BAB 4~LARI

Romance Completed 19151

SEMINGGU KEMUDIAN,

Jam menunjukkan pukul 8 pagi, terlihat Eca mula tersedar dari komanya. Terasa perih di kepala. Hanya Allah yang tahu. Liar matanya melihat sekeliling. Tapi anehnya, kenapa ia merasa kosong.

“Oi, sakitnya.” Rintih Eca, sambil bangun dari baringnya.

Di bantu Tuan Harzan yang menjaganya siang dan malam.

"Pelan-pelan sayang."

"Terima kasih encik." Ucapnya.

“Sayang. Are you ok?.”

"Sayang?. Encik ni siapa?. Sugar daddy saya ke?." Soal Eca mengerut dahinya cuba mengingat pemuda di hadapannya.

"Hei, budak ni. Sugar daddy pulak. Ni papa, ayah kamu. Takkan tak ingat kot?." Hairan Tuan Harzan.

"Ayah saya?. Jangan nak bohonglah. Encik muda lagi, takkan ayah saya. Dia ni baru ayah saya. Kan papa." Kata Eca, menunjuk kearah Datuk Noah.

"Ni atok. Kamu ni dah kenapa?. Kena rasuk setan mana ni. Ayah dan atok, boleh pulak tertukar atau jangan-jangan betul dengan apa yang Ariel cakap. Eca akan kehilangan ingatan dia."

"Eca memang tak kenal kami?."

Di perhati lama wajah orang-orang di sampingnya, malangnya dia sama sekali tidak mengingatnya.

"Aduh, kenapa otak saya ni langsung tak ingat apa-apa ya. Nama sendiri pun saya tak ingat. Oi, saya dah kenapa?." Soal Eca, sambil memukul kuat kepalanya berkali-kali.

Pantas Tuan Harzan menahan kedua-dua tangan anaknya dari terus memukul-mukul kepalanya.

"Baby girl, jangan macam ni."

"Lepaslah. Korang ni siapa?." Soal Eca mula menganas, lalu mencuba membuka infus di tangannya.

Membuatkan kedua orang tuanya pantas menghalangnya.

"Kamu buat apa ni Eca?." Panik Tuan Harzan, sedaya upaya menahan Eca yang tiba-tiba saja memberontak, seakan-akan kena rasuk.

"Lepaslah. Aku nak balik."

"Panggil dokter sekarang." Arah Datuk Noah.

"Baiklah tuan." Jawab pengikutnya, lalu melangkah pergi.

"Lepaslah, saya nak balik. Korang ni siapa?." Tegas Eca.

"Bawa bertenang sayang. Sayang belum sepenuhnya sembuh. Eca perlukan rawatan. Kalau Eca dah sihat nanti, kita balik sama-sama. Ok. Papa janji." Pujuk Tuan Harzan.

"Aku tak perlukan rawatan, aku tak sakit. Korang yang sakit." Balasnya sambil menolak kuat Tuan Harzan sehingga jatuh ke lantai.

"Harzan !." Pantas membantu anaknya.

"Aduh, apa ni Eca?. Ni ayah kamu tau."

"Padan muka. Siapa suruh, halang aku tadi. Kan dah kena."

Inilah kesempatannya. Di cabutnya infus di tangan, "Argh.." rintihnya.

"Eca. Jangan jadi gilalah."

"Aku memang gila." Katanya, lalu segera melangkah pergi keluar dari ruangan. Meskipun sakit di seluruh tubuhnya, lebih-lebih lagi bahagian kepalanya. Akan tetapi, dia harus keluar segera dari hospital ini.

"Eca !."

"Tangkap dia." Arah Datuk Noah.

"Baiklah tuan." Jawab mereka, lantas mengejar Eca.

Sedang dia tekun berlari. Tiba-tiba saja langkahnya terhenti ketika seorang dokter menghalang jalannya.

"Ish, kau ni siapa?. Ke tepilah." Kesal Eca, sambil menolak kuat pemuda itu. Akan tetapi, pemuda itu sama sekali tidak berganjak malah mencapai tangannya. Lalu di gengamnya erat.

"Cik tu sakit, sedarlah diri tu sikit. Kenapa lari?. "

"Perlu ke aku jawab. Kau siapa, nak ikut campur urusan aku. Lepaslah."

"Saya takkan lepaskan cik. Selagi cik tak jawab soalan saya dulu."

"Suka hati akulah nak lari ke, nak terjun ke. Bukan urusan kau. Jangan pura-pura perdulilah. Aku tak perlukan perhatian kau. Psycho."

"Cik kenal saya?." Soal Ariel, dengan menatap lama wajah gadis itu.

Soalan Ariel, gadis itu balas dengan menolak kuat pemuda itu. Namun malangnya, pemuda itu lebih kuat darinya,

"Degilnya budak ni, ok fine." Kesalnya, lalu pantas mengari kedua-dua tangannya.

"Argh..Sakitlah. Apa ni?. Lepaslah, jantan gila."

"Saya tak kisah dengan pandangan cik terhadap saya. Tapi tolong, jangan lari macam ni. Tak sakit ke?. Saya yang tengok saja, terasa sakitnya. Inikan pulak cik yang merasa."

"Tak mati lagikan. Dramalah kau ni. Lepaslah. Sakit !."

"Saya tahu yang Cik belum mati lagi. Tapi setidaknya, terimalah rawatan dulu. Kalau dah sihat nanti, Cik nak lari. Larilah, saya tak larang."

"Kau ni degillah. Aku nak balik, ya balik. Susah sangat ke permintaan aku tu?." Bentak Eca.

"Susah, sebab saya takda lubang telinga. Sorry, cik manja."

Ariel mengangguk kepalanya kepada Raffa, menandakan satu arahan untuk menyuntik Eca agar gadis itu lebih tenang.

"Lepaslah, korang buat apa ni?. Oi." Kesal Eca.

"Cik Eca, bawa bertenang. Saya jamin, ni tak sakit."

"Aku tak bolehlah. Aku alergik, lep..aa"

Setelah Raffa berjaya menyuntik tangan gadis itu. Eca beransur lemah lalu jatuh pengsan di pelukkan Ariel.

“Dia ni, sakit-sakit pun suka menyusahkan orang. Cium kang baru tahu." Katanya, lalu membawa Eca ke biliknya semula, diikuti yang lain.

• • • •

SENYUMANNYA lebar terukir ketika tempahan bunganya sudah ada di depan mata. Bunga fresh yang di petik langsung dari ladang bunganya. Memandangkan anak gadisnya di sahkan hilang ingatan, maka dia hendak menghadiahkan bunga ini bagi mengembalikan senyumannya.

“Cantik. Saya suka. Kerja bagus semua." Pujinya.

"Terima kasih tuan. Pujian tuan, amat bermakna buat kami."

Hairan maidnya ketika melihat bunga sebesar gaban di ruang tamu. Sedangkan boss mereka jarang sekali berperilaku manis seperti sekarang.

“Besarnya bunga ni Tuan Dian, untuk siapa?.” Soal Makcik Riya iaitu ketua maid di rumahnya.

"Untuk siapa lagi, Ecalah makcik. Diakan dah sedar dari koma."

“Yeke?. Alhamdulilah. Macam mana keadaan dia sekarang?.”

"Macam tulah, dokter cakap dia kehilangan ingatan dia. Sepenuhnya. Tadi pun dia mengila sampaikan banyak orang yang kejar. Nasib baik ada tunang dia."

"Cik Eca dah bertunang !. Seriuslah, bila?."

"Saya juga baru dapat tahu semalam. Abang Harzan yang bagitahu. Ternyata selama ni, Eca dah lama bertunang. Marahlah kami. Kami ni juga orang tua dia. Jaga Eca dari bayi lagi, sampai dia dah besar macam sekarang. Perkara penting macam ni, boleh pulak mereka sembunyikan dari pengetahuan saya dan abang Ad."

"Eca masih muda lagi, baru 22 tahun. Tentang pasangan, dia boleh cari sendiri. Kalau di jodohkan macam ni, kita mana tahu sifat pasangan Cik Eca nanti. Orangnya baik ke tak. Bahaya."

"Ni semua idea papa. Katanya, perjodohan ni adalah simbol persahabatan. Saya pun tak faham."

"Dengan siapa?."

"Dengan anak uncle Arwin, si Ariel tulah. Makcik Rasa, pantas ke dia dengan anak perempuan saya."

"Oh. Tuan Ariel. Kalau dia, boleh di pertimbangkan lagi sebab dia anak baik, dengar kata, dokter lagitu. Senanglah nanti kalau Cik Eca sakit, lebih-lebih lagi mengandung. Mesti dia jaga Cik Eca dengan sebaik mungkin."

Panas hati Dian ketika mendengar pendapat maidnya.

"Eca tak boleh mengandung, sampai dia benar-benar sedia jadi ibu. Bukan kerana kewajiban. Saya tak nak, anak perempuan saya sakit hanya kerana melahirkan anak playboy macam Ariel. Dahlah. Makcik dah buat saya takda mood sekarang ni." Kesal Dian, lalu melangkah pergi.

‘Aduh. Mulut ni pun, kenapalah kau boleh sokong Tuan Ariel depan dia. Oi, tak pasal-pasal kena pecat kau nanti.’ Menyesalnya.

• • • •

WAJAH Eca terlihat masam saja, oleh kerana kedua tangannya di ikat pada kerusi roda. Ini juga untuk mencegah dirinya melarikan diri lagi. Ariel yang memandang hanya tersenyum saja sambil menyediakan hidangan di atas meja.

"Makanlah Cik Eca. Kenapa pandang jer?. Tak sedap ke lauk ni?."

"Macam tak sedap jer. Tengok sayur tu. Eee, rasa nak muntah pulak. Takda lauk lain ke?."

"Dalam keadaan Cik Eca sekarang yang dalam proses penyembuhan. Cik Eca di sarankan, makan makanan yang membantu Cik Eca cepat sembuh. Seperti Sayuran-sayuran ni, terkenal karena manfaat kesehatannya. Kandungan vitamin, mineral, dan antioksida dalam sayuran ini dapat mempercepat penyembuhan luka. Bukan itu saja, Cik Eca perlu makan makanan yang kaya dengan vitamin C yang membantu mengurangi peradangan dan mempercepat proses...,"

"Oi. Macam makcik-makciklah dokter ni. Bebel je kerja dia dari tadi. Sama macam papa. Tak penat ke?." Kesal Eca.

"Saya tak pernah penat jika itu melibatkan Cik Eca. Kesihatan Cik Eca adalah nyawa bagi saya. Jadi saya harus menjaganya."

"Nyawalah sangat."

“Dah, makan. Sejuk lauk ni nanti, tak sedap pulak.”

"Agak-agaklah dokter. Tak tengok ke, tangan saya ni diikat. Macam mana saya nak makan. Pakai niat?."

"Oh. Lupa pulak. Janganlah marah, hilang manisnya. Meh, biar saya saja yang suapkan Cik Eca."

"Eh, tak perlu. Saya pandai makan sendiri. Tapi tulah, buka dulu ikatan tangan saya ni. Please. Sakitlah."

“Maaf Cik Eca sebelumnya. Saya di beri amanah untuk jaga Cik Eca selama Cik di sini, dan larangan terbesar Tuan Harzan adalah membiarkan Cik terlepas lagi. Kalau saya membiarkan Cik terlepas lagi, itu sama saja saya dengan suka rela menyerahkan nyawa saya pada Tuan Harzan. Tak kesian ke?."

"Tadi, saya hanya terkejut. Takda niat nak lari pun. Maklumlah. Bangun-bangun je, otak kosong."

"Saya faham, banyak juga pesakit sama seperti Cik Eca. Tapi untuk sekarang, dengar cakap saya dulu. Saya janji, kalau Cik Eca dah sembuh nanti. Kita pergi Korea. Honeymoon dekat sana."

"Honeymoon?."

'Aduh, mulut kau ni Ariel. Takda lesen.' Guman Ariel.

"Kita dah kahwin ke?, atau jangan-jangan dokter ni suami saya. Patutlah care semacam je."

"Eh, bukan honeymoon, maksud saya, bercuti dekat sana. Hanya kita berdua, kalau Cik nak ajak kawan. Bawalah. Saya ok."

"Oh, bercuti. Ok. Saya dengar cakap dokter. Tapi janji tau. Kalau dokter tipu, saya bagitahu atok."

"Saya janji."

"Baiklah. Tapi boleh saya tahu, tentang kehidupan sebelumnya saya seperti apa?. Ni, cincin. Saya dah kahwin ke?." Soal Eca sambil menunjuk jari manisnya.

Lantas Ariel melepaskan cincinnya perlahan, lalu di simpannya di dalam poket agar Eca tidak melihat cincin kembar pertunangan mereka.

"Saya tak tahu tentang saya. Hanya tahu nama, tapi siapa saya. Papa bahkan atok, tak bagitahu. Saya rasa macam di lahirkan semula."

"Tahu. Tapi buat masa sekarang. Cik Eca seharusnya rehat, jangan terlalu memikirkannya. Dah tiba masanya nanti. Cik pasti tahu."

"Mungkin saja, saya ada masa lalu yang menyakitkan sampaikan Allah hilangkan ingatan saya. Dan mulakan hidup baru. Saya rasa...Saya..."

"Eca sayang." Sapa seseorang, lalu menghampiri Eca.

"Encik ni siapa?." Soal Eca hairan dengan kehadiran seorang pemuda. Terlihat berpakaian formal, berkaca mata. Sungguh kacak. Siapa yang memandang, pasti terpesona.

"Sayang. Kenapa ni?." Soalnya, ketika melihat Eca diikat tangannya. Lantas dia ingin membukanya. Sepantas kilat, Ariel mencegahnya,

"Maaf. Encik siapanya Cik Eca?."

"Arsyad, boleh panggil saya Ad. Saya ayahnya Cik Eca."

"Ayah!?." Soal Ariel dengan nada sedikit tinggi.

"Ya. Saya ayah Eca. Kenapa?. Kalau tak percaya, tanyalah Harzan. Dia tahu siapa saya." Jawab pemuda itu, sambil membuka ikatan pada tangan anak gadisnya.

Penjelasan Ad membuat Ariel mengerut dahinya.

"Terima kasih encik."

"Ai. Kenapa encik pulak, ni daddylah. Oh ya sayang. Maafkan daddy ya, sebab tak datang waktu sayang koma. Daddy sebisa mungkin habiskan kerja daddy, dan balik Malaysia untuk jaga sayang. Dan, sekarang daddy kembali. Daddy akan jaga sayang, sampai sayang benar-benar sembuh." Katanya, lalu melabuhkan cium hangat di dahi Eca.

‘Ayah?. Takkan ayah dia muda kot. Kacak lagitu, mesti dompet tebal. Tak mungkin ayah dia, atau mungkin ni kekasih dia sebelum hilang ingatan. Mungkin saja. Oi, kenapa aku cemburu pulak ni. Kalau ye pun jantan ni kekasih dia, lantak dialah.' Katanya dalam hati.

"Sayang. Jom kita jalan-jalan keluar. Biar daddy yang sorong. Nak?."

"Na.."

"Cik Eca tidak di benarkan keluar sesuka hati tanpa kebenaran saya." Celah Ariel.

"Saya ayah dia tau. Takkanlah perlu minta izin jugak."

"Ada saya kisah. Eca tanggungjawab saya, dan saya tak yakin yang encik ayah dia. Jangan-jangan penculik, atau mungkin pe..ro..gol."

“Hei. Jaga mulut tu sikit, atau mungkin semua yang kau cakap tu, berbalik pada kau kot. Bisanya, muka suci macam kau nilah, lebih teruk kelakuannya. Oi. Kenapalah Harzan boleh bawa anak aku rawat dekat sini. Jangan sampai aku beli hospital ni, maka kau yang aku pecat.” Kesalnya.

"Dahlah daddy. Dokter kacak ni hanya menjalankan tugas dia. Tengok sekarang, dialah yang sediakan semua ni. Sesuai di jadikan suami." Celah Eca, dengan tergedik-gediknya.

"Daddy tak setuju, kalau sayang kahwin dengan dia. Sayang cantik. Rugi kalau kahwin dengan muka katak macam dia ni."

"Apa kau cakap !?."

"Muka katak. Pekak ke?."

"Daddy, dokter. Please, jangan bertengkar. Sakit kelapa ni tau. Dahlah. Kalau korang nak bertengkar juga, di persilakan. Eca nak rehat." Rajuknya, lalu menyorong sendiri kerusi rodanya untuk ke katil.

"Sini, saya bantu."

"Terima kasih."

“Untuk Cik Eca. Apa yang saya tak boleh buat.” Balas Ariel, sambil menyorong tunangnya. Sempat juga dia menghadiahkan senyuman kemenangan pada Ad.

Ad hanya memandang Ariel dengan pandangan tidak puas hati. Dadanya kembang-kempis menahan amarah.

'Ni ke, Ariel tunang Eca?. Kalau benar, kurang ajarnya.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience