Aku tak pernah kenal erti cinta. Aku tak pernah bermimpi akan berkahwin dengan lelaki idaman aku. Aku anggap diri aku ini sebagai antara manusia yang tak ada keistimewaan untuk memilih calon atau bakal suami. Tak macam orang lain, tak berkenan ini boleh pilih yang itu. Aku bukan setakat nak pilih, nak tunggu pun aku rasa sampai kiamat belum tentu datang.
Bunyi jam loceng memecah kesunyian pagi. Aku paksa diri bangun dari katil. First day at work, mesti nak datang awal. Kata orang tu, first impression lasts. Setelah siap menyarungkan uniform kerja berwarna biru nila dengan tag nama yang bertulis NorNori , aku pun keluar dari rumah menaiki kenderaan yang disediakan. Ada sepuluh pekerja baru termasuk aku. Kami dibawa ke sebuah bilek untuk diberi penerangan oleh Penyelia.
Penyelia kami seorang berbangsa Melayu bernama Encik Haidid . Orangnya bengis, misai tebal dan muka banyak berlobang. Setelah diberi penerangan mengenai tugasan yang bakal kami lakukan, Encik Haidid membawa kami semua berkenalan dengan pekerja-pekerja lain.
Aku perasan ada di antara pekerja di situ berbisik sesama sendiri bila melihat aku. Tapi aku buat bodoh je. Bukannya tak biasa aku mendapat perhatian sedemikian rupa. Bila dah selesai, Encik Haidid membiarkan kami dengan tugasan kami.
“Hai, nama saya NorNori , tapi orang panggil saya Nori saja. Errr…saya ni baru kat sini. Awak boleh tak tolong tunjukkan kalau ada bendar yang tak betul?” aku bersuara kat partner aku dalam line tu.
“Nama saya Maimon, tapi panggil Mon je cukup,” jawab Maimon sambil menyambut salaman aku.
“Dah lama Mon kerja kat sini?” tanya aku lagi.
“Dah nak dekat 5 tahun,” katanya lagi.
“Wahh lama juga tu,” jawab aku sambil tersenyum. Aku sudah mendapat teman pertama di kilang itu. Maimon lebih kurang sebaya dengan aku, dia dah kahwin dah ada anak dua pun. Tapi muka dia tak nampak macam wanita yang dah kahwin, badan dia slim.
Share this novel