BAB 7

Humor Series 8150

Sepanjang perjalanan, Waadah Sakinah hanya mendiamkan diri. Dia lebih senang melihat pemandangan di luar cermin tingkap kereta. Terbayang saat manis ketika dia bersama bekas kekasihnya dahulu. Eshal yang memandu kenderaan itu sesekali menoleh pandangannya melihat gadis di sebelahnya itu. 'Haishh, kenapa kau payah sangat nak lupakan si Mika tu? Sampaikan aku yang duduk di sebelah kau ni pun kau dah tak kisah kan, Wada.' gumamnya di dalam hati. 'Ni tak boleh jadi ni, aku mesti berbuat sesuatu.'

Tanpa berfikir panjang lagi, Eshal membelok ke kiri. Mengubah haluan destinasinya. Wada yang tersedar daripada lamunannya itu tersentak. Ini bukan laluan untuk ke shopping mall. Eshal ni dah kenapa?

"Ehh, awak. Kenapa awak belok kiri? Shopping mall kan sebelah kanan. Tadi awak cakap nak pergi jalan-jalan dekat mall kan?" soalnya pelik melihat tingkahlaku lelaki di sebelahnya itu.

"Saya tak jadi lah nak pergi mall. Kita pergi satu tempat ni, okey. Awak ikut je saya. Jangan risau, saya masih waras lagi. Saya takkan bawa awak pergi tempat yang bukan-bukan." ujarnya selamba.

Dua puluh minit perjalanan, mereka tiba ke destinasi yang dituju. Wada yang menyedari dirinya dibawa ke tempat itu, dengan serta-merta riak wajahnya berubah. Nafasnya tersekat-sekat.

"Eshal, kenapa awak bawa saya ke tempat ni? Saya tak suka. Please, jom kita balik. Kalau tak, saya takkan turun." Ohh! main ugut-ugut pula si Wada ni, yaa. Kau tunggu kejap.

"Okey takpe, kalau awak tak nak turun. Saya dukung awak," pantas Eshal menutup pintu keretanya dan berlari menuju ke arah tempat duduk Wada di sebelahnya itu tadi. Belum sempat dia nak menggendong gadis kecil molek itu, tindakannya terhenti apabila Wada cepat-cepat keluar dari keretanya.

"Ishh, awak ni kan! Suka paksa-paksa orang." ujarnya geram dengan sikap Eshal.

'Hehe, tahu pun takut kau, Wada.' Eshal Zafri tersengih-sengih macam kerang busuk.

Mereka berjalan beriringan di tepi pantai yang indah nian itu. Eshal yang sememangnya sudah tahu bahawa tempat ini adalah tempat yang meninggalkan banyak kenangan manis antara Wada dan Mika, dia ingin gadis itu melupakan segala kenangan itu di sini.

"Saya tak faham kenapa awak perlu bawa saya ke tempat ni. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa tempat ni juga yang awak bawa saya? Awak tau kan, saya.." Wada tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Hatinya sebak. Air matanya mula bertakung di tubir mata.

"Awak. Saya faham, Wada. Saya tahu memamg tempat ni banyak kenangan manis antara awak dan Mika. Sebab tu lah saya bawa awak ke sini. Saya nak awak lepaskan segala kenangan tu semua di sini. Macam mana kenangan itu bermula di tempat ni, macam itu jugalah saya nak kenangan itu berakhir kat sini. Kalau awak nak menangis sepuas hati awak, menangis lah. Saya takkan halang awak. Then, saya nak awak lupakan dia. Start your new life without him. Without anything about him anymore. Please, Wada. Saya tak sanggup nak tengok awak macam ni lagi. Saya nak awak happy macam dulu."

Waadah Sakinah tidak dapat menahan sebaknya sebaik mendengar tutur bicara lelaki itu. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua. Dia melepaskan segala apa yang terbuku di hati sepuas-puasnya di situ. Sambil menangis, dia menceritakan satu persatu kenangan manis yang pernah tercipta bersama Mika dahulu kepada lelaki yang setia berada disampingnya kini.

Eshal hanya mampu melihat dan sesekali menyeka air mata Wada dengan tisu. 'Haihh, aku pulak yang sakit hati dengar kau cerita semua pasal dia. Takpe Eshal, sabar. Lepas ni, chance kau pulak untuk curi hati Wada." bisiknya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience