“Alamak, mana aku letak benda tu. Aku mana pernah buang pun. Hisy, pelik bin ajaib ni.”
Zetty membebel sambil tangannya ligat membelek-belek barang sekitar mejanya.
“Hoi, apa kau cari tu makcik?”
Tanya Melissa.
“Rantai emas yang ada nama aku hadiah sempena ulang tahun aku ke-20 dah hilang.”
Zetty mengeluh lagi.
“La, kau letak mana pulak?”
“Heh, kau ni kalau aku tahu takde la aku cari sampai macam ni.”
Bebel Zetty geram.
“Hehe. Sori la. Erm, bila last time kau pakai rantai tu?”
“Hmm..”
Zetty berfikir.
“Hah, seingat aku sebelum pergi rumah hantu tu, rantai aku ada lagi.”
“So, kesimpulannya kau kena pergi lagi rumah hantu tu. Mungkin rantai kau tercicir kat dalam tu kot.”
“Mungkin jugak tu. Eh, kau temankan aku yer?”
Pinta Zetty.
“Alamak aku ada hal la nanti. Maafla, aku tak boleh ikut kau. Hah, ajaklah Baizura.”
Melissa mencadangkan.
“Bai? Heh, belum sempat sampai rumah hantu tu, aku jamin dia cabut lari.”
Zetty menolak cadangan Melissa mentah-mentah.
“Nampaknya aku kena pergi sorang jer la. Lambat-lambat karang hilang pulak rantai tu. Mau aku lari satu bandar kalau mak aku tau.”
“Betul-betul. Baik malam ni kau pergi. Setahu aku rumah hantu tu last malam ni.”
“Malam ni?! Tak boleh jadi ni, aku kena cepat.”
Melissa hanya mengangguk.
Share this novel