SIRI 1 - PERCINTAAN SURGEON DAN PSYCHIATRIST

Horror & Thriller Series 7331

SIRI 1 - SURGEON DAN PSYCHIATRIST

Jam baru sahaja menunjukkan pukul 9.00 malam, Dr Abel baru sahaja selesai satu pembedahan major yang melibatkan skin grafting kepada seorang pesakit yang mengalami kelecuran teruk di bahagian abdomennya. Sudah masuk tahun ketiga Dr Abel menyertai team pembedahan plastic di Oceanview Medical Center ini.

Tamat sahaja kursus doktor pelatih di sebuah hospital terkemuka di negara ini, seorang pakar bedah plastik bernama Dr Prakash terus sahaja mengajak Dr Abel menyertai pasukannya di hospital swasta. Sudah lama dia memerhatikan Dr Abel.

Hasil kerja tangannya halus dan kemas. Pelbagai jahitan seperti Z-plasty, subcuticular suture, W-plasty dan lain-lain teknik jahitan untuk tujuan kosmetik merupakan kemahiran Dr Abel yang tidak tertanding kehebatannya.

Kelebihan dan ketelitian dalam hasil kerja tangannya inilah yang menarik minat Dr Prakash untuk mengajaknya menyertai secondary plastic surgery team Dr Prakash sendiri yang tertumpu di hospital swasta.

Namun, di negara ini, pembedahan plastik untuk tujuan kosmetik tidak mendapat perhatian dan permintaannya juga tidak tinggi. Hal ini kerana rata-rata rakyat di negara ini beragama Islam, dan agama islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan mengubah sesuatu ciptaan tuhan.

Tetapi, ini tidak bermakna negara ini tidak memerlukan kemahiran dalam pembedahan plastik. Luka akibat kelecuran, kemalangan dan lain-lain perlu dibedah dan menjadi fungsi utama pasukan pembedahan plastik ini. Di hospital Oceanview, Dr Abel seronok bekerja di sana.

Pesakit demi pesakit yang dirawatnya sering memuji hasil kerja tangannya, biarlah kadangkala pembedahan bersifat kosmetik dan reconstructive ini tidak sesempurna ciptaan tuhan yang asal.

Namun, asalkan fungsi dan rupa pesakit yang dibedah menjadi normal, itu sudah cukup baik untuk para pesakit berterima kasih kepadanya.

Dr Abel bergegas pulang ke rumahnya. Dia ada temujanji dengan teman lelakinya, Dr Kimi yang mengajaknya untuk makan malam. Sudah berkali-kali dia berjanji untuk keluar bersama, namun, tugas dan tanggungjawab yang dipegangnya itu ibarat menghalang percintaan mereka daripada berkembang kepada sesuatu yang lebih serius.

Bukan Dr Kimi sahaja yang mengharapkan cinta Dr Abel, dalam diam, walaupun tidak ditunjukkan secara jelas oleh diri Dr Abel sendiri, dia juga memendam rasa yang sama. 2 tahun percintaan mereka sudah menjadi tempoh masa yang begitu lama untuk mereka berkekalan hanya sebagai teman lelaki dan teman wanita. Dr Abel mahukan hubungan yang lebih serius, dia mahukan Dr Kimi untuk berkahwin dengannya.

Malam itu, Dr Kimi sudahpun bersiap sedia untuk keluar. Asalnya, dia berjanji untuk bertemu Dr Abel pada jam 8.00 malam di sebuah restoran yang telah ditempahnya 3 hari sebelum itu. Sejambak bunga ros segar sudahpun diletakkan di dalam kereta untuk dberikan kepada buah hati kesayangannya itu.

Dia mengenakan pakaian yang terbaik dimilikinya. Suit beharga ribuan ringgit disesuaikan dengan kemeja putih miliknya. Dalam begnya, tersimpan sebuah bekas berisi beserta sekalung cincin beserta sebuah kad tertulis

“Will You Marry Me”.

Hatinya berbunga-bunga. Walaupun pada asalnya, dia hampir terkilan kerana buat kali kesekian kalinya, Dr Abel membatalkan pertemuan mereka, namun hari itu sedikit berbeza.

Pada awalnya Dr Abel menyatakan hasratnya untuk terpaksa membatalkan makan malam itu kerana terdapat satu pembedahan yang perlu dilakukan, namun, sejam kemudian dia membuat panggilan kepada Dr Kimi bahawa tidak perlulah membatalkan makan malam pada hari itu, tetapi hanya perlu menangguh mungkin sejam dua sahaja, asalkan tidak melebihi jam 10.30 malam dikala restoran makanan laut yang ditempahnya itu tutup.

Entah berapa kali disemburnya cologne pada bajunya agar wajah kacaknya disesuaikan dengan pakaian yang terbaik, dan bau-bauan wangi memenuhi ruang saat dia menjemput Dr Abel menaiki kereta bersamanya kelak.

“Ting! Ting!”, bunyi satu mesej memcahkan kesunyian rumah Dr Kimi malam itu. Tertulis

“Sayang, saya dah settle case malam ni, boleh jemput di hospital sahaja kah? But I’m sorry sebab pakai scrubs sahaja, hope you don’t mind”.

Tersengih Dr Kimi membaca teks pendek sedemikian. Dibalasnya “It’s okay. Tak kisahlah you pakai apa pun, yang penting kita dapat jumpa malam ni”.

Perjalanan Dr Kimi ke Oceanview Medical Center mengambil masa kira-kira 15 minit untuk tiba. Jam menunjukkan pukul 9.15 malam. Trafik juga kian tipis saat waktu malam kian pekat.

Degupan jantung Dr Kimi sedikit laju apabila terlihat Dr Abel yang melambai-lambai kepadanya di pintu masuk utama hospital tersebut.

Tak kira berapa kali Dr Kimi terpandang wajah Dr Abel, begitulah reaksinya. Maklumlah, orang yang sedang hanyut dilamun cinta. Scrubs bewarna maroon yang dipakai Dr Abel bersama seluar slacknya yang bewarna khaki menyebabkan Dr Kimi sedikit geli hati melihatkannya.

Manakan tidak, dia berpakaian suit penuh, dengan begitu formal pada malam itu. Pasti nanti Dr Abel akan berkata, mereka berdua tidak secocok dan tidak mahu menyertai makan malam bersamanya. Dia memberhentikan keretanya betul-betul dihadapan Dr Abel.

Pintu kereta BMW Z4 miliknya itu dibuka daripada dalam, cuba menjadi gentleman bersungguh-sungguh pada malam yang bakal menjadi tarikh keramat untuknya apabila dia menzahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan Dr Abel nanti.

‘You!, kenapa you dressed-up sangat ni. Ala, tak padanlah dengan I macam ni”, kata Dr Abel sebaik sahaja terlihat Dr Kimi yang sedang duduk di tempat pemandu kereta tersebut.

Dr Kimi tersenyum sahaja melihat gelagat buah hatinya itu, tanpa berkata apa-apa.

“Macam ni, I tak naklah pergi dinner dengan you. I malulah, nanti orang kata apa pula. Tengok sorang bukan main bergaya, ni yang satu lagi ni, macam orang entah mana-mana entah you kutip”, katanya menyambung, masih lagi dengan isu pemakaian malam itu.

“Ala, jomlah sayang. I buka la suit ni bila sampai restoran tu nanti”, jawab Dr Kimi.

“You, apa kata you hantar I balik rumah sekejap, I dress lawa-lawa, then baru kita dinner? Okay tak?”, kata Dr Abel, dia sememangnya merasakan pakaiannya tidak secocok dengan pasangannya itu.

“Alah you ni, macam tak biasa je. Karut lah, karang mahu 2-3 jam baru siap, nak make up lagi la, nak susun kening, eh, tak perlulah kot. I lagi selesa you macam ni”, kata Dr Kimi.

“Okay then. You jangan menyesal, dan jangan mengada-ngada nak upload gambar kita malam ni okay”, kata Dr Abel sambl menarik tali pinggang keledar dan membetulkan punggungnya di atas kerusi kereta sport itu.

“Ni untuk you”, kata Dr Kimi sambil menyerahkan sejambak bunga ros segar kepadanya.

“Waah, sweetnya you. Thank you”, kata Dr Abel sambil duduk di sebelahnya.

Terus didakapnya tubuh Dr Kimi dan satu ciuman diberikan di pipinya tanda terima kasih dan berkelakuan manis padanya. Dr Kimi tersipu-sipu malu apabila diperlakukan sedemikian. Perutnya yang tadinya dipenuhi rama-rama yang terbang entah kemana-mana kini dipenuhi dengan segala jenis haiwan lain.

Tanpa berkata apa-apa, Dr Kimi terus memandu menuju ke arah restoran yang ditempahnya tadi.

“Busy memanjang…”, kata Dr Kimi dengan nada sinis kepada Dr Abel.

Dr Abel meneguk air daripada botol minumannya yang tersimpan di dalam beg tangan miliknya sebelum menjawab

“Ala, biasalah. Team plastic surgery hospital ni mana pernah free”

“Alasan, I pun doktor juga. Takdelah sampai kena postpone date sampai 10 kali”, tambah Dr Kimi lagi.

“Eleh, you tu bolehlah. You tu psychiatrist, mana busy macam I”, jawab Dr Abel pula.

“Eh, tolong sikit eh, I pun busy tau. Minggu ni je I dah kena oncall 3 kali”, katanya menjawab, cuba mempertahankan apabila orang lain mempersoalkan kerjayanya tidak sesibuk kerjaya doktor daripada bahagian lain.

“Yelah yelah, lepas ni mungkin I tak busy sangat dah. Exam pun dah lepas dan result nak dapat minggu depan. Jadi, once dah tahu result tu nanti, kalau I lulus, kita celebrate okay?”, kata Dr Abel dengan nada sedikit gusar apabila memikirkan tentang peperiksaan yang baru dilaluinya itu.

Peperiksaan itu bukannya benda yang mudah atau benda yang tidak serius, tetapi, peperiksaan itulah yang bakal menjadikannya seorang doktor pakar bedah kelak. Peperiksaan tahun terakhir, iaitu tahun keempat dalam pengajiannya di peringkat sarjana itulah yang akan membawa cita-citanya untuk menjadi seorang pakar bedah yang berwibawa nanti.

Mereka berdua tiba di sebuah restoran mewah yang terletak di tepi laut, kurang 10 minit perjalanan daripada tempat Dr Abel bekerja. Dengan segera Dr Kimi menanggalkan suit miliknya, dan berpakaian kemeja sahaja. Mereka berdua masuk ke restoran berkenaan, dan terus disapa oleh….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience