BAB 4

Family Completed 7198

KAX letak tangan pada dahi. Kata-kata mama semasa berborak di ruang tamu tadi, membuatkan dia resah.

“Mama tak selesa Kax rapat sangat dengan Adra. Mama tak nak cakap lebih, tapi Kax faham apa yang mama maksudkan. Lagipun, dia tak selamanya dengan kita. Mama bangga anak mama mampu ubah orang jadi lebih baik tapi jangan salah faham dengan kebaikan yang mama beri pada Adra. Mama tak boleh nak terima kalau kata korang berdua ada fikir lebih jauh. Mama tak boleh!” tekan mama. Tegas.

Kax angguk. Faham tentang apa yang mama risaukan. Dia tak terfikir sampai tahap tu. Dia pun tahu nak memilih. Dia bukan tak ada rupa. Pendidikan juga ada. Tapi, kalau dah itu ketentuan, tak boleh nak halang. Bila mama suarakan, tiba-tiba terfikir.

Mama masih tak faham dan dia sendiri tak mengerti. Pada mulanya, dia tersepit antara tanggungjawab pekerja amal dan juga seorang Muslim. Tersepit juga dengan keputusan mama. Tapi, Tuhan mudahkan jalan bila mama setuju dia membantu. Tak buat dia memilih untuk lepas tangan dan rasa bersalah sendiri. Tak buat dia memilih jalan tengah. Tak buat dia berkorban juga. Tapi, hari ini…

Adra… Kax mengeluh tipis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience