"Apa idea kau,Cutie?"Soal Mae kalut.
"Apa kata,... kita jumpa dengan Han Na dan fikir caranya nak dapatkan petunjuk !"Beritahu Seo Hee.
Mereka bertiga mengeluh.
"Terima kasih,Cutie.Membantu sangat."Perli Mi Soon.
Seo Hee tersengih malu.
Kemudian dia mendapat sesuatu.
"Kejap..."Ujarnya menarik perhatian rakannya.
"Bukan ke penjaga kaunter yang bagitahu tentang rupa penculik tu ada kamera pengawasan di kedainya?Kita boleh mintak rupa lelaki tu kan?"Ujarnya bersemangat.
Mereka masih tidak faham.
"Ergh,... biarlah ! Biar aku yang settle kan sendiri." Seo Hee berlalu keluar dari bilik mereka.
Kawan-kawannya masih blur.
Dia menelefon MinSeok.
Tut tut...
"Hello?"Suara MinSeok kedengaran.
"MinSeok (oppa),kita jumpa sekarang."Dia memutuskan talian dan memanggil teksi.
"Encik,... Encik tak bagi dia rakaman CCTV dalam kedai Encik,kan?Encik bagi dia rakaman CCTV luar kedai aje,kan?"Soal Seo Hee lembut.
Kerana penjaga kaunter itu sudah berusia.
Lelaki itu cuba mengingati kembali.
"Urmm... dia ada minta,tapi saya tak bagi sebab bos saya tak benarkan.Pada dia,alasan lelaki tu tak masuk akal."Beritahu pak cik itu.
"Boleh Encik tunjukkan kami rakaman tu?"Pintanya dengan harapan yang tinggi menggunung.
Penjaga kaunter itu menunjukkan rakaman tiga hari lepas.
Seo Hee dan MinSeok berpelukan teruja.
Mereka sudah temuinya !
"Saya berjaya,nama lelaki tu,Ji Ka Chi,32 tahun.Bekerja di bengkel kereta dihujung kawasan Dal-Pong."Beritahu Han Na sambil meneliti komputer ribanya.
Inspektor Kang menepuk bahu Seo Hee.
"Syabas,Seo Hee.Sekarang,siapa yang akan ke sana?"Soal Inspektor itu gembira dengan petunjuk yang semakin jelas.
Mereka semua mengangkat tangan termasukah ahli WHITE.
Inspektor Kang mengeluh.
"Yalah,kita semua pergi..."
Mereka bersorak riang.
Kecuali Min Ho yang semakin bimbang.
"Ji Ka Chi memang pernah kerja disini.Tapi dia dah tak datang kerja dah sejak sebulan yang lalu."Beritahu bos bengkel kereta itu.
MinSeok menunjuk ke arah kerrta bewarna biru tua yang nombor platnya,'WUV,233.'
"Itu kereta dia ya?"Soalnya sopan.
"Ya,dia selalu guna kereta tu.Tapi tiga hari lepas,dia tiba-tiba hantar kereta buruk ni kesini.Dan tak ambilnya sampai sekarang."Beritahunya lagi.
"Encik tahu tempat tinggal dia?"Soal Min Ho pula.
Bos itu menggeleng.
"Dia selalu berpindah randah,jadi saya tak pernah tahu rumah dia dimana."Jelasnya.
"Kita dah semakin hampir."Bisik Mi Soon ketelinga Seo Hee.
"Dia ada cakap tak dia nak ke mana lepas dia hantar kereta ni ke sini?"Soal YoungDae pula.
Lelaki itu geleng.
"Tak langsung.Dia tinggalkan kereta ini disini,tanpa sepatah kata pun."Beritahunya.
Mereka berterima kasih dan berlalu keluar dari bengkel kereta itu.
"Jadi,... apa maklumat yang kita dapat buat masa ni?"Soal Han Na ingin tahu.Dia tak masuk pun bengkel tu jadi dia tak tahu menahu.
"Jadi,... dia dah tak datang kerja sebulan yang lalu,maksudnya dia dah rancang semua ni sejak berbulan lagi.Dahsyat orangnya..."Tebak SangYeob.
"Dan,... dia tinggalkan kereta ni disini sebab dia dah guna kereta ni masa menculik mangsanya.Bijak,tak tak cukup bijak..."Ujar JaeWook pula.
"Macam yang kita tahu,... dia selalu berpindah randah,jadi sebab itulah kita masih tak tahu tempat tinggalnya..."Sambung MinSeok.
"Mungkin tindakan penculik ni bercorak..."Tebak Min Ho turut serta perbincangan itu.
"Kalau pembunuhannya bercorak,maksudnya,akan ada mangsa seterusnya ! Macam mana kalau mangsa seterusnya ni Seo Ra?!!"Seo Hee menggelabah.
Min Ho menggosok kepalanya sehingga rambutnya berserabut.
Suasana sunyi.
Inspektor Kang faham yang mereka sedang terdesak.
"Jangan panik,... saya faham macam mana kalian boleh selesaikan kes penganiayaan tahun lepas.Kalian sangat bijak dan pintar.Laju membuat kerja.Tapi,... dalam situasi macam inilah kita tak boleh panik.Kalau kita panik,... kita boleh berputus asa.Kalau berputus asa,macam mana nak selamatkan Seo Ra?"Pujuk Inspektor Kang lnatas mengusap lembut belakang Seo Hee.
Perasaan cemburu menjalar lagi dihati MinSeok.
"Okey,kalau pembunuhan dia bercorak,kenapa dia tak bunuh Seo Ra lagi?Kita kena fikirkan segala kemungkinan untuk sebab kenapa Seo Ra belum menjadi mangsanya."Ujar Seo Hee yang mula cakap yang bukan-bukan.
Tetapi mereka tetap akur dengan cadangan Seo Hee.
"Mungkin Seo Ra akan jadi mangsa seterusnya?"
"Mungkin dia nak jual Seo Ra?"
"Mungkin dia mahu simpan Seo Ra sebab Seo Ra terlalu cantik?Atau dia sebenarnya sasaeng fan?"
"Atau mungkin dia psiko.Suka-suka aje culik perempuan lawa."
Dalam banyak-banyak tekaan,Seo Hee dapat rasakan sesuatu.
"Kejap,..."Setiap kali Seo Hee berkata begini,mereka tahu Seo Hee sudah mendapat sesuatu.
"Bukan sasaeng fan,sebab kalau sasaeng fan,kenapa dia culik perempuan lain.Dan,... bukan mangsa seterusnya sebab ada gadis lain lagi yang dia culik selain Seo Ra,bukan sebab Seo Ra terlalu cantik dia simpan lama-lama,... mungkin dia psiko yang culik Seo Ra sebab nak jual Seo Ra kerana dia cantik dan idol k pop ! Itulah dia... itulah sebabnya dia masih belum membunuh Seo Ra..."Seo Hee akhirnya mendapat jawapan.
Raut wajah mereka kembali menunjukkan yang mereka lega.
Semua ahli WHITE memeluk Seo Hee tanda berterima kasih.Namun MinSeok tidak gembira dengan keadaan itu.Dia cemburu ada lelaki lain yang menyentuh wanitanya !
"Terima kasih,Seo Hee... terima kasih..."Min Ho memeluk Seo Hee erat lantas menangis sepuasnya dibahu Seo Hee.
Rasa cemburu MinSeok hilang.
Dia faham rasanya perasaan bimbang akan kemungkinan wanita yang disayangi boleh dibunuh bila-bila masa,dan tidak tahu keadananya dan keberadaannya.Dia mungkin jadi gila jika menjadi Min Ho.
Seo Hee mengusap belakang Min Ho bagi memujuk.
"Sama-sama... tanpa kalian,saya takkan terfikir semua ni..."Ujarnya merendah diri.
Inspektor Kang dan Han Na tersenyum kecil memandang mereka.
Saling menyayangi dan saling menjaga.
"Tapi,... kita tak tau bila dia akan jual Seo Ra?"Mae menyampuk memudarkan kegembiraan mereka.
Seo Hee berfikir lagi.
Telefon Inspektor Kang berbunyi.
Inspektor Kang menjawabnya.
Sejurus selepas talian dimatikan,wajah Inspektor Kang kelihatan tegang.
"Ada gadis lain yang dia culik.20 tahun.Bersedia untuk menyiasat lagi !"Ujar Inspektor Kang berlari mendapatkan teksi.
Mereka semua mengeluh penat.
"Walaupun bukan aku yang fikir,kenapa penat sangat otak ni !"Rungut CEO Choi.
Manager Kim menepuk belakangnya memberi semangat.
"Jadi,... kalau betul lah dia buat penculikan bercorak,maksudnya dia ada tak jauh dari lokasi kejadian.Han Na ! Godam semua rakaman CCTV yang ada wajah mangsa culik ni.Cepat !"Arah Seo Hee.
"... mangsa culik mungkin akan dibunuh bila-bila masa aje !"Sambung Seo Hee menakutkan Han Na.
Tap tap tap !
"Dah jumpa..."Ujar Han Na.
Mereka semua fokus pada skrin komputer riba.
"Dia ditarik,dan... sekali lagi... hilang dikawasan yang tiada kamera langsung."Beritahu Han Na.
"Licik eh,Ji Ka Chi ni..."Ujar YoungDae membuatkan mereka ketawa.
"Cara kau sebut nama dia tu lucu !"JaeWook beritahu sebabnya mereka ketawa.
Dia juga turut ketawa.
Inspektor Kang dan Han Na dalam diam berpandangan dan tersenyum.
Sepanjang penyiasatan mereka bersama anak buah Inspektor Kang,inilah kali pertama mereka lihat 'penyiasatnya' bersenang lenang dalam menyiasat.Boleh ketawa,tersenyum dan saling menyayangi.
Dalam diam juga JaeWook merenung Han Na tanpa Han Na sedar.
"Saya sebenarnya,peminat akak..."Beritahu gadis belasan tahun itu.
Seo Ra tersenyum.
"Betul ke?Terima kasih..."Balasnya lembut.
Perempuan lain semuanya sedang tidur selepas diberi makan 'si penculik'.
"Akak rindu Dream Girls dengan Min Ho WHITE?"Soal gadis itu tiba-tiba.
Seo Ra tersenyum hambar.
"Ya... rindu sangat."Jawabnya tanpa berselindung.
"Sebenarnya kan,saya suka sangat tengok akak dengan Min Ho WHITE.Sweet sangat !"Ujar gaids itu lagi.
Mereka ketawa bersama.
"Inspektor,siapa gadis yang mati dirumah usang tempoh hari?"Soal Mi Soon ingin tahu.
Perhatian teralih ke arah Inspektor Kang.
"Maaf,saya terlupa sebab terleka menyiasat dengan kalian.Dia sebenarnya,gadis 16 tahun yang lari rumah kerana tak tahan dengan sikap ibunya yang kaki botol.Jadi dia larikan diri.Malangnya,malam dia larikan diri tu,... Ji Ka Chi berjaya menariknya masuk kereta dan merosakkan dia dalam kereta tu juga.Akhirnya,mengandunglah dia... tertekan dengan keadaan hidupnya,dia merayu pada Ji Ka Chi untuk bunuh dia saja.Jadi,si psiko tu bunuhlah perempuan tu.Habis cerita..."Beritahu Inspektor Kang panjang lebar.
Seo Hee mengelap air matanya yang tumpah.
"Kesian gadis tu.Dia masih muda lagi.Semuanya salah mak dia.Kalau mak dia layan dia dengan baik,dia takkan lari rumah,dan kalau dia tak lari rumah,dia takkan kena culik,dan kalau dia tak..."
"Okey,sudah ! Bila awak mula bercakap,awak memang tak boleh berhenti ya?"Inspektor Kang mencelah.
Mereka ketawa,namun cemburu MinSeok muncul lagi.
Share this novel