BAB 17

Romance Completed 18284

Seminggu sudah mereka menyambut Ramadhan Al mubarak. Seperti biasa, Hafiy sekeluarga akan menyambut dengan penuh teruja dan bersemangat. Bulan mulia ini hanya datang sebulan sekali jadi wajarlah mereka menyambut dengan pengisian rohani yang bermanfaat.

Mujur sahaja rumah mereka berdekatan dengan masjid. Jadi, mudahlah untuk Hafiy dan Mariam Syuhada mengerjakan solat sunat terawih dan juga qiamullail. Hafiy ingin membiasakan Mariam Syuhada dan juga Zahara untuk selalu bertafakur dan merendahkan diri pada Tuhan yang Esa.

Seminggu yang berlalu, Hafiy meneruskan rutin gilirannya seperti biasa. Sebagaimana dia menyambut puasa bersama Mariam Syuhada, begitu juga dia akan menyambut dengan Zahara. Tiada kurang atau lebih. Hujung minggu, Hafiy akan membawa Mariam Syuhada dan Zahara berbuka puasa di rumah keluarganya atau keluarga Mariam Syuhada. Sungguhpun Encik Shamsul masih belum boleh menerima keputusan yang dilakukan Hafiy, Encik Shamsul menerima kedatangan Zahara dengan penuh adab dan sopan.

Mariam Syuhada sudah mampu membiasakan diri dengan rutin giliran yang dibuat Hafiy. Walaupun adakalanya dia akan merasa sunyi, Mariam Syuhada pasti akan mengisi masanya dengan membaca Al quran ataupun keluar dengan Hafiza. Sedikit sebanyak, hatinya terisi dan gembira.

Sejak Hafiy menegurnya tempoh hari, Mariam Syuhada sudah tidak berani membangkitkan isu itu lagi. Pun begitu, dia pasti akan merencanakan sesuatu buat Hafiy dan Zahara. Pasangan suami isteri mana yang tak mahu menimang cahaya mata. Dia pasti, Zahara juga mahukan itu. Tak mungkin perkahwinan mereka hanya diatas kertas sahaja.

"Termenung apa tu?".

Soal Puan Azila. Dia melabuhkan punggung di sebelah menantu kesayangannya. Hafiy dan Zahara sudah keluar untuk ke bazar ramadhan. Harini mereka merancang untuk tidak memasak. Umi dan ayah juga akan datang sekejap lagi untuk bersama2 berbuka puasa.

"Takde apa. Saja pandang bunga mak tu".

"Iyeke ni? Mak tengok dari tadi termenung jauh. Tak nampak pun macam pandang bunga mak tu".

"Ada2 je mak ni". Mariam Syuhada tersengih malu.

"Ni, kamu ok ke? Hafiy ok ke? Ada masalah apa2 ke?".

Takde, kenapa mak?". Berkerut dahinya memutarkan soalan.

"Takdelah! Mak risau. Kamu hidup bermadu ni, takut ada apa2 yang tak selesa pulak".

Mariam Syuhada tersenyum. Lengan mak mertuanya dipegang kemas.

"Kami ok. Abang Hafiy dah buat yang terbaik untuk kami. Mak jangan risau, tau!".

Puan Azila hanya mengangguk. Wajah menantunya dipandang. Mungkin sebab dia mempunyai menantu sebaik Mariam Syuhada ataupun memang anak lelakinya itu bertanggungjawab?

"Syu bahagia, kan?".

Mariam Syuhada mengangguk. Dia sangat bahagia. Bahagia bersama Hafiy.

"Baguslah! Mak tak nak Syu sembunyi apa2. Kalau ada masalah, cepat2 bagitau kami".

"Iye, mak! InsyaAllah. Mak jangan risau la. Syu baik2 aje".

"Si Ara tu, ok ke?".

Mariam Syuhada mengangguk, "Kenapa, mak?".

"Takdelah, mak tanya aje. Baguslah kalau dia ok. Mak ni bukan apa, mak takut Hafiy tu buat keputusan yang salah. Iyelah, baru setahun dengan Syu, tup2 dia mintak kahwin lagi. Tu yang mak risau".

Mariam Syuhada mengetap bibir. Kerisauan seorang ibu.

"Mak, Syu pun kenal Ara tu. Mak jangan risau. Dia bukan budak jahat pun". Seloroh Mariam Syuhada membuatkan Puan Azila tergelak kecil.

"Takpelah gitu. Ayah kamu tu, mak pun tak tahu la nak nasihat macamana lagi. Sampai ke harini dia masih belum boleh nak terima isteri Hafiy tu. Malu dengan ayah Syu katanya".

"Mak, jangan macamtulah. Syu sendiri izinkan. Ayah jangan la fikir macamtu. Hafiy tetap jadi menantu kesayangan ayah tau. Apa2, mesti dia lebihkan abang Hafiy dari Syu ni, anak kandung sendiri".

Puan Azila tergelak kecil. Seketika, dia melepaskan keluhan kecil.

"Takpelah gitu. Mak takdelah nak terasa hati sangat dengan Hafiy tu kalau betul dia mampu dan boleh. Mak doakan ajelah yang terbaik. Mak percaya kamu".

Jemari Puan Azila digenggam kemas. Dia juga sentiasa mengharapkan yang sama dari Hafiy. Perkahwinan mereka baru sahaja setahun. Mereka masih mencari rentak dan keserasian dalam perhubungan mereka berdua. Sudah semestinya Mariam Syuhada menginginkan yang terbaik antara dia dan Hafiy dan juga Zahara.

Puan Azila memandang sekilas menantunya sebelum matanya terarah pada kereta Hafiy yang baru memasuki perkarangan rumah. Hafiy dan Zahara keluar dari perut kereta bersama beberapa beg plastik merah.

"Banyak ke abang beli?".

Mariam Syuhada berjalan mendapatkan Hafiy. Beg plastik yang dipegang, beralih tangan.

"Tulah, dah sampai bazar semua nampak sedap! Tak tau nak beli apa, abang ambil aje".

"Abang! Nanti kang tak habis pulak".

Zahara hanya diam disebelah Hafiy manakala Puan Azila masih duduk di anak tangga.

"Syu kan ada!".

Serta merta lengan Hafiy dicubit perlahan. Zahara tersengih.

"Apa pulak Syu. Ni, belikan tak kuih kesukaan Syu?".

"Alamak! Abang lupa laa.."

Dahinya ditepuk kuat. Mariam Syuhada menarik muka muncung.

"Abang.."

"Eei.. abang ingat lah! Takkan abang lupa pula".

Hafiy tersengih memandang Mariam Syuhada. Zahara hanya diam memerhati suami dan madunya berborak mesra. Sedikit cemburu melihat kemesraan mereka.

"Jom lah, naik rumah dulu. Nak masuk waktu buka ni".

Mereka menangguk seraya mengekori langkah Puan Azila. Hafiy terlupa seketika tentang Zahara di belakangnya. Dia erat menggenggam jemari Mariam Syuhada disebelahnya. Sesekali, Hafiy memeluk pinggang isterinya itu.

"Abang nak mandi kejap. Belengas pulak badan ni".

"Cepat sikit. Takut lewat nak buka pula. Erm, Ara boleh tolong tak? Sediakan baju abang Hafiy. Syu ada gantung dekat almari".

Arahan diberikan kepada madunya. Tangannya lincah membuka plastik berisi makanan.

"Takpe ke Ara masuk bilik Syu?".

"Takpe. Tolong ye?".

Zahara agak serba salah tapi melihatkan wajah madunya, dia menurut jua. Langkah Hafiy diekori hingga ke bilik. Hafiy sudah bersarung tuala dipinggang.

"Baju melayu.. ok?".

"Abang tak kisah. Kejap lagi pun nak ke masjid".

Zahara memandang almari baju dihadapannya. Perlahan dibuka lalu terlihat gantungan baju melayu dan baju kurung kepunyaan Hafiy dan Mariam Syuhada. Satu persatu baju melayu dibelek. Akhirnya, dia memilih baju melayu berwarna hitam yang siap bergosok.

"Ni ok?".

"Ok je. Ara tunggu sini, abang mandi kejap. Jangan pergi mana2".

Zahara termangu. Serasa dia tak salah dengar. Hafiy menyuruh dia menunggu di dalam bilik?

Ruang bilik tidur diperhati satu persatu. Katil bersaiz king bercadar krim menjadi pilihan. Almari hitam di sudut bilik dan meja solek yang terletak di sebelah katil menjadi penghias ruang kecil ini. Deretan pokok kaktus dia tepi tingkap mencantikkan lagi bilik tidur mereka.

Zahara mengambil tempat di birai katil. Matanya tertancap pada bingkai gambar perkahwinan Hafiy dan Mariam Syuhada. Lama dia merenung gambar tersebut. Cantik!

"Tengok apa tu?".

Suara Hafiy mematikan lamunannya. Zahara menoleh.

"Takde! Takde apa2.."

Hafiy tersenyum seraya mendekati Zahara.

"Dari tadi abang tengok diam aje. Ara ada masalah ke?".

"Takde pun".

"Sure?".

Zahara menjauh. Dia mengambil baju yang bergantung lalu dihulur.

"Ara ok.."

"Ara tak selesa dengan ayah ke?".

Zahara hanya diam. Jemarinya sibuk menari2 di hujung baju yang dipakai.

"Ayah tu nampak je macam marah tapi abang percaya dia ok. Abang mintak maaf kalau Ara tak selesa dengan ayah. Mungkin dia perlukan masa sikit.."

Baju melayu tersarung kemas di badan suaminya. Zahara mengemaskan butang baju tersebut.

"Kalau ada apa2 yang tak ok, cakap dengan abang. Jangan diam2". Wajah Zahara dibelai lembut. Dia menghadiahkan kucupan lembut di dahi isterinya.

Zahara tersentuh.

"Erm.. ha".

"Kenapa ni?". Soalnya setelah melihat riak wajah Zahara yang lain.

"Abang cuba goda Ara ke sekarang ni?".

Hafiy tergelak besar. Perutnya dipegang, sakit dek ketawa tak berhenti.

"Ara rasa macam tu ke? Kalau abang goda, Ara dah cair ke dengan godaan abang?".

Zahara mencebik. Geram pula melihat Hafiy mentertawakannya.

"Abang baru cium dahi, Ara dah fikir macamtu. Salah ke?".

"Ish, takpelah! Malas nak layan abang. Ara nak keluar.."

"Kejap!". Lengan Zahara dipegang kemas.

"Ke..napa ni?".

"Kalau abang goda betul2, Ara terkesan tak?".

Hafiy sengaja mendekatkan wajahnya dengan wajah Zahara. Bahu Zahara dipegang kemas. Hanya hembusan nafas yang kedengaran.

"Abang.." Seakan tak kedengaran. Zahara lemas.

"Kenapa? Tak boleh ke?". Kali ini, Hafiy meletakkan tangannya dipinggang Zahara.

"Abang lupa ke janji abang dulu?".

"Tak.. tak pernah lupa".

"Abang, lepas!".

"Taknak!".

"Kenapa? Abang tak boleh sentuh Ara ke?".

Zahara makin lemas. Dia hampir tergoda dengan kelembutan suara Hafiy dicuping telinganya.

"Jangan sekarang.."

"So, nanti boleh lah?". Hafiy memintas. Dia tersenyum tipis.

"Abnag, please.."

"Kenapa? Kita suami isteri. Abang boleh sentuh Ara, kan?".

Hampir sahaja gugur jantung Zahara apabila tangan Hafiy mula merayap naik ke belakang badannya. Mujur Azan maghrib berkumandang. Zahara cepat2 meloloskan diri dan terus keluar dari bilik.

"Ara.. Ara! Abang baru buat sikit, Ara dah gelabah".

Hafiy mengikuti langkah Zahara dan terus ke meja makan. Kelihatan kerusi disebelah Mariam Syuhada kosong. Hafiy melabuhkan punggung disebelah isterinya. Kebetulan, Zahara duduk bertentangan Hafiy. Sempat dia mengenyitkan matanya buat Zahara.

"Hafiy, baca doa buka puasa". Arah Encik Shamsul.

Tanpa berlengah, doa buka puasa dibaca. Kurma dijamah dahulu sebelum mula mengisi perut dengan makanan yang lain. Ikut sunnah Nabi.

Kebiasaannya, Hafiy akan mengalas perut dengan kurma dahulu dan terus menunaikan solat maghrib. Memandangkan mereka di rumah keluarga, Hafiy meneruskan mengisi perutnya dengan nasi sedikit.

"Nanti jemaah kat masjid. Malam ni ada tazkirah ringkas. Hafiy, bawak isteri kamu ke sana. Belajar sesuaikan diri dengan ilmu Allah ni".

Agak pedas ayat yang dilemparkan oleh Encik Shamsul. Zahara yang baru sahaja ingin menyuap makanan terhenti. Terasa seperti diperli.

'Teruk sangat ke aku ni?'

"Abang, kenapa cakap macamtu?". Puan Azila menegur. Dia memahami maksud disebalik ayat suaminya. Encik Shamsul hanya berdehem sebelum meneruskan suapan.

Wajah Zahara yang muram dipandang lama. Pasti isterinya terasa hati dengan kata2 ayahnya. Hafiy meneruskan suapan tanpa kata.

"Er, ni mak masak sambal ni, makanlah. Ara, kenapa tak berusik pun nasi tu?". Soal Puan Azila lembut.

"Er, nak makan la ni".

Zahara tersenyum. Satu suapan ditelan. Terasa kelat. Punggungnya sudah tak betah berlama di situ.

Suasana di meja makan sepi. Sesekali sahaja suara Hafiy kedengaran diselang seli suara Mariam Syuhada dan Puan Azila. Zahara sudah tiada mood untuk meneruskan suapan. Akhirnya, dia bangun untuk menuju ke sinki.

"Ara dah sudah ke?". Soal Hafiy. Anak mata mereka bertemu.

"Dah".

"Sikit je makan nya?".

"Kenyang dah, mak. Sedap mak masak". Zahara melemparkan senyuman manis.

Langkah diatur menuju ke sinki. Pinggan yang kotor dicuci segera dan terus berlalu ke bilik. Entah kenapa hatinya terasa berat sekali. Zahara terasa ingin lari dari rumah ini.

Pintu bilik ditutup rapat. Zahara terduduk dibirai katil. Entah kenapa, ada air mata yang mengalir di pipi.

"Kenapa? Teruk sangat ke aku ni? Nampak sangat aku ni dibenci!".

Dia menutup wajahnya rapat ke bantal. Terhenjut2 bahunya menahan esakan tangis. Sampai bila dia harus menahan semua ini.

"Ara?".

Zahara terkejut. Terlihat susuk tubuh Mariam Syuhada di muka pintu. Cepat2 dia mengesat air mata yang bersisa. Duduk dibetulkan.

"Kenapa nangis ni? Tak manis dah.." Mariam Syuhada cuba mengesat air mata Zahara tapi dihalang.

"Maaf, Syu".

"Ara jangan terasa dengan kata2 ayah tu. Dia cuba nak bagi yang terbaik untuk kita semua. Ara faham, kan?".

Zahara mengangguk.

"Syu dulu pun kena macam tu jugak. Ayah tu nampak je garang tapi hati dia baik".

'Bohong sunat, takpe kan?'.

"Situasi Syu dengan Ara lain".

Mariam Syuhada mengetap bibir. Ada betul kata2 Zahara itu. Situasi berbeza. Dia ditempat lain.

"Er.. dah lah! Taknak fikir lagi benda ni. Sekarang ni, Ara siap2 cepat. Kita kan nak ke masjid. Nanti lambat, lagi ayah bising. Syu tunggu kat luar tau".

Mariam Syuhada meninggalkan Zahara yang masih diam. Mungkin dia memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan ini. Mariam Syuhada kembali ke bilik untuk mengambil telekung.

"Macamana? Dia ok?". Soalan pertama yang diajukan Hafiy.

"Tak. Dia menangis. Sedih la kot dengar ayah cakap macamtu".

Hafiy mengeluh. Entah macamana lagi patut dia buat agar Encik Shamsul terbuka hati menerima kehadiran Zahara dalam keluarga ini.

"Abang pujuk la dia nanti".

"Kan Syu dah pujuk tadi?".

"Tak sama lah. Abang pujuk lain dengan Syu pujuk". Mariam Syuhada mencubit lengan Hafiy.

'Kenapalah tiba2 blur pulak laki aku ni!'

"Er.. yelah! Nanti balik masjid, abang tengokkan".

Mariam Syuhada tersenyum. Kain telekung dicapai lalu disarung kemas dikepala. Mereka beriringan keluar dari bilik. Kelihatan Encik Shamsul dan Puan Azila sudah siap menunggu. Umi dan ayah juga sudah siap.

"Mana Ara?".

Soal Puan Azila perlahan. Dikerling suami disebelahnya. Risau kalau2 suaminya mula buka mulut.

"Tadi Syu dah panggil. Kejap lagi siap la tu".

Puan Azila hanya mengangguk.

"Satu hal orang nak menunggu pulak". Terus dia bangun dari kerusi dan meninggalkan ruang tamu. Puan Azila terkebil2 memandang.

"Er.. ayah kau dah marah tu. Mak ikut ayah kau la. Nanti korang jangan lambat pulak".

"Syu ikut mak lah! Abang tunggu Ara, ye. Jumpa kat masjid".

Tanpa menunggu lama, Mariam Syuhada mengekori langkah Puan Azila yang terkocoh2 didepan. Umi dan ayah juga turut mengikut. Tinggal Hafiy sendiri. Langkah kakinya dihayun menuju ke bilik Zahara. Pintu diketuk perlahan.

"Ara! Dah siap belum?".

Tiada jawapan. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Hampir sahaja waktu maghrib habis. Zahara masih belum keluar. Hafiy akhirnya menunaikan solat sementara di ruang tamu bimbang pula tak sempat sehingga ke masjid.

Setelah salam diberi, pintu bilik Zahara masih tak terbuka. Hatinya merasa bimbang. Sekali lagi Hafiy mengetuk pintu bilik Zahara.

"Ara, dah ke belum tu? Apa Ara buat lama sangat".

Hafiy memulas tombol pintu. Tak berkunci. Dengan segera dia melangkah masuk ke dalam bilik. Kosong. Hanya ada telekung yang berserak diatas katil.

"Ara?".

Hafiy tercari2 kelibat isterinya. Tak mungkin dia dah keluar. Telinganya tertancap pada bunyi air yang mengalir dari bilik air. Perlahan2, daun pintu ditolak. Alangkah terkejutnya Hafiy apabila melihat susuk tubuh isterinya yang sudah terbaring di lantai. Paip air ditutup.

"Ara! Kenapa ni? Ara, bangun! Ara, kenapa ni?". Pipi Zahara ditepuk berkali2. Habis lencun isterinya. Risau hatinya. Hampir sahaja gugur jantungnya melihat Zahara yang pengsan.

Dengan kudrat yang ada, Hafiy mencempung tubuh Zahara menuju ke kereta. Tudung isterinya dicapai. Dalam fikirannya hanya teringatkan hospital. Pintu rumah langsung tak bertutup. Hafiy terus memecut laju menuju ke hospital.

"Ya Allah, Ara bangun lah. Kenapa ni? Jangan buat abang takut. Ara!".

Hafiy memicit dahi berkali2. Kereta yang dipandu seperti nak terbang. Hafiy berulang kali beristighfar agar tiada apa2 yang buruk terjadi.

Sesampai sahaja di hospital, Hafiy terus membawa isterinya ke bahagian unit kecemasan luar. Risau bukan kepalang. Tak betah dia nak menunggu lama.

"Encik Hafiy?".

"Saya!".

"Puan Zahara dah sedar tapi keadaan dia masih lemah. Puan Zahara diserang gastrik. Er, kami harap Encik Hafiy lebih jaga jadual makan isteri".

Gastrik? Hafiy sendiri tak tahu menahu tentang gastrik isterinya.

"Er, baiklah. Bila boleh saya bawak isteri saya balik?".

"Ikut pada keadaan Puan. Kalau dia ok, kami boleh lepaskan".

Hafiy mengangguk. Setelah mengucapkan terima kasih, Hafiy berlari anak menuju ke katil Zahara. Kelihatan wajah isterinya yang pucat.

"Ara?".

Perlahan2 Zahara membuka mata. Bibirnya kering. Hafiy menggenggam erat jemari isterinya.

"Ara ok?".

Zahara mengangguk lemah.

"Jangan buat macamni lagi. Risau abang!".

Zahara hanya diam. Dia hanya mampu memandang wajah Hafiy.

"Kalau abang tau Ara gastrik, abang dah paksa Ara makan tadi. Ni, siapa susah? Ara jugak kan. Jangan nak skip makan lagi lepasni".

Zahara diam. Teringat kejadian tadi. Bukan dia sengaja nak biarkan gastrik datang menyerang. Zahara sendiri hampir lupa tentang gastrik yang dihidapi. Sebaik perutnya terasa pedih, barulah Zahara menyesal tak terkata.

"Balik, jom". Perlahan suaranya memecah sepi.

"Ara lemah lagi. Rehat dulu nanti baru balik".

"Taknak. Nanti diorang tertunggu2 kat rumah".

Hafiy terlopong. Baru dia teringat yang dia langsung tak memberitahu sesiapa tentang hal ini. Malah, pintu rumah juga dibiar ternganga. Pasti Puan Azila sudah membebel. Segera Hafiy meraba2 poketnya. Kosong.

"Allah! Henset abang tertinggal pulak. Hurm, abang balik rumah dulu, nanti abang datang , ok?".

"Taknak. Bawak Ara balik. Ara ok dah". Sebolehnya Zahara cuba untuk duduk.

"Ara, jangan macamni. Buatnya Ara pengsan lagi macam tadi, abang susah hati".

"Ara rehat kat rumah. Ara lapar". Dia memegang lengan Hafiy.

"Abang belikan roti.."

"Tak sedap!". Pintasnya.

Zahara memandang Hafiy penuh pengharapan. Dia sebenarnya merasa tak selesa dengan apa yang dah terjadi. Pasti bapa mertuanya akan membuat andaian lain. Dia tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah dia sahaja yang mengikut rentak bapa mertuanya.

"Ara degil, eh?".

"Please.."

Hafiy mengeluh. Kepalanya digaru kuat.

"Iyelah! Abang ambil ubat kejap. Tunggu sini".

Hafiy menuju ke kaunter ubat. Nak tak nak, dia terpaksa mengikut juga kata2 isterinya. Bila difikirkan kembali, lebih elok kiranya Zahara dijaga dirumah. Sudah pasti ada insan lain yang turut membantu.

Zahara dipapah menuju ke kereta. Dalam lemah isterinya, sempat lagi dia ingin berjalan sendiri. Tak padan dengan sakit. Hafiy hanya mampu menggeleng sahaja.

"Balik rumah, makan dulu baru makan ubat. Abang taknak jadi macam tadi lagi".

"Masuk ni dah sepuluh kali abang pesan". Jawab Zahara selamba. Dia menunjukkan riak bosan.

"Ewah2! Pandai menjawab eh isteri abang ni. Kalau tak diingatkan, nanti Ara lupa".

"Ara bukan budak kecik la".

"Memang lah! Masalahnya, kalau Ara ingat, kenapa tadi boleh pengsan? Haa, jawablah".

Zahara mengetap bibir. Dia memandang ke luar tingkap. Perutnya dipegang. Terasa berbisa lagi.

"Sakit lagi ke?". Soal Hafiy risau.

"Sikit".

Tanpa berlengah, Hafiy memecut laju membelah jalan raya. Tak sampai sepuluh minit, kereta berhenti betul2 dihalaman rumah. Hafiy sempat mengerling ke dalam isi rumah. Macam takde orang!

"Jom, kita masuk dulu".

Hafiy memaut lengan isterinya dan beriringan berjalan ke dalam rumah.

"Kau dari mana?!". Sergah Encik Shamsul yang sedang duduk di sofa. Wajahnya serius.

"Ayah!.."

"Hafiy dari mana? Kami tunggu kat masjid, Hafiy dengan Ara takde. Mak balik tengok pintu terbuka, kereta takde. Apa jadi?". Puan Azila pula bersuara.

"Hafiy dar.."

"Maaf sebab buat semua risau. Ni semua salah Ara. Maafkan Ara, ayah".

"Kau diam! Aku tak tanya kau!". Tengking Encik Shamsul. Yang lain sudah terdiam. Hanya bunyi kipas menemani mereka malam ini.

"Ayah, kenapa kena tengking Ara pulak? Dia tak salah".

"Dah kalau tak, apa pasal kau takde kat masjid? Dah jam gini baru kau muncul kat rumah ni?".

Hafiy mengeluh. Keras sungguh hati ayah.

"Ara pengsan. Hafiy bawak dia pergi hospital".

Puan Azila dan Mariam Syuhada terkejut mendengar berita yang baru disampaikan. Wajah Hafiy dan Zahara dilandang silih berganti.

"Kenapa abang tak telefon Syu?".

"Sorry, Syu. Henset abang tertinggal. Tu yang abang balik terus. Kebetulan Ara pun dah ok sikit".

Zahara dipapah oleh Puan Azila menuju ke sofa. Hafiy berdiri sebelah Mariam Syuhada.

"Kalau ayah nak marah, marah Hafiy. Ara tak salah. Memang tadi Hafiy nak ke masjid, tapi Ara pengsan kat bilik air. Hafiy risau tu yang terus ke hospital".

Encik Shamsul menarik muka masam. Langsung tak dipandang Zahara yang tersandar lemah.

"Macamana boleh pengsan ni?". Soal Paun Azila pula.

"Gastrik".

"Ya Allah, lain kali kena makan. Tadi mak tengok kamu tak luak pun nasi tu. Patut la masuk angin. Ni, mak masakkan bubur ye".

"Er, mak! Takpe. Ara makan nasi dengan lauk tadi je".

"Mengada2! Kalau dari tadi makan elok2, takde nye jadi macamni. Ni gastrik la, itu la.. macam2! Kalau nak mengada pun, jangan depan mata aku!".

"Ayah! Kenapa cakap kat Ara macamtu?".

"Apa? Kau nak aku cakap macamana lagi? Salah ke aku cakap?". Encik Shamsul mula berang.

"Abang, dah la tu! Jangan dikeruhkan lagi keadaan. Dah Hafiy, bawak isteri kamu masuk bilik, rehat. Ni, Syu pergi ambilkan nasi untuk Ara ni".

"Takpe Syu, Ara ambil sendiri". Pintasnya.

"Dalam rumah ni, aku tak suka orang yang meraih simpati!". Encik Shamsul bingkas bangun meninggalkan mereka terkulat2 sendiri.

Sudah pasti Zahara terasa dengan kata2 bapa mertuanya. Sebolehnya ditahan air mata dari mengalir. Zahara cuba melemparkan senyuman buat Puan Azila.

"Maafkan lah ayah tu. Dia tak sengaja".

"Er.. takpe mak. Ara ok". Jantungnya berdegup laju. Wahai hati, bertabahlah!

"Mak ke bilik dulu ye. Ara rehat lah. Jangan lupa makan. Hafiy, jangan lupa bagi makan kat isteri kamu ni".

Hafiy mengangguk. Wajah Zahara yang muram dipandang.

"Syu sediakan nasi kejap. Ara tunggu dulu ye".

Mariam Syuhada segera ke dapur. Kesian pula melihat Zahara seperti itu. Dia hanya mampu berdoa agar bapa mertuanya dapat menerima Zahara sebagai menantu dalam keluarga ini.

Hafiy mendekati Zahara yang sejak tadi diam. Isterinya tertunduk. Bahu Zahara dipaut.

"Ara jangan terasa, ok?".

Zahara diam. Wajahnya terasa panas. Bakal meletus air mata yang sudah lama bertakung dikelopak mata.

"Ara nak rehat kat dalam bilik". Zahara bingkas bangun dari sofa. Pegangan tangan Hafiy langsung tak dihiraukan. Dia segera melangkah ke bilik tidur. Usai pintu bilik ditutup, air mata terus menjalankan kerjanya.

"Allah, kuatkan aku!". Rintih Zahara sendiri. Teresak2 dia menangis. Langsung dia teringat pada arwah mak yang sudah lama meninggalkan dirinya.

"Ara, dalam hidup ni akan ada benda yang menguji kemampuan kita. Samada kita kuat atau tak, itu yang menjadi asbab pada pengakhiran cerita kita".

"Mak, Ara nak mak!".

Untuk pertama kali setelah sekian lama, Zahara merintih mahukan ibunya. Terasa berat dugaan yang diterima tak sama seperti ujian yang dihadapi dulu bersama Hakim.

Knok! Knok!

"Ara, bukak pintu ni, please". Suara Hafiy kedengaran di luar pintu bilik.

Zahara masih membisu. Tangannya digenggam kuat. Kalau bisa dia putar kembali, pasti dia takkan terima Hafiy dahulu. Betapa bodohnya dia menjadi boneka perlian bapa mertua sendiri.

"Ara, abang ni. Bukak pintu".

Zahara kesat air mata. Kakinya diatur menuju ke pintu. Perlahan tombol pintu dipulas. Wajah Zahara terjengul di muka pintu.

"Abang bawak nasi, makan dulu. Nanti Ara sakit lagi".

"Takpelah, Ara nak tidur aje".

"Degil lagi? Abang pesan apa tadi? Bukak pintu ni cepat". Arah Hafiy dengan suara yang sengaja digarangkan.

Zahara mengeluh. Nak tak nak terpaksa juga dibuka luas pintu bilik. Hafiy tersenyum kecil seraya melangkah masuk. Dulang berisi makanan diletak di atas meja solek. Hafiy kembali menutup pintu bilik lalu menarik lengan Zahara agar mengikut langkahnya ke birai katil.

"Makan sikit lepastu makan ubat. Jangan degil!".

"Taknak.." Sudu ditolak ke tepi. Zahara menggeleng perlahan.

"Ara kenapa ni? Abang penat2 bawak makanan tau.. Ara taknak makan pulak. Nanti gastrik lagi macam tadi, siapa susah? Jangan zalim dengan badan sendiri tau". Hafiy berceramah.

"Kalau abang penat, tak payah bawakkan lain kali. Ara boleh makan sendiri". Rajuk suaranya. Zahara memalingkan wajahnya ke sudut lain.

Sudahlah hatinya sedih dengan kata2 Encik Shamsul, ditambah pula dengan ayat dari suami sendiri.

"Eei.. isteri abang merajuk ke? Abang gurau jelah! Takkan sedih sangat?". Lengan Zahara dicuit. Zahara diam.

Melihatkan wajah isterinya yang murung, Hafiy terpaksa menukar rancangan. Pinggan diletak di tepi. Dia memaut kedua2 belah lengan Zahara.

"Terasa dengan ayah?".

Zahara diam. Sebolehnya dia tak mahu menjawab. Tapi, jantungnya bagai nak meletus perang dunia saat ini. Wajahnya membahang dek genangan air mata dikelopak.

"Abang pergi la tidur, dah lewat malam ni".

"Taknak!".

Zahara memandang wajah suaminya. Hafiy tersengih.

"Kenapa isteri abang ni? Muram2 macamni, tak cantik dah". Hafiy membelai pipi Zahara lembut.

Setitik dan akhirnya air mata merembes laju keluar membasahi pipi. Zahara menangis juga akhirnya.

"Nangislah, kalau itu buat Ara tenang". Ujar Hafiy perlahan. Zahara ditarik ke pelukan. Ditepuk lembut bahu isterinya.

Semakin lama, Zahara semakin tersedu sedan. Dia cuba melepaskan segala2nya di pelukan suami. Terasa berat sekali ujian yang ditanggung.

"Maafkan ayah, ye? Abang sendiri tak tahu nak cakap macamana kat ayah lagi. Ara kena sabar".

"Ara cuba sabar, tapi kenapa ayah macam benci sangat kat Ara? Teruk sangat ke Ara ni? Berdosa ke Ara sebab jadi isteri abang?".

Hafiy mengeluh. Dia merasa simpati dengan Zahara. Kalau nak diikutkan, dia juga tak mahu jadi seperti ini.

"Ara tak salah. Jangan pernah fikir macamtu. Ayah tak sengaja je tu. Ara jangan macamni. Selawat banyak2".

Masih kedengaran sedu tangisan Zahara. Tangannya menggenggam kuat baju tshirt Hafiy.

"Ara tak selesa kat sini?".

Zahara diam. Hafiy melepaskan pelukannya. Dia memandang Zahara lama.

"Kalau tak selesa, esok pagi kita balik. Janji isteri abang ni tak sedih macamni". Hidung isterinya dicubit manja.

"Ara nak berbaik dengan ayah, tapi nampak ayah benci sangat dekat Ara".

"Abang kan ada!".

"Abang nak buat apa?".

"Abang boleh tolong jadi ayah. Biar Ara dapat rasa kasih sayang seorang ayah!". Seloroh Hafiy suka. Mengekek dia gelak.

"Eei, main2 lah abang ni! Ke situ pulak dia". Zahara menolak bahu suaminya. Sempat lagi dia mengesat air mata.

"Dah ok la ni?". Soalnya setelah lama diam.

"Bila masa Ara tak ok pulak?".

Hafiy menjegilkan biji mata. "Yang nangis tadi tu bukan la?".

Zahara tersengih malu. Merona wajahnya. Entah macamana dia boleh lupa esakannya tadi.

"Dah la, Ara ngantuk.."

"Eh, makan ni dulu sikit lepastu boleh makan ubat. Ara pun tak solat lagi, kan?".

"Iye la! Ara tau. Sekarang ni abang pergilah masuk tidur. Dah pukul berapa ni, kesian Syu tunggu tu".

"Siapa cakap Syu tunggu?".

Zahara berkerut. Laki aku ni dah kenapa?

"Iyelah, kan abang tidur dengan Syu".

"Sebab Ara sakit, malam ni abang teman Ara. Dah, bukak mulut cepat, abang suap". Sudu kembali dihala ke mulut Zahara. Dia bingung.

"Kenapa?". Naif sahaja kedengaran di telinga.

"Kenapa apa? Abang kena la jaga isteri abang sakit. Tak faham jugak ke?".

Zahara terdiam. Tak mungkin! Kalau bapa mertua dia tahu, pasti lagi kecoh. Memang sejak datang sini pun, Zahara tidur sendirian. Itupun di bilik belakang, atas arahan bapa mertuanya. Tak mungkin dia akan membuat kecoh lagi.

"Ni dah kenapa pulak ni?". Hafiy mencubit pipi Zahara.

"Baik abang tidur bilik Syu aje. Ara taknak la ayah tu bising lagi kalau tau". Zahara mula bangun dan menarik lengan suaminya agar keluar. Hafiy tergelak kecil.

"Apa nya? Ara ni fikir jauh sangat. Biarlah abang nak tidur mana pun malam ni. Dah, duduk sini makan. Tak payah nak fikir pasal siapa2 pun".

Zahara di dudukkan kembali. Sudu dihala kembali ke mulut isterinya. Lambat laun, Zahara mula mengisi perut. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

"Terima kasih".

Hafiy menjongket kening. "Kenapa?".

"Sebab jaga Ara".

"Tanggungjawab suami".

Zahara menghembus nafas perlahan. Rasa bersalah pula kerana kelalaian dia membuatkan Hafiy terpaksa menjaganya.

"Jangan skip makan". Pesan Hafiy serius. Zahara mengangguk laju.

"Abang percaya satu hari nanti, ayah pasti terima Ara sebagai menantu dia. Yang penting Ara kena sabar, ok?".

Zahara tersenyum kecil. Itu juga yang sering diharapkan oleh Zahara.

"Er, dah kenyang. Ara nak solat dulu".

Hafiy mengangguk. Pinggan nasi yang sudah berluak diletak di dulang. Hafiy kembali menghantar ke dapur membiarkan Zahara menunaikan solat dahulu.

Pinggan dicuci perlahan tak mahu mengejutkan isi rumah.

"Hafiy".

Suara Encik Shamsul kedengaran. Hafiy menoleh.

"Ayah.. kenapa?".

"Ayah takkan tarik balik kata2 ayah. Ayah nak kau yang fikir semula tentang hal ni. Benda yang ayah tak suka, jangan dibuat". Serius suaranya. Hafiy tergamam.

"Ara isteri Hafiy yang sah sama macam Syu".

"Ayah tak pernah restu!". Encik Shamsul tak mahu beralah.

"Tolonglah ayah, sekali ni aje ayah restukan hubungan Hafiy dengan Ara. Dia menantu ayah juga".

Encik Shamsul merenung tajam anak lelakinya. Dingin sekali. Hafiy hampir tak berani bertentangan mata.

"Kenapa kau jadi macamni? Dulu, kau ikut semua kemahuan ayah. Sekarang, kau dah pandai buat keputusan sendiri".

"Maafkan Hafiy, ayah". Hanya itu yang mampu dituturkan.

Encik Shamsul mengeluh. Dia sudah kehabisan ayat. Anaknya tetap tak mahu mengikut kata2 nya.

"Selagi kau tak ikut cakap ayah, kau takkan pernah bahagia".

Encik Shamsul berlalu meninggalkan Hafiy sendiri. Hafiy mendengus kasar. Serabut otaknya. Kenapa ayah tak cuba memahami situasi dia?

***

"Awal sangat kamu nak balik ni, Fiy? Tak tunggu lama sikit ke?".

Beg roda dimasukkan ke dalam bonet. Setelah bersalaman, Hafiy menyuruh Zahara dan Mariam Syuhada masuk ke dalam kereta.

"Maaf, mak. Hafiy memang nak cuti lama sikit. Tapi, Hafiy kena jaga hati orang2 yang Hafiy sayang". Matanya memandang susuk tubuh Encik Shamsul yang sedang duduk membaca surat khabar dan Zahara di dalam kereta.

Puas dia memikirkan kata2 ayahnya malam tadi. Akhirnya dia membuat keputusan untuk tetap bersama Zahara dan dalam masa yang dia akan cuba menjernihkan keadaan yang semakin keruh.

"Mak faham. Takpelah, kamu sabar jelah banyak2. Mak doakan yang terbaik buat kamu. Ni, dah sampai bagitau mak. Jaga perkahwinan kamu elok2. Sekarang ni tanggungjawab kamu besar. Lebih besar dari sebelumnya. Mak nak kamu sentiasa berbincang kalau ada masalah. Boleh, Hafiy?".

"InsyaAllah, mak. Mak sentiasa doakan Hafiy, tu dah cukup. Terima kasih sebab mak faham keadaan Hafiy. Hafiy gerak dulu, ye. Assalamualaikum".

Puan Azila menghantar anaknya dengan doa yang berbakul2. Sekejap dia melirik kearah Encik Shamsul. Keras sungguh hati suaminya.

"Sampai bila abang nak marahkan anak kita tu?".

"Sampai dia ikut cakap saya".

Puan Azila mengeluh. Dia melabuhkan punggung di sofa bersebelahan suaminya.

"Abang, tak guna awak nak protes macamni. Hafiy dah kahwin pun. Sepatutnya kita doakan yang baik2 untuk diorang tu. Hafiy tu satu2 nya yang yang kita ada. Beralah la, bang".

Encik Shamsul bengang. Surat khabar direnyuk kuat.

"Awak tak payah nak nasihat saya. Saya tau apa yang saya buat. Selagi anak bujang awak tu tak ikut cakap saya, takkan bahagia nya diorang tu!".

"Ya Allah, bang! Mengucap lah. Jangan sebab mulut kita, nanti jadi doa pulak. Kita ni mak bapak dia, tak elok cakap buruk pasal anak". Tegur Puan Azila.

"Apa2 jelah! Saya tetap dengan keputusan saya. Awak ingat saya tak malu ke semalam? Malu saya ni tak hilang lagi tau! Anak yang kita banggakan, alih2 dia pulak malukan kita. Tak pernah dibuat orang, Zila oi!".

Encik Shamsul tersandar di sofa. Turun naik nafasnya. Kalau diikutkan, jejak kaki Zahara pun dia tak mahu.

"Sudah la tu, bang. Biarlah dia hidup dengan cara dia. Kita dah buat yang terbaik, pandailah dia kemudi rumah tangga dia. Abang jangan la masam muka dengan budak Ara tu. Kesian saya tengok. Dia pun menantu kita jugak".

"Menantu siapa? Kalau awak nak anggap macamtu, terpulang! Dia bukan menantu saya. Menantu saya sorang je, Syu!". Encik Shamsul bingkas bangun dari sofa.

Puan Azila hilang kata2. Kalau hitam, hitam la jawapannya. Mujur anak lelakinya tak mengikut perangai suaminya. Kalau tidak, mahu pengsan dibuatnya nak melayan karenah keras kepala nanti.

Puan Azila termenung jauh. Jauh dia sudut hati, dia mendoakan yang terbaik buat anaknya dan menantu2 nya. Doa ibu senjata paling kuat. Dia sayang anaknya begitu juga menantu2 nya itu. Mana mungkin dia membiarkan Zahara seperti buangan di dalam keluarga ini.

"Ya Allah, selamatkan rumahtangga anakku. Ameen!".

Belum sempat Puan Azila bangun menuju ke dapur, pintu rumahnya diketuk perlahan.

"Siapa pulak datang pagi2 ni?". Puan Azila segera membuka pintu. Kelihatan wajah Puan Faizah di muka pintu.

"Eh, kak. Masuklah! Ada apa pagi2 ni datang rumah?".

Puan Faizah tersenyum tipis. Langkah kakinya membawa dia ke sofa.

"Maaflah akak datang awal pagi macamni".

"Takde apa pun. Budak2 baru aje balik".

"Akak tau. Sebab tu akak datang jumpa Zila ni". Puan Faizah melabuhkan punggung. Matanya memerhati sekeliling rumah. Sepertinya Encik Shamsul tiada.

"Boleh akak tanya sikit?".

"Boleh! Saya pergi buat air dulu, ye". Ujarnya ramah.

"Takpe! Akak kejap je ni". Puan Faizah berdehem sebentar. Dia mula menyusun kata.

"Ada apa sebenarnya ni, kak? Risau aje wajah tu".

"Zila, budak2 tu semua ok ke? Akak bukan apa, semalam tu nampak lain sangat. Akak risau pulak. Nak tanya, macam tak sedap hati pulak". Puan Faizah membuka bicara. Kelat senyumannya.

Puan Azila kelu seketika. Ni mesti berkaitan dengan suaminya semalam.

"Budak2 tu ok je kak. Akak jangan la risau".

Puan Faizah diam.

"Pasal madu Syu.."

"Kenapa, kak?".

"Budaknya baik, kan? Akak bukan apa, Zila lebih nampak dia berbanding akak. Ok ke budaknya?".

"Alhamdulillah, setakat ni ok. Saya tengok baik aje. Sopan. Kalau akak risau pasal semalam, saya mintak maaf la. Abang Shamsul tu masih marah ke Hafiy. Tak surut lagi. Tu yang dingin sikit semalam".

Puan Faizah mengangguk faham.

"Akak risaukan Syu. Dia tu mana pernah nak fikir diri sendiri. Semuanya ok aje pada dia. Lembut sangat. Akak takut jadi yang bukan2 pulak".

"Kak, kita ni orang tua dia. Selagi kita doa yang elok2, InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Akak jangan risau sangat la. Saya percaya diorang semua ok".

"Baguslah kalau gitu. Lega hati dia dengar. Tak lena pulak tidur kita dek mengingat benda ni. Semalam pun, Syu takde pulak cakap apa2. Harapnya ok lah".

Puan Azila tersenyum. Dia memandang jam wajah besannya. Jelas riak bimbang di muka wanita itu.

"Kalau gitu, akak balik dulu la. Takut abang Azhar kau mencari pulak. Terima kasih ya, Zila. Lagi satu, tolong tengok2 kan jugak si Syu tu ye. Nampak dia lagi rapat dengan mertuanya".

"Akak cemburu ke?". Usik Puan Azila. Tergelak dibuatnya.

"Jangan sorok anak akak, sudahlah!". Meletus ketawa mereka berdua.

Setelah bersalaman, Puan Faizah pulang ke rumah dengan hati yang lega. Dia pasti anaknya dalam keadaan baik sahaja.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience