak bell mandul,"

"Kalaulah aku dapat hang,"

"Herm,kalaulah kak bell dapat paksu,"masing-masing melihat di antara satu sama lain.Adakah mereka memberi petunjuk melalui perkataan itu?

"Bila tak kahwin,memanglah boleh cakap macam tu.Lepas kahwin,kekurangan tu akan ditunjukkan satu persatu.Terpulang kepada pasangan sama ada nak terima atau tak,"kata Iskandar sambil melihat anak-anak buahnya ketawa.

Nabilla tersenyum."Paksu nak ke kak bell lepas dah tahu kak bell mandul?"Iskandar memandang Nabilla yang sedang memandangnya juga.

"Hanya Allah je yang tahu Nabilla,"Nabilla tersentak.Masing-masing mendiamkan diri.Membiarkan masa membawa mereka jauh daripada kenyataan.

(beberapa bulan kemudian)

Iskandar melihat kertas yang dipegangnya satu persatu.Dia menghembuskan nafas berat.Apakah salahnya sampai tidak dibenarkan berjumpa anaknya selepas tempoh iddah?!

"Is,"Nek ma hadir sambil menggosok-gosok belakang anaknya.Iskandar cuba menguntumkan senyumannya.

"Sabar ye,"Iskandar mengangguk-angguk.Dia memicit-micit dahinya.Kesakitan dahinya tidak dapat dibendung lagi.Lalu dia pun membuka telefonnya,melihat aplikasi whatsappnya.Dia pun menekan status dan dapat dia melihat status Nabilla di atas sekali.Video Shahrukh Khan bersama lagu Under The Influence mula ditayangkan.Iskandar tersenyum sinis.

"Dari dulu sampai sekarang,sama ja,"dia pun menekan reply dan membuat voice recorder.

"Paksu lagi hensem,"katanya lagi.Dalam beberapa minit,Nabilla membalas dan berkata,"Sehensem-hensem paksu,lebih hensem lagi cimpanzi,"

"Hang bandingkan aku dengan cimpanzi?"

"Dah itu je yang sama tarafnya,"Iskandar tersenyum mendengar suara tawa Nabilla.Dia berhenti lama di situ untuk mendengar suara tawa Nabilla.

"Paksu kerja ke?"

"Ha'ah.Haiwat?Hang tak kerja ka?"

"Tak.Kak bell cuti~"

"Sekejap ja tu,"

"Biarlah,asalkan ada cuti~"mesej disenyapkan seketika.Masing-masing buntu,tidak tahu mahu menjawab apa lagi.Iskandar pula hanya mendengar suara Nabilla di telefonnya berulang kali.Dia tersenyum mendengar Nabilla tertawa.

"Okaylah paksu.Kak bell pergi dulu.Byee,"kata Nabilla,dengan menggunakan voice recordernya.Iskandar tersenyum mendengar suara Nabilla yang diulang-ulangnya.

"Haa bye,"balas Iskandar,tersenyum.Dia bersyukur kerana hati tidak memberikan suara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience