BAB 5

Romance Completed 497

Syairi mengeluarkan sebatang lagi rokok lantas menyalakan api. Sebentar kemudian dia sudah mula membuat habitnya iaitu membentuk bulatan dengan menggunakan asap rokok. Dia tidak mempedulikan dua pasang mata disebelahnya yang masih menunggu jawapan, masih berharap yang dia akan mengubah fikiran.

Sorry, Kimi, Dino. Tapi aku kena tunggu dia. Aku mesti tunggu dia. Aku yakin dia akan datang.

Syairi & Azalea

“ Oi!”

Azalea mengangkat muka dari iron board. Seorang gadis yang hanya berseluar pendek dan berbaju singlet, sudah berdiri dihadapannya sambil menghulur sehelai baju.

“ Kau iron ni. Cepat! Aku dah lambat!” bila Azalea tidak mengambil baju dari tangannya, gadis itu terus melontar baju itu ke atas papan setAzalea. Dia kemudiannya berdiri bercekak pinggang.

“ Iron sendirilah.” Azalea menepis baju milik Edina, kakak tirinya.

Melihat bajunya yang sudah jatuh ke lantai, membuatkan mata Edina buntang dan dadanya sudah turun naik, menahan nafas yang mula tidak menentu disebabkan marah.

“ Kau lawan aku??!” Edina menarik lengan Azalea membuatkan setAzalea yang masih berada dipegangan Azalea terjatuh dan menimpa kaki adik tirinya itu.

“ Damn!!” Azalea menyepak setAzalea yang menimpa kaki dan terus terduduk di lantai. Sakitnya. Bahagian atas kaki kanannya sudah melecur disebabkan setAzalea panas tadi tu.

“ Siapa suruh kau berani lawan aku?” Edina sudah tersenyum penuh kemenangan apabila melihat Azalea yang sedang kesakitan. Dia melangkah setapak mendekati. “ Ni aku tambah lagi.” kaki kiri Azalea dipijak-pijak sekuat hati membuatkan gadis itu terjerit kesakitan.

Dengan sepenuh kudrat yang ada, Azalea menolak tubuh tinggi Edina sehingga Edina mengundur ke belakang, hampir-hampir terjatuh. Dia kemudiannya bangkit berdiri, tidak mempedulikan kedua-dua belah kakinya yang masih sakit.

Baju Edina di atas lantai di ambil dan di letak atas papan setAzalea. SetAzalea yang jatuh juga di ambil, suhu diletakkan ke paras maksimum.

Edina yang mula geram bila Azalea menolaknya, kini mula tersenyum melihat Azalea yang sudah mengalah. Nak sangat lawan aku! Kan elok kalau tak melawan, tak adalah kaki tu melecur. Melawan pun kau masih kalah, Azalea !

Bila setAzalea sudah terlebih panas, Azalea terus meletakkannya ke atas baju Edina. Lama. Sehingga bau hangus menerjah hidungnya.

“ Azalea !!”

“ Oopps!” Azalea mengangkat setAzalea dari baju Edina yang sudah berlubang. “ Sorry.” kata maaf diungkap tanpa sedikitpun rasa bersalah. Dalam hati terasa puas bila berjaya melawan.

“ How dare you??!!!” Edina mengambil bajunya yang sudah berlubang. Air mata sudah mula menitis melihat baju yang baru dibeli semalam itu sudah berlubang besar.

“ Apa bising-bising ni?”

“ Abang!!” Edina berlari mendapatkan abangnya di muka pintu.

Eyrik masih dengan boxer dan tidak berbaju, menyatakan yang lelaki itu baru bangun dari tidur. Mungkin tersedar disebabkan bunyi bising yang dihasilkan oleh dua orang adiknya itu.

Azalea buat muka menyampah. Suis setAzalea dimatikan. Bajunya yang belum siap disetAzalea di ambil. Telinga mendengar segala aduan yang dibuat oleh Edina kepada abang kesayangannya. Azalea tersenyum meluat. Itu je lah cara dia. Dah kalah, mengadu dengan abang. Kalah je mengadu dengan semua orang. Dasar anak manja!

“ Hei, kau apahal??” Eyrik menolah tubuh Azalea bila Azalea hendak keluar melepasi pintu. “ Baju yang kau rosakkan tu bukannya murah tau tak? Kalau jual semua baju dalam almari buruk kau tu pun, belum tentu dapat ganti baju adik aku ni! Kau sedar tak??” kepala Azalea ditunjal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience