Anis Raihanna mula mendekati suaminya. Pelik dengan riak muka yang dipamerkan oleh Afiq Raihan. Pucat lesi saja mukanya. Dah lah putih lepas tu pucat. Macam muka orang dah tak bernyawa.
"Woi kau apahal? Pucat sangat muka. Takkan kau alergik sangat dengan buah ni sampai pandang pun macam nak pengsan dah." tegur Anis Raihanna. Disuakan buah tersebut kepada suaminya.
"Hana..ka..u..me..ngan..dung..ke?" soal Afiq Raihan tergagap gagap. Dia betul betul risau jika perkara itu benar benar terjadi. Apa dia nak cakap pada Iskandar nanti?
Bukk!
"Aduh sakitlah gila! Jauhkan buah tu dari aku!" jerit Afiq Raihan perlahan. Dia menggosok gosok kepalanya yang kesakitan.
"Kau kalau tak merepek boleh tak! Kau tu yang gila! Aku teringin tak semestinya mengandunglah sengal!" marah Anis Raihanna. Terkejut dia dengan kata kata Afiq Raihan sebentar tadi.
"Manalah aku tahu. Sebab tu lah aku tanya bongok!" bidas Afiq Raihan. Matilah dia kalau hari hari kena pukul dengan Anis Raihanna.
Nasiblah dapat bini kaki pukul. Haish.
"Ish aku la kau ni. Kau nampak buah ni. Nak aku pukul kepala kau pakai ni. Ke kau nak kena siku lagi hah?" balas Anis Raihanna tak puas hati. Kalau ye pun tak tahu macam mana boleh pikir sampai ke situ. Mereka berdua pun tidur asing asing.
"Hish sudah la malas aku layan kau. Aku bagi kau mengandung betul betul nanti baru tahu." ucap Afiq Raihan perlahan. Dia terus berlalu pergi dari situ. Mahu mengamuk terus Anis kalau dengar.
Anis Raihanna terlopong. Membulat matanya apabila mendengar kata kata Afiq Raihan.
Nak mati awal agaknya mamat sengal ni. Dia segera mendapatkan Afiq Raihan.
"Woi pak cik sini kau. Ingat aku tak dengar kau kata apa tadi. Nahas kau aku kerjakan." kata Anis Raihanna dari belakang.
Bukk!
Sekali lagi kepala Afiq Raihan diketuk oleh Anis Raihanna. Cuma kali ni bukan menggunakan buah mempelam tetapi menggunakan botol sos cili! Ha bayangkan la rasa sakit dia macam mana. Auch.
"Aduh! Woi kalau otak aku tak betul nanti macam mana hah? " marah Afiq Raihan dengan serangan mengejut daripada Anis Raihan. Sakitnya bukan kepalang!
"Sebab nak betulkan kepala kau lah aku ketuk. Kalau berani lagi cakap macam tu, ini makan dia. Faham?" kata Anis Raihanna. Dia menunjukkan sebotol sos cili tadi ke arah Afiq Raihan.
Afiq Raihan terkejut. Patutlah sakit dia lain macam. Guna botol sos cili tu rupanya. Memang nak aku mati awal ke macam mana?
Afiq Raihan menjeling tajam Anis Raihanna. Manakala Anis pula tersenyum kemenangan. Siapa suruh cari pasal lagi? Kan dah mendapat.
"Tsk..Tsk..Tsk.."
Seorang kanak kanak lelaki dalam lingkungan 5 tahun yang sedang menangis menarik baju Afiq Raihan.
Lelaki itu menoleh ke arah kanak kanak tersebut.
"Abang..tolong Arif..Arif nak jumpa ibu ayah..tsk..tsk..tsk.." kata kanak kanak tersebut. Afiq Raihan memandang kanak kanak tersebut dengan hairan. Mana datang budak ni bisik hatinya.
"Sejak bila aku abang kau hah budak?" balas Afiq Raihan. Dia mula duduk bercangkung dihadapan kanak kanak tersebut. Dipandang raut wajah kanak kanak tersebut tanpa perasaan.
Anis Raihanna segera mendapatkan kanak kanak lelaki tersebut. Gila ke suami dia cakap macam tu pada budak kecil. Kesian budak tu.
"Adik jangan menangis. Lelaki tak boleh menangis. Kena kuat. Mana ibu ayah adik?" pujuk Anis Raihanna. Tangannya menyeka air mata yang mengalir dipipi kanak kanak tersebut.
Afiq Raihan sekadar jadi pemerhati.
Kanak kanak lelaki tersebut mula berhenti menangis. Dia memandang raut wajah Anis Raihanna dan Afiq Raihan silih berganti.
"Ayah ibu hilang. Kenapa ibu ayah tinggalkan Arif sorang sorang. Arif takut." kata kanak kanak lelaki tersebut. Dia memeluk Anis Raihanna.
Anis Raihanna membalas pelukan kanak kanak tersebut.
"Jangan risau kakak dengan abang ada dekat sini. Kita cari ibu ayah sama sama ye." kata Anis Raihanna sebaik saja pelukan dileraikan. Dia menghadiahkan senyuman kepada Arif.
"Baik kak. Tapikan sejak bila saya jadi adik kakak?" tanya kanak kanak tersebut dengan polos. Mungkin dia terikut dengan kata kata Afiq Raihan.
Afiq Raihan sudah ketawa terbahak bahak apabila Arif berkata sebegitu. Anis Raihanna pula sudah menjeling tajam kepada suaminya. Dasar pengaruh buruk!
" Arif,abang gurau je lah tadi. Tak elok cakap macam tu tau. Kenapa? Arif tak nak ke jadi adik abang dengan kakak ke?" kata Afiq Raihan. Dia mencubit pipi Arif. Comel macam anak sedaranya Amirul.
"Mestilah nak. Arif tak ada abang dengan kakak." kata Arif teruja. Hilang segala kesedihan yang dialami oleh kanak kanak tersebut.
Seraya itu,Afiq Raihan mendukung Arif. Anis Raihanna mengulum senyuman. Ingat Afiq betul betul kata sebegitu kepada Arif.
"Tapikan abang,bukan ke abang yang cakap sorang sorang tadi? Macam orang gila." kata Arif bersahaja.
Kini Anis Raihanna pula gelak terbahak bahak. Padan muka. Balasan sebab kenakan budak tu lagi akhirnya kau yang terkena balik. Afiq Raihan mengeleng kepala. Satu jelingan tajam diberikan pada Anis Raihanna.
"Abang cakap dalam telefonlah Arif." balas Afiq Raihan. Arif tersengih.
"Oh sorry abang. Arif ingat abang gila. Hehe" balas Arif. Afiq Raihan hanya tersenyum nipis.
"Ya Allah,Arif! Macam mana Arif ada kat sini. Penat ibu dengan ayah cari tau! Meh sini dekat ibu" balas seorang wanita muda yang tiba tiba muncul.
Afiq Raihan segera menurunkan Arif. Teruja Arif apabila dapat bertemu dengan ibu bapanya kembali. Mereka berdua tersenyum.
"Terima kasih sebab tolong tengokkan Arif ni. Maaf kalau dia nakal. Tadi ibu dia yang hilang kemudian Arif pulak hilang. Naik risau saya dibuatnya." kata bapa Arif.
Bapa Arif dan Afiq Raihan berjabat tangan. Ibu Arif juga sempat bersalaman dengan Anis Raihanna.
"Tak apalah bang,dia tak nakal pun. Kan sayang?" kata Afiq Raihan. Anis Raihanna hanya menganggukan kepala. Lantak lah nak panggil dia apa janji tak berpeluk bagai.
"Betul tu ayah. Abang gila dengan kakak cantik ni baik tau. Dia orang yang nak tolong Arif cari ibu ayah" balas Arif. Dia senyum ke arah ibu bapanya.
Anis Raihanna sudah tahan gelak apabila Arif membahasakan Afiq sebagai 'abang gila'. Riak mukanya dikawal sebaik mungkin. Afiq Raihan sudah menahan malu. Hadeh Arif ni kan.
"Eh maafkan Arif ya. Dia memang nakal sikit. Terima kasih sekali lagi ya sebab tolong Arif." balas bapa Arif. Dia berasa malu pula kerana perbuatan anaknya.
Mereka sekeluarga meninggalkan Afiq Raihan dan Anis Raihanna. Anis Raihanna memerhati pemergian keluarga tersebut.
"Bahagianya keluarga Arif. Boleh ke kalau aku ada keluarga macam tu pada masa akan datang?" detik hati Anis Raihanna.
"Oi minah, Yang kau tengok dia orang macam nak tembus kenapa? Ada lagi ke barang nak beli ni. Aku penat lah." tegur Afiq Raihan.
"Hah? Oh. Dah habis beli dah. Jom bayar." ajak Anis Raihanna. Dia cuba melupakan perkara yang menganggunya sebentar tadi.
Tak Anis. Tak mungkin kau akan ada keluarga macam tu. Kau kahwin dengan Afiq Raihan selama 3 bulan je dan setelah tu kau akan berpisah. So stop dreaming,Anis Raihanna. Monolognya sendiri.
Afiq Raihan mengikuti langkah isterinya. Tertanya tanya juga dia dengan perubahan mood Anis Raihanna. Tadi ok jer aku ada buat salah ke? Omelnya perlahan.
"Eh mak cik. Ni semua siapa nak bayar? Aku tolong tolak troli ni jer."
Anis Raihanna menoleh ke belakang. Riak muka menyampah dipamerkan.
"Hei kau tu suami. Jadi kau lah yang bayar. Tugas seorang suami kan memberi nafkah kepada isteri. Takkan itupun nak kena ajar." bebel Anis Raihanna. Dia sudah mencekak pinggang.
"Oh kiranya nafkah batin pun suami kena bagikan? " usik Afiq Raihan. Bibirnya sudah tersenyum nakal.
"Kau nampak ni? Nak kena lagi ke apa?" balas Anis Raihanna. Tangannya sudah memegang sebotol sos cili. Dia tersenyum sinis. Berani mamat tu nak cari pasal lagi.
"Ish yelah. Aku gurau jer. Yer aku bayarkan. Jom aku nak balik,penat la shopping ni" rungut Afiq Raihan. Susah betul kalau nak menang dengan perempuan ni. Asyik dia je yang kena mengalah. Hmm.
Anis Raihanna tersenyum kemenangan apabila suaminya mengalah.
"Ok,jom!" balas Anis Raihanna teruja.
Afiq Raihan tersenyum senget. Dia rasa gembira apabila isterinya tersenyum. Seraya itu mereka berdua berjalan beriringan ke kaunter bayaran.
???
"Aduh,beratnya! Afiq tolonglah aku angkat barang ni." pinta Anis Raihanna. Dia buat riak muka kesian. Mahu memohon simpati.
"Eh tak nak aku. Aku dah bayar kan barang barang tu tadi. Ada tangan ada kaki so angkatlah sendiri." balas Afiq Raihan selamba. Dia menjelir lidah ke arah isterinya sebelum masuk ke dalam rumah. Saja nak menyakitkan hati orang!
"Ish ada suami pun macam tak ada! Haihh apa nasib aku dapat suami yang tak berperikemanusiaan ni." bebel Anis Raihanna sendirian. Kedua dua belah tangannya penuh menjinjit beg plastik yang berisi barangan dapur yang dibeli di pasaraya tadi.
Dia mengatur langkah ke dalam rumah dengan perasaan sebal. Seraya itu Anis meletakkan barangan tersebut di dapur sebelum membersihkan diri.
Usai saja membersihkan diri, Anis melangkah ke dapur. Dia mula menyusun barang dapur ke dalam kabinet. Bahan bahan yang diperlukan untuk dimasak telah disediakan terlebih dahulu. Rambutnya telah diikat sanggul bagi memudahkan pergerakan. Apron juga telah dipakai.
"Afiq! Afiq!" laung Anis Raihanna beberapa kali dari dapur. Dia nak tengok Afiq Raihan menepati syaratnya atau tak.
"Ya aku datang! Jangan jerit dah." balas Afiq Raihan. Dia mengatur langkah ke dapur.
Resipi masakan yang dibaca tadi telah dihafal oleh Afiq Raihan. Bertungkus lumus dia hafal sebab takut ditertawakan oleh isterinya.
Itulah kau Afiq. Cakap besar lagi kalau kantoi nanti macam mana. Bisik hatinya.
"Sini tolong aku masak cepat. Nah ambik pakai apron. Takut kotor baju kau nanti" arah Anis Raihanna. Dia menghulurkan sehelai apron kepada suaminya.
Afiq Raihan menyambut huluran isterinya. Seraya itu dia terus memakai apron tersebut.
"Okay aku cadang nak masak tomyam seafood. Kejap kau ada alergik apa apa ke? Takut aku termasukkan pulak dalam ni" soal Anis Raihanna. Dia bukan tahu sangat pasal Afiq Raihan ni.
Dan kalau boleh dia memang tak nak tahu apa apa yang berkaitan dengan suaminya. Tapi itulah takdir dah menyatukan mereka berdua bersama sebagai suami isteri.
"Ada." balas Afiq Raihan selamba.
"Kalau kau makan benda tu jadi apa? Bengkak ke apa ke?" soal Anis Raihanna lagi. Rasa teruja pulak bila dapat tahu mamat tu ada alergik.
"Entahlah macam macam boleh jadi."
"Oh jadi kau alergik apa sebenarnya?"
"Aku alergik kau." Ringkas saja balasan daripada Afiq Raihan.
"Kau ni aku serius lah! Boleh pulak main main. Kiranya tak ada lah kan" balas Anis Raihanna geram.
" Ya aku cuma alergik kau je tak ada benda lain dah" kata Afiq Raihan. Saja nak menyakat minah sorang ni.
"Ish sudahlah. Tu ambik halia,bawang merah dengan bawang putih potong nipis nipis . Lepas tu masak nasi. Faham?" arah Anis Raihanna. Dia pula akan sediakan udang,sotong dan ayam.
Afiq Raihan hanya mengangguk tanda faham. Dia akur dengan arahan Anis Raihanna. Tangannya pantas memotong bawang. Matanya yang pedih ditahan.
"Oi ok tak ni? Berair sangat dah mata kau tu. Macam menangis je rupanya. Hahaha" tegur Anis Raihanna. Terkejut juga dia bila arahan yang diberikan diturut oleh suaminya.
"Ah aku ok. Kau buat je kerja kau tu. Ini Afiq Raihan lah. Semua ni kacang je bagi aku." bongkak Afiq Raihan berkata. Padahal pedih dimatanya tak terkata. Tetapi kerana nak control macho dia terpaksa tahan. Pftt
"Lantak kau lah. Nanti mata kau buta baru kau tahu. Padan muka" tipu Anis Raihanna. Sengaja mahu menakutkan Afiq Raihan. Dia menyambung semula memotong ayam.
Afiq Raihan tersentak. Seriuslah boleh buta?! Ah aku tak nak jadi buta! Dia segera beralih ke sinki untuk membasuh matanya yang kepedihan.
Tangannya mengosok matanya menggunakan air bagi menghilangkan kepedihan yang dialami. Namun tetap masih tidak hilang. Afiq mula tidak keruan.
Aku akan jadi buta ke sebab pedih ni tak nak hilang. Ah aku tak nak! omelnya perlahan.
"Hana tolong aku. Pedih ni tak nak hilang. Aku tak boleh bukak mata aku wei. Aku tak nak jadi buta." adu Afiq Raihan kepada isterinya.
"Hahahahahahaha..padan muka kau. Tadi kata kacang lah apa lah. Sekarang..hahaha" Anis Raihanna menyambung semula sisa tawanya. Tak sangka Afiq percaya bulat bulat.
"Eii tak lawak lah Hana. Tolong lah aku wei. Aku tak nak buta. Kau nak gelakkan aku pun nanti je lah" rungut Afiq Raihan.
"Yer biar aku tengok." ucap Anis Raihanna selepas tawanya reda. Dia mula menghampiri suaminya. Tisu kering diambil lalu dilap pada mata Afiq Raihan.
Afiq Raihan berdiri kaku. Dia tahu kedudukan mukanya dengan isteri terlalu dekat.
"Ha cuba kau bukak mata sekarang. Ada rasa pedih lagi tak?" arah Anis Raihanna.
Dengan perlahan-lahan Afiq Raihan membuka matanya. Rasa pedih tadi sudah hilang. Pandangannya yang gelap tadi diganti dengan seraut wajah isterinya. Anis mengukir senyuman kepada dirinya.
"Ok dah. Pergi sambung kerja kau. Jangan nak mengelat." Anis Raihanna memberi amaran. Dia menyambung semula memotong udang dan sotong.
Afiq Raihan memegang dadanya. Jantungnya berdegup dengan laju. Baru tengok muka Anis Raihanna dalam jarak yang dekat pun dah berdegup macam apa. Dia terus menyambung semula memotong halia.
"Eh Afiq,tu lengkuas bukan halia lah." tegur Anis Raihanna.
"Oh aku saja nak potong lengkuas ni. Nanti aku potong la halia tu." kata Afiq Raihan mahu menutup malu. Dia sebenarnya tak reti bezakan halia dengan lengkuas. Ish ish ish.
"Nah potong cepat sikit. Aku nak mula masukkan dah bahan bahan ni. Lagi cepat kita masak,lagi cepat boleh makan." kata Anis Raihanna. Halia diberikan kepada Afiq Raihan.
Afiq Raihan segera memotong halia tersebut. Nasib baik Anis bagi kalau tak terpaksa lah dia mengaku tak reti bezakan antara halia dengan lengkuas.
Sebaik saja bahan bahan telah dipotong, Anis mula memasak. Manakala,Afiq Raihan memasak nasi.
Akhirnya,tomyam seafood sudah dimasak. Anis menyalin tomyam tersebut ke dalam mangkuk. Nasi juga telah siap dimasak. Air yang telah dibancuh dituang ke dalam gelas.
"Okay jom makan!" ajak Anis Raihanna teruja.
Selepas doa makan dibaca,mereka berdua mula menjamu selera.
Terpejam mata Afiq Raihan menikmati makanannya. Maklumlah first time makan air tangan sendiri. Tak sangka sedap.
"Sedapkan aku masak. Biasalah tengoklah air tangan siapa?" puji Anis Raihanna pada diri sendiri. Sekali sekala masuk bakul angkat sendiri. Hehe.
"Eh aku pun tolong eh. Jangan nak perasan sangat." bidas Afiq Raihan. Menyampah dia dengar isterinya puji diri sendiri. Kalau puji dia tak apalah. Huh.
"Eleh,harapkan kau. Makan bubur tomyam lah kita agaknya. Masak nasi pun tak tahu." perli Anis Raihanna. Dia tersenyum mengejek.
Mana taknya,air nasi tu hampir separuh diletaknya air. Memang jadi bubur la nasi tu. Nasib baik Anis sempat tengok. Haihh macam macam.
"Diam lah. Makan cepat. Lepasni kita solat maghrib sama sama" balas Afiq Raihan. Tahulah dia tak reti masak nasi. Tak payah lah nak perli perli. Huh.
Nak update lagi ke tu?
Stay tune!?
Share this novel