"U jangan ikut saya lagi boleh tak. Omg rimas nya!"
Dinzly menggaru kepala yang tidak gatal. Perangai anak Dato' Osman ini memang ganas dan tidak berhati perut. "Macam mana saya tak ikut awak, saya bodyguard awak. Dato' Osman dah amanahkan saya jaga awak." jelas Dinzly sambil mengusutkan kepala. Susah betul jaga anak dara orang ni.
"I don't need you. I boleh jaga diri sendiri okay! Haish annoying." herdik Dian dan dia terus berjalan meninggalkan Dinzly yang masih terpinga-pinga di belakang. Kakinya dibawa ke arah Butik Aisyah yang terkenal dengan barang yang berkualiti.
Dian meneruskan belekannya pada baju-baju berjenama itu. Satu persatu baju diselak. Baju pendek paras atas lutut dan menampakkan bahagian dada itu menjadi pilihannya.
"I nak ni. Berapa ya?" soalnya ke arah pekerja gadis yang mengenakan uniform butik itu sendiri. "Oh, ni harga dia 5000 ringgit. Harga dia agak tinggi sebab kain kami guna ni kain satin." jelas pekerja itu dengan senyuman mesra.
Dian mengangguk dan membawa baju itu ke kaunter pembayaran. Kad disuakan ke arah juruwang. Usai membayar, bakul yang terisi baju itu diambil dan dia terus keluar dari butik tersebut.
"Nah. Hold this for me." arah Dian sambil menyuakan beg kertas tersebut kepada Dinzly. Lelaki itu mengangguk dan mengambil beg kertas yang disuakan oleh Dian. Beg tersebut dibuka dan membuntang matanya melihat baju yang dibeli oleh Dian.
"Hei! Kenapa awak beli baju macam ni? Dato' Osman tak kasi kan?"
Dian mendengus. Menyibuk macam dia ni suami aku dah kenapa?! "Sukahati I lah nak beli baju apa pun. Nak beli bikini pun tu hal I. Please ingat posisi you. You are my bodyguard, not my husband!" herdik Dian dan dia terus keluar dari mall tersebut. Dinzly mengeluh malas. Memang silapnya menerima tawaran menjadi bodyguard gadis ini. Nasib gaji tinggi!
--
Dua bulan kemudian
"Apa yang Dian dah buat dekat Dinzly? Kenapa Dian tolak dia masuk parit yang penuh dengan najis? Kalau iya pun marah cuba lah sabar sikit. Tugas dia memang jaga Dian. Dia dah letak jawatan tahu tak?!" ujar Dato' Osman tinggi dengan nada yang kecewa terselit.
Dian hanya menggaru kepala yang tidak gatal sambil menayangkan muka yang jengkel ke arah mama dan papanya.
"Haih. Dian didn't even ask both of you to find me a bodyguard right? Lagipun dia memang suka sibuk pasal Dian. I need privacy okay?!"
Dian terus naik ke tingkat atas rumahnya. Pintu bilik dihempas lalu dia baring di atas katil empuk yang dibuat dari Korea. Fikirannya menerawang tentang peristiwa petang tadi. Dia menolak Dinzly ke dalam parit yang penuh dengan najis kerana lelaki itu menumbuk teman lelakinya yang ingin mengusap kepalanya sendiri. Sudahlah teman lelakinya meminta putuskan hubungan kerana katanya, bodyguard Dian hanya memalukannya di khalayak ramai.
Dian dalam diam mengeluh. Kasihan dengan nasib Dinzly yang mungkin kehilangan pekerjaan kerana dirinya. Namun lelaki itu menganggu privasi dirinya. Jadi memang padan lah dengan muka dia.
-masih bangun ke tu? hehe
Share this novel