Bab 18

Romance Completed 53836

Munirah..Nanti ikut walid boleh? Walid ada perjumpaan dengan seorang ahli politik ni. Dia mahu menyumbang kepada Pusat rawatan kita. Pinta Walid setelah berjumpa dengan Munirah di dalam pejabatnya. Walid lebih selesa mengajak Munirah memandangkan Munirah adalah menantunya. Sekali-sekala walid mahu mengajar Munirah dengan dunia kerja ini. Sudah lama dia tidak berbual rapat dengan Munirah. Asyik Azhar sahaja yg rapat dengan Munirah selalu. Haji Darus tidak menyangka yg anaknya itu sangat penyayang orangnya. Syukur dia melihat hubungan baik sahaja antara Munirah dan Azhar.

Owhh yeke..boleh saja walid. Lagi pun Irah tak buat apa-apa pun nanti. Jawab Munirah lembutnya suka sahaja Walid mengajarnya dalam bidang pekerjaan ini. Walid menerimanya bekerja itu sudah syukur rahmat kepada Munirah. Layanan walid terhadapnya sangat baik sekali. Seperti hubungan anak dan ayah sahaja. Segala nasihat walid terhadap Munirah ia tidak akan lupakan.

Jam menunjukkan pukul 10.00 a.m. Walid dan Munirah sedang duduk di tepi ruang menunggu tetamu bagi berjumpa dengan salah seorang ahli politik yg sangat terpengaruh mahu menyumbang kepada mereka. Nasib sahaja Munirah memakai baju kurung kosong berwarna hijau muda dan juga shawl satin bercorak bunga. Sopan sahaja penampilannya setiap hari datang kerja. Sejak dia tinggal dengan Azhar hanya penampilan begitulah yg sering ia gayakan. Azhar juga suka melihat dirinya berpakaian begitu. Isteri mana tidak suka kalau suami suka dengan penampilannya. Walid juga senang ada menantu sebaik Munirah. Dengan kedatangan Munirah bekerja dengannya pusat rawatan itu meriah sahaja. Ada sahaja setiap hari pekerja akan menyakat Munirah. Maklumlah jiwa Munirah masih lagi muda jadi dirinya akan lain dari pekerja yg sudah berusia.

Assalamualaikum Haji Darus. Ucap salah seorang lelaki yg memakai sut lengkap kemas kepada walid. Kedengaran macam Munirah pernah mendengar nadi suara itu. Munirah terus memandang ke arah susuk tubuh lelaki di depannya. Aha...tidak salah lagi orang yg berada di depannya itu ayah kepada seorang yg sangat Munirah benci. Tidak sangka kecil saja dunia ini mereka bertemu semula. Munirah hanya buat tidak kenal sahaja malah dia fokus terhadap kedatangannya ke sini bersama walid. Buat apa dia nak kenang benda yg lepas lagi. Sakit di hatinya tidak semudah itu akan sembuh selagi tiada ucapan mohon maaf dari mereka semua.

..........................................................................

Apa yg aku nak masak ni?? Aduh..aku mana pandai masak. Masuk dapur pun sekali sekala saja..Apa kata aku cuba masak tomyam..tengok macam senang jerr resepi dekat internet ni. Cakap Munirah sendiri mula mencari resepi mudah untuknya masak nanti. Jam menunjukkan pukul 12.30 p.m. Sempatlah dia masak sebelum Azhar pulang nanti. Ini adalah kali pertama dia mahu masak untuk seorang suami. Kalau bukan walid yg memberitahu bahawa hari ini adalah hari lahir Azhar mana taknya dia tahu. Walid sanggup berinya kerja separuh masa untuk memberikan kejutan kepada Azhar nanti. Walid juga menghantar Munirah pulang awal ke rumah hari ini. Sibuk saja tangan Munirah menekan punat telefonnya mencari resepi masakan kampung dan juga pencuci mulut.

Okey...mari kita usaha..inilah masanya Munirah Safiyah tunjuk skill memasak untuk suami tercinta. hahaha..ceh..mengarut je aku ni. Entah jadi ke tak masak nanti. Bersuara Munirah penuh semangatnya terus mengikat rambutnya ke belakang. Dipakai apron warna pink milik Azhar itu di badannya. Munirah melipat lengan baju kurung yg masih dipakainya itu. Di bawa keluar segala badan yg ada di dalam peti sejuk. Agak lama juga Munirah memotong semua bahan itu kerana mahu ia menjadi sempurna seperti di dalam video masakan itu. Pada masa yg sama White dan juga putih datang kepadanya. Meminta makanan seperti hari biasa. Munirah sendiri memberi nama anak White 'putih'. Walaupun sama sahaja maksudnya ia tetap kena dengan bulu putih gebu mereka. Munirah sudah tidak takut lagi kepada bulu kucing malah sekarang dia sendiri akan menjaga mereka dan bermain dengan mereka di waktu lapang. Sudah masuk pukul 2.30 p.m. Tangan Munirah masih lagi sibuk bertungkus lumus menyediakan masakan tengah hari untuk Azhar. Inilah hadiah hari lahir untuk suaminya memandangkan walid sendiri yg memberitahu Azhar lebih gemar makan daripada diberi hadiah lain. Munirah berharap sangat masakannya ini sedap kerana inilah pertama kalinya ia cuba buat benda yg luar jangkaannya. Sampai bila lagi Azhar sahaja yg mahu masak kepadanya. Sepatutnya semua ini kerja isteri bukannya suami tetapi Azhar tidak pernah berkata begitu kepadanya malah Azhar suka sahaja buat semua ini untuk Munirah.

Okey...tomyam ayam dah siap..telur dadar..sambal belacan favorite Azhar dah tersedia sendiri..ikan kembung goreng..Nasi pun dah lama ditanak..Sekarang..Tiba masanya kita tengok skill puding karamel aku pula..Tolonglah jadi..ni first time tau aku masak tau..please..bismillah..Kata Munirah cuba membuka perlahan dulang yg berisi puding karamelnya itu di atas pinggan. Bersusah payah ia menyiapkan semua ini untuk Azhar. Dengan berhati-hati tangan Munirah mengetuk sedikit tepi dulang itu dan akhirnya keluarlah bentuk bulat puding karamel yg dihasilkannya sendiri. Senyuman lebar terus terukir di wajahnya.

Arghh!!! Jadi juga!! yeayyy!! Menjerit Munirah gembiranya sambil terlompat girang selepas melihat hasil puding karamelnya menjadi sahaja seperti di dalam gambar itu. Menari Munirah sendiri meraikan hasil kejayaan pertama kali memasak begini. Baru ia tahu nikmat juga memasak tambah pula masak seikhlasnya untuk suami makan nanti. Tidak sabar Munirah malu menunggu kepulangan Azhar nanti. Tiada apa yg lebih gembira untuknya memberikan kejutan hari lahir Azhar dengan masakan hasil air tangannya sendiri.

.....................................................................

Happy birthday to you..Happy birthday to you..Happy birthday..happy birthday..Happy birthday to Azhar. Yeayy!! Hari lahir Azhar disambut meriah di rumah bonda selepas bonda berlakon sakit supaya anaknya itu pulang ke rumahnya. Mereka memberikan kejutan besar kepada Azhar yg baru sahaja melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Terkejut Azhar mendapat sambutan begitu oleh ahli keluarganya. Baru ia teringat yg harini adalah hari lahirnya. Azhar hampir terlupa kerana selalu sahaja sibuk bekerja setiap hari. Mira berjalan ke arah Azhar sambil membawa kek kepadanya. Senyuman manis terus diberikan kepada Azhar. Azhar hanya mampu memberikan senyuman kelat sahaja kerana mula terasa malu melihat Mira cantik sahaja berpakaian baju kurung pemberiannya itu semasa hari lahir Mira. Dia tidak menyangka Mira masih lagi simpan hadiah pemberiannya itu.

Your wish before tiup lilin ni..Bersuara Mira lalu mengangkat kek itu di depan muka Azhar. Terlihat ada dua batang lilin yg perlu ia tiup waktu itu. Orang lain masih setia memberika tepukan tangan kepadanya. Mira juga masih menunggu Azhar meniup lilin itu. Tanpa membuang masa lagi Azhar meniup lilin itu dan tidak meminta apa-apa permintaan pun. Buat apa nak pinta semua kepercayaan karut inikan. Baginya cukuplah bersyukur di hari lahirnya saja tidak perlu sambut ini semua. Kedengaran meriah sahaja meja makan di rumah bonda. Walid tidak dapat ikut sekali kerana sibuk di Pusat rawatan itu. Azhar melayan sahaja Eisya yg seronok duduk di atas pehanya. Azhar menyuap lembut bubur di sudu ke dalam dalam mulut Eisya. Anak kecil itu ketawa riang sahaja dilayan manja oleh Azhar. Mira juga seronok melihat Azhar selalu melayan anaknya ini. Kalau hendak dibandingkan dengan bekas suaminya, Azhar adalah bapa yg lebih layak untuk anaknya. Harapan masih lagi ada untuknya terus mencintai hati Azhar semula. Dia berharap sangat Azhar masih lagi ada sedikit perasaan cinta terhadapnya. Dengan cara itulah mereka berdua boleh kembali bersama semula.

Jam menunjukkan pukul 8.30 p.m. Azhar menghantar pulang Mira ke rumahnya. Bonda tetiba saha rasa tidak sihat disebabkan itulah Azhar terpaksa menunggu lebih lama sedikit di rumah itu. Tidak gamak dia melihat bonda jatuh sakit lagi. Azhar melihat telefonnya sudah lama mati sejak dari pulang dari sekolah. Tidak sempat ia mengecas semula kerana sibuk melayan mereka yg lain menyambut hari lahirnya. Mengeluh azhar panjang terus mengecas sekejap telefonnya di dalam kereta.

Abang..kita sudah sampai ke?? Tanya Mira setelah bangun dari tidurnya. Azhar pun tidak tahu bila masa Mira terlelap kerana fikiran Azhar liar sahaja memikirkan tentang Munirah. Nasib sahaja Walid telah maklumkan kepada Azman yg walid telah hantar Munirah pulang ke rumahnya. Hilanglah sikit perasaan risau dirinya ini.

Hmm..sudah..Jawab Azhar meleretnya terus memarlingkan pandangannya ke luar kereta. Tidak mahu ia menatap lama muka Mira yg masih tidak ubah seperti dahulu. Cantik seperti biasa orangnya. Azhar menolong Mira memegang Eisya kerana Mira mahu mencari kunci rumah sekejap. Uwerkk..uhukk..Menangis Eisya apabila sudah terjaga dari tidur lenanya. Azhar segera mendukung dan membawa Eisya keluar dadi kereta. Dipujuk anak kecil itu supaya berhenti menangis.

Uchakk...Jangan nangis sayang..Sorry daddy ganggu Eisya tido..Nanti daddy belikan mainan baru yee..Pujuk Azhar lagi mengoyangkan sedikit badan Eisya. Kali ini Eisya sudah tidak menangis lagi malah ia suka sahaja Azhar berbuat begitu kepadanya. Tersenyum Mira suka sahaja melihat Azhar melayan anaknya itu. Senyumannya terus bertukar sayu sahaja apabila teringatkan kembali kisah dirinya bersama Azhar. Kalaulah lebih indah Azhar menjadi suaminya sejak dahulu lagi. Mereka pasti hidup bahagia seperti pasangan yg lain. Perasan menyesal mula menjalar di dalam diri Mira. Lelaki yg ada didepannya ini sudah perpunya. Mira masih tidak boleh lepaskan Azhar. Dia sayangkan Azhar seperti dahulu. Tidak salahkan kalau dia mencuba nasib lagi untuk mendapatkan kata hati Azhar sendiri.

Abang...Abang masih ada perasaan terhadap Mira?? maaflah kalau Mira tanya abang soalan macam ni..Mira..Mira masih lagi sayangkan abang..Cinta Mira dekat abang tak pernah pudar kalaulah dulu kita berkahwin..mesti sekarang kita hidup bahagiakan?? Abang tak bahagia lagikan??Katakan kepada Mira yg abang juga masih pendamkan perasaan yg sama?? Hati tidak boleh menipu abang..Kata Mira tergagapnya cuba sampaikan semua yg tersirat di dalam hatinya kepada Azhar. Mira tidak mahu lagi memendamkan perasaan ini seorang diri. Dia tidak mahu bertepuk sebelah tangan saja. Dia tahu Azhar tidak bahagia selama ini. Azhar masih lagi tidak boleh terima kenyataan benda yg lepas lagi. Wajah Azhar terus bertukar tegang. Diusap wajahnya kasar sekali. Tidak tahu kenapa hatinya sakit sangat mendengar semua itu keluar dari mulut Mira. Azhar segera memberikan Eisya semula kepada Mira. Azhar memberikan senyuman kelat sahaja sebelum pergi dari situ. Tiada apa yg harus Azhar jawabkan bagi setiap soalan Mira itu. Ditinggalkan Mira tanpa jawapan disitu. Air mata Mira terus mengalir di pipinya. Mereka berdua tersiksa dengan jerat percintaan begini. Sampai bila mereka mahu hidup terasing seperti orang luar. Jika semua ini adalah takdir yg maha esa semuanya pasti akan kembali seperti biasa. Mira masih berharap semua ini akan terjadi.

......................................................................

Bodohnya aku...kenapa aku bersusah payah buat semua ini...kalau aku tahu Azhar pulang lambat macam ni..Bersuara Munirah masih setia sahaja menunggu Azhar di meja makan. Masih terhidang segala masakannya itu di atas meja. Sudah banyak kali Munirah cuba menelefon Azhar tetapi panggilan itu dijawab sepi sahaja. Sejak dari tengah hari tadi lagi Munirah belum menjamah makanan kerana mahu makan bsrsama Azhar tetapi semua ini sia-sia sahaja. Perasaan kecewa mula terasa di riak wajahnya. Jam menunjukkan pukul 9.00 p.m Azhar masih lagi belum pulang. Munirah juga risau jika Azhar menghadapi masalah di luar sana. Munirah menutupi kembali lauk-pauk itu. Segara dia mendail nombor telefon walid.

Assalamualaikum walid..Maaflah Munirah mengganggu walid pada waktu malam ini..bersuara Munirah setelah walid mengangkat panggilan telefon itu. Dia risau sangat jika Azhar ditimpa masalah tanpa ia sedar.

Waalaikumsalam..tidak mengapa. Kamu nak telefon walid bila-bila masa pun boleh. Kenapa Munirah?? Ada apa-apa yg walid boleh bantu?? Tanya walid mula risau setelah Munirah menelefonnya pada waktu ini. Fikirannya terus memikirkan tentang Azhar sudah pulang ke rumahnya atau belum.

Arr...Abang Azhar ada pulang ke rumah walid ke?? Sebab..dah waktu malam sekarang..abang belum pulang lagi..Munirah dah cuba call abang tetapi tidak dapat. Beritahu Munirah kedengaran risau sahaja ton suaranya. Munirah keluar tunggu Azhar di luar luar rumah sahaja. White dan Putih datang menemaninya juga.

Azhar belum pulang lagi?? Yg walid tahu..siang tadi adalah dia pulang ke sini sekejap..Azhar pergi mana-mana kot..kamu jangan risau ye..Nanti walid cuba hubunginya. Duduk dalam rumah tu baik-baik. Jangan lupa kunci pintu tau. Pesan Walid mula rasa tidak sedap hati. Ke mana Azhar telah pergi sampaikan lupa yg isterinya sedang risau di rumah.

Bbaiklah walid..terima kasih..waalaikumsalam. Panggilan itu diputuskan. Munirah mengeluh panjang sahaja masih setia menunggu kepulangan Azhar di atas gazebo itu. Munirah tahu dia masih tidak layak mengetahui apa yg Azhar buat setiap hari. Segala aktiviti Azhar buat tidak pernah diberitahu kepada Munirah. Miskipun hari ini hari lahirnya mesti keluarga Azhar telah menyambut hari lahirnya meriah sekali. Hati Munirah terasa sedikit sebak. Siapakah dia mahu mengetahui semua itu. Apa yg Munirah cuba lakukan masih tidak layak untuk Azhar. Munirah pernah mendengar dari kak Farah yg Mira bekas tunang Azhar sudah kembali. Jadi seperti yg Munirah nampak haritu Azhar bersama Mira bekas tunangnya.

Kalau awak masih sayangkan bekas tunang awak..siapa saya nak halangnya..saya tak berhak pun nak buat semua itu..Saya bersyukur awak masih menjaga saya dengan baiknya. Awak tak pernah lepaskan tanggungjawab awak..Saya redha Azhar..Awak berhak hidup bahagia kembali bersama orang yg awak cintai. Bukan hidup seperti ini. Nguman Munirah tersenyum kelat di bibirnya. Air mata tidak lagi mengalir di pipinya. Perasaan sedihnya dibuang jauh sekali. Munirah ingin melihat Azhar hidup bahagia kembali. Jika perlu, ia akan melangkah pergi. Dalam beberapa minit akhirnya kereta honda civic milik Azhar masuk ke dalam perkalangan rumahnya. Munirah terus bangun dari tempat duduknya untuk menyambut kepulangan Azhar. Segala keresahan dirinya hilang selepas melihat Azhar sudah pulang. Azhar merentap kuat tali lehernya apabila perasan Munirah menunggunya di luar. Dia melihat Munirah memberikan satu senyuman kepadanya. Senyuman yg dia tidak mahu melihat pada waktu sekarang.

awak dah pulang..lambat awak balik harini..dah makan belum?? Tanya Munirah setelah Azhar berdiri di hadapannya. Dia melihat kusut sahaja rambut Azhar itu. Baru ia perasan jambang sudah banyak di sekitar wajahnya.

Kenapa tunggu saya pulang?? Tak tahu ke dah lewat malam ni?? Bahaya tahu tak duduk luar memalam seorang diri macam ni?? Dah tahu lewat macam ni tak payahlah tunggu. Sebelum ini tak pernah tunggu pun. Dah la pergi masuk..Tegas sahaja suara Azhar berkata begitu kepada Munirah. Mukanya tidak memberikan sedikit senyuman pun kepada Munirah. Hanya dengusan amarah sahaja yg didengar oleh Munirah. Tergamam Munirah selepas Azhar berkata begitu kepadanya. Pandangannya terus turun ke bawah. Bukan ini yg ia harapkan akan berlaku.

Mmaafflah..Maafkan saya..Jawab Munirah tergagapnya terus berlalu pergi dari situ. Hilang segala moodnya mahu menyambung hari lahir Azhar. Tidak tahu kenapa mood Azhar tidak baik pada malam ini. Munirah sempat memandang ke arah tudung salji itu sebelum pergi. Masakannya tidak disentuh langsung. Perasaan sedih mula menjalar di hatinya. Salah apa yg sudah ia lakukan sampai Azhar marah macam ini sekali. Lemah sahaja Munirah menutup pintu biliknya. Dikunci pintu bilik itu dari arah dalam. Munirah menyandarkan badannya pada pintu. Matanya dipejam rapat sekali.

aku tak nak menangis...jangan menangis bodoh..dia tak suka aku buat semua ini..buat apa aku bersusah payah buat semua ini..kenapa aku buat semua ini..Cakap Munirah sendiri di situ. Dikesat air matanya daripada terus mengalir. Kalau Azhar tidak suka apa yg dilakukannya ini lebih baik berterus terang sahaja. Munirah tidak akan melakukannya lagi. Munirah akan patuh saja segala peraturan di dalam rumah ini. Dia tidak hak langsung mahu berbuat semua ini.

Azhar melabuhkan punggungnya atas kerusi di dapur. Dibuka tudung salji itu. Terkedu Azhar melihat segala masakan telah terhidang cantik di atas meja itu. Azhar pasti Munirah yg masak semua ini untuk dirinya. Pasti Munirah sudah menunggu kepulangannya sejak dari siang tadi lagi. Azhar mengusap kasar wajahnya. Rasa bersalah mula membelegu dirinya. Apa yg telah ia lakukan tadi pasti telah menyakiti hati Munirah. Lama sekali Azhar memandang sahaja masakan itu. Dia terus mengambil pinggan dan mencedok nasi ke dalam pinggan. Dia mengambil tomyam ayam dan segala lauk-pauk yg lain. Munirah sudah bersusah payah masakan semua ini untuknya. Tidak mungkin ia akan membiarkan saja makanan ini tidak ditempuh. Walaupun ada sedikit kekurangan dalam masakan ini Azhar tetap menikmati sahaja semua suapan ke dalam mulutnya itu. Azhar terus mengukirkan senyuman di bibirnya. Tersentuh sahaja hari lahirnya dapat merasai masakan air tangan dari Munirah. Inilah saat yg ia nantikan pada hujung hari lahirnya. Azhar terus memikirkan sesuatu untuk memujuk hati Munirah yg terasa dengannya tadi. Tidak mungkin dia tidak akan menghargai setiap perkara yg Munirah lakukan kepadanya. Malah ia amat bersyukur Munirah pandai sahaja memikat hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience