Fea mula rasa tidak sedap hati. Semua plan yang dibuat sudah dia tunjukkan dalam proposalnya sebelum ini. Tidakkah Ed menyemak semua itu terlebih dahulu? Wang juga sudah dihabiskan jutaan dollar.
"Maaf. Bukan itu maksud saya.." Ed malu alah.
"Saya tak sangka, Kana Hotel boleh jadi sehebat dan se'gah' ini" Ujar Ed kagum.
Fea menarik nafas lega mendengar jawapan dari Ed.
"Mengenai nama Kana Hotel tu, saya rasa kita perlu lakukan sedikit pengubahsuaian dan kita juga perlu daftarkan semula nama baru bagi Kana Hotel. Tentang tu, awak jangan risau, saya akan uruskan semuanya."
"Nama baru?" Ed nampak terkejut.
"Ya, nama baru. Hotel ni bukan lagi hotel 3 bintang, tapi akan jadi hotel bertaraf 5 bintang." Fea dengan bersungguh-sungguh meyakinkan Ed.
"Kana Hotel & Residence" Fea seolah menulis nama itu di udara dengan kedua tangannya.
Ed kaku buat beberapa detik. Selama ini, dia hanya mendengar ayat Residence ini dari hotel-hotel mewah dan ternama. Tapi sekarang, nama itu berada dibelakang Kana Hotel. Dia rasa seolah-olah bermimpi sekarang ini.
Matanya berair.
"Awak serius ke ni Fea?" riak wajah Ed seperti tidak percaya. Dia mencubit tangannya berkali-kali.
"Awak tak bermimpi, Ed. Ini realiti" tekan Fea penuh yakin.
"Thanks Fea. Thank you so much" Ed dengan spontan menarik tubuh Fea ke dalam pelukkannya.
Fea terkedu dengan tindakkan Ed begitu juga dengan Taylor.
Tapi setelah itu, Fea mula faham kenapa Ed bertindak begitu.
Tapi lain pula bagi Taylor. Dia memandang dengan kedua tangan yang terkepal erat.
"Saya bertuah sangat kerana menolak tawaran dari syarikat hartanah sebelum ini" Fea menolak lembut tubuh Ed, lalu menjarakkan tubuh mereka seperti asal.
"Syarikat hartanah? Maksud awak, sebelum ini ada juga syarikat hartanah lain datang dan mahu membangunkan tempat ni?" tanya Fea.
Ed mengiakan.
"Boleh saya tahu, siapa dan dari syarikat mana?" soal Fea tidak sabar.
Ed mengeluarkan wallet lalu mengeluarkan bisnes kad. Dia menelitinya sebelum menyerahkan kepada Fea.
Fea mengambil lalu meneliti butiran di atas kad.
"Drake Reynard dari Syarikat Reynard Co Lockwood." Fea tersengih kemudiannya. Dia menoleh memandang Taylor. Lelaki itu ikut mengulum senyum.
"Kenapa?" Tanya Ed hairan saat melihat riaksi Fea dan Taylor setelah melihat kad kecil yang berada di tangan Fea.
Fea memandang Ed sebelum bersuara,
"Kenapa awak tolak tawaran mereka dan terima tawaran kami?" soal Fea ingin tahu.
Ed bersandar disofa. Satu kakinya diangkat lalu diletakkan diatas lutut kaki satu lagi dan bersuara,
"Mereka memaksa kami supaya menjual hotel ini dengan menawarkan satu kali ganda dari harga dipasaran semasa. Mereka mahu bangunkan tempat ni dan mahu merobohkan hotel ni setelah hampir 30 tahun lebih atuk berusaha keras bangunkan dan jaga sampai sekarang."
Fea memandang Taylor.
"Atuk marah sangat. Setiap kali mereka datang, atuk akan usir mereka keluar dari sini. Heh! Mereka memang layak diusir, kurang ajar! Mahu saja saya henyak mereka berdua supaya tidak datang lagi kesini" luah Ed dengan wajah geram.
Fea sekadar mengeluh perlahan.
"Saya yakin, setelah mereka lihat perubahan hotel ni, mereka tidak akan ganggu lagi" suara Fea yakin.
*
"Kenapa awak tak beritahu hal yang sebenarnya kepada Ed?" tanya Taylor hairan.
"Ed tak perlu tahu semua tu. Abang Drake mungkin tidak akan datang ke sini setelah kita berjaya laksanakan projek ni dengan baik. Walaupun keuntungan yang kita peroleh tidaklah sebesar yang Abang Drake harapkan, tapi bagi Fea, ia sudah memadai. Cukup untuk buat Abang Drake bangga.
Mungkin keuntungan yang bakal kita terima ni sedikit lambat dan memerlukan masa yang agak panjang, tapi tetap akan mendapat pulangan yang menguntungkan." bicara Fea begitu yakin. Dia meletakkan sepenuh kepercayaannya terhadap Kana Hotel & Residence.
Taylor mengangguk setuju. Tapi dalam masa yang sama, hatinya ikut resah. Dia takut jika Fea terlalu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap Kana Hotel & Residence.
Apa yang dikatakan Ed, cukup untuk buat dia lebih berjaga-jaga.
Perlukah dia beritahu Fea tentang hal yang sebenarnya?
*
Drake berpuas hati dengan kerja Fea dan Taylor. Dia termenung sejenak sambil berfikir,
Bagaimana owner hotel boleh terima tawaran Fea sedangkan tawarannya dulu ditolak mentah-mentah? Tidakkah mereka tahu, dia dan Fea sebenarnya dari syarikat yang sama?
Drake menggeleng kepalanya perlahan. Mungkin benar juga apa yang dia fikirkan itu. Barangkali mereka tidak tahu menahu tentang hal ini. Adiknya memang bijak.
Drake tersenyum miring.
Tidak sia-sia adiknya itu belajar tinggi-tinggi.
Pernah satu hari, Rey pernah berkata padanya, Fea berkecil hati kerana dia tidak datang di majlis konvokesyennya. Ya, Drake tidak nafikan itu semua. Dia sering saja mencari sebab yang boleh membuatkan dia bergaduh dengan Fea.
Sebenarnya bukan itu niatnya. Dia sendiri sebenarnya malu hendak mengungkapkan kata maaf itu kepada adiknya.
Dia malu jika dia ditertawakan. Dia sedar, dari Fea lahir lagi, dia selalu saja mencari kesalahan adiknya yang boleh menyebabkan pertengkaran. Ia ibarat rutin baginya. Jika satu hari dia tidak bertengkar dengan Fea, dia rasakan hidupnya tidak lengkap. Tapi kenapa?
Drake sendiri tidak ada jawapan untuk itu. Jika hendak katakan yang dia ada menaruh hati pada Fea, itu sangatlah tidak mungkin. Fea adalah adik kandungnya. Darah yang mengalir dalam tubuh Fea, sama juga sepertinya. Mereka berdua hanya berbeza ibu, itu sahaja.
Sebenarnya, ada satu rahsia yang Drake simpan. Tidak ada sesiapa pun tahu tentang hal ini.
Dia sebenarnya hadir pada hari konvokesyen adiknya. Tapi, tidak ada sesiapa pun yang tahu akan hal itu. Dia mengambil tempat paling akhir dan paling hujung supaya tidak dilihat oleh sesiapa yang mengenalinya.
Sewaktu Rey, Taylor dan Fea bergambar juga, dia hanya memerhati mereka dari jauh. Ada satu foto candid yang diambil olehnya semasa upacara penerimaan Ijazah adiknya. Dia berhasrat untuk menyimpannya sebagai kenangan, itu sahaja.
Tok! Tok!
Drake tersedar.
"Masuk" arahnya dengan suara sedikit tegas.
Seorang lelaki masuk.
"Tuan" Hardin menghampiri meja kerjanya lalu berdiri dihadapan Drake.
"Jumpa maklumat yang saya minta tu?" soalnya.
"Jumpa, Tuan. Semuanya ada dalam ni" ujarnya sambil menunding jari ke arah envelope yang sudah berada di tangan Drake.
Drake membuka envelope. Dia menarik keluar isinya lalu bertaburan di meja kerjanya.
Foto Ed! Maklumat yang dimaksudkan itu adalah maklumat mengenai Ed dan juga orang-orang yang rapat dengannya, Eldon, Kana, Fiona, Boe dan April.
"Maklumat apa yang awak dapat?" soal Drake sambil meneliti satu persatu gambar yang berada di hadapannya.
"Kita dah tahu dimana pondok apung yang di sembunyikan Fea. Kita juga sudah tahu dimana dia sorokkan atuk dan neneknya." ujar Hardin dengan yakin.
Drake mengangguk.
"Bagus" ujarnya bangga dengan kerja Hardin.
Mata Hardin tidak lepas dari foto-foto yang dipegang majikannya. Terdapat 4 orang di dalam foto itu. Mereka berempat terlihat akrab dan sangat mesra.
"Itu dua teman rapat Ed, Boe dan April. Dan dihujung sekali tu..."
"Fiona. Saya tahu. Dia sepupu kepada Ed, juga teman rapat Fea" ujarnya sambil mengetatkan rahangnya.
'Ibarat kawan makan kawan!' gerutunya dalam hati.
Foto yang dipegang direnyuknya geram.
"Jika bukan kerana Fiona, Fea tidak akan diculik. Dasar kawan tidak guna!" suaranya geram.
*
Hari sudah lewat malam. Fiona berjalan pulang sendirian dari cafe, tempatnya bekerja. Sejak tinggal di Kenny, dia mula bekerja disebuah cafe tidak jauh dari tempat tinggal mereka.
Kedai makannya di Balbriggan ditutup buat sementara waktu.
Dia mengorak langkah perlahan menyusuri kawasan ladang sebelum masuk ke susur jalan kecil yang tidak ber'tar'.
Sebelum masuk, dia duduk di pangkin dibawah sebuah pohon rendang tidak jauh dari rumah. Dia mengeluarkan sepuntung rokok lalu dinyalakannya.
Dia menyedut perlahan lalu menghembus asap memenuhi ruangan. Dalam sekelip mata, angin yang dingin menyapa lalu menghembus kepulan asap rokok itu pergi dan hilang dari pandangan.
Dia mula teringatkan Fea. Dia rindukan sahabatnya itu. Dia juga rindukan Della.
Della sekarang berada di bumi Pakistan. Sahabatnya itu sekarang sedang ligat dengan kerja-kerja amal. Khabarnya, Della juga sudah menemui teman hidupnya, seorang lelaki yang berasal dari Dubai yang juga giat melakukan kerja amal sepertinya. Mereka bertemu di sesi pertemuan antara syarikat NGO London dan Dubai. Disitulah saat pandangan pertama mereka dan terjalinlah ikatan percintaan antara keduanya.
Fiona mengeluarkan handfonenya. Nama Fea tertera di skrin, dia menekan butang panggil.
Deringan tidak berlanjutan lama disaat Fea mengangkat,
"Hello Fi.." sahut Fea disebelah sana. Suaranya tidak kedengaran seperti baru bangun dari tidur.
"Kau tak tidur lagi, Fea?" Pertanyaan itu terpancul di bibirnya.
"Belum. Masih ada kerja yang perlu aku selesaikan." ujarnya.
"Jangan asyik fikirkan pasal kerja je. Kau kena rest jugak. Aku taknak kau sakit" nasihat Fiona lembut.
Fea terkekeh dihujung talian.
"Kau ni macam makcik-makciklah!" bebel Fea.
"Hah, eloklah kalau macam tu. Aku boleh je jadi makcik kau, bebel dekat kau hari-hari, degil!" putus Fi geram.
"Ala.. jangan marah, makcik." ajuk Fea.
"Kau baru balik keje ke?"
"A ah.. dah sampai rumah dah ni. Dekat pangkin" adu Fi.
Fea mengeluh.
"Kau merokok lagi?"
Fiona terdiam. Matanya kemudian terpejam rapat. Tekaan Fea selalunya mengena.
"Fi.. sudah berapa kali aku cakap, merokok membahayakan kesihatan. Kau tu perempuan" tegur Fea lembut tapi penuh dengan penekanan.
"Alah..bukan selalu pun. Sekadar nak hilangkan stress je.." Fiona menjentik puntung rokok yang masih menyala dengan sisa yang masih ada lagi setengah, jatuh ke tanah dan...
Sedikit lagi mahu mengenai sebuah sepatu hitam berkilat. Fiona kelu. Bola matanya bergerak perlahan, merayap naik dari bawah hingga ke atas.
Dari cahaya samar lampu jalan, dia dapat melihat satu susuk lelaki berdiri tepat dihadapannya. Cuma, wajahnya sahaja tidak begitu jelas kerana kedudukkannya membelakangkan cahaya.
"Fi..? Kau masih ada disitu kan?" soal Fea disebelah sana.
"Argh!"
Bersambung...
Maaf ???? reader ku sekalian. Hari ni baru saya sempat update episod terbaru Love & Revenge. Harap semua berpuas hati dengan episod kali ni ya
Share this novel