BAB 1

Humor Completed 8905

‘’Celaka!’’

Satu sepakan kencang membuatkan tin kemek yang berisi takungan air hujan ku kira berdentang-dentung di jalanan. Geram sungguh hati aku, ini masih belum cukup. Kalau ada manusia di depan ku yang kebetulan buat aku menyampah, boleh jadi dan Sadaqallah jadinya.

Tali leher yang aku pakai aku longgarkan dengan kasar. Rambutku yang pendek separas leher aku raba dengan kasar sehingga kusut. Hatiku benar-benar panas kini. Sudah dua hari berturut-turut aku ke hulu ke hilir mencari kerja di Kuala Lumpur ni tapi habuk pun tarak dapat.

Yang buat aku bengang sangat, kebanyakan pengurus syarikat inginkan jurutera lelaki. Gila! Apa dia ingat perempuan tak mampu nak buat kerja tu semua.

Huh! Dulu masa kat universiti aku pelajar terbaik di universiti siap dapat anugerah dekan lagi padahal course yang aku ambil tu 99% lelaki. Aku bukan nak berbangga dengan diriku tapi itulah hakikat. Perempuan pun mampu mengatasi lelaki tapi sah sah semua pengurus tu memang kuno pemikiran! Semua fikir perempuan ni lemah!

Ada ke diorang cakap aku ni tak layak pegang jawatan jurutera, hanya layak pegang jawatan setiausaha je. Kalau ikut hati nak je aku lempang diorang. betul-betul buta hati dalam menilai mana yang layak dan mana yang tak.

" Bagi balik buku saya!" Rasa berangku sedikit terbantut apabila terdengar suara lelaki sedang merayu. Aku mengarahkan pandangan ke belakangku. Kelihatan sekumpulan lelaki yang berpakaian entah apa-apa sedang mengurumuni seorang lelaki yang lengkap memakai kemeja pink dan seluar slack hitam. Mereka melambung-lambung buku dan fail milik lelaki itu sambil mentertawakannya.

Salah seorang daripada menujah kepalanya berkali-kali. Lelaki itu terus merayu namun langsung tidak diendahkan. Panas hatiku kembali memuncak. Ish, ni kes buli ni! Tak guna punya orang! Tanpa berfikir panjang aku terus menuju ke arah kumpulan itu dengan berjalan ala-ala samseng jalanan.

" Hoi, korang gila ke apa kacau dia?!" Tengkinganku membuatkan mereka terkejut dan terdiam seketika. Mereka memandang pelik kepadaku. Kemudian mereka terus tertawa sinis.

" Hai awek cun..datang nak selamatkan kekasih hati ke..?" Sinis kata-kata salah seorang daripada mereka yang agak gendut. Aku memandang tajam kepadanya. Muka dah macam bapak orang tapi gatal mengalahkan anak muda.

" Ini rezeki bro.. cun gile awek ni.." mereka mula mengerumuniku perlahan-lahan. Mata mereka merayap dari hujung rambutku hingga ke hujung kaki. Bahuku disentuh namun aku lebih pantas menepis. Kurang ajar!

" Wei korang jangan nak kurang ajar dengan aku!" Aku membentak keras. Aku memang pantang dengan orang yang kurang ajar ni!

" Makaiii garangnya..ala sayang..janganla marah-marah, mehla kat abang.." kata lelaki gendut itu lagi diiringi dengan gelak ketawa rakan-rakannya . Dia cuba memeluk aku namun dengan sepantas kilat kepala lututku menghentam celah kangkangnya.

"Auwwww!!!" Lelaki itu terjerit nyaring dan kemudian terloncat-loncat sambil memegang ‘tempat’ yang aku hentam tadi. Padan muka! Rakan-rakannya tergaman melihat tindakan spontanku. Jangan main-main dengan aku.Aku bekas ratu taekwando universiti.Tak pernah tewas dengan sesiapa pun!

" Kurang asam punya betina! Apa lagi korang tunggu! Pukul dia!" Jeritnya lagi. Wajahnya masih berkerut menahan sakit. Serentak dengan itu mereka menyerangku serentak.

Dengan kudrat wanitaku yang setara dengan lelaki, aku membalas serangan demi serangan yang mereka lakukan. Lima lawan satu masih tidak mampu mematahkan pertahanan diri aku. Dengan sekuat tenaga aku memukul dan menendang mereka menggunakan teknik taekwando yang aku pelajari ketika di kampus dulu. Seorang demi seorang tumpas di tanganku.

Akhirnya semua terbaring lesu dengan lebam di sana-sini dan darah mengalir daripada celahan hidung dan mulut mereka.

" Tak puas hati lagi?!" Gertakku sambil masih mengenggam penumbuk untuk meneruskan hentakanku yang terhenti seketika.

" Ampun..jangan pukul lagi. Kami janji tak kan kacau boyfriend awak lagi..ampunkan kami…," rayu lelaki gendut yang sudah teruk aku belasah sambil mengatup kedua-dua belah tangan seolah-olah sedang meminta ampun. Rakan-rakannya yang lain turut berbuat tindakan serupa.

Aku tergelak sinis. Ceh, ingatkan gagah perkasa sangat! Harapkan badan je besar tapi lembik! Kelakar pulak aku tengok muka sorang-sorang yang lebam-lebam macam Tompok, kucing kat umah atuk aku.

" Hah! Apa lagi, korang blah lah!!" Gertakku sekali lagi sambil menjegilkan mata. Serentak dengan itu, mereka lintang pukang lari demi menyelamatkan diri. Huh! Tahu pun takut. Puas hati aku dapat belasah orang hari ni. Lepas sikit rasa geram di hati ni.

" Saudari hebatlah!" Aku tersentak apabila lelaki yang kena buli tadi memujiku tiba-tiba. Owh, baru perasan pasal mamat ni. Aku memerhatikan dia dari atas ke bawah. Rambutnya lurus yang disikat kemas dengan sedikit rambut menutupi hampir seluruh dahinya dengan cermin mata besar dan berbingkai hitam penuh tergantung di hidungnya, kemeja dan seluar slack yang agak sendat membaluti tubuhnya dan kasut lusuh yang sudah hampir terkoyak tersarung di kakinya. Beberapa fail dan buku berada dalam genggamannya. Erk? Nerd ke??? Aku mencebik. Patutla lembik!

" Err..ada yang tidak kena ke dengan saya?" Soalnya dalam bahasa yang agak skema. Nak tergelak aku dibuatnya.

" Hurmm..kau ni lelaki kan?" Tanyaku sinis.

" Ye saya..saya lelaki..kenapa saudari bertanya begitu?" Aku menahan gelak mendengar ayatnya yang macam orang 50-an punya dialog. Kalau masuk anak wayang,mesti boleh kasi pecah punya..

" Hei, kalau kau tu lelaki buatla cara lelaki! Tak kan orang nak buli kau, kau nak dok diam je! Jangan jadi lembik la bro..lawan la!" Dia terlopong mendengar herdikanku. Saja nak bagi dia sedar sikit .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience